Koleksi Karya Akhi Masrawi

Cerpen

Lagenda Gadis Kedai Bunga

"Siapa nama gadis yang kamu cari tu?" Soal Pak Andak seraya melepas asap rokoknya. Berkepul-kepul berlegar di ruang udara. Akhirnya hilang. Seperti hilangnya gadis kedai bunga dari pandangan mata Dia. 

"Wirda Iskandar."

"Wirda!" Pak Andak seolah-olah terkejut.

"Ya, kenapa?" Soal Dia. >>> Baca seterusnya


Warkah Buat Puteriku

Lihat saja Saidatina 'Aisyah r.a yang terdidik oleh Madrasah Rasul. Dia betah menjawab persoalan-persoalan yang diajukan lantaran kefaqihannya yang terbukti. Mengimbaskan nosstlgia Saidatina Khadijah r.a pasti kita terpana akan perngorbanannya yang sukar untuk ditandingi. Pun begitu menyorot kezuhudan dan agung kasih serta cintanya terhadap Ilahi tentu sahaja engkau pernah mendengar akan nama Rabiatul Adawiyah. Kesemua mereka itu adalah wanita. Beruntunglah engkau duhai puteriku jika engkau menyusuli jejak mereka. Aku sengaja menampilkan peribadi-peribadi tadi bukan untuk menghasut cemburumu, malah aku mahukan engkau menaladeni jejak mereka. Tidak salah untukmu terjun ke medan jihad kerana ikhlasmu untuk menegakkan agama Allah. Aku tidak mengajar engkau untuk takut akan mati syahid. Pernahkah engkau mendengar kalam seorang mujahid tentang perjuangan? 

Telah berkata As-Syeikh Abdul Qadir Audah: "Jika aku dipenjarakan kerana perjuangan suci ini, aku boleh beruzlah. Jika aku dibuang daerah, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh kerana perjuangan yang benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada'." >>> Baca seterusnya

 

Air Mata Karbala Menitis Di Kota Kaherah

 "Kau nak ikut aku pulang ke tak, Taufiq?" Soal Fuad sambil bergegas mengambil beg sandangnya. Kemudian beg itu disandang ke bahunya. Hanya beberapa buah kitab kuliah di dalamnya bergerak-gerak. Selesai kuliah di Al-Azhar selepas Zohor Aku dan Fuad bertandang ke Masjid Husain untuk berehat. Untuk berebut pulang pada waktu tenghari itu memeritkan. Malah terpaksa berebut-rebut untuk memanjat bas dengan orang-orang arab Mesir dan pelajar-pelajar lain yang turut mahu pulang sehabis kuliah. Biasanya kami akan berehat seketika di Masjid Hussain atau menghadiri kelas pengajian talaqi di Jami' Al-Azhar As-Syarif bersebelahan Masjid Husain yang biasanya diadakan selepas asar. 

Aku masih diam. Tiada jawapan kepada pertanyaan Fuad. 

"Aku mahu bersegera menghambat bas ke Haiyu Sabiek. Lagipun Maghrib sudah hampir. Malam ini kita ada mau'id dengan Sheikh Fathi untuk tasmi' Al-Quran di Masjid Musa. Kalau kau mahu ikut sekali kita perlu pulang segera." Jelas Fuad bersahaja.

"Aku mahu solat Maghrib di sini saja. Lepas itu barangkali aku menyusul ke Masjid Musa. Kita jumpa di sana. Mungkin hampir Isyak aku akan sampai." 

"Baiklah. Kita jumpa di sana nanti. Jangan kau lupa pula! Minggu lepas pun kau tak hadir tasmi' dengan Sheikh Fathi. Dia bertanya tentang kau....>>> Baca seterusnya

 

Masihkah Ada Sinar 

Aku terkasima. Catatan yang diluar dugaan. Aisyah terperangkap dengan lesbianisme. Gadis sebaik itu turut teruji. Sebak. Sepeninggalanku ke bumi Jordan aku tidak pernah memikirkan hal seumpama itu bakal terjadi. Mereka yang terjebak seks abnormal biasanya sukar mendapat jalan pulang. Homoseks adalah serpihan jenayah Kaum Nabi Allah Luth a.s. Manusia menyukai kaum sejenis. Malah teori libido yang diasas Sigmund Frend aku kira mendasari aliran yang sama. 

Sejarah Kaum Nabi Luth a.s dimusnahkan Allah dengan membalikkan perkampungan mereka lantas Laut Mati itulah menjadi bukti sehingga kini. Namun sejarah Laut Mati telah dilupakan khalayak. Manusia berkunjung ke Laut Mati untuk melancong, bukan mencari keinsafan. Mereka kembali ke zaman gelap. Malah Lesbianisme memerangkap kaum hawa. Barangkali kerana kebencian yang meruap terhadap kaum lelaki atau sekadar untuk melampias nafsu berahi. Aku berfikir sejenak. Berteleku. Air mata bertakung di kelopak mata. Rupanya Aisyah menaruh hati kepadaku. Aku manusia tanpa perasaan. Menyalahkan diri sendiri. 

Semalam selepas makan malam ibu bertanyaku tentang hubunganku dengan Aisyah.... >>> Baca seterusnya

 

Kerikil Cinta Humaira

Syam! Akalku ligat berfikir. Mencari insan bernama Syam. Tetapi gagal untuk bertemu. Aku jadi serba salah. 

"Aku Aisyah." Sambung suara merdu yang kian lama terdiam. 
"Syam... Aisyah?" Aku masih mencari. 
"Kami berdua watak yang kau cipta dalam karyamu yang berjudul Dia Seorang Teman (Maafkan Aku Aisyah). Apa kau dah lupa. Ahhh..sesingkat itu kau melupakan kami." 

"Aku masih ingat..." Jawabku sepontan. >>> Baca seterusnya 

 

Tahanan

Saya berusaha lagi untuk melepaskan diri. Saya rimas dan lemas berkeadaan begitu. Sendi-sendi saya sudah sengal metah. Dahaga melilit tekak dan lapar terasa meronta-ronta. Saya tidak ingat bagaimana saya boleh diikat di bilik seluas kamar bujang itu.

Asyik saya masih berusaha untuk melepaskan diri saya terdengar suara-suara garau berbual-bual di sebalik pintu kayu yang sudah nampak agak usang. 'Arab?'. Getus saya sendiri. Impian saya untuk lepas kembali kaku.

Dua orang lelaki berbangsa Arab masuk ke dalam ruang empat persegi bilik itu. Saya cuma membatukan diri memerhatikan mereka. Seorang berwajah cerah agak berumur manakala seorang lagi berkulit gelap, bengis dan sasa; agak menggerunkan. >>> Baca seterusnya


Hingga Titisan Terakhir 

Aku tidak pasti apa yang kau rasai saat itu. Melihat manik-manik jernih mengalir dari tubir matamu, jiwaku dihantuk lara. Memori lalu tersingkap satu demi satu. Kala kita melepaskan ikatan yang telah sama-sama kita simpulkan itu kerana aku mesti meneruskan langkah ke medan jihad. Jika kau juga menangggung derita seperti apa yang aku alami; pastinya mimpi kita berulit pada satu titik kisah yang sama. Sehinggalah tika warkah ini kutitipkan benih-benih cinta yang pernah tersemai di hati ini belum mati meski ia tidak pernah sesubur dulu setelah kita berjauhan.

Sayang,

Izinkan aku memanggilmu sebegitu... >>> Baca seterusnya

 

Di Dalam Dewan Besar itu

"Ya Allah ya Tuhanku! Andai dia bukan jodohku tabahkanlah hati ini. Lepaskanlah ingatanku terhadap dia. Ya Allah ya Tuhanku, andai dialah jodoh yang kau tentukan buatku... Kembalikanlah dia ke pangkuanku..."

Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Mujur Ema dan umi tidak perasan. >>> Baca seterusnya

 

Cinta Sufiah

"Kau dah banyak berubah Sofia." Ujarku dengan nada sinis.
"Sufiah! Bukan lagi Sofia." Ujarnya membetulkan.
"Aku lebih mesra dengan nama lamamu, Sofia." Dia hanya membisu.

Masa telah mengubah segalanya. Sofia yang berada di depanku kini sudah jauh berubah. Dari seorang gadis genit lincah metah kepada seorang wanita yang akrab dengan perintah agama Islam. Sofia bertudung litup, mengenakan jubah dan tidak bermekap tebal. Namun keayuannya tidak mampu disembunyikan. Jelas seperti dahulu juga. Seperti lima tahun sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. >>> Baca seterusnya

 

Warkah Terakhir Dari Ramallah

Akhi,

Mengakhiri wakrahku kali ini ingin kupetik kata-kata Syeikh intifada itu yang seringkali menjadi pembakar semangatku. Beliau dengan tegas pernah berkata: "Kami bersumpah bahawa kekejaman dan kezaliman Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tidak akan membuatkan kami mundur setapak pun dan kami akan terus menetang Zionis kerana Allah akan menolong kami. Kami berseru, percayalah dan bersatulah merebut kembali jalan-jalan, kota dan tanah Palestin. Berjihadlah sampai mencapai kemenangan atau mati syahid di jalanNya." >>> Baca seterusnya

 

© Hak cipta dipelihara - Laman S E N T U H A N P U J A N G G A 1980-2003 - e-mel: [email protected] (YM ID: mypujangga)
~ untuk paparan terbaik: IE 5.0 800 x 600 & text size: medium ~

Hosted by www.Geocities.ws

1