Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2002

Nostalgia: Dia menulis kejayaannya di atas kertas kecil!

Oleh: Akhi Masrawi

Semasa aku di sekolah menengah dahulu ada satu program motivasi dilaksanakan oleh pihak sekolah. Di dalam seminar motivasi tersebut kami dihidangkan dengan pelbagai program pengisian seperti ceramah dan modul. Ini bertujuan untuk memotivasi para pelajar sekolah berasrama penuh seperti para pelajar sekolah aku untuk lebih mempunyai daya kemajuan.

Selepas motivasi kebiasaannya ramai yang akan berusaha untuk membuat apa-apa yang disarankan oleh penceramah sewaktu seminar. Antara perkara yang disuruh yang aku masih ingat ialah:

a. Yakin pada diri sendiri
b. Tanamkan semangat 'kalau orang lain boleh, mengapa aku tidak?'
c. Buat jadual belajar yang sistematik
d. Memberikan tumpuan yang baik sewaktu kelas
e. Mengadakan perbincangan berkumpulan "study group"
f. Membaca pada waktu malam, latih tubi pada waktu siang (elak mengantuk)
g. Menulis target dan sering memerhatikannya supaya sentiasa tekun dalam berusaha.

dan banyak lagi...

Istimewanya setiap tips kejayaan tersebut sentiasa menjadi sebutan selepas seminar kecuali satu tips... iaitu tips g. Menulis target dan seriang memerhatikannya supaya sentiasa tekun dalam berusaha. Pada pelajar apalah sangat kaedah menulis target kejayaan tersebut, jika hendak dibandingkan dengan tips-tips yang lain seperti buat study group, jadual, tumpuan pada kelas dan sebagainya.

Aku menyedari ada beberapa orang kawan yang mencuba tips (g) yang terakhir itu. Sebagai contoh untuk menghadapi peperiksaan SPM kami calon, akan menghadapi 10 papper. Ini bermakna 10 A1 adalah target yang paling maksima. Atau sekurang-kurangnya berjaya mendapat 6A1 memadai untuk mendapat agregat 6 dalam pangkat 1. Sekarang sistem SPM terbuka tidak lagi melihat kepada pangkat.

Dalam pangkat satu bermula aggregat 1-24. Jadi untuk menjadi calon 6 agregat tidaklah sukar. Dengan menjadikan 6 mata pelajaran sebagi target A1 termasuk Bahasa Melayu sebagai teras. Bolehlah tercalon sebagai best student.

Kawan aku yang seorang ni menulis tergetnya. Dia hanya menulis '6 aggregat dalam SPM' di atas kertas putih kecil. Kertas itu kemudiannya dilekatkan di dalam almari, di katil, di meja kelas dan beberapa tempat yang menjadi tempat peribadinya untuk sering melihat. Ada beberapa kawan lain yang meniru, tidak kurang juga yang mengejek yang tips itu tidak relevan mana. Tetapi apa yang terjadi?

Sewaktu keputusan SPM keluar dia benar-benar dapat 6 aggregat. Aku cuma mampu untuk 8 aggregat selepas berjaya meragut 5A1 dan selebihnya C3, C4 dan C5. Itulah kisah seorang kawanku... Dia menulis kejayaannya di kertas kecil dan dia memperolehinya!

Aku mungkin kena meniru gaya ini untuk sesi depan selaku pelajar tahun akhir. Mesti dapat yang terbaik untuk BA sebagai batu loncatan pengajian Master nanti.

6 September 2002

© AHMAD TARMIZI ISMAIL
 

Hosted by www.Geocities.ws

1