Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2003

Catatan 266

Catatan sepanjang penerbangan pulang

Catatan 1

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

Air mata perpisahan itu adalah sesuatu yang tidak perlu kita rasa malu lantaran pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan. Kita akan menjadi orang yang paling beruntung andai redha pada perpisahan kerana Allah SWT. Bukankah pertemuan dan perpisahan itu Allah yang aturkan?

Akhi Masrawi, 3.30 pm 24/12/2003 (dicatat semasa penerbangan dari Cairo ke Dubai menaiki pesawat SQ 427)

Catatan 2

CATATANMU DI HARI LAHIRKU

Kau,

Kertas putih dalam kirimah warkah tiada kuduga akan menitiskan air matamu dari tubir mata, tiada kusangka akan mengusik lara di jiwa. Namun meski perpisahan menjadi noktahnya aku tidak pernah merasa rugi sempat mengenali insan sebaikmu. Terima kasih di atas catatanmu di hari lahirku dalam diari 2004 yang kau kirimi sebagai memori.

Akhi Masrawi, 3.35 pm 24/12/2003 (dicatat semasa penerbangan dari Cairo ke Dubai menaiki pesawat SQ 427)

Catatan 3

RAGAM YANG KELIRU

Perbezaan waktu antara Dubai dan Cairo ialah dua jam lebih awal. Ini bermakna antara Dubai dan Malaysia berbeza hanya 4 jam. Transit menerusi penerbangan SQ 427 di Dubai cuma kurang lebih 1 jam. Tak sempat buat apa-apa kecuali melepaskan hajat di tandas berteknologi Dubai yang beroperasi simbah sendiri. 

Berketawa dengan Sobri dan Naim silat, kononnya teknologi ini agak sesuai untuk orang-orang Arab Mesir yang sebahagiannya tidak reti menyimbah tandas selepas digunakan. Mungkin mereka dari golongan yang suka 'qadha hajat' di jidar (dinding dan tembok) di tempat-tempat awam tanpa rasa aib. Apabila menggunakan tandas, lupa kena simbah.

Sewaktu menulis catatan ini sedang mengunyah kacang SIA yang dibekalkan kepada penumpang. Menu minuman santai cuma dua iaitu orange jus dan arak alias bir. Kenapa tergerak hati terfikir ammu Arab di sebelah saya kemungkinan seorang muslim (kerana membaca al-Quran) tetapi memilih bir untuk minum ketika dihidangkan. 

Pada mulanya saya juga menyangka bahawa air itu adalah apple jus, tetapi setelah dilihat dari dekat...ternyata bir. Mungkin ammu Arab sebelah saya ini sudah tersilap dan melanggah bir. Tetapi dari segi muamalah rasanya bukan pertama kali dia menaiki pesawat. Berbanding saya yang cuma naik masa pergi ke Mesir 4 tahun yang lalu, dan hari ini untuk pulang ke Malaysia. Entah bila pula akan bermusafir dengan pesawat sedemikian. 1534 hari, empat tahun lalu telah membuka minta saya sebagai seorang anak rantau. Hari ini pulang menjadi anak watan.

Kemudian bersolat jama' maghrib dan isya' dengan menggunakan isyarat. Moga menjadi kenangan dalam diri ini.

Akhi Masrawi, 8.55 pm 24/12/2003 (waktu Dubai - ditulis semasa penerbangan SQ 427 berlepas dari Dubai ke Singapore)

Catatan 4

KADANGKALA ISYARAT SUDAH MEMADAI

Kadangkala isyarat sudah memadai untuk menggambarkan sesuatu. Cubalah kita renungi sejenak akan penciptaan manusia lantaran Allah menciptakan dan menjadikan kita serta meminjamkan kekurangan sebagai sifat manusia bagi membolehkan manusia menjadi golongan yang berfikir tentang kekurangan itu sebagai pelengkap di antara satu dengan lain. 

Kesempurnaan itu hanyalah sifat azali yang ada pada Allah. Sudah tentu kita akan rugi andai tidak pernah berfikir pada kekurangan yang kita miliki. 

Justeru adanya manusia istimewa yang jelas kekurangan mereka sehingga menyebabkan mereka perlu menggunakan isyarat sebagai alat komunikasi. Berpadalah dengan isyarat-isyarat itu. Bukan begitu?

Akhi Masrawi, 8.40 am 25/12/2003 (Catatan ini ditulis semasa menanti penerbangan ke KLIA di Singapore Changi)

Catatan 5

KEPULANGAN PADA HARI KRISMAS 03'

Kad telefin yang Azril hadiahkan barangkali akan menjadi simpanan dengan kreditnya tetap kekal bernilai 3 dollar Singapore disebabkan saya tak berjaya menggunakan kemudahan itu di airport Singapore. 

Terungkit satu persoalan, wajarkah ditumpahkan air mata? Kepulangan tetap kepulangan. pertemuan dan perpisahan adalah dua perkara yangs ering berungkai. Tiada bezanya pulang pada hari krismas atau pada hari biasa kerana suasana kepulangan sudah berbaur pelbagai rasa. Adakah perasaan yang dilalui ini pernah dan akan berulang kembali? Buat masa ini saya tidak punya jawapan.

Akhi Masrawi, 8.50 am 25/12/2003 (Catatan ini ditulis ketika menunggu masa berlepas ke KLIA di dalam pesawat SQ 106 dari Singapore)

Catatan 6

BOSAN

Bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan. Cuba kau bayangkan... tiba 9.50 am di KLIA dari Singapore untuk menanti penerbangan ke Langkawi pada jam 2000 pm. Apalagi hendak saya catat kecuali BOSAN!!!

 16 Januari 2004

© AHMAD TARMIZI ISMAIL

Hosted by www.Geocities.ws

1