Mulai online pada  Jun 2002 hingga kini...

Fikir:

It's year 2003
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It's time for us to change
It's up to you & me
Either we make history
or we become history…

banner PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P

Banner di atas adalah hasil ciptaan Putri untuk PUJANGGA Online. Terima kasih buat Putri.

melangkah ke pertemuan para jurnalis di http://gengjurnal.net

saya geng jurnal!

Capaian Alternatif

Capaian Arkib:

22 Link Pilihan Pujangga Online untuk Jan 2003:

bandar sepi
biskut
cik daun
cik easy
encik khairul
enmiya
fajar online
idzwan FIRDAUS
ijah
jiGOMorrison
meer Taro
miecreation
mukeh
nettbiru
nik nazmi
nureffa
raymizie
rudy bluehikari
sera
spyz
tok rimau
wanzu

p/s: Link-link ini mungkin berubah mengikut bulan pilihan, siapa nak tempah untuk Februari 2003?

 

Pedoman:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang orang fasik membawa sesuatu berita kepada kamu, hendaklah kamu selidiki..." (Al-Hujurat: 6) "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

...................... http://akhimasrawi.cjb.net ......................

Arkib Januari 2003

Capaian PUJANGGA Online:

 Intro | Diri | Keluarga  | JURNAL | Cerpen Akhi Masrawi | Puisi Online  | Syariah Online | Cerpen Online | Kajian Online | Rencana Online | Untaian Masa | Koleksi E-muzakarah | Anjung Tamu v. de | Galeri  | Penghargaan

  Update terakhir pada                                                                                                         Update pada bila-bila masa...


di sini langkahku bermula...                      

.:: Catatan moden dari zaman klasik ::.

Tarikh pada catatan ialah tarikh saya menulis!

31 Januari 2003/ 28 Zulkaedah 1423 | Jumaat | 9.24 am

Catatan Satu

- Terlalu banyak yang hendak dicatatkan, tetapi otak saya letih. Mel-mel yang saya dapat pun tak terbalas. Maaflah. Kerja bertimbun-timbun. Peribadi dan persatuan. Pun begitu saya cuba catat juga sekadar terdaya utk menutup tirai Januari 2003 ini.

- Saya sudah sampai ke Tanta beberapa hari lepas dari xpdc Selatan Sinai. Alhamdulillah xpdc berlangsung dengan baik dan menyeronokkan. Kembara mencari jejak atsar Anbiyak. Sempat bertandang ke beberapa tempat menarik dan maqam Anbiyak. Antara tempat yang diziarahi seperti Taba, Hudud (sempadan Mesir-Israel), Qal'ah Sallahuddin Ayubi, Dahab dan menikmati udara segar tepian pantai (banyak ilham ni), Maqam Nabi Salleh, Maqam Nabi Harun serta pengikut, Lembu Samiri (replika atsar), Wadi Arbai'en, mendaki Jabal Musa di Tur Sinai, Lawat Gereja St. Caterine, Uyun Musa (mata air), dan Pnorama ..... (kubu kuat Israel sewaktu peperangan dengan Mesir era 70-an dulu).

- Banyak pengalaman yang dikutip sepanjang xpdc. Keinsafan diperolehi sementelah diberikan peluang mendaki Jabal Musa yang memeritkan itu. Perjalanan melenguhkan sendi-sendi dan otot. Namun alhamdulillah sempat juga bersolat Subuh di atas Jabal Musa sambil menanti mentari bersua muka. Cuaca sangat sejuk, meski salji tidak ada tahun ini. Angin terlalu kencang dan air mineral di dalam botol beku. Suhu di paras beku. Terlalu dingin untuk digambarkan.

- Mentari dilihat dari jabal Musa memang cantik. Tidak dinafikan kekuasaan Allah mencipta segala makhluknya. Kesempatan itu beri saya peluang insaf.

- Terima kasih pada Wanzu sebab tolong buatkan banner.

- Nanti saya catat lagi... Februari???

Sila klik  Respon/Komen

 

23 Januari 2003/ 19 Zulkaedah 1423 | Khamis | 4.26 am

Catatan Satu

Apa yang saya tulis tentang siapa yang saya tahu!

- Minda Nik Nazmi 'merdeka' setelah bertandang ke bumi penjajah (Britain). Nik telah memulakan kolum 'Warung Bayang-bayang' dengan entri pertama bertajuk "Liang-liuk di antara dua dunia" - yang janjinya terbit setiap selasa di web peribadinya: http://n3a.9599.org Kalau kalian perasan, Nik menulis di dalam bahasa Inggeris sejak membina webnya itu. Atas gurauan semasa chat dengan saya baru-baru ini, Nik tanpa segan memberitahu bahawa mindanya terjajah dengan menulis di dalam bahasa penjajah. Pun begitu banyak juga rencana dan penulisannya di dalam bahasa ibunda yang kian di'tirikan' pula di tanahair sendiri. Siapa yang tidak kenal Nik Nazmi? (soalan? atau...apanya!)

- Enmiya telah menyambung semula catatan Jurnal Menyitir dari lembah ke lembahnya di http://enmiya.tripod.com. Kalau ada yang dah ketagis nak membaca ulasan-ulasan Enmiya bolehlah bertandang ke sana. Tapi cerita pasal periksa lah!

- Mereka yang membaca 'Cerpen Cinta Sufiah' bertanya kepada saya adakah itu cerita benar atau dalam erti kata yang lain adakah itu kisah peribadi saya, sama ada melalui emel, anjung tamu di Jurnal, chating dan sebagainya. Di kesempatan ini saya ingin membuat pengakuan bahawa literalnya Cinta Sufiah adalah karya jiwang saya untuk kesekiannya adalah sebuah cerita yang muncul melalui imaginasi saya. MOHNAS tentu akan tersenyum... MOHNAS pernah menyifatkan saya sebagai penulis yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Secara kebetulan, MOHNAS betul... mungkin kerana saya insan yang lahir pada bulan oktober! Wanzu... kalau nak Cinta Sufiah, tafadzal.* Ma fish musykilah.* Nak 'letak' di mana? SK? OPS?

- Masing-masing punya gayalah. BandarSepi menulis entri 21 Januari dengan dua catatan. Catatan satu mengemukakan teori cinta yang diperkenalkan seorang profesor agak menarik di antara bermain dengan istilah break-off dan cool-off. Saya tambah satu lagi boleh? Turn-off, boleh? Selain itu ada link karya dan gambar. Siapa belum jengah BandarSepi?

- Fajar pernah suka pada kata-kata saya yang berbunyi: " "Andai rindu itu bisa kulipat-lipat akan ku selitkan di saku ingatan biar ia berulit dalam mimpi ini." manakala saya pula petik kata-kata ini dari jurnal Fajar: "Kadang-kadang, aku nak tulis semua perasaan yang bertandang. Tapi, aku tak mampu."

Glosari:

tafadzal- silakan
Ma fish musykilah - tiada masalah

Catatan Dua

Antara yang menarik dalam pengkajian saya

- Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, al-siyasah al-shar'iyyah. Nizam al-hukm fi al- Islam atau nizam al-siyasah fi al- Islam.

- Di antara pemikir yang giat mengusulkan pandangan berhubung konsep negara Islam setelah sirnanya khilafah Turki di tangan Mustafa Kamal Atartuk, ialah seorang ulamak yang terkenal iaitu Ali Abdul Raziq. Beliau yang pernah bergiat dalam bidang kehakiman, menjadi tenaga pengajar, terlibat dalam politik mesir malah dilantik menjadi ahli jabhah Ulamak Al-Azhar. Tetapi penulisan beliau di dalam sebuah kajiannya yang berjudul "Al-Islam wa Usulul Hukm" menatijahkan pemikiran yang cuba dibawanya ditolak oleh anggota jabhah Ulamak Al-Azhar dan beliau dilucutkan jawatan. Berlainan halnya dengan beberapa saudara kandungnya seperti Mustaffa Abdul Raziq yang pernah menjadi Syeikhul Azhar atas sebab mujahadahnya yang tinggi di bidang agama, Tahha Hussin pula dihitung sebagai seorang pemikir yang terlalu liberal; Ali Abdul Raziq berada di tengah-tengah. Mustaffa Abdul Raziq mendasari pemikiran Muhd Abduh bergurukan Syekh Jamaluddin Al-Afghani. Tidak hairanlah jika kelompok beberapa saudara itu memilih cara dan perjalanan hidup sendiri sehingga mencetuskan pemikiran yang berbeza-beza.

- Pendirian Ali Abdul Raziq terhadap kepimpinan Rasul. KAtanya: Nabi Muhammad itu adalah rasul untuk mendakwahkan agama semata-mata, tidak dicampuri kecenderungan untuk mendirikan kerajaan dan tidak pula mendakwakan berdirinya negara." Selanjutnya ia berkata, "Sesungguhnya Islam itu adalah kesatuan agama, dan Nabi mengajak kepada kesatuan itu. Kesatuan benar-benar sudah tercapai sebelum Nabi wafat. Dalam mencapai kesatuan itu Nabi telah berjuang dengan lisannya dan telah menunjukkan "giginya" (maksudnya, berjihad dengan kekuatan) sehingga datanglah petolongan Allah dan tercapailah kemenangan.". Menurutnya kalau Rasul itu pengemban risalah, maka tidak boleh dilupakan bahwa "risalah itu sendiri memerlukan seorang rasul sebagai pemimpin kaumnya, sebagai sultan mereka. Meskipun demikian, kepemimpinannya tidak seperti kepemimpinan raja-raja berikut kekuasaan mereka terhadap rakyatnya. Jangan dicampuradukan antara kepemimpinan risalah dengan kepemimpinan almulk" Yang pertama adalah kepemimpinan agama sedangkan yang kedua adalah kepemimpinan kerajaan.

- Ali Abdul Raziq menyatakan juga bahawa pemerintahan selepas kewafatan rasul adalah tidak berbentuk keagamaan sebaliknya hanya pemerintahan politik. dan kemuncak kenyataannya beliau mengatakan bahawa Abu Bakar adalah raja pertama dalam islam.

- Hujah yang dibawa Ali Abdul Raziq: - bahawa rasul itu bukan pemerintah, dengan hadis: "hawwin 'alaikafa faa inni lastu bimalikin wa la jabbarin",

Penjelasan: hadis ini menegaskan bahawa yang dikehendaki dengan makna raja pada hadis itu adalah kaisar yang terkenal dengan sifat yang zalim.

- hadis, "Antum a'lamu bi syu'uni dunyakum", bahawa manusia lebih mengetahui akan urusan kehidupan mereka.

Penjelasan: Ulamak menolak dengan menyatakan bahawa asbab wurud hadis itu adalah pada persoalan tut (pengeksperimen tumbuhan) yang dilakukan oleh umat Islam ketika itu, bukan dalam persoalan pemerintahan dan pentadbiran. Ini dikuatkan lagi dengan hujah bahawa Alquran tidak menurunkan semua persoalan sehingga meliputi perkara-perkara furu' (cabang) sebaliknya Al Quran menjelaskan prinsip dan persoalan yang tidak disebut diperolehi melalui jalan ijtihad dan sebagainya.

- Dalil ketiga ialah: dalil 'aqli, di mana beliau menyatakan bahawa masuk akal sekiranya seluruh manusia di dunia ini menganut satu agama sahaja tetapi tidak masuk akal sekiranya hanya ada satu sistem politik sahaja. Ini kerana bersandarkan kepada dalil naqli tentang bagaimana hadis di atas. kemudian beliau menyatakan bahasa sekiranya nabi mendirikan negara dan mengajarkan politik sudah tentu kewafatan Baginda ditentukan ganti pemerintah selepasnya, sedangkan rasul meninggalkannya dalam keadaan mubham (tidak ditentukan) menyebabkan pertelingkahan.

Penjelasan: Dijawab bahawa sebenarnya tidak masuk akal di dunia ini akan hanya manusia menganut satu agama kerana sepanjang sejarah ianya tidak pernah berlaku. Dan jawapan kedua, antara hikmah mengapa rasul tidak menentukan penggantinya dan diserahkan sepenuhnya kepada umat adalah kerana untuk dilihat ia sebagai suatu perkara yang penting.

- Konklusinya pandangan Ali Abdul Raziq menyimpang dari pandangan kebanyakan Ulamak. Saya masih dalam kajian. 25-29 Saya ke Sinai. Doakan kami selamat.

Kata-kata Pujangga: "Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya."

Sila klik  Respon/Komen

 

20 Januari 2003/ 16 Zulkaedah 1423 | Isnin | 15.26 pm

Catatan Satu

Perkembangan terkini Pujangga

- Saya sekarang sedang menyiapkan sebuah kertas kerja mengenai negara Islam. Justeru saya agak kekurangan masa untuk bertandang ke cyber cafe.

- Semalam saya mengambil kesempatan cuti Syita' (musim dingin) untuk safar (bermusafir) ke Port Said (Bur Said) dengan tujuan membeli pakaian untuk mendaki Jabal Musa insyaAllah pada ekspidisi kembara Sinai pada 25-28 Jan ini, serta menenangkan fikiran.

- Saya akan mengikuti safar ilmi ke Selatan Sinai pada 25-29 Jan nanti. Doakan safar itu sejahtera dan akan menatijahkan kebaikan kepada saya dan rombongan.

- Muring-Wein mencadangkan kepada saya supaya menulis tentang apa yang menarik di Mesir. Saya akan memenuhi cadangan itu dan akan menulis apa-apa yang menarik di Mesir dalam beberapa skop yang masih belum diceritakan oleh jurnalis Mesir atau diceritakan tetapi agak kurang jelas sahaja. Selebihnya untuk mengetahui tentang Mesir dan apa yang menarik eloklah jika kalian menggeledah arkib-arkib jurnal yang ditulis jurnalis Mesir (Enmiya, Wanzu, Pujangga dan Ujang).

- Saya agak kurang update semenjak kebelakangan ini. Maaf dipinta kepada para pengunjung.

- Sila datang lagi, tetapi saya tidak boleh janji sama ada bila anda datang ke sini lagi... jurnal ini sudah update atau belum.

Kata-kata Pujangga: "Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."

*** Kata-kata Pujangga adalah kata-kata yang saya gubah sendiri, mungkin ada di antaranya saya petik dari kata-kata yang sedia ma'ruf dan kebanyakannya adalah gubahan saya sendiri.

Sila klik  Respon/Komen

 

14 Januari 2003/ 13 Zulkaedah 1423 | Selasa | 3.15 am

Catatan Satu

Puisi: Lara

Kuhitung lara di hati
tika damai yang menerpa itu
dibawa pergi bersama bayu

lalu mengheret selirat kisah hidup
pada untaian siri-siri cerita
serta tega rasa yang meronta-ronta

dan menghempap segunung simpati
di sebuah permukiman damai
yang sering serik dan resah
pada bilah-bilah rasa yang kian melerai

lantas ditiup secangkir iman
mengisi hati dan sanubari itu
biar ia menguntum ruas-ruas taqwa
dan mendamai di pojok jiwa

Nukilan

Akhi Masrawi
12 Januari 2003
Quhafah, Tanta.

Catatan Dua

Kempen forum geng jurnal

 

 

 

- Semalam saya dah masukkan topik saya di forum gengjurnal. Satu topik di jurnal masa kecil dan satu lagi pusat karya geng jurnal. Nampaknya forum di gengjurnal tidak begitu menjadi seperti forum di laman lain. Dengan sebab itu atas inisiatif Mr Presiden (Mie) menyarankan supaya setiap ahli membuka satu topik sebagai tanda sokongan.

- Saya ni memang kaki forum suatu masa dulu. MDC (www.melayu.com) di ruangan sembang-sembang terutama sembang sastera & budaya dan sembang agama adalah antara ruangan pilihan saya. Tetapi melihat nasib MDC yang sukar untuk pulih itu ditambah dengan faktor saya sudah membuka jurnal online sendiri maka saya lebih gemar menumpahkan idea-idea saya di Jurnal saya ini.

- Bagi saya, - kalau-kalau Mie baca: saya tidak begitu melihat kempen membuka topik setiap orang satu topik sebagai keberkesanan forum di gengjurnal, tetapi keberkesanan forum ialah apabila sesuatu topik yang dibuka itu diberikan respons yang baik oleh pengguna yang lain. Sekiranya setiap ahli membuka topik baru, siapakah agaknya yang akan memberikan respons pada topik yang sedia ada? Saya sendiri tidak arif dalam bidang ini. Cuma saya secara jujur sentiasa menyokong apa yang diusahakan oleh presiden namun kadang-kala pandangan orang bawah pun berguna juga. Teruskan langkah mie, kerana dengan langkah pertama itu kita menyusun langkah ke seterusnya. Majukan Jurnal untuk kita! ha ha ha... (apa punya motto la ni?)

Catatan Tiga

Rencam

- Ujang terus melangkah jitu dalam dunia jurnal. Ujang merupakan penulis jurnal ke empat di Lembah Nil ini selepas Enmiya, Wanzu dan Pujangga. Ujang mempopularkan weblognya dengan nama http://qahafi.blogspot.com/. Silalah ke sana untuk mengetahui seterusnya....(spesial promosi ni!)

- Saya sedang berfikir jurus weblog berjaya yang dikemukakan oleh beberapa jurnalis seperti Tok Rimau (merujuk kepada jurus-jurus dan kayu ukur weblog berjaya dalam catatannya kira-kira hampir setahun lalu), Enmiya (merujuk pada The Ego), JiGo (merujuk pada 7 wonders of Geng Jurnal) dll yang saya tidak ingat. Sama ada mereka pernah atau tidak mengemukakan jurus tidak update weblog saya sendiri tidak pasti. Tetapi jurus ini kadang-kadang agak berkesan juga berbanding weblog yang online setiap hari di mana pembaca weblog itu ada yang mengambil tempoh tiga hari sekali untuk membacanya. Tetapi buat masa ini saya rasa jurus ini agak tidak sesuai kepada jurnal yang belum popular; seperti jurnal saya!

- Antara kecenderungan saya yang tidak mampu saya sembunyikan ialah: saya akan jengah ke anjung tamu saya kala saya online. Dan tamu yang menjadi pengisi jurnal saya akan menjadi sasaran utama di mana jurnalnya saya akan jengah. Ada orang lain lagi yang berperangai macam saya?    

Kata-kata Pujangga: "Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga."

Sila klik  Respon/Komen

 

13 Januari 2003/ 11 Zulkaedah 1423 | Isnin | 13.15 pm

Catatan Satu

- Alhamdulillah kertas Usul Fiqh (kertas terakhir untuk fasal syita' saya jawab dengan baik. Semoga imtiyaz.

- Adabuna nak memulakan projek kecil-kecilan, saya harap tangan saya ringan untuk membantu kerja-kerja Nazmi. Semoga penulisan di adabuna akan maju dan menampilkan keterlibatan watak-watak baru di kalangan penulis lembah Nil ini.

- Apa nak buat yer? Periksa dah habis. Uhh... tugas banyak yang menanti nampaknya.

- Agak lama juga saya tidak menulis cerpen. Kali ini PUJANGGA Onlina - J U R N A L J A L A N H I D U P menghidangkan:

Sebuah Cerpen Nukilan Akhi Masrawi

Tajuk: Cinta Sufiah


SATU (Prolog)

INI cerita yang benar-benar berlaku. Terpulanglah sama ada hendak percaya atau tidak!

DUA

Benarkah apa yang aku lihat? Itu sepatutnya persoalan pertama yang perlu aku tanya sewaktu terpandang Sofia. Di sebelahnya berdiri seorang lelaki sambil tersenyum ke arahku menghulurkan tangan mesra. Aku berjabat dalam keraguan yang tidak betah diusir.

Sofia tersenyum padaku. Aku tenggelam dalam tanda tanya. Kemudian dengan kudrat yang ada aku berusaha untuk bersuara. Namun kata-kata yang ingin kulafazkan seperti terlekat di kerongkong cuma.

Sofia merapat pada lelaki itu. Aku dijentik cemburu. Namun apa dayaku untuk melarang darinya berbuat demikian. Di mana hak aku kala itu. Cepat-cepat prasangka jahat kubunuh mengganti dzan yang baik supaya akal warasku bisa mentakwil setidak-tidaknya lelaki itu suaminya.

"Ini suami saya." Ujar Sofia memperkenalkan kepadaku lelaki di sebelahnya seraya mengusik rasa terperanjat dalam diriku yang akhirnya kusorok jauh-jauh. Aku hanya mampu tersenyum tawar.

"Syah." Ujarku ringkas memperkenal diri lantas meleraikan tangan yang sedang berjabatan.
"Hassan." Pintas suami Sofia. Dia seorang lelaki yang mesra mengenakan kopiah putih dan menyimpan janggut menampakkan wara' lantaran membudayakan sunnah junjungan mulia. Berbeza dengan penambilanku yang selesa berjeans dan mengenakan baju kasual yang leweh dan selekeh sesuai pula dengan diriku yang tidak pandai bergaya dan beridentiti seorang seniman. Lantas menatijahkan aku tiada ketokohan untuk mendampingi wanita seperti Sofia saat itu.

"Kau dah banyak berubah Sofia." Ujarku dengan nada sinis.
"Sufiah! Bukan lagi Sofia." Ujarnya membetulkan.
"Aku lebih mesra dengan nama lamamu, Sofia." Dia hanya membisu.

Masa telah mengubah segalanya. Sofia yang berada di depanku kini sudah jauh berubah. Dari seorang gadis genit lincah metah kepada seorang wanita yang akrab dengan perintah agama Islam. Sofia bertudung litup, mengenakan jubah dan tidak bermekap tebal. Namun keayuannya tidak mampu disembunyikan. Jelas seperti dahulu juga. Seperti lima tahun sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

"Masih ingat lagi Syah pada saya?" Soal Sofia meneruskan perbualan setelah kami mengambil tempat di dalam sebuah restoran eksklusif di ibu kota itu.
"Masakan tidak!" Ulasku sambil tersenyum pahit.
"Rasanya bagai baru semalam kita berpisah." Sofia mencipta provokasi.
"Bagaimana harus saya lupa pada wajah yang pernah mengusik cinta suatu waktu dulu." Ucapku di dalam hati cuma.

Nostalgia semalam tika kehangatan cintaku bertautan tangan dengan Sofia sambil bermadu kasih di tepian laut Andaman bagai menerpa di ruang mata. Ia tersingkap persis sebuah tayangan yang tersusun bersama plot-plot rakaman memori itu. Seperti sebuah drama. Dan aku masih ingat bagaimana cinta itu akhirnya bersemadi dengan rendaman air mata insan bernama Sofia itu.

"Itukah keputusan muktamad Sofia?" Soalku.
"Ya. Sofia rasa Sofia dah pilih yang terbaik untuk diri Sofia."
"Terbaik? Kalau terbaik mengapa perlu korbankan cinta kita?" Sofia gugup mendengar pertikaianku.

Sofia membisu. Aku kelu. Tiada bicara yang mampu mengisi ruang itu sehingga bayu laut Andaman menyapa muka. Lembut dan hening.

"Kenapa Syah hendak sangat Sofia peluk Islam?"
"Demi cinta kita Sofia. Syah amat berharap Sofia sudi memeluk Islam supaya cinta kita boleh ditautkan dengan ikatan perkahwinan yang sah."
"Mengapa tidak Syah saja yang buktikan kesetian?"
"Maksud Sofia?" Soalku ragu.
"Ikut anutan Sofia."
"Budha?"

Sofia tersenyum sedang aku dihambat gelisah kemudian menggeleng perlahan demi menidakkan cadangannya itu. Serentak itu air muka Sofia berubah.

Aku menyaksikan tubir matanya tidak bisa lagi menahan linangan air mata yang akhirnya mengalir lesu. Aku bersimpati. Namun simpati itu hanya sekadar lakonan sedang aku perlu lebih simpati pada diriku sendiri untuk teguh dengan keimanan yang nipis memelihara agamaku.

"Memang Syah cintakan Sofia. Tapi Syah tak sanggup untuk gadaikan agama demi hanya untuk memiliki Sofia. Kita punya prinsip Sofia. Prinsip itu bukan untuk digadai demi untuk mengaut sesuatu yang tidak bernilai." Aku bersuara dengan nada yang lunak supaya bisa difahami gadis itu.

"Maksud Syah Sofia ni tiada nilai di sisi Syah? Cinta kita tiada nilai? Begitu?" Bentak Sofia meningkah.

"Bukan begitu Sofia."
"Habis? Bagaimana?"

Aku terkasima. Tiada hujah yang mampu aku huraikan demi untuk menyatakan untuk murtad dari agama Islam hanya kerana sebuah cinta dan seorang gadis aku tidak mampu lakukan perkara itu. Bodoh. Malah aku tidak berselera. Walaupun pengetahuan agamaku cetek dan tidak sehebat mana.

"Jadi maksud Syah kita memang tidak sepadan. Cinta kita tiada nilai. Kita harus berpisah!" Sofia membuat kesimpulan sendiri.

Aku terdiam. Kelat. Hati terus dirundung keliru untuk menyatakan pendirian meski ia telah terpahat kukuh. Aku tidak perlu kalah dengan gadis ini. Rayuan Sofia memerangkapkan aku. Namun prinsip tetap prinsip. Tapi... Bagaimana harus kupujuk gadis ini sedang aku sendiri cetek pengetahuan tentang Islam. Cuma apa yang aku tahu untuk berkahwin dengan gadis bukan Islam seperti Sofia, dia wajib memeluk Islam.

Sofia jadi tidak keruan. Dengan linangan air mata dia berlari meninggalkan aku sendirian di pantai itu. Bayu Andaman terus menyapa tubuh. Nyaman mengigit-gigit. Aku kelu dalam keliru.

Beberapa bulan selepas kejadian itu aku mendapat khabar Sofia telah berangkat ke Kota Madrid mengikut saudaranya. Aku membuat kesimpulan cinta antara aku dan Sofia telah berkubur, walaupun nisannya tidak pernah wujud. Meski aku bukan seorang yang alim beragama, namun untuk menggadai prinsip demi cinta aku tidak sanggup. Keputusan itulah yang membuatkan aku ditinggalkan Sofia.

Kadang kala aku diusik rasa bersalah. Namun usikan itu cuma sekadar sebuah citra yang akhirnya kubunuh dari bertamu di garisan hayat.

"Lima tahun bukanlah suatu jangka waktu yang lama." Pintasku setelah agak lama menyepi.
"Tapi macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seperti itu Syah." Ujar Sofia sambil membuang pandangan ke panorama luar restoran.

Hassan masih ralit dengan akhbar di tangannya tanpa menyampuk perbualan antara kami.

"Maksud kau?" Soalku.
"Lagikan pantai berubah walau sekali air bah, inikan pula manusia seperti kita." Sofia berkias denganku. Bahasanya meruntun tirai egoku.
"Tapi aku masih seperti dulu juga. Seperti lima tahun dulu..." Jelasku kelat.

Aku tahu dengan penjelasanku itu aku mempelawa untuk dihina. Namun apalah yang mampu aku sembunyikan. Jelas terpapang bagaimana keadaan diriku yang seperti dulu juga. Selekeh. Meskipun aku sendiri tahu hidup tanpa perubahan kepada yang lebih baik adalah suatu kehinaan.

"Sekurang-kurangnya kita perlu berubah Syah!" Aku hanya tunduk membisu mendengar kata-kata Sofia itu. Ia bagai mengherdik dan menghina diriku.

Lima tahun terpisah dengan Sofia aku menghabiskan pengajian dalam bidang seni lukisan di salah sebuah institut dalam negara sedang Sofia terbang ke negara Andalus. Di sana dia beroleh hidayah setelah berkenalan dengan Hassan di Kota Cordova.

Hassan seorang siswazah lepasan pengajian Islam di Timur Tengah yang sedang dalam safar di Kota Cordova menjejak athar tamadun islam yang pernah subur di sana. Kota yang pernah merakamkan kegemilangan Islam suatu waktu dulu itu kini hanya meninggalkan memori pada lembaran kitab tarikh. Kisah bagaimana kegemilangan Islam itu terakam di dalam lembaran sejarah umat Islam. Melalui Hassan akhirnya Sofia menjadi berminat dan mulai ghairah dengan Islam. Dia akhirnya memeluk Islam dan berkahwin dengan Hassan.

Mengapa aku tidak seperti Hassan yang berjaya membimbing Sofia ke arah hidayah Ilahi? Aku sendiri gugup untuk menjawab persoalan itu. Biarlah ianya menyepi.

Aspania @ Andalus @ Sepanyol bukan sahaja sebuah negara yang pernah menjadi kerajaan Islam malah juga antara salah sebuah kilang pengeluar tokoh keilmuan dan ulamak muktabar ketika kegemilangan pemerintahan Islam suatu ketika dulu. Tetapi semua itu telah berakhir semenjak kejatuhan pemerintahan Islam dan umat Islam diusir keluar dari bumi Andalus itu. Kini hanya lebih akrab dengan nama Sepanyol.

"Tentu Syah masih ingat bukan?"
"Ingat? Ingat apa?"

"Prinsip. Saya kagum dengan prinsip itu yang tidak mahu menggadaikan agama hanya semata-mata kerana cinta kepada seorang gadis Budha seperti saya. Syah masih ingat bukan? Lima tahun dulu di tepian laut Andaman? Adakah prinsip itu masih begitu? " Soal Sofia menduga.

Sofia bersuara lagi. "Sejak perpisahan itu saya mula belajar tentang Islam. Patutlah awak tak mahu gadaikan prinsip beragama dulu. Rupa-rupanya Islam itu agama yang indah. Baru kini saya sedar. Betapa indahnya Islam."

Aku terasa seperti seketul batu besar menghempapku berkali-kali. Nafasku cungap. Lidahku kelu. Tiada kalimah yang wajar untuk kulafazkan saat itu.

Lima tahun berpisah Sofia belajar tentang Islam. Dia akhirnya memeluk Islam dan memperelokkan Islamnya. Tapi aku? Lima tahun gundah kerana cinta yang tidak kesampaian. Dan lima tahun itu jugalah aku membuang keresahan di kanvas bertemankan warna-warni. Duniaku hanya tahu melukis dan lukisan-lukisan itu aku abadikan kedamaian. Aku sesat dalam belantara cinta yang kucipta sendiri.

Pertemuan dengan Sofia hari itu berakhir tanpa aku dapat rakamkan bagaimana kesudahannya yang sebenar. Aku dilambung rasa sesak dan senak.


TIGA

Dalam sujud yang panjang itu aku berdoa supaya Allah menemukan aku dengan seorang wanita solehah untuk dijadikan teman hidup. Cintaku di zaman kejahilan dulu segera kuusir jauh. Biar ia menjauh dan tindak lagi bertamu di ruang ingatanku.

Aku semakin memahami Islam hasil usahaku mendekati seorang pendakwah. Barulah aku sedar. Benarlah seperti kata Sofia. Islam itu agama yang indah. Menganutnya merasai kedamaian. Keesaan Allah itu adalah hakiki. Keimanan itu melahirkan ketaqwaan. Bunganya adalah ad-deen. Putiknya akidah, bajanya syariah dan hiasannya akhlak. Islam terlalu agung.

Aku telah memilih jalan itu. Namun hobiku dan kecenderunganku tidak pula terabai. Aku masih terus dengan bakat seni melukis. Aku sering beroleh keinsafan seringkali melukis keindahan alam. Di situlah aku mula belajar bahawa alam yang indah ini punya pencipta yang Maha Agung. Ubudiahku kepada Khaliq semakin kuat dan jitu.

Dari sehari ke sehari aku semakin memahami. Aku hidup lapang.


EMPAT (Epilog)

Hampir setahun berlalu. Semalam sewaktu sedang makan tengahari di sebuah gerai aku disapa Sofia.

"Ah! Sofia, mana suami kau, Hassan?"

Sofia hanya diam sambil mengukir senyum. Kelat. Dalam pertemuan singkat itu Sofia memberitahuku suaminya Hassan telah kembali ke Rahmatullah kerana mengidap sejenis barah. Aku terkedu. Simpatiku mengusik.

Rasanya baru semalam aku, Sofia dan Hassan berbual-bual. Namun hari ini semua itu telah berlalu. Yang tinggal hanyalah secebis nostalgia.

Hari ini aku masih berfikir. Wajarkah aku memetik kembali bunga yang pernah bertamu di laman hidupku dulu? Aku keliru. selepas beristikharah aku temui jawapan.

Aku yakin kali ini. Sesungguhnya pertemuan itu ada perpisahan. Dan sekarang aku kembali bertemu setelah berpisah. Tentu kau pernah diceritakan dengan kisah cinta Zulaika dan Nabi Yusuf bukan? Kau masih ingat? cinta Zulaika itu bertaut jua akhirnya. Aku yakin pada cinta yang suci. Aku tidak mahu lagi kehilangan cinta itu. Kerana itu cintaku patut bersemadi bersama cinta Sufiah. Cinta Sufiah itu cinta suciku. Kau percaya bukan?



Nukilan,

Akhi Masrawi
Tanta, Egypt.
12/2002

***Sila berikan komentar anda untuk cerpen ini.

Sila klik  Respon/Komen

 

11 Januari 2003/ 9 Zulkaedah 1423 | Sabtu | 12.10 am

Catatan Satu

- Saya baru pulang dari menjawab madah Bahasa Arab, kertas balaghah dan adab. Apa yang disangka akan keluar di dalam kertas soalan tidak keluar. Yang tidak disangka-sangka pula yang keluar. Mujur baca juga, bolehlah jawab tetapi tak tamam. Apapun doa-doalah, usaha sudah. Bertawakkallah pula.

- Setiap yang terjadi itu ada hikmah. Inilah ayat yang selalu saya ucapkan untuk mententeramkan orang lain. Tetapi untuk mententeramkan diri sendiri rasanya seperti tidak berdaya pula. Mungkin ayat ini hanya 'berbisa' bila dilafazkan oleh kita kepada orang lain dan orang lain melafazkannya untuk diri kita.

- Saya cukup gembira dengan berita kakak saya mengandung anak kembar, saya berdoa semoga segalanya selamat dan dipermudahkan.

- Saya cuma tinggal lagi satu kertas untuk dijawab pada 13 Januari 2003. Kertas Usul Fiqh. Saya harap saya akan dapat buat yang terbaik. Imtiyaz menjadi impian.

- Jurnal saya kali ini ringkas, mungkin bukan untuk menafikan kata-kata cik daun untuk saya tersenarai sebagai calon catatan jurnal panjang, tetapi saya tidak ada mood menulis waktu ini. Berehat dulu, tenangkan fikiran dan usaha untuk madah usul fiqh pula. 

Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

Catatan Dari Emel

Berita Gembira!

Bangcik (adik saya yang bernama Khairul Anuar) hantar emel (melalui emel yang ayah saya guna). Tiga perkara gembira yang diceritakan pada saya. Pertama: Keputusan PMR nya. Bangcik saya ni dapat 6A 1B 1C. Tahniah buat Bangcik. Bangcik telah buktikan dia juga mampu berdiri sama tinggi dengan saya. Dulu masa tahun 96 keputusan PMR saya 6A 2B 1C. Saya 9 subjek sebab belajar di sekolah aliran agama. Bangcik nak ikut jejak Alang rasanya. Alang sekarang ni tengah tunggu keputusan SPM. Alang studi di Sek Men Teknik Alor Setar. Harap-harap keputusan SPM alang pun akan cemerlang juga.

Perkara kedua: Bangcik kata kami akan dapat anak 'menakan' (anak saudara) kembar. Saya dah tahu kak Chaq saya mengandung, tapi baru semalam dapat berita yang kandungan tu kembar. Fuh! Saya sangat gembira dan bersyukur, semoga dimurahkan rezeki untuk Kak Chaq dan Abang Chaq. Saya tengah fikir-fikir nama lelaki yang sesuai untuk anak kembar. Ada sesiapa yang ada idea? Nama yang berpangkal dengan Muhammad.

Perkara ketiga pula: Mak Teh dan Pak Teh yang tinggal di Jitra, tempat saya menumpang kasih dan menumpang duduk bertolak untuk menunaikan haji hari ini. Sama-samalah doakan supaya mereka diberikan haji mabrur dan dipermudahkan segala urusan.

Isi emel dari Bangcik:

From : Ayahanda ayahanda <[email protected]>

To : [email protected]

Subject : keputusan PMR

Date : Thu, 9 Jan 2003 07:51:46 -0800 (PST)

assalamualaikum,...

abang ngah apa khabar,...
harap sihat walafiat...
mengenai keputusan PMR, nuar dapat 6A 1B 1C...
1B subjek sejarah 1C subjek B.inggeris....
keputusan PMR nuar ngan abang ngah lebih kurang sama
saja.....
sekolah nuar pilih aliran teknik...
atau aliran sains kalau sekolah teknik tak dapat....
haaaa.....kemungkinan kita akan dapat anak menakan
kembar... sebab kak kata dia pii scan nampak kembar
lelaki....jadi macamana dengan nama untuk anak kak tuu
kalau boleh abang ngah cari lepastu hantaq email nama
apa supaya senang kak buat pertimbangan....
kalau boleh lebih dari sepasang pun tak paa...
duit abang ngah ada lagii kaaa...
sebab masa niii ayah tak ada duit lagi ....
nanti ayah ada duit ayah hantaq...
haaa... mak tih ngan pak tih nak turun ke mekah
11/1/03
nampaknya kat sini sajalah...
semua ahli keluarga sentiasa doakan kejayaan abang
ngah
sekian.....

wassalam..

 Sila klik  Respon/Komen

 

7 Januari 2003/ 5 Zulkaedah 1423 | Selasa | 7.00 am

Catatan Satu

Cerita semalam

Semalam dapat tidur lepas maghrib kerana keletihan kot (siangnya jawab imtihan) selama empat jam lebih kurang, rasa macam dua hari. Mujur bila saya jaga... jam masih menunjukkan pukul 9.15 malam dan tarikh masih hari semalam. Kalaulah tarikh tu dah bertukar jadi 8 hb Januari teruklah saya.

Kertas Tafsir Ayat Ahkam untuk tahun 4 dijadualkan pada 8 Januari ini. Madah* ini untuk tahun 2 dan 3 saya ambil kertas ulangan. Tak tahulah saya. Masa di tahun 1 madah ini belum wujud. Yang ada persis madah ini ialah Fiqh kitab. Perbahasannya masih seputar hukum yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Quran, tetapi tidak menyentuh sangat mengenai tafsir, uslub, i'rab, balaghah ayat, lataif dan yang berkaitan tafsir. Fiqh kitab tahun 1 saya dapat skor JJ.

Seorang seniur saya masa saya tahun 1 dia dah tahun 4, bagitahu yang madah fiqh kitab tu berhantu*. Sebab itu kot saya pulun sebaik mungkin tak mahu gagal madah tu. Tapi bila naik tahun 2 dan 3, madah itu dihazafkan* dan dibaddilkan* dengan madah Tafsir Ayat Ahkam di mana perbahasannya tentang ayat-ayat hukum melalui kaedah tafsir bukan toriq* fiqh lagi. Faham ke? Tak faham pun tak mengapa! Sebab seorang kawan saya di satu fakulti tu pernah cerita pada saya subjek-subjek yang dia ambil, saya pun tak faham sebab saya budak syariah!

8 Januari (Rabu) ini saya akan ambil kertas Tafsir untuk tahun 4. Harap-harapnya biarlah saya dah tak mengulang kertas itu lagi dan dapat skor macam masa saya ambil kertas Fiqh Kitab pada tahun satu atau lebih dari itu. Apapun sunnah orang belajar, pertama usaha kedua usaha ketiga usaha lagi keempat usaha juga lagi dan bila dah usaha itu berganda-ganda eloklah dihiasi dengan doa dan tawakkal serta bila keputusan dah keluar percayalah pada takdir. Beriman pada qada' dan qadar itu (khairuhu wa sharruhu) adalah wajib bagi kita orang Islam.

Glosari:

madah - subjek/mata pelajaran
berhantu - sebab ramai pelajar gagal
dihazafkan - dihilangkan
dibaddilkan - digantikan
toriq - jalan/cara

Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

 Sila klik  Respon/Komen

  

6 Januari 2003/ 4 Zulkaedah 1423 | Isnin | 11.38 am

Catatan Satu

Sepatutnya saya tendang saja bola itu!

Sewaktu saya pulang dari menjawab imtihan tadi saya melalui jalan di mana beberapa orang budak-budak Arab sedang bermain bola sepak. Tanpa memperdulikan mereka saya melalui dengan tenang seperti biasa. Tiba-tiba salah seorang dari budak-budak Arab itu menendang bola dengan tendangan yang sederhana kuat dan bola melerat-leret mendepani saya. Lalu saya dengan aksi pemain bola profesional dunia menahan bola itu dengan mendahulukan kaki kanan ke depan sambil tangan masih menjinjit dua karung plastik hitam terisi bawang dan sayur-sayuran.

Bola itu tepat mengenai kaki saya atau kaki saya tepat mengenai bola itu. Lalu dengan gaya memberhentikan bola dengan skil memuntahkan dari kaki saya memastikan bola itu kembali kepada pangkuan budak-budak itu. Sepatutnya apa yang mereka ucap pada saya?

"Kenapa hang persoalankan benda remeh ni?"

"Aku bukan nak persoal, aku cuma geram!"

"Geram pasai apa? Benda macam ni bisa la, Hang pun duk Mesir dah lama tak kan benda lagu ni pun duk kalut!"

Saya mentelaah suasana sebenarnya. Itu suara hati saya! Suara yang kadangkala khilaf dengan apa yang saya ingin bertindak. Dan selalunya suara hati itu betul, kerana ia memandang dengan pandangan yang halus, bukan seperti realiti apa yang saya fikirkan. Saya pernah berjidal dengan seorang kenalan tentang hati dan akal. Katanya akal lebih penting dari hati, kerana apa yang terdetik di hati dipindahkan ke akal dan dilakukan oleh anggota. Jadi seseorang manusia itu memindahkan apa yang terdetik di hatinya kepada perbuatan melalui perantaraan akal.

Saya menyanggah, saya kata hati lebih penting dari akal. Kata saya sesuatu perkara biasa terfikir di akal kemudian baru tergerak ke hati dan hatilah yang akan menguasai sama ada akan diterjemahkan kepada perbuatan yang baik atau tidak melalui anggota. Kawan saya ini hendak menang. Lalu dibawanya beberapa hujah tambahan.

Tetapi akhirnya kami mengambil jalan tengah. Saya menerima pendapatnya dan dia menerima pendapat saya. Sebab saya ingat pada kata-kata hukamak: Kalam yang benar itu kadangkala mengandungi batil. Maka jika dikehendaki hak, haklah yang diperolehi. Jika dikehendaki batil, maka batillah yang didapati. Justeru bertolak ansur pada sesuatu perkara yang tidak menjejaskan usul - adalah dianjurkan.

"Aku cuma tak puas hati! Kalau aku ni jahat, tak tolong depa, tak tahan bola tu... takpa lah depa nak kata lagu tu... ni dak, aku tolong depa. Aku tak mintak depa hargai, tak ucap terima kasih pun tak pa. Tapi janganlah duk mengata "Hungga bongga... caratingga...maratingga entah apa apa tu!"

Saya sepatutnya menedang bola yang mendepani kaki saya itu jauh-jauh. Paling kurang biarkan sahaja bola itu masuk ke dalam lecah yang persis sebuah paya itu. Biar bola itu kotor, biar budak-budak itu susah untuk ambil bola itu semula. Dan kalau pada waktu itu saya melakukan begitu, saya tidak akan menyesal atau marah kalau mereka hendak mengata dan menghina saya. Saya puas hati!

Tapi saya tak lakukan itu semua. Kerana saya percaya hati saya yang mendetikkan sesuatu masih mengawal tindakan saya supaya melakukan yang baik. Kerana saya percaya akal saya tidak boleh mengawal perbuatan saya meskipun hakikatnya boleh - saya lebih suka meletakkan tindakan yang baik itu lahir dari detik-detik hati tidak pada akal.

Saya tidak sepatutnya menedang bola itu ke dalam lumpur. Hati saya waktu itu mendesak-desak supaya bola itu saya pulangkan kepada budak-budak itu. Kalaulah akal saya yang mengawal tindakan saya kala itu, sudah tentu sekarang saya sedang berketawa! Bukan berfikir...

Meskipun budak-budak itu mencemuh saya. Meskipun budak-budak itu langsung tidak mengucapkan terima kasih... Saya tidak sepatutnya gundah, kerana saya sudah membantu. Bukan mereka yang akan menilai amal saya. Allah yang menilai. Jika saya membantu orang lain, orang lain juga boleh membantu saya. Kerana kebaikan yang kita beri pada orang kebaikanlah yang akan dikembalikan pada kita.

Budak-budak itu menyedarkan saya. Saya berterima kasih dan bersyukur. Saya harap jawapan imtihan saya tadi dapat menolong saya berjaya dalam peperiksaan tahun akhir ini. Saya berdoa dan bertawakkal.

Catatan Dua

Buka Jurnal, Tutup Jurnal!

Sekadar dalam pengetahuan saya: ada tiga Jurnal yang ditulis oleh siswa yang menuntut di Al-Azhar. Iaitu:

Jurnal Enmiya - Menyitir Dari Lembah ke Lembah (Siswa Al Azhar Damanhur)
Jurnal Wanzu - Lukisan Alam Lukisan Kehidupan (Siswa Al Azhar Damanhur)
Jurnal Saya - PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P (Siswa Al Azhar Tanta)

*** Ada tak yang selain tiga ni? Manalah tahu kalau-kalau anda tahu, dan saya tak tahu?

"Us Mie... Nampaknya kalau nak giatkan penulisan di bumi kontang ni kena giatkan penulisan jurnal apa? Ide saya ni boleh jadi tak seperti yang anta sedang fikir. Atau kita sediakan satu tapak macam: Melayu.com ke atau selainnya untuk giat penulisan. Karya-karya diorang tu boleh disiarkan di maya."

Enmiya tutup - jurnal menyitir dari lembah ke lembah - dia buat sementara waktu (periksa katanya). Dan akan dibuka (online) semula selepas 16 Januari 2003. Saya dan Wanzu online terus, walaupun semasa peperiksaan. Cuma mungkin catatan tak kerap dan tak berjela-jela barangkali. Tapi Jurnal Enmiya masih boleh dilayari di http://enmiya.tripod.com/. Berlainan halnya dengan Mat Jan. Sudah agak lama jurnalnya tidak lagi online. Ke Mat Jan dah bersara? Hah satu lagi... Akak Aquil. Dah kemana? Siapa-siapa lagi yang dah offline tapi saya tak tahu?

Seorang rakan Adabuna yang cuma kenal melalui bias-bias emel lewat berutusan di adabuna, juga telah membuka jurnal online dengan nama Khabar Dari Urdun. Hah kalau sesiapa nak baca cerita Urdun @ Jordan ziarahlah kawan saya tu di sini.

Seorang kawan saya pula baru nak online. Dan dia menjadi penulis jurnal ke-3 (dalam pengetahuan saya) yang menulis jurnal dari lembah Nil. Dia pilih di blogspot. Sememangnya versi yang ditawarkan blogger lebih mudah - kata saya main boleh tulis terus upload di cyber cafe. Tak payah teruk-teruk. Selain blogspot @ blogger ada juga versi lain kata saya pada kawan saya itu sementelah mula-mula dia nak berjinak dengan jurnal online alias weblog. Tapi selalu dan kebanyakan geng jurnal, jika tak bina tapak sendiri mereka ini lebih suka ambil yang laman besar seperti blogspot, diaryland, danchan, kepompom dll dan yang pada istiqra' saya blogspotlah antara terbanyak. Selain blogspot seperti danchan, diaryland dll saya rasa kurang sikit.

Kawan saya ni tak tahu lagi nak tulis apa. Saya pun tak beridea sangat nak beri dia topik. Cuma kalau kawan saya baca catatan ni saya suka cadangkan dia tulis tentang kisah hidup dia hobi memancing dia, perwatakan dia, dan apa-apa tentang dia dan dalam masa yang sama jangan lupa untuk mengisi ruang dengan memberikan komentar pada isu-isu yang berlaku di sekeliling. Biar isu itu besar mahupun kecik.

Tapi ada baru-baru ini semasa nak memasukkan entry di BICARA PUITIS blogspot buat hal. Saya rasa kena kekal di sini kot! Selagi tak offline, JALAN HIDUP jugalah jadi pilihan. Versi 1.2 ni masih kekal di geocities dengan servis masih easy upload dan file manager. Mudah bagi saya! Tapi sekarang ni tak boleh nak update selalu sangat.

Siapa lagi yang baru buka jurnal? Dan siapa pulak yang dah tutup jurnal? Kita ini: Masing-masing punya pilihan.

Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

 Sila klik  Respon/Komen

 

3 Januari 2003/ 1 Zulkaedah 1423 | Sabtu | 8.00 am

Kita bermula sebagai seorang yang baru!


Saya begitu tertarik dengan kata-kata seorang kawan saya. Katanya: "Kita bermula sebagai seorang yang baru." Kata-kata ini diluahkannya kepada barisan AJKT yang baru dipilih di mana sebahagian mereka acap merasa rendah diri, tidak layak dengan jawatan, tidak mampu dan tidak berpengalaman untuk melaksanakan tugas sebagai AJKT yang terpilih kerana beberapa faktor tersendiri.

Meskipun saya kenal kawan saya yang menuturkan kata-kata itu tidak sedalam mana, namun saya dapat menangkap apa maksud lontaran kata itu diluahkan pada sebaris AJKT itu. Kawan saya ini pernah menjawat jawatan AJKT selama satu penggal sesi lalu. Justeru pengalaman yang pernah dilaluinya dijadikan hipotesis untuk membuktikan kata-katanya sebagai tepat dan bersesuaian dengan realiti. Apa tidaknya, di dalam kisah kawan saya itu yang sengaja saya ringkaskan di sini, antara lain menyebut: dia juga pernah dipilih menjawat sebagai AJKT dan falsafah yang dia ambil ialah kita bermula sebagai seorang yang baru. Jadi disebabkan kita bermula sebagai seorang yang baru, maka kita perlu sedar kita terlalu banyak kekuarangan. Tetapi kekurangan itulah lumrah permulaan kita sebagai seorang yang baru itu.

Maksudnya kalau kita tidak pernah ada pengalaman di dalam melaksanakan tugasan berkaitan potfolio yang dipertanggungjawabkan itu adalah perkara biasa. Maka apa yang paling wajar untuk kita lakukan? Adakah hanya terus-menerus mengakui kelemahan diri, lantas tidak mahu langsung merubahnya kerana infiroriti kompleks yang telah bermukim di dalam diri kita. Jika kita memilih jalan ini, maka kita telah silap!

Saya suka mengambil falsafah kawan saya ini untuk diinterpretasikan ke dalam kehidupan kita seharian dengan lebih luas. Setiap kita pernah menempuh beberapa peringkat kehidupan. Lazimnya kita ini sedang berada di peringkat yang pertengahan. Peringkat di mana disebut sebagai tahap dewasa. Sehubungan dengan itu marilah sama-sama kita melihat kepada peringkat-peringkat hidup yang pernah kita lalu. Kita ini... adakah semenjak ada sudah seperti sekarang? Tidak bukan!

Literalnya, kita memulakan hidup ini sebagai seorang bayi (Sebelum dari itu, kita belum bermula). Kita dilahirkan, persoalannya adakah kita dilahirkan dengan kita terus boleh bertindak sebagaimana orang dewasa bertindak? Bertutur sebagaimana orang dewasa bertutur? Berfikir sebagaimana orang dewasa berfikir? Bayi tidak melakukan semua itu. Bayi hanya tahu menangis dan suara tangisan itulah yang akrab dinisbahkan kepada setiap bayi walau dari apa bangsa sekalipun suara tangisan adalah mirip bukan? Itulah yang orang lain tahu kita tahu, sedangkan kita sendiri (sewaktu bayi) tidak tahu. Sebab, kita ini bermula sebagai seorang yang baru. Seorang yang baru memang begitu. Seorang yang baru, pengetahuannya terhad.

Kita membesar. Dari seorang bayi yang baru menjadi seorang bayi yang lama. Kemudian daripada seorang bayi yang lama menjadi seorang kanak-kanak, kemudian budak (kebiasaannya sewaktu budak inilah kita mula ingat apa yang kita buat dalam hidup kita - meski kita tidak mampu mengingat semuanya). Selepas beberapa waktu dari seorang budak kita beransur menjadi seorang remaja. Ketika usia remaja ini (era peralihan di antara zaman budak kepada zaman dewasa) kita akan bermula semula. Ia! Bermula sebagai seorang yang baligh dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri atas apa yang kita lakukan. Maka pahala dan dosa kitalah yang menanggungnya sendiri. Ini waktu yang disebut sebagai usia mukallaf.

Kesemua peringkat hidup kita itu, kita antara sedar atau tidak kita telah bermula sebagai seorang yang baru. Baru pada zaman bayi - seperti kita belajar untuk menangis (di mana kita tidak pernah lakukan sebelum kita dibayikan) bergerak-gerak bebas, meniarap, merangkak, bertatih, berdiri, menyebut beberapa perkataan yang diajarkan sehinggalah ke peringkat kita diberi peluang untuk makan dengan menyuap sendiri (meskipun makanan yang jatuh kala itu lebih banyak dari yang masuk ke mulut kita). Baru pada peringkat kanak-kanak - seperti kita sudah lebih lancar bertutur, lebih pandai menyuap makanan, lebih cerdas berlari, dan lebih selebih daripada zaman bayi. Manakala baru pada zaman budak pula - tidak jauh bezanya dengan baru pada zaman kanak-kanak. Cumanya pada zaman budak ini, kita sudahpun dimasukkan ke sekolah. Maka dengan kehadiran kita ke sekolah kita didedahkan dengan pelbagai suasana, ilmu, pergaulan dan sebagainya. Maka baru pada zaman budak ini lebih sedikit berbanding barunya kita pada zaman kanak-kanak. Kalau zaman kanak-kanak pergaulan kita terbatas kerana kita hanya bermain di sekitar rumah, dengan masuknya kita ke zaman budak alias budak sekolah rendah - maka pergaulan kita pun semakin meluas. Kalau dahulu kita cuma
ada Ucop dan Mamat sebagai kawan, masa itu kita bukan lagi ada Ucop dan Mamat, tetapi kita juga ada Man, Zul, Bri dan ramai lagi. Malah kawan-kawan perempuan juga. Tetapi adakah kita pernah terfikir bahawa semua itu kita sebenarnya bermula sebagai seorang yang baru? Tetapi apa hebatnya ketiga-tiga zaman itu? Selain zaman yang sangat rencah dengan permainan, itulah zaman yang bagi kita tidak perlu memikirkan tentang kehidupan ini. Justeru apa yang kita buat selagi ianya baik kita akan terselamat dan gembira.

Setelah itu kita melangkah ke zaman seterusnya iaitu zaman remaja - Peralihan di antara zaman sebelumnya untuk memasuki zaman selepasnya iaitu zaman dewasa. Zaman remaja ini, zaman yang sangat mencabar. Apa tidaknya? Inilah zaman kita diperkenalkan dengan pelbagai ragam kehidupan. Yang rata-rata menarik minat kita untuk mendekatinya. Wajarlah pada zaman ini, kita memilih yang baik dan menolak yang tidak baik.

Kawan saya itu menambah riwayat kisah hidupnya lagi di mana dia sewaktu zaman sekolah dahulu pada peringkat menengah rendah (tingkatan 1-3) tidak pernah terlibat dengan organisasi, tetapi setelah memasuki menengah atas (tingkatan 4-6) dia dipilih untuk berkerja di dalam organisasi. Jadi kawan saya ini katanya: "Saya bermula dengan menjadi seorang yang baru." Tentu sebagai seorang yang baru terdapat banyak kelemahan dan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan itu, kita perlu terus berusaha belajar dan memperbaiki.

2003 baru sahaja melangkah. Binalah sesuatu yang kita impikan itu. Mungkin kita dahulu pernah mengimpikan untuk jadi seperti sekarang, maka sekarang kita telah menjadi seperti impian kita dulu. Walaupun kadang-kadang impian kita itu tidak kita perolehi. Maka eloklah kalau diimpikan sesuatu yang baru - siapa tahu kalau-kalau impian itu adalah apa yang akan kita dapat pada hari-hari mendatang!

Ingatlah kita kalau kita sekarang berada di peringkat pertengahan seperti yang saya sebutkan itu, maka kita masih punya peringkat selepasnya iaitu peringkat tua. Adakah setelah kita memasuki alam tua, kita sebenarnya telah lama menjadi tua? Kita juga bermula baru sebagai orang tua!

Konklusinya, falsafah itu sebenarnya boleh diterjemahkan ke dalam jiwa sesiapa juga. Sama ada jiwa saya atau jiwa anda, terpulanglah. Maka dengan sebab itu, setiap kali kita bermula - ingatlah kita sebenarnya bermula sebagai seorang yang baru. Kerana itu kita sememangnya punya pelbagai perasaan. Sama ada perasaan itu baik untuk ditonjolkan atau buruk untuk diketepikan kitalah yang harus membentuknya.

Saya masih belum boleh membuat apa-apa kesimpulan tentang perubahan diri barisan AJKT yang ditaujih oleh kawan saya itu. Meskipun begitu saya berdoa moga-moga mereka memahami bahawa mereka bermula sebagai orang yang baru. Maka mereka punya tanggung jawab yang besar.

Maka tidak salah kalau dijuruskan di dalam dunia penulisan juga, kita ini bermula sebagai seorang yang baru - Kalau kita sudah pun merasa lama, ingatlah masih ada orang lain yang lebih lama dari kita. Dan apabila kita merasa kita ini masih baru (sehingga menyebabkan hina diri) ingatlah masih ada yang lebih baru dari kita. Bukan begitu?

Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."
 

 Sila klik  Respon/Komen

 

1 Januari 2003/ 28 Syawal 1423 | Rabu | 0.01 am

Catatan Satu

Selamat datang tahun baru! Selamat buat kalian semua. Catatan saya kali ini mungkin agak panjang berjela-jela. Tak tahulah apa istilah yang diberikan untuk jurnal berjela-jela ini. Ia ibarat secawan teh panas yang masih berasap-asap. Meminumnya salah, meninggalkannya juga salah. Apa pun saya harap kalian membacanya sehingga habis... kerana ada perkara muhim yang saya cetuskan kali ini.

......................

Semasa manusia lain sedang sibuk menyambut tahun baru dengan pelbagai cara, (ada yang baik ada yang tidak baik) - saya akrab dengan JASA (PC) ini untuk memasukkan tulisan saya moga-moga apa yang saya lontarkan memberi faedah kepada mereka yang membacanya. Saya tidak tahu di mana sensitiviti kepolitikan berbilang manusia yang pernah saya temui. Ini kerana sebilangannya hanya menganggap kehidupan ini dengan bukan sebuah perjuangan. Lantas kudrat, ilmu, akal, kelebihan segala yang mereka miliki tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Seorang mahasiswa seperti saya melihat isu antarabangsa mungkin tidak sebagaimana seorang tani, nelayan, peniaga, tukang cat, buruh binaan, pesawah, pengembala, pemburu, kerani, akauntan, pegawai, jurutera, arkitek dll melihat. Apa yang saya lihat mungkin berbeza dengan apa yang mereka lihat, walaupun kadangkala apa yang tercetus di pemikiran saya sebenarnya telah pun tercetus di pemikiran mereka. Saya akui. Tetapi pernahkan anda bertanya persoalan tentang isu antarabangsa pada pakcik-pakcik itu semua? Apa jawapan mereka?

Tetapi saya optimis, orang yang pernah terdedah dengan dunia pendidikan melihat isu-isu antarabangsa dengan serius dan mempunyai komentar yang tersendiri. Sekurang-kurangnya dengan menjengahnya mentari 2003, Jurnal ini akan terus-menerus menjadi mandala yang bakal disendatkan dengan pelbagai lontaran idea yang tercetus di minda saya. Semoga kalian bersama... saya!

Catatan Dua

Kata-kata Ariel Sharon laknatuLlah (PM Israel)

"Saya berjanji akan membakar setiap anak Palestine yg dibesarkan di kawasan ini, kerana kanak-kanak dan perempuan Palestine adalah lebih bahaya dari lelaki, kerana wujud mereka akan meneruskan generasi akan datang Palestin."

Ini lah kata-kata Ariel Sharon PM Israel di dalam mesyuaratnya bersama Ouze Merhram tahun 1956. Perkara inilah yang telah menjelaskan prinsipnya dan masih meneruskannya di dalam siri-siri serangan terhadap Palestin selepas 45 tahun. Didalam surat khabar "Palestine Chronicle" yang dikeluarkan oleh orang Palestin berbahasa Inggeris, di dalam keluaran hari isnin 1-4-2002, lagi dari perkataan Sharon, katanya:

"Saya berjanji jika saya hanya seorang orang biasa sekali pun, dan bila saya berjumpa dengan orang Palestine, saya akan bakar dia dan saya akan membuatkan dia merana sebelum membunuhnya"

Tambahnya lagi: "Perjanjian antarabangsa tidak menarik minat saya. Hanya dengan satu pukulan, lebih dari 750 [Palestine] dibunuh di rafah pada tahun 1956. Saya menggalakkan askar saya merogol perempuan Palestin, kerana mereka itu hamba kepada Israel (Yahudi), dan kita akan melakukan apa-apa kepadanya dan tidak ada orang pun boleh memberitahu kita apa yg kita lakukan tetapi kita memberitahu mereka apa yg mereka harus lakukan."

Perkataan Sharon ini didefinisikan di dalam 'al-Ahdaf Al-Sharonia" (Matlamat Sharon) yang merupakan bentuk yang sangat keterlaluan (kurang ajar) dan setelah 45 tahun berlalu, ia masih tidak bertukar, walaupun dia telah menggunakan perkataan yang berlainan di dalam ucapannya pada 31-3-2002 di mana Sharon menyifatkkan orang Palestine sebagai pengganas, sasarannya masih belum diumumkan.

Dr Hasan Naafi'ah, pensyarah Sains Politik Universiti Kaherah melihat bahawa penyelesaian kepada polisi Sharon ini ialah perlu menggalakkan penerusan kebangkitan Umat Islam Palestin khususnya dan melakukan operasi syahid, dimana pada masa itu Sharon tidak dapat lagi mengawal pemberontakan tersebut lalu memaksa kepada meja perundingan, yg membawa kepada penyelesaian secara politik. Beliau juga menunjukkan bahawa soalan memenjara Arafat ialah satu propoganda besar yg diadakan, tetapi target sebenarnya adalah rakyat Palestine yang sudah diktahui umum.

Ilmuan Mesir ini mengesahkan bahawa keadaan tindakan pantas Israel adalah tanpa ragu-ragu dibawah payung Amerika dan apa yg lebih nyata lagi ialah pengumuman Presiden Amerika George W. Bush dan Menteri Luarnya Collin Powell, yang memberi Israel hak untuk menyerang Palestin, dengan makna lain membenarkannya atas nama 'mempertahankan diri'. Sehingga Amerika menerima keputusan bernombor 1402 PBB mengenai apa-apa tanda yang tidak diikutinya melalui mekanisme perlaksanaan.

Menurut Dr Musa Abu Marzuq salah seorang ahli Pergerakan Hamas : Halangan dan peraturan sekarang yg Israel tetapkan pada Presiden Palestine bertujuan memaksa menanda tangani satu perjanjian, di mana akan melumpuhkan rakyat Palestin. Menurut akhbar Israel 'Harts', keluaran Isnin 1-4-2002, bahawa PM Israel tidak akan melaksanakan perjanjian Oslo sehingga memenangi ke atas Palestine, dan apa yg dilakukan ialah mengelak permasalahan sementara Palestine ini mejadi jangka panjang.

Mengenai janji Sharon untuk tidak menyakiti Arafat, Akhbar Palestine Chronicle berkata:

"Sesungguhnya tidak mungkin terrdapat kebenaran didalam janji Sharon. Telah berlaku dahulu kepada Sharon semasa menjadi Menteri Pertahanan Israel, berjanji dengan Presiden Amerika, Reagan,bahawa dia tidak akan menyerang Lebanon, tetapi dia telah menceroboh Beirut, memusnahkan kampung dan bandar, dan membunuh 20,000 orang diantaranya termasuk 2000 rakyat Palestine di kem pelarian Palestine di Lebanon, di dalam peristiwa kekejaman Sabra dan Shatila." PM Israel ini telah berkali-kali menolak penyelesaian antarabangsa atau negara-negara Arab, dimana antaranya beliau telah menolak inisiasi Putera Abdullah dari Arab Saudi, secara umumnya penolakan itu, terhadap keputusan Majlis Keselamatan di dalam keputusan yg lalu bernombor 1402 dan permintaan agar dua pihak menyetujui segera dengan memberhentikan pengapian, dan menjemput pengunduran tentera Israel dari bandar-bandar Palestin.

Berfikirlah sejenak! Apa yang pernah dilontarkan di dalam J U R N A L J A L A N H I D U P

- Tidak akan ada umat Islam yang waras akalnya boleh menerima kewujudan negara Israel. Jika ada juga, jelaslah orang itu sebenarnya tidak waras atau Islamnya hanya pada nama bukan pada akidah, syariat dan akhlak.

- Adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan bagi Umat Islam mengekalkan agenda jihad sebagaimana yang dianjurkan oleh Syariat Islam. Amaliat Istisyhadiah (operasi syahid) yang dilakukan oleh sebahagian Umat Islam di Palestin terutamanya adalah sesuatu yang menepati syariat dan ini telah difatwakan oleh kebanyakan ulamak muktabar zaman ini. Menjadi sesuatu yang nadir dan gharib bagi mereka yang menolak jihad jenis ini dan jenis-jenis yang lain juga. Oleh itu, jika kita tidak mampu berjihad fi sabilillah... maka jangan kecilkan konteks jihad, berjihadlah dengan cara dan anjuran yang lain seperti memboikot barangan keluaran kafir dan Yahudi dan kedai-kedai dan restoran makanan segera seperti KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, Chicken Tikka, Arby's, Kantis, Paradise dan Mc Burger yang dikenal pasti cawangan perniagaan Yahudi. Boikot minuman bikarbonat keluaran Yahudi seperti Coca-Cola, Fanta, Sprite dan Pepsi. Berhentilah merokok kerana hampir 100% rokok adalah keluaran Yahudi serta menyumbang kepada persenjataan dan menampung ketenteraan Israel untuk membunuh Umat Islam di Palestin.

- Meskipun tidak ramai yang tahu apakah yang terkandung di dalam 'Protokol Zionis' (Sebuah buku yang memuatkan pelbagai protokol Zionis (Yahudi) untuk menguasai dunia. - Di antara matlamatnya ialah untuk menguasai politik dunia. Namun umat Islam mesti sedar kewujudan Zionis dan dakwaan mereka mempunyai hak terhadap penubuhan negara Israel dengan mengusir, membunuh, menghapus, menyembelih Umat Palestin demi untuk menguasai al-Quds adalah tindakan yang terlalu zalim dan tidak wajar sama sekali.

- Walaupun kita hari ini hidup di negara yang aman dan damai yang jauh dari peperangan dan pembantaian, namun sewajarnya kita mempunyai sensitiviti terhadap isu-isu yang berkaitan Umat Islam seperti isu Palestin, Afghanistan, Ambon dll kerana umat Islam itu seperti sebuah binaan yang memperkuat di antara satu dengan yang lain. Andainya tiada lagi sensitiviti terhadap saudara-saudara kita di negara yang sedang dilanda musibah maka percayalah selagi itu Umat Islam akan terus dijadikan mangsa dan selagi itulah tiada kesatuan dan tiada kekuatan.

- Semenjak 1924 - Kejatuhan Khilafah Islamiah Turki Uthmaniah melalui kuasa sekular Atartuk, 1948 - pengisytiharan penubuhan Negara Haram Israel, 21 Ogos 1969 - cubaan Zionis untuk membakar Masjid Al-Aqsa, 25 September 1969 - penubuhan OIC menyatakan sensitiviti terhadap tindakan liar zionis itu, 1982 - tragedi pembunuhan rakyat Palestin di Shabra dan Shatila disusuli dengan penyembelihan berterusan zionis terhadap Umat Islam Palestin sehingga kini, masih tiada kuasa yang mempunyai kekuatan untuk membela Palestin. Yang ada cuma OIC yang kononnya ditubuhkan untuk membela Palestin akhirnya hanya menjadi Oh I See sahaja kepada kejadian demia kejadian.

- Dua musibah terbesar yang melanda Umat Islam: Pertama - Serangan Bala tentera Tartar, Monggol ke atas negara-negara Islam yang memusnahkan tamadun Islam. Kedua - Kejatuhan Negara Islam Turki Uthmaniah. Yang pertama itu menguntungkan kembali umat Islam, meski tamadun musnah; namun keturunan raja Tartar yang menyerang itu pulang ke negara asal dengan berstatus Islam. Ini menunjukkan walaupun Islam dijajah namun dakwah terus berjalan. Tetapi yang kedua itu merugikan: apabila kejatuhan itu menatijahkan sekularisme diterima pakai oleh umat Islam dalam fatrah yang panjang sehingga ruh kesedaran kembali

- Sejarah Islam telah membuktikan bahawa kerajaan Islam paling lama pernah berkuasa ialah Kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Justeru jika kejatuhan Turki adalah disebabkan oleh Sekularisme yang dibawa oleh Atartuk laknatullah, maka sama-samalah kita berdoa setelah lebih 75 tahun rakyat Turki diapi-apikan dengan ruh sekular rupanya kemenangan Islam pada alaf baru ini bermula di Turki dengan Parti Islam pimpinan Erdogan akan menjadi sebutir mutiara yang akan mengembalikan kekuatan Islam dengan bertapak di bumi yang pernah ditumbangkan itu seterusnya mampu membela Palestin dan Umat Islam umumnya.

- Setelah tamat perang salib, barat hanya mempunyai satu cara sahaja lagi untuk terus berkuasa terhadap Umat Islam; iaitu dengan menguasai pemikiran. Justeru mereka telah melancarkan serangan pemikiran yang merupakan serangan dan kaedah peperangan bentuk baru bagi melumpuhkan terus umat Islam.

- Yahudi telah menggunakan serampang pelbagai mata untuk menyesatkan Umat Islam. - Di antaranya ialah dengan menaja orentalis dan pergerakannya demi mencepatkan agenda serangan pemikiran mereka. Justeru Kristian digunakan sepenuhnya sebagai goyim (lembu) mereka bagi melaksanakan agenda-agenda mereka. Melalui orentalis - pemikiran umat Islam dari sudut falsafah dan ideologi yang dibawa amat merbahaya.

- Penguasaan media adalah merupakan sesuatu yang penting sebagai medan melontar kebenaran, di mana pembohongan fakta dan pendominasian media barat telah merosakkan imej Islam dengan dilabelkan pelbagai istilah seperti terorist, fundamentalis, berhaluan kiri, pengganas dll. Justeru media utama negara wajar dielakkan dari dominasi pemberitaan yang menyalahi kebenaran.

-  Penguasaan ilmu-ilmu Islam mestilah diambil dari sumber yang betul. Ini kerana penulisan semula bahan-bahan ilmiah Islam atau penterjemahan kitab-kitab ilmiah oleh orentalis menyalahi fakta sebenar.

- Penyertaan Ulamak ke dalam Politik terutamanya politik Malaysia adalah merupakan tindakan yang wajar memandangkan Islam itu adalah ad-den wa daulah (Agama dan negara). Justeru penubuhan Negara Islam Malaysia - mestilah mendasari metod yang sebenar sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat. Bukan melalui metod yang salah. Ini kerana Negara Islam bukan semata-mata negara ide tetapi negara tatbiq (pelaksanaan). Satu persoalah adakah Malaysia kini negara Islam?

- Tragedi WTC adalah sandiwara terhebat menjelang alaf baru, apabila natijah kepada drama itu dunia menuding jari kepada Islam dengan menggelarkan Islam sebagai memulakan, mengapi-apikan dan mendominasi agenda keganasan. Sengaja 11 September dijadikan bahan fakta teragung abad ini untuk kafir meneruskan agenda mereka. Amerika menjadikan isu ini untuk dua tujuan pertama: menangkap Pejuang Islam Osama ben Ladin kononnya yang bersembunyi di Afghanistan tetapi tujuan sebenar ialah untuk menguasai Afghanistan di mana negara itu sarat dengan hasil gas asli yang sangat besar keluarannya. Manakala kedua: adalah untuk menyerang Iraq - dengan untuk tujuan perang Teluk 1991-1994 yang lalu: menguasi minyak! Siapa yang sedar?

- Islam tidak mampu kuat, kecuali dengan satu cara iaitu kesatuan! Selagi tidak ada kesatuan selagi itu Islam akan kekal lemah.

- Teori Evolusi Darwin yang berasaskan khayalan dijadikan inspirasi tercetusnya materialisme yang menatijahkan kelahiran mazhab-mazhab ideologi bodoh seperti liberalisme, sekularisme, nasionalisme, marxisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme dll. Akhirnya dunia hari ini menyaksikan kesemuanya tumbang satu persatu sehingga barat sendiri lebih mempercayai sistem yang dianjurkan oleh Islam.

- Kuburkan ruh sekular Atartuk!

.... Banyak lagi yang sebenarnya saya hendak tulis. Tapi...

It's year 2003
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It's time for us to change
It's up to you & me
Either we make history
or we become history…

Kitalah yang membina impian dan azam. Saya tertarik dengan kata-kata seorang kawan: "kejayaan selalunya dimulai dengan membina impian!" Sekurang-kurangnya dengan silih berganti tahun memberikan kita peluang untuk membina azam baru. Dan ingat... Untuk mencapai kejayaan esok, binalah impian itu hari ini!

Catatan Tiga

SYAITAN MEMPERDAYAKAN DAN MENYESATKAN MANUSIA

ALLAH SWT telah banyak mengkhabarkan tentang keadaaan musuhnya, iaitu Iblis di dalam kitab suci Al-Quran. Apabila ia minta kepada Allah agar dikecualikan dari salah satu perintahNya iaitu sujud kepada Adam sebagai tanda penghormatan, maka Allah marah dan murka kepadanya. Kemarahan Allah itu berpunca dari sikap sombong Iblis yang beranggapan bahawa dirinya lebih baik dan lebih mulia daripada Adam. sebagai akibat dari keangkuhannya Allah mengeluarkannya dari syurga.

Seterusnya, didorong dengan perasaan dendam kesumat dalam hati Iblis, iapun merayu kepada Allah agar dibenarkan mencari kawan sebanyak-banyaknya dan supaya diberi peluang umur yang panjang di dunia ini bagi menjayakan cita-citanya tersebut. ekoran peristiwa itu, kita dapati penyataan Iblis laknatullah di dalam Al-Quran seperti berikut: "Iblis berkata,"Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).


1. SYAITAN MEMUJUK MANUSIA AGAR BERBUAT MAKSIAT DAN LEPAS DIRI DARIPADANYA.

Salah satu tipu daya syaitan ke atas manusia adalah ia pada mulanya memberikan penghargaan, jaminan, sokongan dan bantuan kepada apa sahaja yang diperlukan manusia. Seterusnya dalam pada itu, ia juga berusaha mengkhayalkan manusia dengan perkara-perkara yang dibisikkannya bahawa ianya banyak mengandungi manfaat bagi dirinya. Padahal sebenarnya perkara-perkara tersebut akan membinasakan manusia dan memusnahkannya. Apbaila sudah sampai saatnya ia akan meninggalkan manusia dan membiarkan sendirian di dalam kebinasaan tersebut. Dengan bangganya, syaitan sangat bergembira dan mentertawakan manusia tadi.

2. SYAITAN MENAKUTKAN ORANG MUKMIN DENGAN KEKUATAN DAN PENYOKONGNYA.

Salah satu tipu daya syaitan adalah, "ia menakut-nakuti orang mukminin dengan kekuatan yang ada pada diri dan golongannya." Tujuannya supaya orang-orang Mukmin tidak memerangi mereka dan meninggalkan amal yang terpuji, iaitu amar makruff dan nahi amil mungkar. Tipu daya syaitan ini adalah sangat besar kesan buruknya bagi ahli iman. Sebahagian dari tipu daya syaitan lagi adalah ia melancarkan sihir ke atas akal fikiran manusia dengan berbagai tipu daya, pujukan-pujukan dan hal-hal yang memikat dan mempersonakan. Tiada seorang hamba yang selamat dari sihir syaitan kecuali hamba yang kehendaki dan diberi pertolongan oleh Allah ke atasnya.

3. SYAITAN MELANCARKAN SIHIR PERTAMANYA KE ATAS NABI ADAM DAN HAWA.

Syaitan melancarkan sihir dengan penuh tipuan buat pertama kali adalah dilakukan ke atas nabi Adam dan Hawa. Pada awalnya ia mendekati Adam dan Hawa itu untuk membisikkan sihir kepadanya dengan satu keyakinan yang penuh kedustaan. Sesungguhnya ia telah berpura-pura sebagai penasihat yang mengingatkan mereka berdua agar tetap kekal berada di dalam syurga.

Sememangnya, dari awal-wal lagi, musuh Allah iaitu Iblis telah mengetahui bahawa sesungguhnya jika keduanya (Adam dan Hawa) mendekati pohon dan memakan buahnya nescaya mereka berdua akan kelihatan aurat mereka. Kerana mereka telah melakukan maksiat (iaitu melanggar larangan Allah dari mendekati pohon tersebut).

Perbuatan maksiat boleh merobek dan mengkoyak-koyakkan satir (tutup) yang menjadi tabir antara Allah dan hamba. Dengan demikian, apabila keduanya telah bermaksiat kepada Allah SWT maka tutup atau pakaian yang menutupi aurat mereka menjadi terkoyak dan terlucut dari tubuh mereka, sebagai akibatnya aurat mereka terdedah dengan serta merta.

4. DUA MACAM GODAAN KE ATAS HAMBA YANG MELAKUKAN PERINTAH ALLAH.

Salah satu tipu daya syaitan yang cukup dahsyat adalah,"Ia sentiasa mencari sesuatu dari dua kekuatan yang boleh membinasakan INDIVIDU berkenaan. Sama ada lebih cenderung kepada kekuatan yang bersifat terbelakang, mundur dan paling mudah."

Jika syaitan mengetahui terhadap perkara yang boleh mengalahkan individu itu dengan cara (ia) menganggap mudah terhadap sesuatu perintah Allah, maka syaitan akan menghalang-halangi dan melemahkan semangat (HIMMAHNYA) dari melakukan perintah Allah tersebut. Ia juga akan menanamkan perasaan berat hati keatas melakukan perintah tersebut, sehingga dengan begitu mudah ia akan meninggalkannya secara keseluruhan atau melengah lengahkannya.

Jika syaitan mengetahui tentang apa yang boleh mengalahkan individu tersebut sesuatu kesan dari kemahuan kuat himmahnya maka ia akan berusaha untuk menimbulkan perasaan pada dirinya bahawa apa yang dilakukan tersebut jauh dari kesempurnaan dan sangat tidak mencukupi. Ini diharapkan agar individu tersebut melakukan sesuatu yang melampau sehingga di luar batas kesederhanaan.

5. SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA MELALUI PERKATAAN DUSTA DAN FAHAMAN YANG MEMBINGUNGKAN.

Salah satu cara syaitan menyesatkan manusia adalah dengan perkataan dusta, pemikiran yang membinggungkan dan angan-angan yang saling bertentangan. Ini semua hanya mengotorkan hati dan mencemarkan fikiran. Ia bagaikan buih yang mengotorkan hati.

Padanya tiada keyakinan yang dipegang teguh dan tidak ada kepercayaan yang benar. Sememangnya syaitan sentaiasa membisikkan perkataan manis kepada mangsa-mangsanya bagi tujuan memperdayakannya. Matlamatnya adalah agar manusia membelakangkan Al-Quran dan mengutamakan akal.

Syaitan mahukan mereka yang mengutamakan akal agar membuang kitab Allah di belakang mereka dengan sikap seolah-olah mereka tiada mengetahui.

6. SYAITAN MEMPERDAYAKAN SEBAHAGIAN AHLI FALSAFAH.

Salah satu cara syaitan menyesatkan sebahagian pakar bidang falsafah adalah: "Ia melancarkan sihirnya ke atas lidah-lidah mereka sehingga hanya memandang kalamullah dan sabda rasul SAW dari segi zahir lafaznya sahaja yang tidak dapat membawa ke arah keyakinan. Ia juga mengilhamkan kepada mereka dengan satu fahaman yang beranggapan bahawa untuk meluruskan akal dalam perananya mencari kebenaran dan keyakinan hanyalah dapat dicapai melaui MANHAJ FALSAFAH iaitu secara FILOSOFIS dan juga dengan melalui ILMU KALAM.

Sebagai akibatnya, ianya akan memalingkan mereka dari keyakinan-keyakinan yang bersumber dari nash-nash Al-Quran dan As-Sunnah dan seterusnya semua bentuk kebenaran dan keyakinan mereka dasarkan ke atas teori-teori falsafah yang sesat dan dusta seperti falsafah-falsafah Yunani.

7. SIHIR DAN TIPU DAYA SYAITAN DALAM MEMUTAR BELITKAN IMAM (SYAIKH) TARIKAT.

Syaitan lebih bnayak berjaya menyesatkan golongan tasawwuf dan ahli tarikat yang jahil dan tidak mempunyai asas ilmu tauhid dan ilmu syariat secukupnya.
Salah satu caranya adalah dengan melancarkan sihir ke dalam hati mereka sehingga mendakwa telah mendapati makrifat dan mencapai Mukasyafah. pada hakikatnya tiada apa yang berlaku ke atas diri mereka melainkan angan-angan yang mengkhayalkan dan karut-marut.

Seterusnya syaitan akan meletakkan dan membawa mereka ke dalam perangkap kebatilan dan kebohongan belaka misalnya dengan membukakan pintu selebar-lebarnya bagi mereka melalui doa-doa dan wirid-wird yang luar biasa.

8. TIPU DAYA SYAITAN KE ATAS HAMBA YANG MEMPUNYAI AKHLAK TERPUJI.

Syaitan mempengaruhi manusia yang mempunyai kelebihan berupa peranggai yang baik, muka yang berseri-seri dan lain-lain supaya menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk melakukan perbuatan dosa dan maksiat.

Pada mulanya orang yang berperangai baik dan lemah lembut serta muka berseri-seri itu sentiasa bermasam muka dan berpaling dengan perasaan sinis apabila bertemu atau bergaul dengan orang-orang yang jahat dan buruk akhlaknya.

Kemudian syaitan datang kepada orang-orang yang berperangai baik tersebut dengan penuh tipu daya menggodanya agar ia bersifat lembut dan berbaik-baik dengan orang-orang yang jahat tersebut. Dengan berbagai helah dan hujah-hujah yang lembut, syaitan membisikkan ke hati orang-orang yang baik agar berinteraksi dengan orang-orang yang jahat agar bersikap tolak ansur dengan alasan toleransi, bekerjasam dalam riba dengan alasan muamalah, bergabung bersama-sama mereka dalam muzik dan tarian dengan alasan kesenian atau kebudayaan dan lain-lain.

9. MUSLIHAT TERHADAP PENGUASA AGAR ENGGAN MEMERANGI KEKUFURAN DAN MEMBENTERAS KEZALIMAN.

Adalah syaitan yang terkutuk sentiasa menasihatimu agar menjaga kepentingan dirimu dalam mengekalkan kekuasaan dan kehormatan mu di dalam suatu kegiatan politik atau pemerintahan. hal ini akan berlaku sekiranya keredhaan Allah hanya akan wujud dengan lantaran kekuasaan dan kehormatanmu tergugat dan tenjejas kerananya. Usahanya memerangi kaum kafir dan munafiq serta beramar-makruf dan nahi amil-mungkar ke atas para tukang berbuat maksiat dan zalim.

Dalam pada itu syaitan membisikkan ke dalam hatimu bahawa tindakan di atas (iaitu jihad dari amar makruf) hanya akan mengugat kekuasaanmu dan menyebabkan kamu kehilangan kuasa dan kehormatan. Ianya hanya akan memperbanyak musuh dan menimbulkan kebencian dan caci maki mereka (kaum kafir dan munafiq) terhadap dirimu.

10. SYAITAN MEMPERDAYAKAN MANUSIA AGAR DUDUK TERUS-MENERUS DALAM MASJID.

Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya lebih kurang menerangkan bahawa terdapat 8 golongan yang akan mendapat nanugan di padang Mahsyar nanti. Di sana disebutkan, salah satu dari 8 golongan di atas adalah "seorang lelaki yang hatinya selalu berhubung dengan masjid." iaitu seseorang yang sangat rindu terhadap hal ehwal dan kegiatan masjid. Ia juga menjadi kaki masjid, tidak pernah ponteng sembahyang berjamaah dan selalu meghadiri majlis-majlis ilmu, aktiviti kemasyarakatan yang ditdbir oleh masjid. Pendek kata, ia sangat mementingkan perkara-perkara dan amalan-amalan yang ada kena mengena dengan kemakmuran masjid.

Seiring dengan hal di atas, syaitan tidak tinggal diam, ia berusaha agar bagaimana sihir dan tipu dayanya ke atas rang-orang yang menjadi penghuni masjid.

11. MUSLIHAT SYAITAN DI SEBALIK MENCIUM TANGAN SESEORANG YANG DIANGGAP KERAMAT (WALI).

Salah satu muslihat musuh Allah untuk menyesatkan manusia adalah, "Ia menyuruh agar mencium tangan seorang yang dianggap memiliki kelebihan, seperti keramat, dapat memberi syafaat dan lain-lain, dengan harapan supaya terhindar dari bencana kerana keramatnya, tercapai tujuannya kerana berkat doanya dan lain-lain."

12. SIHIR SYAITAN MEMPENGARUHI GETARAN HATI DAN FIKIRAN AHLI ZUHUD DAN PENGAMAL TARIKAT.

Di dalam menyesatkan manusia, syaitan menggunakan berbagai cara yang mungkin tidak dapat dibayangkan jumlahnya dan dianalisa caranya, kerana terlalu banyaknya.

Sebahagian dari sihir jahatnya, adalah apa yang sering dilancarkan terhadap golongan zuhud yang suka khalwat. (mengasingkan diri dari masyarakat) pergi ke tempat-tempat persembunyian untuk beribadah dan munajat kepada Allah. Bagaimanapun hal-hal seperti yang akan diterangkan ini biasanya hanya berlaku keatas mereka yang jahil dan tidak alim dalam ilmu tauhid dan syariat, sehingga dengan mudah syaitan akan membisikkan unsur-unsur yang akan membinasakan diri mereka.

13. PERANGKAP DAN MUSLIHAT SYAITAN KE ATAS AHLI SUFI.

Sering kita dapati sebahagian dari ahli sufi hanya memakai sehelai pakaian dan tidak menukarnya sehinggalah rosak. Bahkan ia menampalkan dengan berlapis-lapis tampalan apabila koyak kerana terlalu lama dipakainya. Bahkan tidak jarang mereka hanya menjalani jalan kehidupan tertentu demi menganut syaikh (guru) tertentu dan mengikutinya dengan membabi buta. Kadang-kadang ada sesetengahnya yang sampai ke peringkat memastikan dan mewajibkan perkara-perkara di atas sebagaimana amalam-amalan fardhu seperti solat dan lain-lainnya. Ketahuilah amalam-amalan di atas adalah salah satu perangkap syaitan yang digunakan untuk menjerat sebahagian ahli sufi yang jahil dan ta'sub.

14. PERANGKAP SYAITAN AGAR BERHATI-HATI DI DALAM TAHARAH DAN KETIKA SOLAT.

Salah satu godaan syaitan yang cukup dahsyat dan sangat membebankan adalah ia menimbulkan perasaan was-was ketika bersuci dan niat di dalam sembahyang. Sehingga tidak jarang kita dapati ia memperlakukan mangsanya itu bagaikan mengikatnya dengan jeratan-jeratan tali dan membelenggunya dengan batu besar. Syaitan juga menanamkan keraguan di dalam hati mangsanya dengan anggapan-anggapan berikut: "Adakah cara-cara yang ditunjuk ajar oleh sunnah Nabi telah cukup baginya untuk melakukan suatu amalan (sembahyang contohnya) atau masih perlu kepada cara lain untuk lebih memantapkan atau mengkhusyukkan hatinya?" Kerana inilah syaitan malah memperhebatkan perangkapnya untuk mensihir hatinya dengan prasangka yang batil.

15. PENDERITAAN YANG DITANGGUNG OLEH ORANG YANG SAKIT WAS-WAS.

Orang yang menderita Penyakit was-was adalah telah benar-benar mentaati syaitan, menerima apa yang dibisikkan oleh syaitan dan mempengaruhinya agar membenci apa-apa yang disifatkan sebagai sunnah Rasulullah SAW. Sehinggalah ada di antara mereka yang apabila melihat orang lain melakukan wuduk sepertimana yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW maka ia akan menyatakan bahawa wuduk yang dilakukan orang lain tersebut batal dan solatnya tidak sah. Bahkan yang lebih dahsyat lagi apabila ia melihat orang lain mendukung kanak-kanak, maka ia menganggapnya telah terkena najis sekiranya bersentuhan dan wajib baginya untuk membasuh sehingga suci.

16. UBAT PENAWAR PENYAKIT WAS-WAS.

Sesungguhnya was-was adalah salah satu cara syaitan untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Ia akan menjadi sebati dan bagaikan penyakit yang memerlukan rawatan.

Sesiapa yang mengubati penyakit ini hendaklah menanamkan perasaan YAKIN di dalam hatinya "BAHAWASANYA HAKIKAT KEBENARAN DAN KEYAKINAN YANG HAK, adalah hanya dapat diperolehi dengan mengikuti Rasulullah SAW dalam segala perkataan dan perbuatan."

Di samping itu mestilah ia berazam dan berusaha dalam menempuh jalan (ibadahnya) sepertimana azam yang dijalani oleh orang yang tidak ada keragu-raguan bahawa ia di atas jalan yang lurus dan benar. Hendaklah ia meyakini bahawa sesiapa sahaja menyalahi jalan yang lurus tersebut adalah satu perangkap dan godaan syaitan melalui perasaan was-was.

*** Catatan dua ini dipetik dari Koleksi [email protected]

Catatan Empat

Ucapan Selamat tahun baru dari saya kepada kalian semua. Semoga beroleh kebaikan yang berlipat kali ganda. Biiznillah.

Catatan Lima

Selamat Menulis buat Jurnalis-jurnalis baru

Saya percaya dengan menjengahnya tahun baru ini, ada yang menjadikannya sebagai bidayah untuk memulakan penulisan jurnal. Justeru dengan itu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berjurnal kepada kalian. Semoga dunia jurnal online ini dimanfaatkan sebaiknya oleh kita. Kawan saya pun kata dia nak berjurnal online... Saya cuma tunggu dan beri semangat.

 

 Sila klik  Respon/Komen

Baca Catatan lalu

di sini langkahku berhenti...

~Diri yang masih mencari identiti ibarat sebuah perjalanan menongkah arus di lautan samudera...~

Pujangga - mahasiswa - cabaran - pengajian - perjuangan - keyakinan - keorganisasian - keterbukaan - karisma - kehidupan - keilmuan - idealisme - penulisan - impian & harapan - yang...!