Jurnal Pujangga Online - Jalan Hidup

Keluarga...


Ayah - Lahir pada 1952 di Alor Merah, Alor Seetar Kedah. Dibesarkan sebagai anak paling tua setelah dua abangnya meninggal dunia semasa kecil. Mendapat jolokan sebagai Pak Chaq di kalangan anak-anak saudaranya.

Emak - Anak jati Pulau Lagenda Mahsuri ini diilahirkan pada 1950. Juga merupakan anak sulung dalam keluarga. Sering memberi semangat kepada anak-anak supaya sentiasa berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Kak Chaq - Sudah berumah tangga pada september 2001. Paling 'kamcing' dengan aku. Akan tetapi pada hari perkahwinannya aku berada di Mesir. Kak... maafkan adikmu ini!

Aku - Menuntut di Al-Azhar As-Syarif di dalaam Fakulti Syariah dan Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiah. Lahir pada 16-10-1980. Masih berstatus bujang.

Teh - Sedang menuntut di Institut Latihan Peerindustrian, Jitra. Berkepala 'bisness'. Lahir pada 18-2-1983.

Alang - Calon SPM 2002 ini sedang menuntut di Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar. Mempunyai nilai 'terima cabaran' yang tinggi untuk menempah nama di menara gading suatu masa nanti.

Bang chik - Lahir pada 1987. Sedang menanti debaraan untuk menghadapi PMR. Selamat berjaya!

Naim - Adik bongsu dalam keluarga. Paling mannja. Lahir pada 18-11-1992. Pintar dan paling rapat dengan aku.

Kembali ke Jurnal


Berminat untuk hubungi aku sila emel kepada: [email protected]
© Hak Cipta Dipelihara - Laman SENTUHAN PUJANGGA 1980-2002
~ untuk paparan 'cun' sila gunakan IE 800 x 600 & text size: medium ~

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws