Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2003
Rencana: Pasca Dua Tahun Tragedi 11 September
Oleh: Akhi Masrawi
Dua tahun yang lalu, pada
tarikh 11 September merupakan detik paling mustahak kepada sejarah Amerika
Syarikat yang mengaku sebagai 'Super Power' dan 'Polis Dunia' diranapkan hanya
menerusi serangan bersifat 'kamikaze' ke atas WTC dan Pentagon. Kesannya Amerika
melabelkan serangan tersebut sebagai tindakan keganasan yang dilakukan oleh Umat
Islam, walaupun sehingga penyiasatan reda tiada bukti yang kukuh dilakukan oleh
umat Islam.
Presiden Amerika, George W. Bush di dalam kenyataannya ketika itu secara melulu
menuduh dalang yang bertanggung jawab ke atas serangan tersebut adalah Osama Bin
Laden, seorang Jutawan berbangsa Arab yang memiliki pengaruh yang kuat yang
ketika itu sedang berada di Afghanistan, berilmu serta warak. Namun dalam masa
yang sama, Osama menafikan keterlibatan beliau serta menyangkal tuduhan
tersebut.
Media barat menjadikan isu tersebut untuk menghentam Islam. Minoriti umat Islam
yang tinggal di Barat hidup dalam ketakutan., terutama bangsa Arab. Lantaran
kebencian yang membuak-buak mereka menyenaraikan negara-negara pengganas dan
nama-nama pengganas untuk diperangi. Yang peliknya, majoriti pengganas adalah
umat Islam. Rupa-rupanya sama ada sedar atau tidak, Amerika menjadikan ianya
sebagai umpan untuk menyerang Afghanistan, sebuah negara mundur yang majoritinya
umat Islam tetapi pernah mencipta sejarah besar menumbangkan blok komunis
(soviet Union) pada 1989 melalui gabungan mujahidin. Walaupun dalam kenyataan
Bush, serangan itu bertujuan memerangi keganasan sekaligus untuk membunuh Osama
Bin Laden tetapi saya secara peribadi merasakan tujuan Amerika lebih memihak
untuk menguasai minyak dan gas asli di mana dianggarkan bahawa Afghanistan
mempunyai 270 bilion tong minyak, iaitu lebih kurang 20% daripada simpanan
minyak dunia serta 665 kaki padu gas asli iaitu hampir 1/8 simpanan gas asli
dunia. Kenapa saya berkata demikian? Jika benarlah Bush ingin membunuh Osama,
rasanya dengan kecanggihan yang mereka miliki sudah amat memadai tanpa
menurunkan bala tentera yang ramai serta kos peperangan yang besar. Cukup
sebagaimana lakonan dari Holywood diterjemahkan umpamanya menghantar seorang
komando yang berperwatakan seperti Arnold atau menggunakan kecanggihan satelit
pengesan dan bom jarak jauh tercanggih. Akhirnya Amerika mengumumkan berjaya
menawan Afghanistan dan Hamid Khardzai dijadikan boneka memimpin Afghanistan.
Pasca serangan Amerika ke atas Afghanistan, Iraq dijadikan medan 'ujikaji
persenjataan' seterusnya. Mengapa perlu Iraq? Kenapa tidak negara lain? Alasan
yang digunakan kerana Iraq mempunyai simpanan senjata nuklear, kimia dan biologi
dan ianya melanggar ketetapan persenjataan antarabangsa. Kenapa tidak Korea atau
Cuba yang juga khabarnya turut mempunyai senjata tersebut? Pertama kerana Iraq
adalah negara umat Islam (walaupun majoriti penduduknya adalah bermazhab Syiah),
kedua kerana ini adalah siri peperangan akidah, ketiga kerana Iraq ada telaga
minyak kedua terbesar di dunia keempat kerana Iraq adalah musuh tradisi keluarga
Bush dan kelima kerana untuk mencapai misi negara Israel-Raya, dari lembangan
Furat ke Lembah Nil.
Atas alasan tersebut maka PBB pun bersidang (sebenarnya berlakon). Wakil
pemeriksa dihantar ke Iraq bagi membuktikan bahawa Iraq sememangnya telah
melanggar ketetapan persenjataan dunia. Namun, tiada sebarang bukti ditemui.
Amerika tetap berkeras. Bajet peperangan yang sangat besar telah disediakan.
Akhirnya, berlakulah peperangan yang menyaksikan umat Islam di Iraq sebagai
mangsa. Iraq jatuh ke tangan Amerika dan Saddam Hussin hilang entah ke mana. Ada
berita yang mengatakan Saddam ke Rusia, bersembunyi. Namun, bukanlah persoalan
pemimpin bacul seperti Saddam itu yang mahu diketengahkan, tetapi apa yang mahu
disebut bahawa agenda serangan pasca 11 September adalah rangkaian misi 'New
World Orde' yang digagaskan semenjak pentadbiran Bush bapa.
Selepas kejatuhan Soviet kepada kuasa kerdil Afghanistan, Amerika menjadi kuasa
besar tunggal. Pada 1990 Iraq melancarkan serangan terhadap Kuwait (sebenarnya
kesan konspirasi politik Amerika terhadap pengapian isu persempadanan
Iraq-Kuwait) yang kemudiannya membuka peluang Amerika serta sekutunya menghantar
bala tentera untuk meranapkan Iraq pada Perang Teluk 1991. Ketika itu Arab Saudi
pun turut membuka laluan kepada Amerika.
Selepas berakhirnya Perang Teluk dan Bush bapa berundur dari arena politik
Amerika dengan digantikan oleh Bill Clinton, Amerika seakan-akan tidak menemui
alasan untuk terus berperang dengan Umat Islam sehinggalah tragedi 11 September
2001. Dan terbukti pemimpin Amerika yang menggantikan Bill Clinton adalah anak
Bush sendiri. Agenda Zionis akan diteruskan dengan Presiden Amerika sebagai
kepala 'goyim'. Mana mungkin tradisi Amerika sebagai 'pembuli' terencat kesan
pimpinan Clinton yang hanya lebih mesra ber'asmara' di Rumah Putih.
Saya sendiri sangat tidak faham dengan politik negara-negara Arab. Setahu saya,
negara-negara Arab hanya mengamalkan dua bentuk pentadbiran iaitu menerusi
'mamlakah' kerajaan beraja (cth: Arab Saudi, Jordan, Qatar dll) dan sistem
presiden yang bersifat diktator (cth: Mesir, Syria, Lubnan). Dengan penguasaan
Amerika di Iraq pastinya akan berlaku perubahan yang ketara dalam sistem politik
timur tengah. Ini kerana Amerika memperkenalkan demokrasi yang kemungkinan besar
akan menjadi gelombang kebangkitan kesedaran politik bangsa Arab. Walaupun
begitu, tiada sebuah pun negara Arab yang benar-benar berperanan menghalang
penyerangan Amerika terhadap Iraq. Liga Arab yang bersidang juga tidak menemukan
apa-apa resolusi yang memberangsangkan. Mungkin kerana masing-masing hanya ingin
menjaga kepentingan diri, lantas membiarkan Iraq menjadi mangsa.
Setelah kejatuhan Afghanistan Iraq juga menerima nasib yang serupa. Kemasukan
budaya barat ke gerbang sosial umat Islam menjadi kejutan budaya yang
merunsingkan. Amerika menerbangkan filem-filem lucah mereka masuk ke Afghanistan
dan Iraq demi melalaikan umat Islam, terutama generasi muda. Jika dahulu, wayang
hanya menyiarkan filem-filem yang masih menjaga adab, setelah 'penjajahan'
Amerika filem-filem lucah diberitakan membanjiri Baghdad. Majalah-majalah erotis
yang memaparkan model-model bogel bersepah di sepanjang jalan di Baghdad. Malah
lebih menyedihkan apabila mendapat sambutan baik masyarakat Iraq. Jika dulu
semasa Rejim Saddam memerintah, semuanya terkawal; setelah tumbangnya patung
Saddam adalah masa kebebasan mutlak. Namun, umat Islam yang teguh iman masih
meneruskan penentangan demi penentangan.
Betullah, siri peperangan salib tidak akan berakhir. Apakah kalian menyangka
bahawa Yahudi dan Nasrani akan meredhai umat Islam? Sedangkan di dalam al-Quran
telah disebutkan dengan jelas. Peluang menguasai Iraq dan Afghanistan adalah
keuntungan yang sangat besar kepada Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya Amerika
tidak lagi perlu bergantung kepada Arab Saudi untuk mendapatkan bekalan minyak
dan gas. Berpengkalan di Iraq juga memungkinkan lebih mudah Amerika menyalurkan
apa-apa bantuan kepada Israel. Misi Israel belum usai.
Selagi umat Islam tidak bersatu, usah harap kita akan mampu menentang kafir
laknatullah itu. Buktinya sudah ada di depan mata, nampaknya pasca 11 September
2001 adalah detik penerusan agenda 'New World Orde' yang belum usai. Apakah kita
hanya akan menjadi penonton kepada drama dunia baru?
Apa yang pasti, selagi tidak ada perubahan sistem politik umat Islam kembali
kepada sistem Islam yang hakiki... selagi itulah kita akan terus menjadi mangsa.
Apakah kalian sedar? - TAMAT
17 September 2003
© AHMAD TARMIZI ISMAIL