Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2003

Yang selalu hadir waktu nak imtihan

Oleh: Akhi Masrawi

11 Mei hari ibu kan? Saya pun tak tahu macam mana sejarah terciptanya hari ibu. Tapi pada saya hari ibu (untuk beri ibu penghargaan) dan menunjukkan kasih memang disarankan Islam, cuma meletakkan tarikh tidak pula dianjurkan. Oleh itu Islam ajar berikan ketaatan dan berbuat baiklah pada kedua ibu bapa sepanjang hayat selagi mana mereka tidak mengarah untuk melakukan maksiat. Hujahnya "La taata lil makhluk fi maksiatil khalik."

Alhamdulillah Jumaat lepas dah tercapai hajat dan dapat telefon mak dan ayah. Dapatlah bercakap lebih kurang 20 minit, pakai e-voiz phonecard. Saya beli dari Talib, dengan harga USD 5 pada nilai muka berharga LE 35. Kira murah dah tu, sebab kalau nak beli pakai USD kena bayar USD 6. Kalau USD 6 dibandingkan dengan LE 35, lebih murah LE 35. USD 6 kalau ditukar kadar sekarang X 6.2 lebih dari nilai LE 35. Minit yang ditawarkan pun lebih berbanding phoneserv dan Go2call.
Masa bersembang dengan mak tu sempat juga bergurau pasal kahwin. :) Ishk... apalah saya ni, mak risau keselamatan saya gurau pasal nak kahwin. Mak tanya dah ada calon kot? Saya kata belum. Lepas tu mak kata kalau belum ada macam mana nak kahwin? Mak beri saya pertanyaan. Dan saya sendiri tak mampu jawab. Betul juga kata mak... kalau dah tak ada calon, macam mana nak kahwin. Ramai kawan-kawan saya yang tak percaya saya ni masih single. Huh... mengapalah mereka ni tak percaya ya?

Dalam soal nak berumah tangga ni, emak dan ayah beri saya peluang untuk cari sendiri. Dalam satu emel yang pernah saya terima... Alang tulis: mak dan ayah tak mahu masuk campur urusan saya nak memilih. Mulanya rasa best semacam je sebab mak dan ayah beri kepercayaan sepenuhnya, tapi lepas tu rasa sebak juga... seolah-olah saya pula tak percaya pada pilihan mak dan ayah, sedangkan selalunya pilihan orang tua itu tepat. Entah la.

Susah soal memilih teman hidup ni...! Kalau tak kena gayanya makan hati berulam jantung sampai ke hujung hayat. Pernah terjadi satu peristiwa, suami dan isteri hidup tanpa bersefahaman. Akhirnya bila anak-anak mereka dan besar, mereka sendiri suarakan yang mereka nak berpisah. Mereka dah tak sehaluan lagi. Anak-anak semua terkejut. Sebab mak ayah mereka tak pernah bergaduh, masing-masing pandai berlakon depan anak-anak. Apa lagi... menangislah anak-anak. Saya kalau boleh nak calon isteri yang sehaluan sefahaman dengan saya. Barulah boleh membina hidup yang bahagia.

Teringat pasal pemilihan isteri sememangnya Islam menyarankan supaya memilih dengan mendahulukan agama daripada kecantikan, kekayaan dan keturunan. So kalau Azhariah yang jadi pilihan pertama saya dan pilihan seterusnya ialah yang mendapat didikan agama, tentunya agama sudahpun mereka miliki. Lainlah kalau saya muyul nak bukan azhariah dan yang tak ada didikan agama, kemungkinan agama perlu dibentuk. Bila ada agama... adalah solehahnya. Jadi kadang-kadang kawan-kawan kata saya ni memilih juga orangnya. Teringat masa chating dengan maksu baru-baru ni saya beritahu dia yang saya nak letakkan 5 syarat tambahan pada calon isteri saya. Pertama: Sabar, kedua: tabah, ketiga: boleh mendidik, keempat: boleh memimpin dan kelima: mampu memenangi hati ibu saya dan mudah mesra dengan keluarga. Maksu saya komen... saya ni memang memilih sangat.

Saya pun jelaskan pada dia kenapa saya nak 5 syarat tu... syarat pertama: sabar, sebab saya tak suka orang yang tak sabar. kedua: tabah, sebab saya orang susah... saya nak orang yang boleh hidup bersama kesusahan saya. ketiga: mampu mendidik, sebab saya nak isteri saya boleh mendidik anak-anak, sebab saya adalah milik masyarakat. Keempat: mampu memimpin, sebab saya tak mahu keseorangan dalam perjuangan untuk kembalikan sinar Islam. Dan kelima: mampu memenangi hati ibu, sebab saya tak mahu saya jadi anak derhaka jika kuatnya sayang saya pada isteri akan melonggarkan taat saya kepada ibu saya sedangkan syurga anak di bawah ketaatan pada ibunya. Jika syurga isteri dibawah ketaatan pada suami, sekurang-kurangnya biarlah saya juga boleh mentaati ibu saya dan selain boleh memenangi hati ibu saya dia juga boleh mudah mesra dengan keluarga saya. Susah kah nak mencari wanita seperti ini? Saya tak letakkan syarat kecantikan, saya tak letak syarat kekayaan dan selainnya. Saya cuma letakkan syarat agama sebagai syarat pertama dan syarat-syarat lain adalah sampingan yang biasanya boleh dibentuk dan terbentuk dengan sendirinya. Bagaimana caranya? Wanita itu dah jatuh hati pada saya... dia akan penuhi 5 syarat tadi. Dan saya tak boleh paksa mana-mana wanita untuk ikut syarat saya, melainkan dengan kemahuan dan kerelaan dia sendiri. So Maksu kata: Kalau saya ni memilih sangat, nanti dapatpun yang memilih juga lah.

Aduh... ampun! Maksu menjerat saya nampaknya. Perlukah saya longgarkan syarat-syarat tu? Saya pun kata pada maksu... kalaupun tak ada kesemua 5 syarat tambahan tu, sekurang-kurangnya mesti ada mana-mana syarat, sebab syarat-syarat lain boleh dibentuk. Jangan-jangan ada jejaka yang baca catatan saya ni pun nak tiru syarat-syarat saya... saya nasihatkan tak usahlah. Nanti susah nak jumpa.

Saya melepaskan diri. :)) Berjaya juga. Inilah yang sering terfikir waktu imtihan. Apatah lagi imtihan akhir ni. Hah... Mesir, laman tarbiyah. Memang merbahaya. Kalau difikirkan dengan serius, boleh jadi cepat dapat makan nasi minyak. Tapi sengaja saya lengah-lengah... nak tunggu wanita yang menepati impian tu dulu. Tentunya melalui istikharah paling tepat. Kalau dah memang susah nak dapat barulah buat pilihan yang lebih ringan dari syarat-syarat tambahan tu. Ha ha ha... merepeklah saya ni!

Sebenarnya banyak lagi benda lain yang selalu datang mengacau waktu nak imtihan ni, rancangan pula menjadi-jadi. Tapi lepas imtihan semuanya kholas (habis) begitu saja. Entahlah... agaknya beginilah alam mahasiswa di mana-mana pun. Cuma hidup di Mesir mungkin agak berbeza, pada nilaian saya.

11 Mei 2003

© AHMAD TARMIZI ISMAIL

Hosted by www.Geocities.ws

1