Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2003

BEBERAPA HUKUM DAN KHILAF SEKITAR AL-FATIHAH

Oleh: Akhi Masrawi

(Dikeluarkan dari Kitab al-Wajiz fi ahkam al-kitab al-aziz tulisan Prof Dr. Saif Rajab Qazamil, Mantan Dekan Fakulti Syariah Wal-qanun Universiti Al-Azhar Tanta dan Prof Dr. Muhd Abdul Fatah al-Banhawi, pensyarah Fiqh perbandingan Mazhab dan merupakan Timb. Dekan di Fakulti yang sama, Fiqh Kitab Thn 1, Jabatan Syariah Islamiah):

Hanya sebahagian dari isi kitab dikeluarkan dalam bentuk qaul/pendapat ulamak tanpa dalil dan hujah sebagaimana terdapat di dalam kitab.

1. Hukum membaca al-isti'azah pada selain dalam solat

Fuqaha' berittifaq bahawa al-isti'azah adalah bukan dari al-Quran dan ia adalah masyru' sebelum membaca al-Quran, akan tetapi mereka berselisih pada sifat pensyariatan:

- 'Ato dan az-Zohiriah berpendapat al-isti''azah wajib pada setiap bacaan (qiraah).
- Jumhur ahli ilmu berpendapat hukum membacca al-isti'azah sebelum qiraah yang selain solat adalah sunat.
- Ibn Sirin berpendapat apabila beristi'azaah sekali dalam seumur hidup maka memadai akan kewajipan.
- Sebahagian berpendapat ianya diwajibkan kke atas Nabi SAW sahaj tidak ke atas umatnya.

Pendapat yang rajih: Pendapat pertama

2. Hukum membaca al-isti'azah di dalam solat

- Ibn Sirin, Al-Nakhaie dan 'Ato berpendapaat bahawa al-isti'azah di dalam solat adalah wajib pada setiap rakaat. Pendapat ini turut disandarkan kepada al-Zohiriah dan merupakan al-mazhab di sisi as-Syafieyyah.

- Jumhur Fuqaha' berpendapat bahawa ianya ssunat pada rakaat pertama sahaja.

- Imam Malik berpandangan al-isti'azah tidaak disyariatkan dalam solat mafrudhah (wajib) dan beliau berpandangan ianya disyariatkan di dalam Qiyam Ramadhan.

3. Waktu al'isti'azah dalam solat

- Jumhur berpendapat bahawa al-isti'azah diibaca sebelum membaca al-Fatihah.

- Abu Hurairah, Nakhaei, Daud dan Ibn Sirinn pada salah satu riwayat menyatakan bahawa al-isti'azah dibaca selepas bacaan al-Fatihah.

4. Hukum Basmalah

- Basmalah adalah satu ayat daripada al-Fattihah dan surah-surah yang lain kecuali 'Bara'ah' (Surah At-Taubah). Pendapat ini disandarkan kepada Imam Syafie, satu riwayat daripada Ahmad yang merupakan qaul Ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn al-Zubair, Abu Hurairah, Ali, 'Ato, Tawus, Ibn Jubair, Makhul, Zuhri dan Ibn Mubarak.

- Basmalah bukanlah merupakan ayat daripadaa al-Fatihah dan surah-surah yang lain, ianya hanyalah "istiftah" bagi menjelaskan setiap permulaan. Ini adalah merupakan qaul Imam Malik, Auzaie dan satu riwayat dari Ahmad.

- Basmalah bukanlah ayat dari al-Fatihah daan surah-surah lain, malah ia merupakan ayat berkecuali seperti sebuah surah yang pendek diturunkan sebagai pemisah di antara surah. Ini merupakan pendapat al-Hanafiah, Daud dan pengikutnya, dan satu riwayat dari Ahmad.

Pendapat yang rajih: Pendapat pertama.

5. Hukum membaca Basmalah dalam solat

Bagi yang mengiktibarkan bahawa Basmalah adalah merupakan ayat bagi al-Fatihah seperti Imam Syafie dll, merepa berpendapat bahawa wajib membacanya pada awal al-Fatihah dalam solat. Maka dibacakan secara "jahr" kuat di dalam solat yang jahr (subuh, maghrib dan isyak)

Manakala yang berpendapat bahawa basmalah bukanlah ayat dari al-Fatihah berselisih kepada dua pendapat:

- Al-Hanafiah dan sebahagian al-Hanabilah bberpendapat bahawa sunat membaca basmalah selepas al-isti'azah sebelum al-Fatihah dalam solat.

- Al-Malikiah berpendapat bahawa tidak dibaaca di dalam solat yang wajib. Sekiranya dibaca maka hukumnya makruh dan menjadikan sunat jika dibacakan di dalam solat sunat.

Pendapat yang rajih: Bahawa ia bukanlah ayat dari al-Fatihah dan dibacakan secara 'sir' (diam) dalam solat. Pendapat ini keluar dari khilaf pada hukum membacanya seakan-akan menjadi pendapat ketiga. Akan tetapi bagi yang berpendapat bahawa basmalah adalah satu ayat dari al-Fatihah maka hukum membacanya adalah wajib dan dikuatkan bacaan pada solat jahr dan disirkan pada solat sir.

6. Hukum membaca al-Fatihah di dalam Solat

Ulamak berijmak bahawa tiada solat kecuali dengan qiraah - maka barangsia yang meninggalkan bacaan secara sengaja atau lupa batal solatnya. Tetapi mereka berselisih pada apakah qiraah yang wajib bagi sahnya solat kepada dua pendapat:

- Bahawa qiraah al-Fatihah adalah wajib dallam solat, maka sekiranya meninggalkannya walaupun satu huruf maka tidak sah solatnya. Pendapat ini disandarkan kepada Jumhur Ulamak: al-Malikiah, al-Syafieyah, al-hanabilah dan jumhur Sahabat dan Tabien.

- Bacaan al-Fatihah dalam solat bukan fardhhu, maka sekiranya ditinggalkan dan diganti dengan bacaan yang lain sudah memadai kerana sudah menepati qiraah. Pendapat ini meruapakan pendapat al-Hanafiah, Sebahagian Malikiah, satu riwayat Ahmad, al-Thauri dan al-Auzaie.

Pendapat yang rajih: Pendapat pertama yang mewajibkan al-Fatihah sebagai bacaan.

7. Hukum membaca al-Fatihah bagi makmum

- Imam Syafie dalam Qaul Jadid, dan Hanabillah dalam satu riwayat berpendapat bahawa wajib membaca al-Fatihah secara mutlak, sama ada imam membaca secara jahr atau sir.

- Al-Hanafiah berpendapat bahawa makmuk tiddak wajib bagi makmum membaca secara mutlak.

- Masyhur di sini Al-Malikiah, muktamad di sisi Hanabilah dan Qaul qadim Imam Syafie berpendapat bahasa bagi Makmuk sekiranya mendengar bacaan imam baginya diam dan tidak membaca, tetapi sekiranya tidak mendengar maka baginya membaca sendiri.

8. Hukum mengucapkan amin

- Jumhur Ulamak dari mazhab empat berpendappat bahawa amin selepas bacaan al-Fatihah bagi imam dan makmum adalah sunat.

- Zohiriah berpendapat amin dalam solat adaalah wajib.

- Syiah Imamiah berpendapat amin di dalam ssolat adalah bid'ah dan merosakkan solat.

18 Jun 2003

© AHMAD TARMIZI ISMAIL

Hosted by www.Geocities.ws

1