Akhi Masrawi, seorang penulis bebas yang meluahkan pandangan dan idea seputar genre kreatif dan non-kreatif. Merakamkan catatan jalan hidup menerusi persepsi kendiri. Melakarkan penulisan sebagai komentar sosial, siasah, jagat, budaya, sejarah serta perspektif ad-Deen. Pernah merentasi lorong akademik di SKUM (1987-1992), ALMAAD (1992-1999) dan Universiti Al Azhar As Syarif (1999-2003) dalam Fakulti Syariah wal-Qanun. Menulis untuk laman peribadi di PUJANGGA Online sejak Jun 2002. Hasil karyanya tersiar di Melayu.com, Karangkraf.com, SuaraAnum.com, AKRAM Online, serta beberapa laman maya yang lain. Turut menyiarkan karyanya ialah beberapa majalah dan tabloid seperti Dewan Siswa, Majalah i dan Akhbar Permata. Sedang bertugas sebagai Guru sandaran di sebuah sekolah di Langkawi. Menyimpan impian bakal lahir sebagai seorang penulis prolifik dan pendidik unggul suatu hari nanti.

-Akhi Masrawi -

----------------------

Hubungi:

sms/call tru:
+6 0195044-41

e-mel:
[email protected]
 
YM id:
mypujangga
status:
-

Makluman: Laman ini mungkin lambat sikit untuk loading. Harap maaf dan bersabar!

----------------------

Buku saya "INSURANS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM telah terbit dan berada di pasaran, sila dapatkan di kedai-kedai dan pustaka berdekatan anda atau terus ke PWTC sementara masih berlangsung pesta buku di sana...21-30 Jun 2004.

-akhimasrawi- 

Sejarah Banner:

Banner  pertama ciptaan Putri untuk PUJANGGA Online. Terima kasih buat Putri.  Ini banner ke-2 yang Wanzu buat untuk PUJANGGA Online. Syukran buat Wanzu. Ini pula banner ciptaan Anas sempena menjelang setahun online PUJANGGA Online, thanks buat Anas.  Ini pula banner ciptaan Pujangga sendiri. Inilah banner terkini karya Qahafi, syukran! nak baca kisah lucu JUHA sila ke jurnalnya.

----------------------

Capaian Alternatif

Capaian Arkib:

----------------------

Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - JURNAL JALAN HIDUP 2002

- Rencana: Serangan Ekonomi Sebahagian Jihad
- Cetusan:OIC Atau Oh I See?
- Laporan: Pound Mesir Dalam Bahaya!
- Luahan: Apa Ada Pada Sebuah Mesyuarat?
- Reaksi: Orientalis dan Skil Menyesatkan Umat Islam
- Komentar: Mangga & Hukum Ekonomi
- Laporan: Pembentangan   Kertas Kerja Muzik Menurut Kaca mata Islam
- Pendapat: Cara mendorong seseorang lebih berjaya
- Nostalgia: Dia menulis kejayaannya di atas kertas kecil!
- Luahan: Impian sebagai penulis prolifik
- Reaksi: WTC: Ulang tahun pertama serangan ke atasnya!
- Cetusan: Hang Tuah sebuah lagenda?
- Luahan: Antara saya dan aku?
- Pendapat: Teori andaian kehidupan
- Luahan: Duit: melupakan kita!
- Rencana: Era Ulamak dan Gagasan Negara Islam
- Rencana: Sanggah Evolusi bertunjang Materialis!
- Luahan: Bagaimana menjadi seorang mahir?
- Nostalgia: Nostalgia di bulan Ramadhan 1
- Nostalgia: Nostalgia di bulan Ramadhan 2
- Nostalgia: Nostalgia di bulan Ramadhan 3
- Nostalgia: Nostalgia di bulan Ramadhan 4
- Nostalgia: Nostalgia di bulan Ramadhan 5
- Rencana: Sanggahan Terhadap Metod Sisters in Islam
- Luahan: Berkomunikasi dengan berkesan!
- Komentar: Jadilah insan pemurah
- Pendapat: Kita Punya Tanggungjawab Yang Besar
- Reaksi: Setiap Manusia Punya Impian

 

Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - JURNAL JALAN HIDUP 2003

+ Catatan Tahun Baru 2003
+ Kita bermula sebagai seorang yang baru!
+ Sepatutnya saya tendang saja bola itu!
+ Antara yang menarik dalam pengkajian saya
+ PIRAMID PENDIDIKAN: Respon pada tulisan Khairusy
+ Kerap Berjaulah!
+ MENTALITI MAHASISWA: Persepsi Terhadap Alam Politik Kampus
+ KARYA SASTERA KITA: Mampukah Menghantar Mesej?
+ Yang selalu hadir waktu nak imtihan
+ Demam imtihan bermula!
+ Artikel Pendek: MEMAHAMI KONSEP AKAL MANUSIA
+ Paparan Kehidupan: Sayang dan benci!
+ Perbahasan Hukum Memakan Binatang (Hadis Hukum)
+ Berapa kalimah kau bertutur dalam sehari?
+ HUKUM JIHAD
+ Hukum al-Qadha' Dalam Islam
+ Beberapa Khilaf dan Hukum sekitar Al-Fatihah
+ Sifir Kehidupan: Mari menghitung!
+ Falsafah Sebatang Mancis
+ Dunia Islam Tenat!
+ AL-GHAZALI: Perintis Falsafah Islam
+ PENULIS DAN PENULISAN: Di mana dan Ke mana?
+ Bayi Tabung Uji: Menurut Perspektif Sains dan Fiqh Islami
+ Wajarkah Pelajaran Seks?
+ Pasca Dua Tahun Tragedi 11 September
+ Kenapa Saya Cemburu Nik Nazmi?
+ ANTARA DUA BENGKEL: Adakah akan lahir penulis?
+ Iklim Perubahan Pemikiran
+ Catatan Isra' Mi'raj
+ Catatan Isra' Mi'raj -2
+ Catatan Isra' Mi'raj -3
+ Rencana: Relevankah Merotan Pelajar?
+
PALOH: Kecelaruan Hidup Zaman Perang
+ Manusia Menghadapi Ramadhan
+ Jalan Hidup di Ardhil kinanah Sebelum Kembali ke Tanahair
+ Jalan Hidup (siri 2)
+ Catatan Kepulangan ke Malaysia 
+ Mengintai Pengajian Sarjana
+ Catatan Sepanjang Penerbangan Pulang
+ Kesusahan Hidup Sebagai Nilai Seni Karya
+ Migrasi Insan dan Anjakan Paradigma
+ Sarjana oh Sarjana!
+ RM 10 Untuk Sebuah Buku?
+ Ke mana Haluan Selepas ini?
???

- kendian akan dimasukkan yang terkini -

----------------------

Iklan:

Kemusykilan permasalahan agama/ faraidh/mirath/pusaka boleh bertanya soalan kepada tok guru Faraidh online anda (Aljoofre) dengan menghantar emel kepada beliau di alamat [email protected] dan jawapan akan dibalas dengan kadar yang segera insyaAllah.

----------------------

----------------------

"

Ini Versi 2.5

 

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, hendaklah kamu selidiki kalau-kalau kamu memusibahkan sesuatu kaum tanpa pengetahuan lalu kamu menyesali atas perbuatanmu." (Al-Hujurat: 6)

.:: Catatan moden dari zaman klasik ::.


Update terakhir pada catatan paling awal

28 Disember 2004| Selasa | 7.10 am

Mulai 27 Disember 2004 Catatan J U R N A L J A L A N H I D U P di PUJANGGA Online tulisan Akhi Masrawi berpindah ke:  MASRAWI Online

29 November 2004| Isnin | 11.30 am

Catatan 280

Catatan Anjakan Seorang Penulis Muda

SEBELUM dan SESUDAH

Oleh: Akhi Masrawi

SEBELUM menulis catatan ini saya rebah di katil. Bertemankan emosi yang tidak stabil dan jiwa yang sering mengkhayalkan pelbagai perkara. Teringat itu dan ini. Semuanya menerjah saat badan sangat tidak bermaya dan akal lelah memikirkannya. Akhirnya saya menelan kapsul dan ubat batuk untuk menidurkan diri sekurang-kurangnya untuk beberapa jam.

Saya jaga di tengah malam. Gelisah. Waktu sakit inilah kita akan mencari pertolongan. Satu falsafah yang meranum dalam diri saya. Siapa pun begitu. Kerana manusia diciptakan dengan sifat lemah dan yang Maha Kuat hanyalah Allah SWT. Tiada kuasa yang mampu menyaingi kuasanya dan tiada kudrat yang mampu menandingi kekuatanNya. Manusia memohon kepada Allah menerusi pelbagai cara. Tetapi yang diajarkan di dalam Al-Quranul Karim adalah seperti ayat 45 surah Al-Baqarah: "Minta tolonglah kamu (kepada Tuhanmu) dengan kesabaran dan (mengerjakan) solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang tunduk (kepada Allah)."

Akhirnya setelah dua hari berlalu, badan kembali pulih. Kesihatan mula menyapa diri. Namun, kesihatan adakalanya berkaitan dengan perasaan dan keupayaan seseorang untuk menerima hakikat sebuah kehidupan. Tetapi yang selalu dikaitkan dengan kesihatan adalah penyakit, bukankah penyakit itu hanyalah faktor yang menjadi sebab? 

Sedar atau tidak sedar sudah hampir setahun saya pulang ke tanahair. Ini bermakna saya telah usai pengajian peringkat ijazah pertama juga merapati setahun. Setahun bukanlah jangka masa yang terlalu lama. Jika hendak dibandingkan dengan umur yang saya habiskan di Mesir. Namun setahun di Malaysia, pelbagai telah saya alami. Dari sesuatu yang indah sehinggalah sesuatu yang menyakitkan, menyedihkan dan menduga.

Merasai erti perjuangan hidup sebenar adalah perkara yang bukan lagi menjadi mimpi saya. Ianya kini adalah sebuah realiti. Realiti yang perlu saya depani. 

Setiap orang ada matlamat tersendiri. Cuma kadang-kadang kita tidak pernah menjangkaunya. Adakah kerana kita tidak bersungguh-sungguh untuk itu? Atau sememangnya nasib kita telah ditentukan dengan takdir yang sebaliknya. Namun, selagi kita mampu untuk berusaha maka jangan fikirkan yang negatif... teruskan saja usaha itu.

Sejak Jun 2004 saya tidak mencatat apa-apa dalam ruang catatan JURNAL JALAN HIDUP ini. Pembaca yang melayari laman ini tentu sudah semakin berkurangan. Kini saya kembali mencatat, tetapi tidak pasti juga untuk berapa lama.

Masih bulan Syawal. Tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat aidil fitri untuk sekalian pembaca saya. Ampun dan maaf saya pinta andai sepanjang kalian mengenali saya ada kesilapan dan kesalahan saya terhadap kalian.

5.12.2004 adalah tarikh penting untuk jangka waktu ini bagi saya. Saya terpilih menghadiri temuduga KPLI-SR MOD LPBS j-QAF ambilan Januari 2005 di IPDA, Jitra. Doakan yang terbaik untuk saya. Teringin untuk mempunyai kerjaya yang tetap dan menjamin.

Apapun segalanya bergantung dalam ilmu dan takdir Allah SWT. Sekiranya itu yang terbaik untuk saya, jika sebaliknya ada takdir di depan yang lebih baik barangkali. Setiap yang berlaku ada hikmahnya cuma kita manusia kadang-kadang tidak terfikir. 

Hakikatnya saya mahu kembali menulis. Tetapi kekuatan untuk menulis itu tidak sepulih kemahuan saya ini. Saya menharapkan sokongan dan dorongan untuk mara ke hadapan. Saya tidak mahu ketinggalan. Saya telah merintisnya, saya tidak mahu ada duri yang kembali menghalangi denai menuju jaya. 

Saya mahu sambung semula penulisan Novel CINTA SUFIAH yang telah beberapa kali tergendala, lesap dan hilang. Kerana itulah saya mahu melazimi menulis, kerana menulis memerlukan kelaziman. Tanpa iltizam yang mapan, saya mungkin tidak akan mampu. 

Saya berharap usia percutian saya akan memberikan hasil yang memberangsangkan kepada saya. Masih ada banyak hari yang perlu saya habisi dengan sebaiknya. Sehingga mendapat tawaran berkerja semula (semoga tawaran yang lebih baik) menjelang Januari nanti... maka saya akan berusaha meneruskan perjuangan menulis Novel sulung saya, CINTA SUFIAH.

Kalau sebelum ini saya hanya banyak berkhayal, kini saya mahukan kesudahannya. Tidak kiralah apa jua kesudahannya. Yang penting sesudah itu saya tidak lagi terbelenggu dengan apa yang saya khayalkan sebelum itu tetapi apa yang akan saya khayalkan adalah sesudahnya pula. Maka bolehlah saya simpulkan sebelum dan sesudah adalah dua titik yang berbeza. Tetapi untuk bertemu titik seterusnya titik yang kedua akan menjadi titik pertama semula. Kerana setiap permulaan ada kesudahan dan setiap kesudahan adalah permulaan untuk kesudahan seterusnya. Tidakkah kalian terfikir? 

Semoga kalian akan terus memberikan saya peluang!

Kata-kata Pujangga: "Keegoan, keangkuhan dan kesombongan hanya akan merugikan diri sendiri."

 

Sila klik  Respon/Komen/Cadangan

 

16 Oktober 2004| Sabtu | 7.45 am

Catatan 279

Catatan Hari Lahir 16 Oktober 2004 (Catatan offline)

BISIKAN HATI SEORANG MUSAFIR

Oleh: Akhi Masrawi

PERJALANAN ini sangat jauh. Sukar. Berliku. Itu sahaja? Tidak. Barangkali untuk menggambarkan perjalanan ini terlalu sukar. Kerana kita sendiri selaku manusia tidak mampu tahu di mana permulaan kita serta bila pula kesudahan usia kita.

Dalam Al-Quran Allah SWT telah berjanji bahawa setiap sesuatu ada tempohnya iaitu ajal. Dan apabila datangnya ajal seseorang misalnya, tidak akan dicepatkan atau dilewatkan tempohnya. Itulah janji Allah SWT yang merupakan sebenar-benar janji.

Kehidupan ini kita selaku manusia tak mampu tentukan kesudahannya. Hanya kita mengetahui kita telahpun bermula. Tidak kiralah bagaimana permulaan kita itu... yang penting ialah untuk menentukan kesudahan kita nanti adalah kesudahan yang baik yang sering kita doakan kepada Allah supaya menjadikan kesudahan kita sebagai husnul khatimah.

16 Oktober adalah tarikh saban tahun yang mengingatkan saya kepada bertambahnya usia. Ini bermakna saya semakin dekat kepada hari kematian saya. Tetapi hari itu saya sendiri tidak pernah dan akan mengetahuinya. Kerana hari itu adalah hari yang maha rahsia. 

Dulu saya sering menuturkan kepada kawan-kawan kalam motivasi dan peringatan tentang usaha yang kami lakukan. Saya katakan kepada mereka bahawa "kejayaan kita bukanlah terletak kepada usaha kita, kerana jika usaha yang menjadi ukurannya maka apa yang kita dapat cuma harga untuk kerja kita. Tetapi hakikatnya kerja kita adalah pertaruhan kita kepada Allah untuk mendapatkan keberkatan dan rahmatNya jika kita mengiringkan amalan itu dengan keikhlasan. Kita bukan hanya akan dapat kejayaan yang kita kehendaki tetapi juga pahala kerana niat dan keikhlasan kita itu."

Setelah usai menghabisi pengajian Syariah Islamiah peringkat sarjana muda dan pulang ke tanahair untuk memperjuangkan apa yang saya telaahkan, saya seakan terjun ke dunia baru. Dunia baru itu terlalu asing kepada saya sehingga saya hampir-hampir sesat kerananya. Kalam-kalam motivasi yang pernah saya tuturkan kepada kawan-kawan seakan mahu memakan diri saya sendiri. Namun, alhamdulillah saya cepat sedar dari kelalaian itu.

Dunia kerjaya adalah dunia pasca pengajian yang sangat mencabar. Dulu orang belajar kerana untuk mendapatkan kerja. Apabila mendapat kerja, maka akan senanglah hidupnya. Tetapi dunia sekarang orang mencari wang untuk belajar dan orang terpaksa menghabiskan wang untuk mendapatkan kerja. Pelik bukan. Sekarang tahun 2004, 20 tahun nanti mungkin senario akan lebih berbeza. Jika 20 tahun lagi saya masih hidup saya mahu melihat apa pula keadaannya.

Jika tidak silap saya Imam As-Syafie pernah mengatakan: "Jika kamu menghendaki dunia maka hendaklah dengan ilmu, jika kamu menghendaki akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan jika kamu menghendaki kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu."

Kisah graduan mencari kerja memang kisah yang berserabut. Sesetengah orang prejudis mengatakan kesilapan graduan menganggur kerana graduan sendiri yang terlalu memilih kerja. Mungkin ada benarnya. Saya sendiri pun memilih kerja... kerana jikalah tidak ada gunanya memilih kerja apa gunanya belajar pun memilih bidang? Alhamdulillah saya bersyukur. Dalam keripuhan graduan-graduan terpaksa menganggur saya hanya sempat menganggur seusai pengajian dan pulang ke Malaysia selama 3 bulan. Bermula April ditawarkan berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) subjek Pendidikan Islam sehingga Disember 2004. Kawan-kawan yang lain kewalahan menanti kerja sehingga ada sebilangannya memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Tahniah kepada mereka kerana semangat menuntut ilmu itu masih menebal dalam diri. Saya?

Kerana terdesak kepada situasi, saya lebih selesa memilih untuk berkerja. Walaupun tawaran sebagai GSTT hanyalah bertaraf kontrak dengan gaji berskala SPM RM 654.30 sebulan memadai dari hanya sekadar menjadi penganggur tanpa sebarang imbuhan. Sebagai seorang anak lelaki yang punyai tanggung jawab besar, tentulah saya tidak harus berpuas hati dengan keadaan ini. Kontrak saya pun akan usai menjelang Disember nanti. Saya sedar, kerana ini saya meneruskan usaha menghantar permohonan kerja ke merata-rata tempat semula, termasuk MARA, Lembaga Maktab Mahmud, KPLI, j-QAF dan sebagainya sebagaimana telah saya usahakan seawal kepulangan dulu. 

Memang ada yang memberi nasihat supaya jangan mengharapkan kerja dengan kerajaan. Mereka sarankan saya berniaga kerana sekarang dunia kerjaya mesti kena ada KABEL. Tanpa kabel, mohon apapun tak ada pertimbangan. Entahlah saya sendiri tidak pasti hal ini. Mungkin ada benarnya ada tidaknya. Kerana bukankah kesemua itu takdir dan ketentuan Ilahi. Sekiranya kita hanya berserah dan membiarkan sahaja tentulah takdir tidak akan menyebelahi kita. Dan adakalanya terasa memang kabel ini benar-benar ada sehingga terasa seperti sia-sia sahaja memohon kerana langsung tidak dipertimbangkan untuk jawatan yang dipohon. Bukan alasan kerana tiada kelayakan atau tidak cukup pengalaman tetapi kerana mereka sudah mempunyai calon yang ditentukan dan semestinya calon yang sesuai itu adalah orang yang dikatakan mempunyai kabel dalam jabatan tersebut, sama ada kelulusan dia sesuai ataupun tidak.

Sukar rasanya. MTest KPLI Ogos lalu pun takdir untuk dipanggil temuduga tidak menyebelahi saya. Entahlah, apa kemungkinannya. Tetapi lega juga kerana masih ramai kawan-kawan saya yang senasib dengan saya. Kali ini saya memohon program KPLI SR j-QAF MOD LPBS pula. Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT untuk menentukan. Mungkin sebelum-sebelum ini saya tidak bernasib baik kerana kerja yang saya pohon itu tidak sesuai dengan saya... maka saya letakkan pada kali ini harapan yang tidak tinggi untuk terpilih kerana saya tidak mahu merasa kecewa lagi. Biarlah Allah yang tentukan mana yang terbaik untuk saya. Justeru saya merasa selesa beranggapan hikmah saya tidak dapat kerana Allah barangkali telah menentukan sesuatu yang jauh lebih baik di depan, cuma masanya belum tiba. Sehingga masa itu tiba... maka saya mestilah terus berusaha, sabar dan ikhlas meneruskan hidup yang masih jauh ini.

Bila rasa susah, tengok kanan, tengok kiri, tengok depan dan belakang. Tengoklah pada manusia di sekeliling. Kerana andai kita rasa kita ini susah... masih ada manusia lain yang lebih susah dari kita. Dari itu kita tidak wajar lupa diri bila kita telah senang nanti. Dunia ini adalah perniasan... tentulah setiap perhiasan menjadi idaman setiap orang, tetapi perhiasan sentiasa menjadi rebutan dan kerana itu seringkali apabila kita mengejarnya ia lari dari kita. Dan sebelum saya menyudahi tulisan kali ini saya teringat kata-kata seorang mursyid saya yang mengatakan dunia akan lari dari orang yang mengejarnya, dan dia akan melutut kepada orang yang tidak mengejarnya. Dikukuhkan lagi dengan sifat zuhud yang Nabi SAW ajarkan bahawa yang dimaksudkan dengan zuhud itu bukan kamu mengharamkan apa yang halal dan mengabaikan apa yang halal, tetapi zuhud itu ialah apabila engkau mengutamakan apa yang ada di tangan Allah melebihi apa yang ada di tanganmu.

Salam hari lahir untuk saya ke 24 (16 Oktober 1980)

Kata-kata Pujangga: Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang cinta kepada dunia dan rakus kerananya, hilanglah dari hatinya perasaan takut kepada akhirat."
 

 

Sila klik  Respon/Komen/Cadangan

 

 

Baca Catatan lalu

 
 Jun 2002  Julai 2002 Ogos 2002 Sep 2002 Okt 2002
Nov 2002 Dis 2002 Jan 2003 Feb 2003 Mac 2003
April 2003 Mei 2003 Jun 2003 Julai 2003 Ogos 2003
Sep 2003  Okt 2003 Nov 2003 Dis 2003 ?

~Diri yang masih mencari identiti ibarat sebuah perjalanan menongkah arus di lautan samudera...~

Pujangga - mahasiswa - cabaran - pengajian - perjuangan - keyakinan - optimis - keorganisasian - keterbukaan - karisma - kehidupan - keilmuan - idealisme - penulisan - impian & harapan - yang...!

 


Mulai online pada
Jun 2002

online




 







Terkini?

Mutiara Kata Pujangga 2003
sudah diterbitkan dengan tanpa November dan Disember 2003. Semak juga Kata-kata Pujangga 2002

10 Nasyid paling digemari:

+
Ratu Syahadah
[In-Team]
+ Untukmu Teman
[Brothers]
+ Ku Harap Cinta
[Now See Heart]
+ Damba Kasih
[In-Team]
+ Hijrah
[Now See Heart]
+ Ikatan murni
[Wirdani]
+ Perjuangan
[Saff-one]
+ Sumayyah
[Hijjaz]
+ Ainul Mardhiah
[U.N.I.C]
+ Harapan padamu subur kembali
[Saujana]
 
15 negara yang paling ingin dilawati:

+ Arab Saudi (Haji)
+ Palestin
+ Mesir
+ Syria
+ Turkey
+ Maghribi
+ Sepanyol
+ Italy
+ United Kingdom
+ Belanda
+ Portugal
+ Pakistan
+ Yaman
+ India
+ China
 

.: Penghargaan :..

+ gengjurnal.net
+ geocities.com
+ yahoo.com
+ msn.com
+ gb geocities
+ theguestbook.com
+ guestbook.de
+ extreme-dm.com
+ thecounter.com
+ canggih.net
+ bravenet.com
+ flooble.com
+ cari.com.my
+ pencipta banner
+ para penulis pojok
+ penyumbang idea
+ para tetamu
+ kawan-kawan yang sentiasa menyokong
+ terutama semua pembaca setia yang budiman dll.

 
 

.: sila hantar e-mel kepada saya sebagai pembaca setia laman PUJANGGA Online [email protected] :.

 

.: counter bravenet.com beroperasi bermula 17/09/2003 kerana counter thecounter.com bermasalah :.

 

.: Warung Idea :.

 

 

 

Intro | Diri | Keluarga | J U R N A L J A L A N H I D U P | Cerpen Akhi Masrawi | Puisi Online | Cerpen Online | Dialog Islam - Kristian | Kata-kata Pujangga 2002 | Mutiara Kata Pujangga 2003 | Anjung Tamu v. de | Galeri | Forum | Catatan Terbaik 2002 | Catatan Terbaik 2003 | Sukatan Fiqh Islami | Penghargaan
Hosted by www.Geocities.ws

1