Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2003

Antara yang menarik dalam pengkajian saya

Oleh: Akhi Masrawi

- Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, al-siyasah al-shar'iyyah. Nizam al-hukm fi al- Islam atau nizam al-siyasah fi al- Islam.

- Di antara pemikir yang giat mengusulkan ppandangan berhubung konsep negara Islam setelah sirnanya khilafah Turki di tangan Mustafa Kamal Atartuk, ialah seorang ulamak yang terkenal iaitu Ali Abdul Raziq. Beliau yang pernah bergiat dalam bidang kehakiman, menjadi tenaga pengajar, terlibat dalam politik mesir malah dilantik menjadi ahli jabhah Ulamak Al-Azhar. Tetapi penulisan beliau di dalam sebuah kajiannya yang berjudul "Al-Islam wa Usulul Hukm" menatijahkan pemikiran yang cuba dibawanya ditolak oleh anggota jabhah Ulamak Al-Azhar dan beliau dilucutkan jawatan. Berlainan halnya dengan beberapa saudara kandungnya seperti Mustaffa Abdul Raziq yang pernah menjadi Syeikhul Azhar atas sebab mujahadahnya yang tinggi di bidang agama, Tahha Hussin pula dihitung sebagai seorang pemikir yang terlalu liberal; Ali Abdul Raziq berada di tengah-tengah. Mustaffa Abdul Raziq mendasari pemikiran Muhd Abduh bergurukan Syekh Jamaluddin Al-Afghani. Tidak hairanlah jika kelompok beberapa saudara itu memilih cara dan perjalanan hidup sendiri sehingga mencetuskan pemikiran yang berbeza-beza.

- Pendirian Ali Abdul Raziq terhadap kepimppinan Rasul. KAtanya: Nabi Muhammad itu adalah rasul untuk mendakwahkan agama semata-mata, tidak dicampuri kecenderungan untuk mendirikan kerajaan dan tidak pula mendakwakan berdirinya negara." Selanjutnya ia berkata, "Sesungguhnya Islam itu adalah kesatuan agama, dan Nabi mengajak kepada kesatuan itu. Kesatuan benar-benar sudah tercapai sebelum Nabi wafat. Dalam mencapai kesatuan itu Nabi telah berjuang dengan lisannya dan telah menunjukkan "giginya" (maksudnya, berjihad dengan kekuatan) sehingga datanglah petolongan Allah dan tercapailah kemenangan.". Menurutnya kalau Rasul itu pengemban risalah, maka tidak boleh dilupakan bahwa "risalah itu sendiri memerlukan seorang rasul sebagai pemimpin kaumnya, sebagai sultan mereka. Meskipun demikian, kepemimpinannya tidak seperti kepemimpinan raja-raja berikut kekuasaan mereka terhadap rakyatnya. Jangan dicampuradukan antara kepemimpinan risalah dengan kepemimpinan almulk" Yang pertama adalah kepemimpinan agama sedangkan yang kedua adalah kepemimpinan kerajaan.

- Ali Abdul Raziq menyatakan juga bahawa peemerintahan selepas kewafatan rasul adalah tidak berbentuk keagamaan sebaliknya hanya pemerintahan politik. dan kemuncak kenyataannya beliau mengatakan bahawa Abu Bakar adalah raja pertama dalam islam.

- Hujah yang dibawa Ali Abdul Raziq: - bahaawa rasul itu bukan pemerintah, dengan hadis: "hawwin 'alaikafa faa inni lastu bimalikin wa la jabbarin",

Penjelasan: hadis ini menegaskan bahawa yang dikehendaki dengan makna raja pada hadis itu adalah kaisar yang terkenal dengan sifat yang zalim.

- hadis, "Antum a'lamu bi syu'uni dunyyakum", bahawa manusia lebih mengetahui akan urusan kehidupan mereka.

Penjelasan: Ulamak menolak dengan menyatakan bahawa asbab wurud hadis itu adalah pada persoalan tut (pengeksperimen tumbuhan) yang dilakukan oleh umat Islam ketika itu, bukan dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran. Ini dikuatkan lagi dengan hujah bahawa Alquran tidak menurunkan semua persoalan sehingga meliputi perkara-perkara furu' (cabang) sebaliknya Al Quran menjelaskan prinsip dan persoalan yang tidak disebut diperolehi melalui jalan ijtihad dan sebagainya.

- Dalil ketiga ialah: dalil 'aqli, di mana beliau menyatakan bahawa masuk akal sekiranya seluruh manusia di dunia ini menganut satu agama sahaja tetapi tidak masuk akal sekiranya hanya ada satu sistem politik sahaja. Ini kerana bersandarkan kepada dalil naqli tentang bagaimana hadis di atas. kemudian beliau menyatakan bahasa sekiranya nabi mendirikan negara dan mengajarkan politik sudah tentu kewafatan Baginda ditentukan ganti pemerintah selepasnya, sedangkan rasul meninggalkannya dalam keadaan mubham (tidak ditentukan) menyebabkan pertelingkahan.

Penjelasan: Dijawab bahawa sebenarnya tidak masuk akal di dunia ini akan hanya manusia menganut satu agama kerana sepanjang sejarah ianya tidak pernah berlaku. Dan jawapan kedua, antara hikmah mengapa rasul tidak menentukan penggantinya dan diserahkan sepenuhnya kepada umat adalah kerana untuk dilihat ia sebagai suatu perkara yang penting.

- Konklusinya pandangan Ali Abdul Raziq mennyimpang dari pandangan kebanyakan Ulamak. Saya masih dalam kajian. 25-29 Saya ke Sinai. Doakan kami selamat.


23 Jan 2003

© AHMAD TARMIZI ISMAIL

 

Hosted by www.Geocities.ws

1