Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2002
Reaksi: Orientalis dan Skil Menyesatkan Umat Islam
Oleh: Akhi Masrawi
Ramai yang mendapat tasawur yang
salah bila hanya membaca buku sejarah yang ditulis oleh mereka yang
berpendidikan orentalis (studi ketimuran). Ini kerana orentalis telah melakukan
penyelewengan terhadap disiplin ilmu yang sedia ada sedangkan asalnya diceduk
daripada cendekiawan dan ulamak islam silam. Fenomena ini bukan sahaja berlaku
terhadap karya-karya sejarah malah turut melibatkan karya-karya lain dalam
pelbagai aspek. Antara karya- karya tersebut yang dapat dikenal pasti ialah: The
Muslim World karya Zweimer, The Muslim world karya Le Monde Musalman, Muqaddimah
Tarikh Tasauf AJ Obery, Dairatul maarif Islami oleh Barroncarra de
VouzeMassilion/ DB Mcdonald, Al-Islam oleh Alfred Geom, Hilaj Assufi Assyahid
Fil Islam oleh Massinion, Tatawwur Ilmu KalamWal Feqh wannizomiah dan
Ad-dusturiah Fil Islam oleh DB Mcdonald, As-Syarkil Awsat oleh M Green, Al-harbu
was Silmi fil Islam oleh Majid Quduri dan banyak lagi. Justeru jika kau memiliki
hasil-hasil karya yang ditulis oleh orientalis-orentalis ini haruslah
berhati-hati dengan dasar pemikiran yang dibawa.
Kawan aku, Own menghasilkan sebuah penyusunan kertas kerja tentang orentalis
(istisyraq wal mustasyriqun) dan dibentangkan tahun lepas. Dalam kertas kerja
itu juga turut menjelaskan penglibatan orentalis dalam menyesatkan umat Islam
selain beberapa perancangan sulit lain beberapa pertubuhan bawah tanah zionis.
Tujuan mereka tidak lain untuk menyesatkan umat Islam, dan setelah pemikiran
boleh mereka kuasai maka mudahlah untuk menjajah dan mereka akan membentuk
kekuatan kuffar yang tersendiri.
Bagaimana orentalis muncul? Sejarah yang pasti dan tepat tentang kemunculan
orentalis tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun besar kemungkinan kemunculan
orentalis boleh dikaitkan dengan apabila Asbania (Sepanyol) ditadbir oleh
kerajaan Islam. Dengan tertubuhnya universiti Cordova ketika itu membuka ruang
kepada sesiapa jua untuk menuntut ilmu kerana dasar universiti yang terbuka
untuk penyebaran tamadun dan keilmuan Islam. Dengan menggunakan Bahasa Arab
sebagai bahasa pengantar rahib-rahib yang membanjiri Andalus (Sepanyol) mampu
menguasai dengan baik demi untuk mempelajari keilmuan Islam.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran: " Dan sesekali tidak akan meredhai
orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani itu sehinggalah engkau mengikuti
pegangan mereka...". Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kelompok Yahudi dan
Nasrani memang tidak akan sentiasa berpuas hati dengan Umat Islam. justeru
mereka sanggup menghantar anak-anak mereka mendalami Islam dengan mengkaji dan
kemudian diselewengkan. Akhirnya hasil selewengan itu akan disalurkan ke
negara-negara Umat Islam dengan harapan mereka akan mendapat tasawur yang salah
tentang Islam sehinggalah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Yahudi dan Nasrani
akan dapat diterima oleh Umat Islam.
Lihatlah betapa gigihnya mereka berusaha. Sekembalinya duta-duta mereka yang
datang ke Universiti Cordova untuk mendalami ilmu-ilmu Islam ke negara Eropah,
mereka mewujudkan sekolah-sekolah dan berusaha menterjemah kitab-kitab berbahasa
Arab ke bahasa latin yang kemudiannya menjadi rujukan lebih 6 kurun.
Kalaulah mereka hanya datang ke Cordova untuk belajar dan pulang menyampaikan
ilmu itu tidaklah mengapa, akan tetapi mereka punya agenda lain. Bermula kurun
ke-18 barat mula menjajah negara Umat Islam. dengan bermulanya penjajahan ini
maka bermulalah juga gerakan untuk menyebarkan dakyah orentalis melalui
buku-buku yang telah diselewengkan. Selain itu dianggarkan kira-kira 250,000
kitab-kitab ilmiah dipindahkan ke Eropah yang dipercayai masih kekal sehingga ke
hari ini sebelum berkembangnya gerakan ini sehinggalah mengadakan perjumpaan
orientalis sedunia pada 1873 di Paris.
Mungkin juga mereka melakukan semua itu akibat kekalahan dalam perang salib.
Mereka menggunakan perang saraf (serangan pemikiran) sebagai alternatif menebus
kekalahan dan untuk memusnahkan Umat Islam seanterio dunia. Apa yang dapat
difahami gerakan orentalis ini dimulai oleh orang-orang kristian untuk
mengembalikan kegemilangan mereka dan dalam masa yang sama untuk menyesat dan
menarik Umat Islam untuk menyertai mereka dalam agama dan pemikiran. Gerakan
seumpama ini kemudiannya disertai oleh Yahudi dan berselindung di sebalik
gerakan zionis antarabangsa.
Antara matlamat orentalis dalam gerakan mereka:
i. Menimbulkan keraguan terhadap risalah Nabi Muhammad SAW dan menolak kenabian
baginda dengan meragukan kesasihan wahyu yang diterima dalam keadaan nabi SAW
antara sedar dan tidak sedar (khayal).
ii. Ragukan kesahihan hadis nabi dengan mengatakan ia adalah rekaan dan
melemahkan kedudukan perawi yang thiqah seperti Azzuhri dan mendakwa bahawa Ibnu
al Mubarak adalah seorang yang menceroboh dalam bidang hadis.
iii. Mendakwa bahawa ketamadunan Islam adalah cedukan daripada kegemilangan
Empayar Rom terutamanya dalam bidang falsafah.
iv. Melemahkan ikatan persaudaraan sesama muslim dengan menghidupkan perjuangan
Nasionalisme jahiliah dengan menghalang kesatuan negara-negara Islam.
Langkah Dalam Mencapai Hadaf Orientalisme:
i. Penulisan kitab yang membelakangkan Islam, Rasul, Al-Quran dan juga
penyelewengan faktafaktasejarah dan ketamadunan.
ii. Menerbitkan majalah mengenai kajian tentang Islam bangsa dan umatnya.
iii. Menghantar agen-agen orientalis ke negara-negara Islam atas dasar
kemanusiaan.
iv. Menganjurkan perjumpaan dan pertemuan di universiti besar di dunia dalam
membahaskan persoalan mengenai Islam.
Buku-buku ilmiah Orientalis yang mengancam pemahaman Islam:
1. The Encyclopedia of Islam
2. Shorter Encyclopedia Of Islam,
3. Encyclopedia of Religion And Ethis
4. Encyclopedia of Social Science
5. Daairatul Maarif Alulum Alijtimiah
6. Diraasat Fi Attarikh.
7. Tarikh Mazahib Attafsir al Islami, Goldzeiher
Beberapa (syubhat) Kekeliruan yang ditimbulkan oleh Orentalis:
1. Mengelirukan Fikrah umat Islam terhadap jihad bahawa jihad adalah
fundametalis, keganasan dan pelampau. Orentalis mengembar-gemburkan bahawa agama
Islam agama yang menggunakan mata pedang untuk menguasai. Sebahagian umat Islam
menafikan provokasi sedemikian sehingga menjauhkan umat Islam sendiri dari jihad
serta meracuni pemikiran bahawa Jihad dengan mata pedang bukan tuntutan dalam
Islam kerana mengangap ia sebahagian keganasan. Selain itu mereka mengelirukan
kefahaman terhadap makna dari istilah jihad itu sendiri. Ada yang mengatakan
bahawa jihad itu ialah melawan hawa nafsu, membasmi kemiskinan. Seketika
kemudian lahirnya fikrah-fikrah selain itu bagi terus menyeleweng umat Islam
antaranya:
a. Minum arak yang tidak memabukkan adalah tidak mengapa kerana arak menjadi
suatu trend pada zaman kini.
b. Menggalakkan masyarakat menyertai kegiatan seni hiburan dengan menganggap ia
sebagai tuntutan moden sehingga mampu melalaikan generasi umat Islam dari
mendalami Islam serta menganjurkan konsert hiburan dengan mengganggap ia sebagai
fitrah.
c. Menganjurkan kebebasan bersuara supaya sesiapa juga tidak dipandang janggal
bila mengkritik sumber dustur Islam (al-quran, As-Sunnah).
d. Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan mungkar berselindung di sebalik nama
pertubuhan sosial.
2. Mewujudkan perpecahan dengan menubuhkan mazhab-mazhab serta firqah baru
seperti Qadyaniyah, Bahaiyah, Bayaiyah dan seumpamanya yang ditaja oleh
orentalis. Tujuan mazhab-mazhab baru ini diadakan untuk menyeleweng dan
mempercepatkan kesesatan di kalangan umat Islam. selain itu mereka juga menaja
pertubuhan yang mementingkan amalan sunat sehingga meninggalkan amalan wajib/
fardhu serta mengenepikan fikrah jihad serta politik.
3. Menyelewengkan As-Sunnah SAW dengan mempermudahkan pendhoifan (melemahkan)
terhadap hadis-hadis saw dengan berhujah bahawa hadis di zaman rasulullah tidak
dilembagakan sehingga mampu untuk dipalsukan dan sebagainya. Sedangkan as-sunnah
merupakan sumber sandaran kedua selepas Al-Quran.
4. Mengkontra ulamak-ulamak silam dengan pelbagai cara dan kaedah supaya umat
tidak mengungguli kehebatan ilmu turath islami.
Dalam bidang-bidang yang lain, Orentalis telah menyelewengkan fakta sejarah.
antara yang paling nampak jelas ialah sejarah Melayu Melaka yang menukilkan
tujuan pelayar-pelayar inggeris datang ke timur untuk mencari pengkalan untuk
mendapatkan penguasaan terhadap perdagangan rempah, sedangkan tujuan itu hanya
dilihat sebagai matlamat sekunder sedang matlamat primernya ialah untuk
menyebarkan penyelewengan mereka dengan turut mendatangkan Rahib dan paderi
bersama kapal laut yang berlabuh di Melaka beberapa kurun lalu.
Kejayaan orentalis hari ini semakin merunsingkan umat Islam. Lihatlah betapa
segelintir Umat Islam juga disesatkan dengan pelbagai fikrah yang dicipta oleh
mereka. antaranya beberapa ideologi yang menjadi pegangan segelintir pemimpin
umat Islam kurun ini. Dengan memperkenalkan liberalisme, sekularisme,
nasionalisme, Kapitalisme, sosialisme, dan pelbagai isme-isme yang lain serta
beberapa hipotesisi terhadap kajian mereka antaranya teori Darwin, Libido yang
diperkenal Sigmun Frued, evolusi, pragmatis, globalisasi dan sebagainya. semakin
hari tanpa sedar penyelewengan itu terus berlaku... apa pelu kita buat? kembali
kepada Islam secara seluruhnya! Itu jalan terbaik. Mungkin fahaman yang mendakwa
politik dan agama tidak boleh digabungkan dalam pentadbiran sesebuah negara
kerana politik suku, agama suku hanya sesuai diterima pakai sewaktu komunis
menguasai blok dunia sekitar 50 tahun yang lalu kerana dalam fahaman komunis
agama dianggap candu!
18 Julai 2002
© AHMAD TARMIZI ISMAIL