INTRO PUJANGGA Online                                                                

Assalamualaikum... dan salam sejahtera,

Sidang Pembaca sekalian,

   Saya secara jujur mengaku bahawa saya tidak tahu bagaimana sepatutnya saya tulis intro PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P ini. Ini mungkin berfaktorkan saya telah mencatat di online ini bermula Jun 2002 sehingga kini Disember 2002, pembaca Jurnal JALAH HIDUP tidak pernah membaca intro PUJANGGA Online. Sepatutnya bagi setiap website intro adalah perkara asas yang akan memperkenalkan website itu kepada pembaca. Namun mungkin bagi saya adalah lebih baik pembaca sendiri yang mencuba mengenali Jurnal JALAN HIDUP ini melalui kacamata mereka sendiri. Akan tetapi secara literalnya adalah sangat wajar bagi sesebuah website - apalagi jika sering dikunjungi - mempunyai catatan intro yang ditulis oleh webmaster alias penulisnya sendiri.

Justeru saya akan mencuba memperkenalkan PUJANGGA Online secara umum kepada kalian - sidang pembaca, Dan jika berminat untuk mengenali PUJANGGA Online secara lebih mendalam perlulah kalian sendiri yang membongkarnya. Kemudian barulah boleh saya koreksi rupa-rupanya kalian juga punya pandangan tersendiri terhadap PUJANGGA Online ini.

                                                     ***
   Saya mula mengenali jurnal online/weblog/blog pada hujung tahun 2000. Ketika itu dunia sedang dan semakin meriuh dengan sindrom celik ICT yang wajar dikuasai manusia. Tanpa menghiraukan kehiruk-pikukan mereka (manusia) saya terus hidup sebagai seorang yang hanya tahu apabila ke cyber cafe adalah untuk membaca emel, membuat emel, menghantar emel, melayari website orang, berchating di MIRC (ketika itu saya belum kenal YM/MSN) dan menguasai beberapa asas komputer dan mampu menggunakan komputer untuk tujuan yang biasa. Maksudnya saya, saya ketika itu buta ICT. Orang bercakap pasal website saya cuma mendengar. Orang bercakap pasal itu dan ini yang berkaitan ICT saya cuma seperti tikus melihat besi.

Saya akhirnya ditakdirkan mengenali jurnal online. Ketika itu saya sudah berada di Bumi Anbiya' - Ardhul Mesir. Tetapi ketika itu saya cuma menjadi pengunjung website orang sahaja. Antara yang terawal saya layari di kalangan jurnal online GengJurnal ialah: Laman Jurnal peribadi Nett, Rudy dan beberapa jurnal lain yang saya dah lupa. Membaca jurnal-jurnal mereka rasa seolah-olah ada kaitan dengan kehidupan kita. Masa itulah timbulnya minat untuk meniru membina weblog sendiri. Namun, apakan daya niat itu berkubur begitu sahaja kerana saya ketika itu memang betul-betul buta IT (Lihat catatan 3 30 Jun 2002).

Kebetulan kawan serumah saya - Maszuan, mempunyai PC di rumah yang kami tinggal. Maka dengan PC itulah saya manfaatkan untuk belajar tentang komputer. Mei 2002 saya mula membina laman web menggunakan frontpage 2000 yang mana website itu tidak diupload ke internet. Banyak halangan dan ditambah dengan faktor tidak bersungguh dan sering lupa. Melalui laman itulah timbulnya inspirasi untuk menulis jurnal online - seperti mana jurnalis lain buat. Malangnya saya tidak tahu rupanya ada website yang mengumpulkan sejumlah penulis-penulis jurnal online -jernel- boleh dijadikan rujukan dan panduan bagi yang baru hendak mula menulis jurnal online. Malah bukan itu sahaja, ada juga web yang menyediakan tapak untuk menulis jurnal seperti di blogspot, danchan, diaryland dll. Tetapi bagusnya saya membina laman sendiri menggunakan frontpage 2000 dan beberapa program lain yang mudah-mudah - yang saya tahu waktu itu. Maka dengan itu , saya mula menulis dengan catatan 1 Jun, tetapi catatan itu hanya berjaya diupload ke internet pada 13 Jun bersama dengan catatan selepasnya.

Saya sendiri tidak ingat bagaimana nama Jurnal ini boleh PUJANGGA Online? Kalau sudah tak ingat, lebik baik hanya saya jelaskan apa yang saya ingat saja tentang PUJANGGA Online ini.

                                                      ***

   PUJANGGA Online adalah sebuah laman milik penulisnya PUJANGGA iaitulah saya. Di dalam PUJANGGA Online terdapat JURNALJALANHIDUP sebagai sesuatu yang paling utama kepada kewujudan PUJANGGA Online. Saya mula menulis Jurnal ini dengan membahasakan diri sebagai AKU sehingga ke catatan yang ditulis pada 15 September 2002 yang bertajuk Antara saya dan Aku? Sengaja catatan itu saya buat sedikit kelainan dengan menamakan catatan itu sebagai catatan moden yang dipesan dari zaman klasik - bukan meniru
encik khairul dengan catatan kisah klasik untuk masa depan. Kemudian nama catatan saya itu ditukar kepada lebih ringkas iaitu - catatan moden dari zaman klasik.

Bermula dari tarikh 15 September 2002 itulah saya mula menulis catatan-catatan bertemakan catatan moden dari zaman klasik. Nak tahu apa itu catatan moden dari zaman klasik sila baca
catatan satu 17 September 2002.

Sehingga kini saya masih menulis. Tak tahulah kalau-kalau suatu hari nanti saya sudah tidak menulis lagi. Suatu hari nanti itu, mungkin hari anda membaca catatan ini - selagi web ini masih boleh dilayari. Selain menulis jurnal, saya juga menulis karya kreatif dalam genre cerpen dan puisi terutamanya dan juga menulis artikel, rencana dan penulisan ilmiah. Setakat ini semenjak berjurnal online ini saya telah menulis pelbagai bentuk catatan di dalam Jurnal JALAN HIDUP ini. Selain Jurnal JALAN HIDUP ini saya juga memiliki jurnal lain iaitu: UNTAIAN MASA di www.kepompom.com. Saya pun tak tahu mengapa saya minat menulis. Barangkalilah kerana dengan menulis saya dapat kepuasan. Dengan menulis saya mampu luahkan apa yang terpendam di sanubari saya. Dengan menulis saya terjemahkan idea-idea saya supaya boleh dikongsi secara bersama dengan pembaca. Dengan menulis juga saya lepaskan kegeraman dan kemarahan. Dan pelbagai perkara boleh saya lakukan dengan menulis. Selain menulis saya juga minat membaca.

                                                     ***
   Sepanjang Online sejak Jun 2002, saya sangat gembira dengan perkembangan kawan-kawan terutama gengjurnal yang menjadi pembaca Jurnal JALAN HIDUP ini dan sama ada secara langsung atau tidak langsung telah memberikan apa jua bantuan, nasihat, dorongan dan segalanya demi kewujudan dan kemajuan jurnal ini. Sama ada yang mengisi anjung tamu (guestbook) atau tidak. Saya turut merasa terharu dengan sokongan yang diberikan. Dengan itu di kesempatan ini saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada kalian semua. Rasanya nama-nama mereka saya telah masukkan di dalam page
penghargaan.

Seorang kawan saya pernah bertanya pada saya akan bagaimana untuk kenali saya. Secara ringkas saya katakan saya ini kalau anda kenal hari ini saya mungkin begini, mungkin esok bila anda jumpa saya lagi saya sudah tidak sebagaimana keadaan awal anda kenal saya. Saya ini insan yang hari ini tidak sama seperti semalam dan esok mungkin berlainan dari hari ini. Itulah saya. Saya mungkin hari ini senyum, esok berduka, hari ini ketawa, esok menangis, hari ini peramah, esok pendiam dan seumpamanya.

Sebagaimana kata orang: "Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang." Kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik, kita dah jadi yang paling bagus, tapi masih ada orang yang tidak puas hati. Jadi oleh sebab itu saya juga mohon maaf kepada sesiapa jua yang tidak senang dengan PUJANGGA Online ini dalam apa jua keadaan sama ada melalui catatan-catatan saya atau selainnya. Kerana kita ini manusia, rambut sama hitam hati lain-lain.

Dah banyak rasanya saya menulis. "Orang masuk sini bukan nak baca intro!" - Anda pun bukan nak baca intro ini sangat kan? Anda mungkin nak baca catatan Jurnal JALAN HIDUP. Jadi cukuplah setakat ini catatan intro untuk setelah hampir genap 7 bulan online.

                                                     ***
   Oh! Sebelum saya terlupa, saya:
AHMAD TARMIZI ISMAIL. Lahir pada 16.10.1980. Selamat berkenalan. Kalau ada yang dah kenal saya sebelum ini, ada beberapa benda yang saya nak beritahu. Pertama kalau anda kawan saya ringan-ringanlah tangan isi anjung tamu saya atau hantarlah emel kepada saya. Kedua: kalau saya dan anda pernah bergaduh saya minta segala kesumat lalu itu dilupakan dan saya memaafkan anda. Ketiga: kalau anda saudara saya tentu anda akan teruskan persahabatan dengan saya selagi hidup masih diberikan.  Anda boleh panggil saya dengan panggilan MIZI, MAT (ni selalunya junior saya yang panggil (Abang Mat), TARMIZI atau apa jua yang difikirkan sesuai melalui abjad-abjad yang ada pada nama saya itu. Tetapi menulis di Jurnal JALAN HIDUP saya selesa dengan nama PUJANGGA. Tak tahu kenapa? Manakala di dalam penghasilan karya saya menggunakan nama pena AKHI MASRAWI dan saya ada banyak nama pena yang lain juga.

Untuk Akhirnya saya ucapkan terima kasih di atas kesudian untuk melayari Jurnal saya ini. Segala kekuarangan itu adalah milik makhluk, dan yang sempurna itu adalah hak ALLAH Tuhan yang mencipta semesta alam.

"Esok Masihkah ada sinar!"

Assalamualaikum...dan Salam Hormat dari saya untuk anda semua...


Saya,

PUJANGGA,
PUJANGGA Online,
J U R N A L J A L A N H I D U P,
http://akhimasrawi.cjb.net

*** Catatan intro ini ditulis pada 26/12/2002.

 

"...Kadang-kadang kita sangka hidup ini kejam!...

 

 

"...Sebab itu semangat kita akan mudah hilang dan impian kita musnah!...

 

 

"...Tetapi kalau kita menganggap hidup ini adalah sebuah perjalanan yang memerlukan pengorbnanan dan kesabaran...

 

 

"...Kita akan terus mencari dan berusaha mendapatkan apa yang belum cukup... Kerana perjalanan kita masih jauh!"

http://akhimasrawi.cjb.net

Kembali ke JURNAL

© Hak Cipta Dipelihara -Laman Sentuhan PUJANGGA 1980-2002
PUJANGGA Online WebMaster emel: [email protected]

Hosted by www.Geocities.ws

1