saya geng jurnal!

Capaian Alternatif

 
 

Arkib Disember 2002

Pedoman:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang orang fasik membawa sesuatu berita kepada kamu, hendaklah kamu selidiki..." (Al-Hujurat: 6)

                                                                        

  Update pada bila- bila masa...


.:: Catatan moden dari zaman klasik ::.

28 Disember 2002/ 24 Syawal 1423 | Sabtu | 4.20 am

Catatan Satu

Selamat Tinggal 2002

Cepat betul masa berlalu. Rasanya bagai baru semalam kita melangkah masuk ke gerbang tahun 2002. Hanya beberapa hari sahaja lagi, 2002 akan kita sama-sama tinggalkan. Tempoh 365 hari 2002, sepatutnya soalan yang kita perlu tanya pada diri, apa yang saya dah dapat?

Selalunya bila tiba tahun baru, orang akan bercakap pasal azam baru. Apa matlamat hidup seseorang untuk tahun itu. Azam baru ini adalah merupakan sesuatu yang baik. Apa tidaknya sekurang-kurangnya dengan kita sedar bahawa kita sudah masuk tahun baru sahajalah kita suka menanam azam, kalau tiada tahun baru... maknanya tiadalah azam baru.

Azam akan mengubah perspektif diri seseorang. Mungkin bagi yang berazam untuk menjadi seorang yang popular, berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan impiannya itu. Impian atau azam ini di dalam Islam pun disarankan. Hidup perlu ada perubahan. Dan pastinya perubahan itu kepada yang lebih baik.

Tahun lepas apa yang saya azamkan? Biarlah ia menjadi rahsia saya. Anda juga telah berazam tahun lepas, mungkin anda telah berjaya capai azam anda itu. Mungkin juga gagal. Namun kegagalan bukanlah untuk selamanya. Oh 2002, indahnya kalau kau bermula semula! Tetapi detik, masa dan waktu terus berlalu. Ianya beruntai-untai, berdikit-dikit dan berlalu pergi meninggalkan kita yang masih terkial-kial sendiri.

Dengan jengahnya tahun baru ini, selain azam baru... perlu juga kita tazkirahkan diri kita bahawa umur kita juga sudah meningkat. Dengan meningkatnya umur maka semakin dekatlah kita dengan ajal kita. Ya! Ajal sesuatu yang ditentukan pada urusan Tuhan dan kita tidak mengetahuinya.

Kita tidak dapat tahu ajal kita samalah seperti kita tidak dapat tahu perkara-perkara ghaibiyat. Kita tidak tahu apa yang kita akan buat esok, kita tidak tahu apa yang kita akan dapat, kita tidak tahu di mana kita akan mati, bila, bagaimana dan mengapa. Kita tidak tahu bila akan berlakunya sa'ah (hari kiamat). Tetapi perkara-perkara ghaibiyat ini, mengikut akidah kita... kita wajib mempercayainya. Apalagi jika perkara itu berkaitan dengan keTuhanan, Kerasulan, Malaikat, Hari kebangkitan, Hari pengadilan, Syurga, Neraka, Siksa kubur, Syafa'at, Jin, Syaitan, Ruh, ajal, rezeki dan sebagainya.

Kita kena banyak bersyukur... Mujurlah kita masih hidup sebagai manusia muslim yang beriman dengan Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kiamat, Qada' dan Qadar sama ada baik mahupun buruk yang ditentukan olehNya. Logiknya sesiapa yang melalui kehidupan ini dengan iman dan taqwa, maka matinya juga dalam iman dan taqwa. Tetapi adakah juga logik sesiapa yang melalui hidup ini dengan kekufuran dan maksiat akan mati di dalam iman dan taqwa? Kerana itu kita selaku muslim, kena banyak bersyukur dan bersabar. Kita ini tidak tahu bagaimana, bila, di mana kita akan mati. Kerana itu kita berdoa supaya kita dimatikan dalam iman dan ruh kita nanti ditempatkan bersama orang-orang beriman juga di jannah.

Oleh sebab itu nawaitu kita penting. Azam kita penting. Amalan kita penting. Untuk dihala ke arah keredzaan Allah. Berazamlah untuk kebaikan. Baik yang kita cari, baiklah yang kita dapat.

Catatan Dua

Menanti debar 2003

Catatan ini saya dedikasikan (tiru Bandarsepi :)) kepada seluruh pembaca JURNAL JALAN HIDUP. Saya telah menambah beberapa capaian tambahan iaitu: Intro, Cerpen Online dan Penghargaan. Jadi sila-silalah jengah intro dan penghargaan terutamanya. Manalah tahu kalau-kalau nama anda ada tercatat di sana. Dan paling penting, kalau ada komentar dan cadangan jangan lupa isi pada anjung tamu.

Catatan Tiga

Ucapan Dari saya - Ucapan Untuk saya

Ucapan dari saya, selamat tahun baru dengan azam baru. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan buat semua pembaca Jurnal JALAN HIDUP. Sementara menanti catatan selepas ini, jengahlah apa yang patut. Saya periksa 4/1/2003 ini dengan kertas pertama Qawaid Fiqhiyah, kemudian 6/1 - Bahas Qawaid Fiqhiyyah, kemudian 8/1 Tafsir Ayat Ahkam, 11/1 - Balaghah & adab dan 13/1 Usul Fiqh. Ops! Ta'ayin 30/12/2002 ni.

Ada apa-apa ucapan untuk saya? Manalah tahu boleh beri ransangan dan kuatkan semangat saya untuk hadapi peperiksaan. Sekurang-kurangnya kata-kata anda adalah doa yang baik untuk saya. KLIK

 Sila klik  Respon/Komen

 

25 Disember 2002/ 21 Syawal 1423 | Rabu | 13.10 pm

Catatan Satu

Apa yang teringin saya nak buat?

Saya teringin nak tambah capaian lagi. Kalau sebelum ini tidak banyak capaian yang saya buat kecuali jurnal ni sebagai main page, Diri, Keluarga, Karya (Cerpen-cerpen karya saya sendiri), Puisi online dan galeri. Ini adalah asas kepada capaian di PUJANGGA Online. Pujangga Online adalah nama bagi laman ini. Di dalamnya terdapat Jurnal JALAN HIDUP dan perkara-perkara yang telah saya sebutkan tadi.

Saya hendak menambah kepada beberapa capaian lagi. Yang telah saya masukkan ialah capaian Cerpen Online (yang memuatkan koleksi himpunan cerpen pilihan saya - walaupun masih banyak cerpen yang saya minati tidak dimasukkan lagi di dalam capaian Cerpen Online). Kini Cerpen Online ada 10 buah cerpen yang saya kira membacanya memberikan kepuasan.

Selain cerpen Online capaian Intro dan Penghargaan yang sepatutnya sudah patut diaktifkan masih belum diaktifkan buat masa ini. Antara capaian tambahan yang bakal menyusul ialah Syariah Online, Kajian Online, Rencana Online, Koleksi E-Muzakarah dan Untaian Masa. Tiga online yang saya nyatakan itu konsepnya telah dan sedang saya fikirkan, cuma isinya belum saya sediakan lagi. Manakala Koleksi E-Muzakarah pula ialah capaian ke mailing-list yang saya bina dengan nama yahoogroups e_muzakarah. Di dalam laman itu terdapat pelbagai emel yang dihantar oleh ahli e_muzakarah sepanjang ditubuhkan. Banyak emel yang mengandungi tazkirah, ilmiah, berita dan sebagainya. Mailing list ini saya tubuhkan bersempena dengan kewujudan chanel #muzakarah di MIRC yang juga suatu masa dulu saya menjadi founder #muzakarah tersebut. Tetapi sekarang #muzakarah sudah tidak aktif setelah bertukar pentadbiran kepada seorang founder baru dan saya sepi dari dunia MIRC itu.

Untaian Masa pula ialah Jurnal online saya selain Jrnal JALAN HIDUP. Untaian masa seperti tapak kedua bagi saya. Saya bina Untaian masa atas pelawaan Tahrizi. Tetapi malangnya Jurnal itu kadang-kadang bermasalah, tak boleh masuk. Jadi saya lebih kerap update dan lebih menyayangi JALAN HIDUP.

Jadi sementara saya siapkan capaian-capaian untuk PUJANGGA Online ini, kalian pembaca JURNAL JALAN HIDUP teruskanlah memberikan sokongan pada jurnal ini.

Kata-kata Pujangga: "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

Catatan Dua

Imtihan Takhalluf Tafsir Ayat Ahkam

Tahun lepas masa ambil kertas Tafsir Ayat Ahkam - dalam peperiksaan syita, saya dah yakin dengan apa yang saya jawab. Jadi pulang dari peperiksaan itu saya sudah tidak memikirkan lagi tentang kertas itu. Bagi saya waktu itu, saya sudah lepasi salah satu kertas yang patut saya ambil dalam kuliah Syariah Islamiah pada tahun 3.

Saya sepatutnya tidak berfikir begitu. Betul... bila sudah lepas, jangan difikirkan lagi kata orang. Fikir untuk yang akan datang pula. Yang lepas itu bertawakkal sahaja lah. Kalau rezeki najah (lulus) maka najahlah. Kalau rezeki perlu mengulang maka mengulang lah. Hadiah yang saya dapat apabila natijah (keputusan) peperiksaan tahun 3 diumumkan dan ditampal di dinding bangunan kuliah, saya terpaksa berpuas hati berjaya dengan perlu mengulang dua madah (subjek) iaitu Tafsir dan Bahasa Arab (Balaghah & Adab). Kedua-dua kertas itu berasingan. Satu di musim syita' (dingin) dan satu di fasal soifi (panas).

Hari ini saya dijadualkan mengambil peperiksaan mengulang bagi kertas Tafsir Ayat Ahkam. Ya 25/12/2002. Setahun lebih kurang jarak di antara waktu saya mengambilnya dengan keputusan dhoif (gagal) pada sesi lalu. Pelbagai perasaan muncul dalam sanubari. Perasaan itu boleh saya pecahkan kepada beberapa bahagian.

Perasaan terpaksa mengulang kertas tersebut: Tensen, akui kelemahan, rasa jawab dah patut boleh najah, rasa dah banyak baca dan menghafal (realitinya saya malas menghafal - lebih suka baca dan faham) masa nak ambil kertas itu tahun lepas. Tahun ini masa buka balik kitab tahun lepas (last minit - sebab saya baca kitab yang dibeli pada tahun ini kerana lebih bersesuaian dengan silibus; saya perhatikan hasil pembacaan saya tahun lepas. Banyak helaian yang saya tak habis baca. Patutlah saya kena mengulang kertas itu tahun ini.

Perasaan semasa melihat kitab tahun lepas: Rasa menyesal, rasa rugi tak pulun sungguh-sungguh, rasa saya boleh najah dengan cemerlang kalau saya lebih memberikan perhatian dan rasa semangat kena buat yang terbaik pada tahun ini.

Perasaan masa sebelum ke dewan kuliah untuk ambil peperiksaan: Rasa gementar - maklumlah peperiksaan kali pertama untuk sesi ini. (Kawan-kawan yang najah sofi (tidak mengulang madah) masih boleh rileks di rumah. Rasa yakin boleh jawab dengan baik, rasa seram takut-takut soalan susah dan pelbagai rasa lagi yang saya sendiri pun tak dapat nak ingat.

Perasaan masa masuk ke dewan kuliah: Masa masuk ke dewan kuliah peperiksaan baru sahaja bermula. Saya terlewat kerana terlambat mencari tempat peperiksaan yang sepatutnya. Saya periksa di aras empat. Bila berada dalam dewan dan dapat kertas soalan dan jawapan, saya cuba cool sehabis boleh - memang sejuk sebab musim sejuk. Bila saya baca soalan sekali imbas, saya dapat rasa hati saya tercuit rasa 'sedap'. Saya pun mula menulis dan menjawab sebaik mungkin. Ditambah dengan kesejukan saya kuatkan juga keazaman untuk menjawab sebaik yang boleh. Hasilnya setengah jam sebelum waktu peperiksaan tamat, saya sudah selesai menjawab dan menyemak. Saya hantar dan balik!

Perasaan masa selesai ambil peperiksaan: Rasa lega, rasa senang hati - bukan sebab dapat jawab dengan baik, tapi sebab dah habis satu papper untuk fasal syita' ni. Rasa boleh najah dan rasa bersemangat nak baca dan bersedia untuk kertas seterusnya. Tetapi satu perasaan saya yang barangkali kalau diceritakan pada kawan-kawan yang sama ambil peperiksaan hari ini mungkin mereka tak akan percaya iaitu: perasaan nak tulis catatan di Jurnal JALAN HIDUP dan upload ke internet.

Oleh sebab saya merasa pelbagai perasaan maka saya tak mampu untuk sembunyikan bahawa saya juga merasa takut, kalau-kalau ........ tapi saya harap saya akan berjaya. Semoga dengan doa kalian akan memberikan kebaikan pada saya.

***iktibar: Saya kena kata saya boleh buat, supaya motivasi beraja di dalam diri saya.

 Sila klik  Respon/Komen

 

24 Disember 2002/ 20 Syawal 1423 | Selasa | 4.40 am

Catatan Satu

 

Contoh Versi 1.2 (Disember 2002 - ?)

 

Wajah J U R N A L J A L A N H I D U P Versi 1.2 - Untuk paparan terbaik sila gunakan Internet Explorer V 5.0 dengan paparan skrin 800X600 serta teks bersais medium.

Saya nak hapuskira dua versi anjung tamu yang lama. Tetapi llinknya sengaja saya letakkan di sini.

Anjung Tamu versi 1 | Anjung Tamu versi 2 (Jangan klik sini untuk catat komen - klik di bawah)

Anda ada cadangan untuk JURNAL JALAN HIDUP klik sini.

 Sila klik  Respon/Komen

 

23 Disember 2002/ 19 Syawal 1423 | Isnin | 4.40 am

Catatan Satu

Setiap Manusia Punya Impian

Kalau ditanya pada setiap manusia apa impian mereka? Pasti mereka akan menjawab akan impian mereka itu. Kadangkala impian seseorang itu adalah terlalu pelik berbanding impian orang lain. Mengapa ini berlaku? Saya memberikan jawapan mudah untuk difikirkan; Barangkali kerana hati manusia itu berbeza-beza. Justeru impian mereka juga berbeza-beza.

Jangan ketawakan impian orang lain, meskipun terhadap diri kita ianya sesuatu yang remeh dan mungkin tidak akan berlaku. Ia tetap sebuah impian. Bagi mencapainya perlukan pelbagai usaha yang tanpa mengenal erti jemu.

Mengapa impian ini berbeza? Agaknya selain manusia ini punya hati yang berbeza, mereka juga dipengaruhi oleh beberapa aspek lain antaranya ialah persekitaran mereka sendiri. Apa tidaknya! Saya masih ingat bagaimana seorang guru pernah memberitahu dia pernah mendengar seorang pelajarnya memberitahu bahawa cita-citanya hanya ingin menjadi seorang peraih beras di sempadan. Guru itu bertanya kenapa dia berminat untuk menjadi peraih beras di sempadan? Pelajar itu menjawab yang ayahnya berkerja sebagai peraih beras.

Persekitaran adalah merupakan aspek yang penting juga di dalam pembinaan sesuatu impian. Seorang manusia yang sering terdedah dengan dunia perniagaan mungkin akan mempunyai kecenderungan untuk terlibat di dalam dunia perniagaan tersebut. Maka dia hanya melihat dunia perniagaan itulah sebagai impiannya.

Ada orang berkata: Sesuatu impian itu tidak bermakna tanpa usaha. Untuk mencapai impian itu perlu ada usaha. Ini yang sering saya rasakan dalam hidup saya. Meskipun saya mungkin agak berbeza dengan orang lain, tetapi impian saya itu adalah ibarat api pembakar yang sering menyala-nyalakan semangat usaha saya.

Dulu sewaktu kecil dan masih belajar di sekolah rendah, saya cuma ada satu impian iaitu saya ingin belajar di luar daerah saya. Ini bermakna saya ingin berada agak jauh dari keluarga, belajar berdikari, hidup di asrama, basuh baju sendiri, seterika baju sendiri, belajar berbelanja sendiri dan lakukan semuanya sendiri. Ketika itu saya cuma ada satu peluang. Ini kerana saya mahu perubahan. Semasa kecil jarak rumah dengan sekolah rendah saya dekat. Saya cuma berjalan kaki atau menunggang basikal ke sekolah. Saya sering lihat kawan-kawan yang tinggal agak jauh dari sekolah. Mereka pulang dari sekolah naik bas, bila datang pagi-pagi pun naik bas juga. Dan akhirnya peluang itu menempatkan saya di sekolah agama asrama penuh di Arau itu. Impian saya itu sudah tercapai ketika itu. Saya mula melupainya.

Bila belajar di sekolah berasrama penuh yang sarat dengan disiplin dan sering mengejar kejayaan di dalam peperiksaan, impian itu mula berubah kepada impian pelajaran. Setiap kali hendak menghadapi peperiksaan bermakna maka saya akan menaruh impian. Impian untuk dapat terbaik di dalam peperiksaan. Saya ambil peperiksaan PMR tahun 1996. Dengan keadaan kesihatan saya yang tidak stabil ketika itu, studi yang tidak sempurna saya bersyukur, meskipun impian saya tidak tercapai; saya masih mendapat keputusan yang agak baik iaitu 6A 2B 1C.

Dalam peperiksaan impian adalah target. Orang kata kalau target dalam periksa baik target paling tinggi sekurang-kurangnya kalau tidak dapat pun masih ada peluang untuk dapat rendah sedikit dari target kita itu. Semasa SPM saya meletakkan target saya mesti dapat pangkat 1 dengan 6 aggregat. Bila keputusan sebenar keluar, saya cuma mampu dapat 8 aggregat dengan 5A1 3C3 1C4 dan 1C5.

Selain usaha, doa juga merupakan sesuatu yang tidak wajar dilupakan. Kejayaan itu bukan manusia yang beri. Tiada lain, hanya Allah jualah yang menganugerahkan. Oleh itu, bila kita ingat dengan usaha kita itu kita akan mampu mendapat apa yang kita impikan - dan kita ditakdirkan tidak mendapatnya; kita akan gundah. Tetapi jika pergantungan kita kepada Allah SWT maka sekalipun kita tidak mendapatnya kita akan merasa tenang keranan itulah anugerah Allah dan keredhaanNyalah yang kita cari.

Jangan letakkan sesuatu kejayaan itu semata-mata pada usaha yang kita lakukan. Kerana kalaulah kejayaan itu hanya melalui usaha, nescaya tidak akan ada orang yang sudah berusaha gigih tetapi masih gagal. Akan tetapi usaha itu cumalah sebagai wasilah dan sebab untuk mendapatkan kejayaan.

Sehinggalah apabila saya datang ke Mesir, saya sering bertanya pada diri saya... Apa impian saya? Dan diri saya sering menghindarkan diri dari memberikan jawapan yang paling tepat sehingga saya sendiri merasa keliru dengan diri sendiri. Tidak salah rasanya punya impian yang banyak, tetapi untuk mencapainya juga perlu usaha yang banyak disamping pergantungan kepada Allah SWT.

Justeru, selain saya punya impian - saya juga percaya doa adalah senjata orang beriman. Dan ada yang berkata kalaulah 40 orang berdoakan sesuatu kepada seseorang dengan izin Allah perkara itu akan berlaku. Apa salahnya jika kita doakan kesejahteraan kepada orang lain sedangkan apa yang kita doakan itu akan kembali kepada diri kita. Jika kecelakaan yang kita doakan pada orang lain - kecelakaanlah yang akan kembali kepada diri kita. Jika kebaikan yang didoakan lambat laun kebaikan yang kita doakan buat orang lain itu akan dikembalikan kepada diri kita selain orang itu juga mendapat kebaikan.

Doakanlah untuk kejayaan hidup saya dan di dalam peperiksaan yang akan saya lalui tidak lama lagi... "Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kejayaan cemerlang kepada penulis Jurnal JALAN HIDUP ini di dunia dan di akhirat. Amin..." (Terima kasih kerana doakan untuk saya). Kalian telah menolong untuk saya mencapai impian saya. Semoga kalian juga akan dikembalikan kebaikan yang kalian doakan untuk saya itu.

Oleh sebab setiap manusia punya impian, jadi tidak salah kita menolongnya untuk mencapai impian tersebut.

Catatan Dua

- Saya sudah hampir peperiksaan.

- Sementara jika saya tidak mencatat di Jurnal JALAN HIDUP ini bacalah beberapa buah cerpen dipilih. KLIK

- Jika ada masa saya akan mencatat - tetapi mungkin beberapa catatan dan diupload sekali-sekala sahaja.

- Teruslah berkunjung dan membaca catatan saya di Jurnal JALAN HIDUP ini.

- Jumpa lagi!

 Sila klik  Respon/Komen

 

19 Disember 2002/ 15 Syawal 1423 | Khamis | 6.40 am

Catatan Satu

Lama juga JALAN HIDUP tidak saya update. Hari ini update rupa dah berbeza. Sama ada kalian perasan atau tidak perasan, Jurnal JALAN HIDUP telah mengalami banyak perubahan semenjak mula online pada JUN 2002 sehingga kini. Perubahan-perubahan tersebut sama ada ketara mahupun tidak adalah sesuatu yang saya nilai sebagai kemajuan. Rugilah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, dan esok lebih teruk dari hari ini.

Sehingga perubahan kali ini, telah berlaku tiga perubahan ketara pada layout JALAN HIDUP. Saya bermula dengan menamakan Jurnal JALAN HIDUP JUN, JULAI dan OGOS sebagai Online Versi 0.5. Selepas tiga bulan online saya membuat sedikit perubahan pada layout Jurnal JALAn HIDUP bulan SEPTEMBER, OKTOBER, NOVEMBER dan awal DISEMBER. Jurnal ini saya namakan versi 1.0 kerana ada beberapa perubahan. Versi ini text disediakan berwarna putih dan latar berwarna hitam.

Manakala ini adalah perubahan ketara kali ketiga bermula entry 18 Disember 2002 saya namakan Jurnal JALAN HIDUP versi 1.2, kerana tidak terdapat terlalu banyak perubahan atau ubahsuai yang dibuat. Beberapa perkara tambahan terhadap Jurnal JALAN HIDUP juga seperti URL capaian melalui cjb.net dengan menggunakan URL: http://akhimasrawi.cjb.net sedangkan sebelum ini saya hanya membiarkan capaian dibuat melalui URL asal www.geocities.com/pujangga1.

Bilangan pengunjung dan pembaca Jurnal Pujangga Online - JALAN HIDUP juga semakin bertambah hari demi hari. Mereka ini di serata dunia. Ada dari tanahair sendiri ada yang di rantauan. Ucapan terima kasih buat kalian yang sering berkunjung menjengah catatan demi catatan bermula dari terminal pertama dan akan berakhir di terminal terakhir. Malah kawan-kawan geng jurnal juga ramai juga yang telah meletakkan URL Pujangga Online - JURNALJALANHIDUP di Jurnal/Weblog/Blog/Diary dsb. mereka. Ini memudahkan lagi Jurnal JALAN HIDUP dicapai melalui online yang lain. Terima kasih juga saya ucapkan kepada yang sudi meletakkan URL JALAN HIDUP di jurnal online kalian.

Semenjak menulis di JALAN HIDUP saya dapat pelbagai perkara. Kawan pula semakin bertambah. Terima kasih yang mengisi anjung tamu di jurnal online ini. Saya sungguh terharu dengan pujian mahupun kritikan yang diluahkan oleh kalian. Moga kalian akan terus memberikan sokongan kepada Pujangga Online - Jurnal JALAN HIDUP ini.

Komen pasal jurnal berwajah baru ini. Ini versi wajah JALAN HIDUP ketiga diubahsuai dengan versi yang saya namakan versi 1.2.

Catatan Dua

Kita Punya Tanggungjawab Yang Besar

Sewaktu saya mengetuk-ngetuk papan kekunci PC saya, ingatan saya menerawang jauh ke sebuah peristiwa yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu. Kalau tidak salah saya ketika itu saya masih di sekolah menengah dan baru berkenalan dengan gerak kerja di dalam organisasi dan berpersatuan.

Ianya berlaku di dalam sebuah program yang menghimpunkan para kepimpinan persatuan dan sekolah di sebuah lokasi. Apa yang hanya ingin saya ceritakan di sini ialah pengalaman yang saya lalui ketika satu slot modul yang dilaksanakan di dalam program tersebut.

Modul itu mudah dan ringkas. Kami diberikan sehelai kertas yang bertulis seperti di bawah:

INI KISXH MESIN TXIP YXNG BURUK:

MESIN TXIP INI SUDXH BURUK. SUDXH LXMX SXYX MENGGUNXKXNNYX. SEKXRXNG SXYX BERCXDXNG HENDXK MEMBELI SEBUXH KOMPUTER YXNG BXRU DXN JXUH LEBIH CXNGGIH DXRI MEXIN TXIP BURUK INI. MESKIPUN MESIN TXIP INI BURUK, IX BXNYXK BERJXSX; TETXPI SEKXRXNG IX TIDXK BOLEH DIGUNXKXN LXGI. JXDI MESIN TXIP BURUK INI SXYX RXSX ELOK DISIMPXN SXJX DI DXLXM STOR.

Saya mencari apa maksud modul itu. Selain ayat-ayat yang sengaja ditulis dalam keadaan yang salah penggunaan abjad, apa istimewanya modul itu. Saya mula berfikir.

Saya melihat hanya abjad A yang tidak digunakan. Sebaliknya huruf A digantikan dengan penggunaan huruf X. Tetapi perkataan yang ditulis tidak mampu disebut sebagaimana huruf A berperanan. Mungkin kerana huruf A ini luas penggunaannya maka walaupun diganti dengan huruf X masih mampu diagak untuk membacanya.

Apalah sangat barga sebuah mesin taip buruk itu? Kalau huruf A nya sudah rosak, dan tidak boleh digunakan lagi. Betullah tindakan tuannya supaya membeli komputer yang jauh lebih canggih bagi menggantikan mesin taip yang buruk dan rosak itu.

Namun jika dilihat dari sudut yang lain, ada beberapa pertimbangan dan pendapat yang boleh diutarakan. Antaranya ialah:

1. Huruf-huruf seperti sebuah organisasi, setiap huruf memainkan peranannya yang tersendiri. Begitulah halnya dengan sesebuah organisasi, setiap orang mempunyai peranan yang tersendiri. Oleh sebab itu bukan semua orang boleh memegang jawatan ketua. Sebagaimana huruf A dalam kisah mesin taip buruk itu, huruf X tidak mampu berperanan seperti A.

2. Walaupun huruf A sudah tidak boleh digunakan lagi, X sanggup mengambil tempat A dalam erti kata X telah berkorban untuk menyelamatkan keadaan. Meskipun X bukanlah layak mengambil kedudukan tersebut. Namun sekiranya X tidak memainkan peranan ketika itu kemungkinan pelbagai agenda akan tergendala. Malah lebih teruk semua yang terlibat akan dipersalahkan hanya kerana A sudah tidak berfungsi. Dalam kes mesin taip buruk ini, hanya kerana A yang rosak; tuan mesin taip itu bercadang untuk membeli komputer, mengapa?

3. Kalaulah A sudah tidak boleh digunakan lagi, dan yang lain pula tidak mampu untuk bertindak seperti A atau lebih baik dari itu, maka adalah lebih baik menukar kepada sistem yang lain. Dalam kes ini sekiranya sesebuah organisasi atau negara yang mempunyai kepimpinan yang tidak lagi boleh dipakai, adalah lebih baik menukarkan kepada kepimpinan yang lain. Sebagai contoh mudah, tuan punya mesin taip buruk itu tidak berminat untuk membeli komputer, maka dia akan memilih untuk memperbaiki mesin itu, sedangkan dia mempunyai banyak kemungkinan selepas itu terpaksa pula memperbaiki huruf-huruf yang lain, atas alasan mesin itu adalah mesin taip buruk. Sesuatu yang buruk, manfaatnya sudah tidak bersisa.

Dari hari itu saya mula berfikir dan berfikir... Hidup kita ini seperti sebuah pelayaran. Dan ketua kita adalah nakhoda kapal itu. Kalaulah nakhoda itu sudah tidak mampu untuk melayarkan kapal kita supaya tiba di terminal dengan selamat, bukankah lebih baik kita memilih nakhoda yang baru bukan terus memberikan sokongan sehingga bukan hanya dia yang akan tersesat malah dia juga akan menyesatkan kita.

Justeru, pemimpin itu umpama hati. Jika hati itu baik, maka baiklah semua anggota. Tetapi jika hati itu jahat... maka rosaklah yang lain juga.

Kalian ada pendapat?

 Sila klik  Respon/Komen

 

13 Disember 2002/ 9 Syawal 1423 | Jumaat | 4.00 pm

Catatan Satu

URL Pujangga Online Jalan Hidup: baru!

Jurnal JALAN HIDUP yang saya bina ini juga kini boleh dicapai melalui URL baru: http://akhimasrawi.cjb.net bermula sejak anda membaca catatan ini Pujangga Online - JALAN HIDUP boleh dicapai melalui URL asal di www.geocities.com/pujangga1 atau di URL http://akhimasrawi.cjb.net.

Sebelum ini sengaja saya biarkan URL jurnal saya dengan capaian geocities. Tetapi mungkin agak panjang dan atas nasihat seorang kawan maka saya memilih untuk membuat capaian lain di cjb.net dan saya mencuba dengan meletakkan nama pujangga.cjb.net. Namun malangnya URL tersebut telah dipunyai. Maka saya terpaksa memilih URL lain dan akhimasrawi menjadi pilihan.

Akhi Masrawi adalah nama pena saya. Jadi adalah orang yang sama di antara PUJANGGA dan akhimasrawi. Mungkin boleh dinisbahkan PUJANGGA adalah nama yang saya pilih sempena untuk menulis Jurnal sama ada Jurnal JALAN HIDUP ini atau UNTAIAN MASA (Versi Kepompom) dan lain-lain. Justeru boleh dikatakan PUJANGGA adalah nama pena bagi catatan saya di dunia jurnal.

Nama Akhi Masrawi pula saya pilih sebagai nama pena hampir setiap karya saya sama ada puisi atau cerpen dan sebagainya. Nama ini kata seorang kawan agak komersial, akan tetapi saya sendiri tidak pasti sejauhmana kelebihan yang ada pada sesuatu nama.

Apapun nama saya yang asal tetap itu juga. Saya bersyukur dengan nama yang kedua ibu bapa saya beri. Namun penggunaan nama pena adalah bukan untuk tujuan berterusan mungkin suatu masa nanti saya juga akan mengikut jejak penulis-penulis tanahair yang selesa menggunakan nama sendiri seperti Azizi Hj Abdullah, Shahnon Ahmad, Zaharah Nawawi (sekadar menyebut beberapa nama) meskipun mereka yang telah berjaya dalan dunia penulisan ini juga pernah menggunakan nama pena. Dan akhirnya menggunaka nama asli.

Bagaimana kalian? Geng Jurnal yang juga menggunakan nama pena atau nama samaran. Beberapa contoh seperti Tok Rimau, Aquil, Spyz, Pujangga, biskut, enmiya, queen, napang, ultrojo, shiru_fuyu, dan banyak lagi yang saya rasa adalah nama pena alias nama samaran.

 Sila klik  Respon/Komen

 

8 Disember 2002/ 4 Syawal 1423 | Ahad | 5.57 am

Catatan Satu

- "Tuan Haji Mat Salleh berasal dari Batu Bara Indonesia, adalah seorang pendakwah Islam yang terawal menyeru penduduk Ulu Melaka kepada Islam dan beliaulah yang menjelaskan hukum-hakam Islam.

- Beliau adalah keturunan abang.

- Selain beliau Tok Guru Haji Sofi dan Abang Nazri juga telah menjalankan tugas yang sama.

- Sekarang Ulu Melaka masih menanti abang.

- Dan jika abang berhasrat untuk mendalami ilmu agama semata-mata untuk tujuan yang sama, ayah tiada halangan."

Catatan Dua

Belajar Kehilangan sesuatu yang disayangi

Dua keping disket yang selalu aku gunakan sesekala menjengah ke cyber cafe berserta dua keping kad menatel (public phone) yang harga sekeping bernilai LE 10 (Tetapi kreaditnya sudah kurang) serta sekeping kad perkhidmatan telefon di internet phoneserve dan sekeping nota tertulis nombor telefon tercicir di dalam teksi sewaktu keluar dari Target Online menuju ke rumah Azrul Hari Lebaran lalu. Nasib kurang baik.

Berhari raya di internet. Orang lain sibuk-sibuk menziarah, saya sibuk menekan keybord di cyber cafe kerana janji chating MIRC bersama keluarga. Hampir dua jam juga melayan karenah dan gurau senda usik-usik hari raya sebelum masing-masing penat dan minta berundur. Peluang itu bukan selalu dapat. Kak Chaq pun bukan selalu dapat pulang ke rumah bersama keluarga. Rayalah waktu paling sesuai untuk berkumpul. Jadi selain kak Chaq dan abang Chaq adik-adik yang lain turut ada. Kata mereka raya meriah tapi tak semeriah kalau abang ada sama. Saya jadi sayu tiba-tiba.

Apapun kalau nak dibandingkan nilai barang-barang yang saya cicirkan atau tercicir di dalam teksi hari itu, nilainya terlalu kecil bagi keluarga yang sudah empat tahun kehilangan saya tercampak di perantauan ini. Apalah yang mereka rasa agaknya?

Semoga saya diberi kekuatan dalam perjuangan menuntut ilmu dan keluarga diberikan ketabahan menanti kepulangan saya.

Bagaimana raya kalian?

 Sila klik  Respon/Komen

 

4 Disember 2002/ 29 Ramadhan 1423 | Rabu | 15.19 pm

Catatan Satu

Tiada apa yang boleh kukirimkan buatmu. Hanya secebis ucapan kulayarkan dari bumi Kinanah ini....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir & Batin

Daripada insan kerdil yang tercampak dari bumi sendiri ke sebuah Lembah yang sarat dengan harapan dan impian yang sedang dicari...

Akhi Masrawi.

Buat semua pembaca 

Jurnal Pujangga Online - JALAN HIDUP http://www.geocities.com/pujangga1 

Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini buat PUJANGGA a.k.a Akhi Masrawi. Semoga kalian dilimpahi rahmat dan beroleh keberkatan di lebaran ini.

Salam Raya buat semua!

 Sila klik  Respon/Komen

 

1 Disember 2002/ 26 Ramadhan 1423 | Ahad | 21.07 pm

Catatan Satu

Friends 'Til The End

Friends 'til the end
That what we always said
Even ehen all hopes were dead

Friends 'til the end
We will always be
Nothing can ever come
between you and me

Friends 'til the end
Even when nothing will bend
Our frienship we will always mend

Friends 'til the end
There's nothing we can't overcome
I know you'll be there when
I need someone

Friends 'til the end
We will never part
As long as we have each
Other in our hearts

*** petikan puisi dari penanda buku kiriman aquil kepada saya.

Catatan Dua

Puisi 66 

(Dipetik dari Puisi Online - Koleksi Puisi Akhi Masrawi)

Seorang Atartuk itu

Mual untuk aku riwayatkan
kisah seorang manusia bergelar Atartuk
punca khilafah Uthmaniah yang hilang itu
kerana bisa meruntun kesedihan Umat Islam 

Lantaran masih ramai yang belum tahu
tentang kisah seorang Atartuk itu
yang tahu pun cuma dari buku
sumber bacaan yang sudah keliru

Seorang Atartuk itu
kononnya "Bapa Permodenan Turki"
jolokan itu barat tonjoli
dengan maksud demi mengkaburi 
mata umat Islam tentang kisah kejatuhan
Khilafah Islam Turki pada 24 Mac 1924

Seorang Atartuk itu
sejarahnya ternukil
di biasan minda umat Islam
setelah orientalis menukarinya

Kononnya Atartuk punya jasa besar
mencetus revolusi kemodenan turki

Kononnya Atartuk penyelamat Turki
dari belenggu pentadbiran Islam

Sebenarnya seorang Atartuk itu
alat guna zionis antarabangsa 
untuk membuka Palestin pada 1948
setelah ranapnya ketuanan Islam

Sebenarnya seorang Atartuk itu
menggesa rakyat Turki meniru barat
menggalakkan minum arak secara terbuka
mengarah revolusi bahasa Turki yang bebas 
pengaruh Bahasa Arab dan Pasri
menatijahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
dan azan dilaungkan dalam bahasa Turki
apalah punya revolusi?

Sebenarnya seorang Atartuk itu
seorang manusia sekularis
menolak agama dalam urusan dunia
menukar masjid menjadi muzium 
dan menutup masjid serta menghalang 
Umat Islam menunaikan solat berjamaah

Seorang Atartuk itu
hingga akhir hayatnya
didatangkan Allah pelbagai seksa
Sejuk sirna, panas sepanjang masa
hingga saat sakaratnya
ingatannya hilang

Jasadnya menjadi bangkai
tiada yang sudi memandikan
mengkafan dan menyembahyangkan
diawet selama sebilan hari sembilan malam

Mayatnya tidak diterima bumi
kemudian diawet lagi
dan diletakkan di sebuah muzium 
selama 15 tahun 

Usaha untuk menanam mayat itu
diteruskan lagi 
tetapi malang bumi masih tidak menerima
mayat seorang Atartuk itu

Ulama-ulama sezaman dengannya
telah mengatakan bahawa 
"Jangan katakan bumi Turki, seluruh bumi Allah 
ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Masih adakah seorang yang seperti
seorang Atartuk itu kini?


Nukilan
Akhi Masrawi
Tanta 27/5/02

***sengaja saya siarkan semula puisi ini buat tatapan pembaca JALAN HIDUP kerana mungkin tidak ramai yang menjengah PUISI ONLINE - Koleksi Karya Akhi Masrawi.

 Sila klik  Respon/Komen

Baca Catatan lalu

 

~Diri yang masih mencari identiti ibarat sebuah perjalanan menongkah arus di lautan samudera...~

Pujangga - mahasiswa - cabaran - pengajian - perjuangan - keorganisasian - kehidupan - keilmuan - idealisme - penulisan - impian & harapan - yang...! 

Hosted by www.Geocities.ws