Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2003

PERBAHASAN HUKUM MEMAKAN BINATANG DI DALAM HADIS-HADIS AHKAM (THN 4)

Oleh: Akhi Masrawi

1. HUKUM MEMAKAN HIMAR AHLI (HIMAR YANG DIPELIHARA)

Terdapat dua pandangan yang disimpulkan terhadap hukum memakan himar ahli iaitu:

Pandangan pertama: (Tahrim) Haram memakan himar ahli. Pendapat ini didokongi oleh jumhur ulamak dari kalangan tabi'en dan mereka selepas itu seperti: Abu Hanifah, As-Syafie, Ahmad, dan para pengikut mereka. Sedangkan dinukilkan daripada Imam Malik pandangan mengharamkan (iaitu pendapat soheh) daripada qaulnya sebagaimana terdapat di dalam Muwatta', walaupun ada di antara pendapatnya yang memakruhkan dan mengharuskan. Turut mendokong pendapat mengharamkan ini adalah mazhab ad-Zohiriah.

Pandangan kedua: (Ibahah) Mengharuskan memakan himar ahli. Pendapat ini didokongi oleh 'Asim bin Umar bin Qutadah al-Ansory al-Madany, Ubaid bin al-Hasan, Ibnu Abi Laila, al-Hasan al-Basry, 'Akromah dan diriwayatkan demikian daripada Ibnu Abbas dan A'isyah R.A.

Pendapat yang rajih: pendapat dari pandangan pertama yang mengharamkan.

2. HUKUM MEMAKAN HIMAR WAHSHY (HIMAR LIAR/KUDA BELANG)

Hukum memakan himar wahsy adalah harus tanpa khilaf. Sebagaimana hadis Abi Qutadah bersama para sahabat lain di dalam safar yang pernah memakannya akan sebahagian sahabat dan meninggalkan sebahagian yang lain sedang tanpa pengetahuan rasulullah SAW. Kemudian setelah mereka mendapatkan rasul dan bertanya akan hukumnya, berkata Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ia (himar wahshy) adalah makanan yang dikurniakan Allah." dan di dalam riwayat yang lain: "Makanlah."

Khilaf berlaku dalam masalah hukum memakan himar wahshy yang dipelihara adalah harus atau sebaliknya?

Pendapat pertama: Harus memakannya. Pendapat ini didokong oleh Abu Hanifah dan Ashabnya, Al-Hasan bin Hay dan As-Syafie.

Pendapat kedua: Himar wahshy yang dipelihara dan berkerja sebagaimana berkerja himar ahli tidak dimakan (tidak harus) iaitu pendapat Al-Qasim daripada Malik.

3. HUKUM MEMAKAN AL-KHAIL (KUDA)

Ulamak berselisih kepada dua pandangan iaitu:

Pandangan pertama: (Ibahah) harus. Pandangan ini disandarkan kepada jumhur ulamak: Said bin Jubair, 'Ata`, al-Nakhaie, al-Thauri, As-Syafie, Abi Yusuf, Muhammad bin al-Hassan, Ahmad bin Hambal, Ishak dan sebalin mereka.

Pandangan kedua: (Karahah) makruh. Ini adalah mazhab Auzaie, Malik, Abi Hanifah dan selain mereka.

Pendapat yang rajih: pandangan pertama yang mengharuskan.

4. HUKUM MEMAKAN BINATANG YANG BERTARING DARI BINATANG BUAS DAN BERKUKU DARI JENIS BURUNG

Dua perselisihan didapati dari hukum ini iaitu:

Pandangan pertama: Haram memakan binatang yang bertaring dan berkuku sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Abbas. Ini adalah pandangan jumhur ulamak seperti Abi Hanifah, As-Syafie, Ahmad, ad-Zohiriah dan selain mereka.

Pandangan kedua: (Karahah) Larangan hanya merupakan makruh tidak haram. Pandangan ini disandarkan kepada sebahagian Malikiah (Ashab Imam Malik).

5. HUKUM MEMAKAN AL-DZABU' (ANJING HUTAN (LIAR) AFRIKA) - saya sendiri kurang arif tentang binatang ini.

Terdapat dua pandangan di dalam perselisihan ini.

Pandangan pertama: Bahawa (Mubah) harus. Pendapat ini disandarkan kepada Mazhab Syafie, Hambali, Dzohiri dan jumhur ulamak. Mereka berhujah denga hadis Abdul Rahman bin Abi Umar bahawa ia telah bertanya Jabir bin Abdullah mengnai hukum memakan ad-dzabu' maka disimpulkan dari hadis tersebut akan keharusannya.

Pandangan kedua: Bahawa ianya tidak dimakan (tidak harus-haram). Pendapat ini disokongi oleh mazhab Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhamad. Pendapat ini juga masyhur di dalam mazhab Malik.

Pandangan yang rajih: Pandangan pertama yang mengharuskan.

6. HUKUM MEMAKAN DZOB (BIAWAK GURUN)

Terdapat tiga perselisihan di dalam masalah ini iaitu:

Pandangan pertama: (Mubah) harus. Disandarkan kepada jumhur ulamak.

Pandangan kedua: (Tahrim) haram memakan dzob sebagaimana dakwaan al-A'amash, Zaid bin Wahab dan jamaah yang lain.

Pandangan ketiga: Makruh. Pendapat ini didokongi oleh Abu Hanifah, Abi Yusuf, Muhammad. Maksud makruh di sisi mereka dalam masalah ini ialah makruh tanzih bukan makruh tahrim.

Pandangan yang rajih: Pandangan pertama yang mengharuskan.

7. HUKUM MEMAKAN ARNAB

Jumhur ulamak berpendapat harus memakan arnab. Mereka berhujah dengan hadis riwayat Anas. Dan tiada khilaf dari kalangan sahabat kecuali Ibnu Umar, Akromah dari kalangan tabie'in dan Ibnu Abi Laila dari Fuqaha'. Mereka berpandangan bahawa makruh memakannya berhujahkan hadis Khuzaimah. Akan tetapi hadis itu sanadnya lemah dan bukanlah menunjukkan kepada makruh walaupun nabi tidak memakannya kerana berdalilkan kepada hadis Ibnu Umar yang memperkukuhkan bahawa tiada larangan memakannya.

8. HUKUM MEMAKAN GAJAH

Diriwayatkan daripada Asyhab bahawa tidak haram memakan gajah apabila disembelih, juga merupakan pandangan Sya'bi dan berkata Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla: "Adapun gajah bukanlah dari binatang buas dan tiada nas yang menharamkannya." Pandangan lain (al-Hasan) menyatakan makruh memakannya kerana mempunyai taring.

9. HUKUM MEMAKAN AS-SA'LAB (SERIGALA)

harus memakan as-sa'lab sebagaimana didakwa oleh as-Syafie dan para sahabatnya. Telah berkata Abu Hanifah dan Abu Yusuf bahawa tidak dimakan ad-Dzabu' dan as-Sa'lab kerana kedua-duanya dari binatang buas dan mempunyai taring.

10. HUKUM MEMAKAN AL-QIRD (KERA)

Telah berkata Abu Umar bin Abdul Bar: telahpun ijmak Umat Islam Haram memakan kera kerna mengikut larangan Rasulullah SAW.

Hukum-hukum di atas dikeluarkan tanpa dalil dan hujah sebagaimana yang didapati dari kitab asal.

***Dikeluarkan daripada kitab: Dirasat fi Ahadis Al-Ahkam (Dr Aiman Mahmud al-Mahdy dan Dr Khalid Syakir 'Atiyah yang kedua-duanya merupakan pensyarah hadis dan ulum Hadis di Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar cawangan Tanta).

- Sebenarnya selain perbahasan di atas terddapat perbahasan lain juga yang turut menjadi muqarrar saya iaitu mengenai al-udzhiyyah (sembelihan korban), larangan bersumpah selain menggunakan nama Allah (ada perbahasan lanjut), Apa yang menghalalkan darah muslim, Syafaah di dalam hudud. Kesemua itu akan saya hadapi sempena peperiksaan pada Rabu, 4 Jun 2003 ini. Madah Hadis ahkam tahun ini melebarkan perbahasan ke ahwal isnad, lataif isnad dan mulahazat isnad sehingga bolehlah dikatakan pengajian hadis hukum saya pada tahun ini melampaui sehingga pengajian riwayah dan dirayah. Agak kepenatan menekuni perbahasan huku-hukum yang termuat pada setiap hadis berserta pula dengan dalil perbahasan yang juga didatangkan melalui nas (al-Quran dan Hadis) ditambah pula ahwal isnad, Hah... apa pun sekurang-kurangnya pelajar kuliah syariah sudah ditampilkan dengan pengajian berbentuk kuliah usuluddin. Alhamdulillah... walaupun tidak mendalam, sekurang-kurangnya ia memberikan kebaikan. Doakan saya berjaya cemerlang!

2 Jun 2003

© AHMAD TARMIZI ISMAIL

Hosted by www.Geocities.ws

1