Intro | Diri | Keluarga | J U R N A L J A L A N H I D U P | Cerpen Akhi Masrawi | Puisi Online | Cerpen Online | Dialog Islam - Kristian | Kata-kata Pujangga | Anjung Tamu v. de | Galeri | Nostalgia | Gambar Sinai | Penghargaan


Mulai online pada
Jun 2002

 "Manusia yang paling tinggi kedudukannya ialah yang tidak melihat kehebatannya... dan manusia yang paling mulia di kalangan mereka adalah yang tidak melihat kedudukannya"

-Imam as-Syafie

 

Hubungi:

sms tru:
+20106553517
e-mel:
[email protected]
[email protected]

YM id:
mypujangga@akhimizi

saya geng jurnal:

Sejarah Banner:

Banner  pertama ciptaan Putri untuk PUJANGGA Online. Terima kasih buat Putri.  Ini banner ke-2 yang Wanzu buat untuk PUJANGGA Online. Syukran buat Wanzu. Ini pula banner ciptaan Anas sempena menjelang setahun online PUJANGGA Online, thanks buat Anas.  Ini pula banner ciptaan Pujangga sendiri. Inilah banner terkini karya Qahafi, syukran! nak baca kisah lucu JUHA sila ke jurnalnya.

 

 

iklan:

"Saya menerima sebarang bentuk sumbangan sama ada zakat, biasiswa, dermasiswa dan sedekah atau derma fi sabilillah yang boleh disalurkan kepada saya untuk menampung kos pembelian kitab-kitab rujukan. Sila emelkan kepada saya!"

Ini Versi 2.1

PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P
bukan sebuah ratapan, bukan secebis ilusi, bukan secangkir resah... tetapi secalit lakaran kisah hidup di lembah kontang ini, buat peneguh diri merealisasikan sebening impian yang kutitipkan demi mendepani masa-masa mendatang ... - hanya di
http://akhimasrawi.cjb.net

 "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, hendaklah kamu selidiki kalau-kalau kamu memusibahkan sesuatu kaum tanpa pengetahuan lalu kamu menyesali atas perbuatmu." (Al-Hujurat: 6)

.:: Catatan moden dari zaman klasik ::.


Update terakhir pada catatan paling awal

Tarikh pada catatan ialah tarikh saya menulis!

27 Julai 2003 | Ahad | 14.20 pm

Catatan 232

Yaum al-I'lam DPMT (Khitan al-Mar`ah)

+ Khitan al-Mar`ah ialah khatan terhadap wanita. Sebagaimana lelaki dikhatankan atau disunatkan, begitulah halnya bagi wanita. Untuk penjelasan selanjutnya saya telah menghadiri majlis muhadharah Ilmi bersama seorang Ulamak Al-Azhar.

+ Alhamdulillah Ustaz (Prof) Dr Abdullah as-Syazily meluangkan masa bersama anak-anak Melayu di Bumi Tanta dalam majlis Muhadhrah al-Ilmi bersempena Yaum al-I'lam (Hari penerangan) DPMT. Topik yang dipilih untuk didiskusikan ialah "Khitan al-Mar`ah" (khatan wanita) bersempena keriuhan diperkatakan pasca berlangsungnya Muktamar Arabi al-Afriqi bila mana Suzan Mubarak (isteri Presiden Mesir), mengatakan bahawa "khitan al-marah" perbuatan yang menzalimi wanita.

+ Saya sampai ke Bait Izzah, majlis sudah bermula. Dr Abdullah menyampaikan taujihat dan kalam-kalam nasihat tentang kelemahan warga asing terutama pelajar Melayu dalam penggunaan bahasa Arab. Memang tidak dinafikan akan senario tersebut. Apatah lagi bila pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal di Mesir terbudaya dengan bahasa 'ammiah (bahasa pasar) lantaran terasimilasi budaya Arab tempatan yang jarang bertutur bahasa Arab Fushah (baku). Belum lagi melihat keadaan komunikasi yang meng-anaktiri-kan bahasa Arab di kalangan warga Malaysia dengan mengungguli bahasa Malaysia. walau bagaimanapun kelemahan tersebut juga berfaktorkan minimanya usaha pelajar Malaysia sendiri memperhebatkan bahasa Arab Fushah itu sendiri. Dr turut menyatakan kelebihan-kelebihan bahasa Arab sebagai bahasa Ilmu. Justeru untuk memperkayakan ilmu, tidak dapat tidak mestikan mengusai bahasa Arab dengan baik.

+ Dr meneruskan perbahasan tentang topik utama (Khitan al-Mar`ah) dan sidang dewan semakin memberikan tumpuan. Menurut Dr Abdullah perbahasan khitan al-mar`ah boleh dirujuk di mana-mana kitab Fiqh yang membincangkan topik tersebut. Pada kali ini Dr membawakan kitab al-Mughini yang ditulis oleh Ibnu Qudamah, seorang faqih dalam mazhab Hambali. Saya belum memiliki kitab tersebut. Pun begitu, perbahasan tentang khitan yang dibawakan oleh Dr bukan hanya menjurus perbahsan khitan al-mar`ah malah meliputi perbahasan khitan ar-rajul (khatan lelaki). Khitan (berkhatan) termasuk di dalam "sunan al-fitrah al-khamsah" berdalilkan kepada hadis riwayat Jamaah dari Abu Hurairah R.A, telah berkata Rasulullah SAW: "5 perkara dari fitrah manusia: al-istihdad (memotong bulu yang tumbuh berhampiran kemaluan lelaki dan wanita), al-khitan (berkhatan), Qassu as-Syarib (mendandan misai), Natafa al-Ibti (mencabut bulu ketiak) dan taqlim al-azofir (memotong kuku)."

+ Dalam masyarakat Melayu di Malaysia kita menyebut berkhatan, bersunat dan di sesetengah tempat menyebut 'masuk jawi' dan sebagainya. Apa yang dimaksudkan dengan berkhatan ialah memotong bahagian tertentu sebagaimana yang disyariatkan ke atas Nabi Allah Ibrahim A.S ketika Baginda sudah berumur 80 tahun dan diteruskan sehingga menjadi syiar dalam syariat Islam . Bagi lelaki khitan meliputi sebahagian kulit yang menutupi "hasyafah" (kepala zakar) dan bagi wanita hanya khitan secebis kecil dari kulit atas faraj. Saya sendiri tidak tahu dengan mendalam tentang bahagian yang dikhitankan ke atas wanita kerana ianya adalah urusan bani Hawwa dan para perubat dari kalangan mereka.

+ Hukum berkhitan bagi lelaki khilaf di antara wajib dan istihbab (sunat) tetapi ulamak tidak berselisih pada hal pensyariatannya. Al-Hanafiah dan Al-Malikiah yang menyatakan sunat berdalilkan kepada hadis dhaif munqati'e riwayat Ahmad dan Baihaqie daripada al-Hajjaj bin Artah. Manakala As-Syafieyah dan Hanabilah menyatakan wajib berdalilkan kepada hadis 'Asim riwayat Abu Daud. Walau bagaimanapun khilaf tersebut mengandungi hikmah yang sangat besar.

+ Hukum berkhitan bagi wanita pula ialah "makrumah" (pekerjaan yang mulia) dan menurut Dr boleh sampai ke martabat sunat. Ini kerana perbuatan tersebut tidak menjejaskan kehidupan manusia, malah memberikan manfaat pula. Walau bagaimanapun perlulah diingatkan yang dikhitankan pada wanita tertakluk kepada pandangan doktor perubatan kerana jika dikhitan keterlaluan akan meninggalkan kesan kepada wanita itu sendiri, di antaranya ialah hilang syahwat. Justeru khitan terhadap wanita hanyalah melibatkan bahagian yang sedikit dan diantara hikmah khitan terhadap wanita adalah untuk mengurangi nafsu syahwat mereka selain untuk tujuan dan hikmah yang lain. Azhariah yang membaca catatan saya ini mestilah lebih mendalam kajian tentang khitan al-mar`ah.

+ Selepas muhadharah dibuka ruang untuk istifsarat (minta penjelasan) dan tasa`ulat (persoalan). Ada beberapa persoalan yang menarik antaranya ialah: Apakah hikmah khitan? Apakah pandangan Dr tentang hadis dhaif tentang khitan? Apakah pandangan Dr tentang kalam yang mengatakan khitan al-mar`an menzalimi wanita? Apakah pandangan Dr tentang kalam dan mauqif Muktamar Arabi al-Afriqi? Minta penjelasan tentang tahrir al-mar`ah? dan persoalan tentang jenis-jenis khitan yang dilakukan?

+ Soalan pertama tentang hikmah khitan Dr menjawab hikmah bagi lelaki ialah dari sudut kebersihan dan untuk tujuan persetubuhan (jima'). Ini kerana jika berkhitan akan memberikan lebih nikmat berjima'. Begitulah juga halnya bagi wanita dan hikmah lain yang sengaja dikatakan oleh Dr dan beliau tidak menyandarkan kepada mana-mana dalil kerana ianya hanyalah sekadar maklumat dari dengar-dengar sahaja iaitu, jika tidak berkhitan akan menyebabkan bau yang busuk. Jadi dengan berkhitan akan menghilangkan atau mengurangkan bau tersebut. Menjawab persoalan tentang hadis dhaif pula, beliau mengatakan jika dhaif, hadis itu dikuatkan dengan hadis yang lain. Manakala kalam yang menyatakan khitan al-mar`ah menzalimi wanita adalah kata-kata kosong tanpa sandaran dalil. Ianya juga adalah kalam yang diimport dari barat. Adalah lebih baik wanita berkhitan kerana ianya akan dapat mengurangi nafsu seks mereka. Dr membuat pertimbangan sebegini: "Apa masalahnya khitan, sedangkan ibu-ibu, nenek-nenek umat Islam yang lebih dahulu dari kta juga berkhitan dan meneruskan zuriat sehingga kita." Malah kalam dan mauqif muktamar Arabi al-Afriqi hanyalah kalam siasah. Umat Islam tidak berhajat kepada kalam-kalam yang cuba melembutkan Islam dan dalam masa yang sama mengimport idea-idea barat. Wanita di barat tidak berkhitan maka nasfu seks mereka sangat tinggi. Sekurang-kurangnya khitan adalah cara yang bertepatan dengan naluri manusia. Persoalan tentang gerakan Tahrir al-Mar`ah pula dijawab bahawa gerakan itu sudah amat lama dan dirintis oleh Qassim Amin dan pengikutnya bertujuan untuk membebaskan wanita dari belenggu Islam. Saya sendiri ada pernah terbaca serba sedikit tentang gerakan tahrir al-Mar`ah yang dilancarkan di Mesir dan kemudiannya mereka ke negara-negara Islam yang lain, di mana pasca gerakan tersebut wanita membebaskan diri mereka dari menutup aurat, tidak membataskan pergaulan dan pergerakan dan sebagainya di mana kesemua itu dilihat dihalang oleh Islam. Sekali lagi saya mempelawa mana-mana azhariah yang membaca catatan ini mendalamkan kajian tentang hal-hal berkaitan polemik wanita. Ini kerana perbahasan tentang wanita amat luas dan melaut. Justeru jika bukan wanita yang cuba mengkaji persoalan-persoalan tersebut, hendak diharapkan kepada siapa lagi? Manakal persoalan terkahir dijawab oleh Dr bahawa penjenisan khitan itu sebenarnya menerangkan tentang sejarah khitan itu sendiri. Justeru khitan yang diamalkan oleh umat Islam pada hari ini adalah sebagaimana yang disyariatkan ke atas Bapa Para Rasul Saidina Ibrahim A.S.

+ Belum sempat merujuk kitab-kitab lain. Saya menulis isi perbahasan Dr Abdullah as-Syazili dengan hanya sekadar sempat membelek-belek perbahasan khitan dalam Fiqh Islami Wa Adillatuhu karya Dr Wahbah az-Zuhaili yang kini khabarnya di Malaysia sudah diterjemahkan. Masih banyak sebenarnya jawapan-jawapan yang perlu disediakan untuk persoalan seputar tajuk khitan ini. Sebagai contoh mudah, jika seorang kafir memeluk agama Islam adakah dia perlu/wajib berkhatan? Dr Membuatkan kami tersenyum dan ketawa kecil apabila persoalan itu sengaja dilontarkan. Ya lah... bayangkan jika yang hendak masuk Islam itu lelaki yang sudah dewasa mahukah dia berkhatan? Justeru perlu difahami khitan hanyalah persoalan cabang yang terlalu ranting. Ini kerana memeluk Islam adalah lebih utama melaksanakan syariat Islam yang lain yang lebih utama dari berkhatan. Kalau disebabkan berkhatan orang kafir tidak mahu memeluk Islam, apakah pendekatan terbaik umat Islam di dalam hal ini? Namun begitu Dr juga mengatakan bahawa semua syariat dan agama menyuruh berkhitan. Akan tetapi diabaikan.

+ Jangan anggap bercakap tentang topik khitan adalah bercakap perkara yang tidak baik! Ini kerana ianya sebahagian yang perlu dilumati dan difahami. Begitu juga halnya bila perkara fiqh disentuh dengan mendalam sesetengah orang yang tidak faham menganggap sebagai mencarut, sedangkan itulah cara yang terbaik untuk menerangkan. Umpamanya di dalam menjelaskan takrif zina, liwat dan musahaqah (lesbian). Ini mengingatkan saya kepada kelas Qa'ah Bahas Qadhaya 3 Syariah, banat Mansurah di mana saya mengajar kitab tentang Aids dan Naqlul a'dha' (Pemindahan organ). Perbahasan tentang Aids melibatkan penjelasan tentang zina, liwat, lesbian dan ityan al-bahaim (mendatangi binatang). Takrif yang ditulis oleh Dr perlu dijelaskan dengan seterangnya agar tidak berlaku kesilapan dalam memahami perbahasan seterusnya. Jika tidak, orang lain yang kes aniya!

+ Habis bercakap pasal khitan. 31 Julai ini muktamar Sanawi PMRAM ke-70. Sehari sebelumnya Muktamar Hewi PMRAM ke-16. Tahun ini lewat bermuktamar. Sepatutnya muktamar pada Mac lepas. Lantaran dua kali terpaksa mengadakan Ijtima' Tergempar (IT) maka muktamar dilewatkan. InsyaAllah saya salah seorang yang sudah mendaftar sebagai perwakilan. Bahang muktamar kian terasa. Tahniah + takziah kepada bakal BP yang akan naik. Selamat! InsyaAllah.

Kata-kata Pujangga: "Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati."

Sila klik  Respon/Komen

 

22 Julai 2003 | Selasa | 17.30 pm

Catatan 231

+ Sudah agak lama tak bertamu ke Maktabah Qirbah, di Syarie Said. Semalam kesempatan waktu menghantar saya ke sana. Tujuan asal hendak lunaskan janji untuk belikan kitab untuk adik kepada Maksu yang berjudul "Alfu lailah wa lailah" (1001 malam). Kitab itu 4 jilid. Cadangnya hendak beli dua naskah (8 jilid) sebab harga agak berpatutan. Tapi sebab tak bawa duit lebih dan nak beli kitab lain dahulu, terpaksa tangguhkan niat. Semasa membelek-belek 'Alfu lailah wa Lailah" terpandang kitab "Tarajim as-Sayyidat Baiti an-Nubuwah" yang ditulis oleh Bintu as-Syati'e, seorang dukturah (dr.) wanita yang mempunyai tafsir beruslub adabi. Nama penuh beliau Dr. Aisyah Abdul Rahman yang sekarang merupakan Pensyarah Tafsir dan pengajian Majister (Master) di Kuliah Syariah di Universiti al-Qurawiyyin di Maghribi. Jarang bertemu dengan muallafat Dr wanita yang hebat seperti Bintu as-Syati'e. Kitab setebal 832 muka surat itu berharga LE 22. Membicarakan tentang sirah para wanita yang pernah hidup di sisi Rasulullah SAW bermula dengan bonda Baginda sehinggalah keturunan Baginda.

+ Kemudian berkenan pula dengan kitab "Mausu'ah Qadhaya Fiqhiyyah Muasarah Wal-iqtisod al-Islamy" karya Prof. Dr. Ali Ahmad as-Salus yang berpengalaman luas dalam perbahasan iqtisod (ekonomi) dalam dunia Islam. Sudah lama sebenarnya saya mengidamkan kitab Syeikh Salus itu, cuma baru berkesempatan memilikinya. Kitab setebal 916 muka surat itu membincangkan pelbagai perbahasan ekonomi dan hukum fiqh muasarah berkaitan muamalat. Jika di Mesir tokoh-tokoh Iqisad Islami yang hebat sempat saya kenal ialah Dr Husin Husin Syuhatah (pakar rujuk ekonomi Mesir), Dr Abdul Hamid al-Ghazali (adik kepada srikandi Islam Zainab al-Ghazali) dan Dr Abdul Halim Umar (Mudir Markaz Ekonomi Al-Azhar). Saya berkenan juga dengan kitab "Qadhaya Fiqhhiyyah Muasarah" tulisan Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily, tetapi cuma tinggal sebuah di rak maktabah dan agak kotor serta berdebu. Kurang berahi memiliki dan berharap akan datang naskah yang baru dan lebih cantik.

+ Menjenguk ke bahagian susunan kitab-kitab usuluddin pula. Saya agak kekurangan kitab-kitab usuluddin dalam koleksi. "Syarah Aqidah at-Tohawiyah" pun belum saya miliki. Ternampak "Tahafut al-Falasifah" karya Imam al-Ghazali dan "Tahafut at-Tahafut" Karya Ibn Rusyd yang pernah disaran memiliki keduanya oleh Us Mahyuddin (Kini di Kuliah Darul Ulum dalam pengajian Master kuliah Akidah dan Falsafah) suatu waktu dulu. Saya sendiri masih kabur perbincangan di dalam kedua-dua kitab itu. Tapi Us Mahyuddin pernah sebut yang "Tahafut at-Tahafut" adalah sangkalan Ibn Rusyd terhadap "Tahafut al-Falasifah" karya al-Ghazali. Membeli keduanya dengan harga yang agak mahal kerana cetakan Darul Kutub Ilmiah - Beirut. Kemudian tertarik pula pada sebuah kitab yang pernah dijanjikan seorang kawan untuk dihadiahkan tetapi ditukar dengan kitab lain sebagai hadiah semasa hari lahir ke-21 iaitu kitab "Rehlatun Ibn Batutah" yang mengisahkan tentang pelayaran Ibn Batutah 703-779H. Tetapi beruntung kerana harga yang agak murah cetakan Maktabah at-Tawfiqiah. Jika cetakan Beirut, barangkali dua kali ganda harga yang saya dapat.

+ Sempat melirik ke rak bawah dan ternampak kitab Dr. Abdullah Nasih Ulwan yang terkenal iaitu "Tarbiyatul awlad fil Islam" cetakan Darus Salam, tentang pentarbiyahan anak-anak mengikut kaedah Islam. Terpandang pula di sebelahnya kitab "Tuhfatul 'Arus" dengan cetakan kulit berbunga-bunga maktabah as-Sofa, karya Mahmud bin Jamil. Kitab itu sebenarnya sudah lama hendak saya miliki. Selain isinya tentang perkahwinan yang bersandarkan nas Al-Quran dan as-Sunnah, juga termuat hukum-hakam berkaitan wanita. Angkat sebuah kitab "Milal wan Nihal" tentang perbandingan agama dan falsafah, juga merupakan madah yang menjadi muqarrar bagi kuliah Usuluddin Al-Azhar. Kemudian terlihat pula kitab "Al-'Aqaid al-Islamiah" karangan Syeikh Syed Sabiq yang terkenal dengan kitab Fiqh Sunnah. Atas sebab memikirkan kurang koleksi kitab-kitab Usuluddin maka saya angkat kesemuanya.

+ Selepas dikira masih boleh ditambah beberapa buah kitab lagi untuk menghabiskan duit yang saya bawa. Terus melangkah ke bahagian kitab Muasarah dan terlihat kitab "Taghaiyuril Ahkam" karangan Dr Ismail Kawkasal, kitab "Nadzoriyat Dharuratu as-Syar'iyyah" karangan Dr. Wahbah az-Zuhaily dan kitab "al-Qisos wa Diyat" karangan Dr Abdul Karim Zaidan. Ketiga-tiganya menjentik naluri. Hitung kesemuanya, alhamdulillah cukup dengan wang yang ada dalam dompet. Alhamdulillah, pulang dengan hati yang berbunga suka. Pernah akui kepada PakTam yang saya kalau beli kitab suka tengok kitab-kitab itu, sayang rasanya. walaupun tak dapat hendak baca kesemuanya dalam tempoh yang terdekat, mungkin akan beguna pada hari muka. Amalan membeli kitab saya amalkan sejak berada di tahun satu lagi. Hasilnya sekarang saya memiliki koleksi yang pelbagai. Dari kitab-kitab 'primer' turath Islami sehingga kitab-kitab 'sekunder' perbahasan kontemporari.

+ Namun begitu masih banyak kitab yang wajar dimiliki belum mampu saya beli. Antaranya kitab-kitab Tafsir dan Hadis yang sangat penting sebagai rujukan. Banding beli kitab dan habis duit untuk tujuan lain, rasanya lebih amanah membeli kitab! Ada sesiapa nak sponsor?

Kata-kata Pujangga: "Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."

Sila klik  Respon/Komen

 

20 Julai 2003 | Ahad | 13.40 pm

Catatan 230

+ Malam tadi ke Bait Izzah (markaz DPM Tanta) untuk ikuti majlis ilmu bersama Dr Abdullah Syazili. Waktu sampai sepicing selepas maghrib, belum ramai yang hadir. Ternampak kelibat kawan-kawan tahun empat yang sedang berborak. Topik utama, bila natijah nak keluar? dihangatkan dengan suhu musim panas. Selsema masih bersisa dengan batuk-batuk kecil dan kahak + hingus yang menguji. Ditegur juga mengapa suara berubah. Ada yang bercanda mengatakan saya terlalu banyak hediri undangan bentang kertas kerja dan ceramah, sehingga hilang suara. Seloroh menjawab, selsema dan demam baru kebah. Mereka yang provokasi tersenyum tawar.

+ Malangnya Dr Abdullah Syazili tak dapat hadir. Tak pula AJKT beritahu apa sebabnya. Pergi ke Kedai Barakah (koperasi DPM) untuk lihat-lihat barangan. Tercari-cari SK edisi Iskandariah yang saya daftarkan pemasarannya di Tanta hujung Jun lepas. Dhan dah usai. Tanya Bendahari DPMT untuk kepastian, dan diakui sudah habis. Lega. Syukri cadang dia akan hantar wang pada saya nanti bila dia ada masa bertandang ke Bait Mithali (rumah saya). Rumah yang saya tinggal pernah dapat anugerah Bait Mithali tahun lepas. Ahli bait pun masih belum berpecah (Saya, Own, Pakya dan Maszuan), jadi kekalkan saja nama Bait Mithali itu. Dulu masa tinggal di ardhiyah imarah yang sama Salman namakan rumah kami Vila idaman. Tapi lepas saya berpindah ke daur thani disiplin menamakan rumah saya abaikan, sehingga anugerah Bait Mithali itu. Lagipun menang bukan kerana rumah paling cantik, mungkin aspek lain mempengaruhi.

+ Masa nak pulang, Saya, Iwan, PD, Nan, Lan Mat Isa, Khairi dan Pak Lah singgah ke Mat'am dekat Ma'aradh pekena kibdah (roti berintikan hati ayam/lembu) dan kuftah (roti berintikan daging hancur yang dikepal spera) + 'asir qasab (asob). Nan pula pekena makaronah bil luhum (makarona berdaging). Masa nak bayar, saya provokasi Pak Lah sebab dia baru beberapa hari beli PC baru. Khabarnya pentium 4. Paklah hulurkan not 20 pada saya yang kemudia Lan minta tukar dengan not 10 dua keping dengannya. Bila saya ke kaunter membayar harga makanan, Lan pun berkata: "alhamdulillah boleh juga bayar guna duit ana!" hahaha... berderai ketawa. Sebab duit not 10 dua keping tu memang duit Lan tapi nilainya adalah duit Pak Lah. Lan cuma tukarkan duit itu dengan duit dia. Bergeliga juga otak dia!

+ Membelek-belek semula Fiqh Islami karangan Dr Wahbah Az-Zuhaily. Teringat pada buku HAMKA yang saya pinjam dari Naim berjudul Tasauf Moden. Perlu lumati isi buku itu dalam tempoh terdekat. Buku al-Mawdudi pun belum usai dibaca. Kepingin buku HAMKA pula, aduh! Baru-baru ini semasa ke Mansurah membentang kertas kerja Teknik Penulisan Ilmiah ada akhawat bertanya tentang kitab-kitab rujukan untuk perbahasan polemik wanita, sempat saya senaraikan yang sempat saya kenali dan temui. Senarai di bawah ini saya hantar ke emel ukhti yang bertanya tu, tapi tak tahulah sampai atau tak. Harapnya sampai lah. Dan sengaja saya letakkan di sini, moga-moga boleh juga dijadikan rujukan pembaca yang lain.

PANDUAN RUJUKAN PERBINCANGAN MENGENAI WANITA

Kitab-kitab (Muallafat) berikut sesuai dengan perbahasan tentang wanita, Senarai yang saya sertakan hanya sekadar yang saya ingat dan sempat saya temui. Mungkin ada lagi perbahasan dan kitab-kitab lain. Walau bagaimana pun mestilah behati-hati dalam memilih pendapat yang diutarakan supaya tidak terlalu keras dan tidak terlalu longgar:

1. Al-Mufassal fi al-Ahkam al-Mar`ah wal Bait al-Muslim - Dr Abdul Karim Zaidan
2. Fatawa al-Mar`ah al-Muslimah - oleh Dr Al-Qardhawi
3. Makanatul Mar'ah Fil Quran Was Sunnah - Dr Muhd al-Baltaji
4. al-Mar'ah bainal Fiqh Wal Qanun - Dr. Mustaffa Sibaie
5. Amal Mar'ah - Hindun Mahmud Khuli
6. Al-Mar'ah Baina Tughyan Al-Nizam Al-Gharbi wa Latoif Al-Tasyri' Al-Rabbani -
7. Huquq Al-Mar'ah Al-Madaniah Wal-Siasiyyah Fil Islam - Dr Muhd Abdul Kadir Abu Faris
8. Tahrir al-Marah - (tak ingat pengarang)
9. Tawalla Mar’ah Mansib al-Qada’ - Dr. Arif Ali Arif
10. Makanatul Mar’ah Bainal Islam wal-Quran al-Alamiyah - Salim al- Bahansawi
11. al-Islam wa Huquqil Mar’ah as-Siyasah - Ra’ddu Kamil al-Hayali
12. al-Mar'ah fi al-Tasawwur al-Islami - Dr Abdul Mut'al Muhd Al-Jabary
13. Fatawa Wal Ahkam lil Mar'ah Muslimah - Syeikh Atiyah Saqqar
14. Fatawa an-Nisa' - Ibn Taimiyyah
15. Status Wanita Menurut Kacamata Islam - Syeikh Abd Majid Subh (Terjemahan oleh: Ahmad Hasan Mohd Nazam dan Mohd Nizam Mohd Ali, terbitan PMRAM)

Sedikit panduan: Jika sekiranya ingin melihat secara menyeluruh, saya nasihatkan terlebih dahulu melihat perbahasan yang dibuat oleh Dr Abdul Karim Zaidan kerana kesemua perbahasan tentang wanita disertakan di dalam "al-Mufassal" bermula dari bab ibadat hatta bab-bab yang lain. Walau bagaimanapun mestilah juga melihat perbahasan muasarah yang lain supaya setiap pandangan tidak dikesampingkan serta pandangan-pandangan para ulamak dilihat dengan pandangan yang jelas lagi insaf.

+ DPM Tanta insyaAllah akan menerbitkan sebuah buku, MONOGRAF ANDALUS 2 tidak berapa lama lagi. Tarikh cadangan terbit ialah pada Muktamar Sanawi PMRAM, 31 Julai 2003 nanti. Monograf itu adalah himpunan kertas kerja ilmiah yang dihasilkan oleh beberapa orang mahasiswa Al-Azhar cawangan Tanta. Harga belum diputuskan. Bagi sesiapa yang bercadang untuk memiliki (Edaran Mesir) - mungkin akan dipasarkan di Malaysia juga, bolehlah menempah kepada saya. Emel atau hubungi +20106553517. Saya salah seorang penulis buku tersebut.

+ AKRAM Online masih dalam proses pembinaan. Webmaster tengah berusaha. AKRAM adalah singkatan Akademi Karyawan Muda Mesir. AKRAM Online adalah sebuah capaian maya yang menjadi wacana penyiaran hasil tulisan dan karya-karya para penulis Mesir. Tidak hanya menempatkan karya-karya kreatif malah melebarkan ruang kepada non-kretif dan ilmiah. Seluruh para penulis Mesir dijemput untuk memusatkan karya dan hasil penulisan anda di AKRAM Online. Ia akan menjadi Website tumpuan penggemar karya dan penulisan para penulis muda. Jangan ketinggalan, daftarkan diri sebagai ahli AKRAM Online dengan kelayakan pernah menulis di mana-mana penerbitan dan dalam semua genre kepada Pengasas AKRAM Online [email protected] dan untuk menghantar hasil penulisan dan karya sila emelkan kepada [email protected]. Sebarang cadangan kepada webmaster sila emelkan kepada [email protected] atau [email protected]. Ahli Adabuna adalah diberikan keutamaan. Sekadar makluman.

+ Bertemu lagi, natijah hampir keluar, diri kian ketar. Doa usah bubar.

Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya."

Sila klik  Respon/Komen

 

17 Julai 2003 | Khamis | 10.30 am

Catatan 229

+ Kalaulah format search macam yang disediakan windows dapat digunakan dalam kehidupan harian umpamanya di dalam bilik peribadi, sudah tentu memudahkan untuk saya mencari barang yang sudah tidak ingat letak di mana. Tetapi search itu cuma di dalam komputer, prosessor kehidupan bergantung pada akal manusia. Justeru bersabarlah mencari barang, mana saya letak dua keping disket saya!

+ Kalau tak batuk, bersin, berhingus dan sakit tekak bukanlah dinamakan selsema. Semalam ke Mansurah bentang/diskusi kertas kerja Teknik Penulisan Ilmiah dalam keadaan selsema dan badan sedikit terasa demam. Suara pun tak mahu keluar dari tekak yang sakit sambil batuk-batuk sesekala. Entahlah sampai atau tidak maksud kepada para peserta Akademi Karyawan, AKAR itu. Program itu khusus untuk semua akhawat sahaja. Tiga jam lebih saya bersama para peserta. Dengan suara yang saya sendiri rimas, tapi apa boleh buat sudah hari itu berjanji dengan Pengerusi AKAR untuk memenuhi jemputan. Sehari sebelum program sudah rasa badan seperti hendak demam, tetapi masa itu suara masih tak ke mana-mana. Sebab itu masa mas'ulah telefon saya takkid itu dan ini, saya tak berhasrat untuk menunda program atau apa-apa. Bila sampai ke Mansurah malamnya suara sudah makin tak ada. Mujurlah boleh cakap juga, entah peserta faham atau tak butir-butir percakapan saya, saya sendiri tak pasti. Selepas pembentangan dijemput naik ke bilik tamu dua akhawat hampiri saya dan bertanya tentang kitab yang membicarakan persoalan wanita. Kebetulan saya sudah lama tak bermesra dengan kitab-kitab seumpama itu, jadi saya janji nak hantarkan nama-nama kitab rujukan itu melalui emel sahaja.

+ Dua menu disediakan kali ini. Minum pagi Teh o panas + Apam balik + pau berintikan kelapa sewaktu sampai pada jam 8.30 pagi. Minum teh dua cawan, pau mencubit separuh dan lihat intinya kelapa terus rasa serba salah sebab mak saya beritahu kalau batuk kenalah pantang kelapa dan kacang dll. Kemudian ambil pula sepotong apam balik. Mula-mula ingat tiada kacang sebab nampak jagung saja, bila dah menggigit baru perasan ada juga kacang. Terpaksa habisi juga apam balik sepotong itu. Pau pula terpaksa biarkan separuh lagi. Kalau tak kurang sihat, barangkali 3 biji pau dan empat/lima potong apam tu menjadi mangsa. Lepas bentang pula dijamu dengan nasi + ayam masak merah + acar timun + anggur + air berperisa durian.

+ Masa nak keluar dari bilik tamu untuk balik ke rumah transit (Rumah An dan Solah) ajk program beri cenderahati. Saya memang susah tolak pemberian. Masa mengajar tahun 3 Syariah banat Mansurah fasal mayu lepas pun saya ada kata yang saya suka terima hadiah, "tahaddu tahabbu." Cenderahati kali ini sebuah kitab karangan Muhd Hussin Yaakub berjudul "Al-Ukhuwwah ayyuhal Ikhwah" + wang untuk tambang. Syukran. Saya dapat membezakan zuruf akhawat di Mansurah dan Iskandariah. Bezantara beri cenderahati jika di Iskandariah, cenderahati terus diberikan oleh pengerusi DPMI seusai pembentangan. Tetapi di Mansurah cenderahati diberi sewaktu nak pulang. Ini dalam kes program akhawat. Dan ada lagi bezantara lain yang saya simpan dalam kotak memori.

+ Saya rasa muhafazah selain Tanta yang begitu akrab dengan saya adalah Mansurah. Mungkin kerana selalu sangat bertandang. Dan ternyata saya juga sukakan pemandangan dan cara muamalah Arab di sana berbanding Arab-arab Tanta yang agak kasar pada pemerhatian saya. Kawan-kawan suka bergurau yang saya ke Mansurah cari 'ubat' tapi saya cakap orang 'single' cam saya ni tak jumpa lagi ubat. Tak tahulah ubat di mana! Selsema masih belum kebah sepenuhnya. Pembentangan kertas kerja Fiqh Ikhtilaf terpaksa saya minta tunda dan gantikan dengan kawan taakhi saya, Syed. Mujur juga dia sanggup tolong. Malam tadi dia, Lan dan Najib bertandang ke rumah. Saya serahkan kertas kerja kepada Syed dan maklum pada Ibrahim yang Syed gantikan saya. Urusan selepas ini antara Syed dan Ibrahim, saya boleh berehat.

+ Bolehlah mengadap JASA semula menghabisi pembacaan terhadap cerpen-cerpen yang dikirimkan kepada saya seperti Silara Cinta karya Amiza Khusyri, Kiasan Azali karya Faizah Erma dan cerpen tanpa tajuk karya Faizah Herda. Cerpen-cerpen 'anak buah' seperti Dari Berchan ke Lipis karya Filza Zurasyiq, Eve-Elina karya Syaliza dan Curi Tulang karya Faizah Erma sudah saya terima cuma satu lagi cerpen anak buah yang belum diterima. Saya memuji cerpen Eve-Elina yang sarat dan sedap. Lepas ini mungkin bolehlah nak komen.

+ Natijah imtihan dah hampir untuk ditampal. Dakan saya berjaya cemerlang. Setahun yang lalu, pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit (atas kepulangan ke rahmatullah Al-Marhum Datuk Fadzil Nor) pada 23 Jun 2002. Keputusan pilihanraya Pendang dirampas BN dan PAS mengekalkan kemenangan di Anak Bukit. Semoga pilihanraya akan datang Allah memberikan nusrah kepada firqah yang benar. Amin.

Kata-kata Pujangga: "Dunia ini adalah umpama bangkai sedang pemburunya persis seekor anjing."

Sila klik  Respon/Komen

 

15 Julai 2003 | Selasa | 15.40 pm

Catatan 228 (offline)

+ Saya hari ini bukan lagi saya sebelum ini. Saya sebelum ini seorang pengarah KOFI, tetapi saya hari ini sudah bukan pengarah KOFI. Tiada lagi ungkapan yang dilazimi di dalam KOFI hendak diistimrarkan  dalam kehidupan pasca 13 Julai 2003. Namun ikatan yang terbina dari hubungan yang terjalin moga membentuk ukhwah yang mapan, dan di bawah rahmat Ilahi.

+ Dua lagi jemputan perlu dilunaskan. Pertama untuk membentang kertas kerja Fiqh Ikhtilaf di DPM Zagazig pada 15 Julai 2003, 8.30 malam sepatutnya, tetapi pagi ini Ibrahim telefon maklumkan tunda ke 18 Julai 2003, 8.30 pagi. Satu lagi pada 16 Julai 2003, jam 8.30 pagi di DPM Mansurah slot pembentangan kertas kerja Teknik Penulisan Ilmiah. Baru kejap tadi mas`ulahnya telefon tanya itu dan ini dan maklumkan mungkin penyertaan mungkin akan mengejutkan, bukan mengejutkan kerana ramai. Tetapi kurang sebab berlaku pertindanan program antaranya HAYAT dan majlis walimah di Mansurah pada hari yang sama.

+ Sempat dipertemukan dengan akhi Fazrul Fahmi Ismail, graduan Fakulti Kejuruteraan Kimia dari Purdue University USA, kerana kami menjemputnya membentang kertas kerja pemikiran sistemik. Dua kertas kerja dibentangkan beliau amat menarik dan menyerabutkan. Kertas kerja pertama "Dunia dalam Pemikiran Sistemik" dan kertas kedua bertajuk "Perspektif Dimensi: Matriks Kehidupan". Sempat bersembang dan bertukar-tukar fikiran dengan akhi Fazrul. Mungkin agak baru bagi saya dan para mahasiswa Al-Azhar didedahkan dengan pemikiran sistemik. Walau bagaimanapun saya amat tertarik antaranya apabila beliau membuat perbandingan antara sistemik dan sistematik, otak, naqal dan akal, had yang menggambarkan kedudukan sistem, dimensi-dimensi kehidupan dan sebagainya yang dihubungkaitkan dengan nas-nas al-Quran. Saya amat tertarik, ketika santai bersembang dengan akhi Fazrul tentang aspek brain wash adakah ianya bertepatan dengan sunnah? Akhi Fazrul membuka minda saya!

+ Entah bagaimana teringat pada Novel HAMKA "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" yang pernah saya lumati. Bagaimana Pak HAMKA menggambarkan kehidupan dengan mewujudkan biah kehidupan beradat dan berpantang dengan begitu ranum. Zainuddin dan Hayati sebagai dua watak utama di dalam novel itu sangat meninggalkan kesan kepada sanubari saya. Hayati yang memilih untuk bernikah dengan Aziz dan mengenepikan Zainuddin yang pernah mengikat janji cinta dengannya. Zainuddin anak terbuang Mengkasar yang datang ke Batipuh kemudian terusir ke Padang Panjang dan akhirnya membawa diri ke Surabaya. Melarikan diri dari kekalutan hidup dan keperitan yang dihadapi bersama temannya Muluk yang akhirnya menjadikan dirinya seorang penulis hikayat yang terkenal dengan nama samaran letter "Z" atau Tuan Shabir. Pak HAMKA begitu teliti menemukan semula Hayati dan Zainuddin dalam situasi yang berbeza. Di sinilah konflik semakin menonjol selain penceritaan sebelumnya yang kemudiannya menguji pembaca. Hayati yang pernah menghampakan Zainuddin, dan kala Aziz (suami Hayati) mati Zainuddin seolah membuang Hayati kerana dendamnya masa lalu. Tetapi Zainuddin sebenarnya berperang dengan dirinya sendiri. Hakikatnya Zainuddin tidak mampu melupakan Hayati persis Hayati tidak mungkin mampu melupakan Zainuddin. Hayati dihantar pulang ke kampung asalnya, Batipuh dengan kapal Van Der Wijck. Takdir menentukan segalanya apabila Kapal itu ditakdirkan tenggelam selepas belayar. Zainuddin disempatkan menemui cinta hatinya apabila Hayati sempat diselamatkan dalam keadaan kritikal, Di situlah cinta mereka kembali bersatu. Seolah Pak HAMKA menggambarkan kehidupan seseorang dengan begitu teliti. Ternyata saya kagum pada novel itu. Untuk sesiapa yang meminati novel jangan ketinggalan membaca "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" sebagai sebuah cerita yang membuka minda.

+ Setahun yang lalu Orang Rahsia beritahu Cerpen Warkah Buat Puteriku tersiar di dalam Akhbar Suara Permata, Negara Brunei. Pagi tadi ke Kuliah nak tengok kontrol natijah, tapi tak dapat tengok sebab pejabat kontrol tutup. Apapun, doakan keputusan peperiksaan saya cemerlang.

Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya."

Sila klik  Respon/Komen

 

11 Julai 2003 | Jumaat | 14.40 pm

Catatan 227

...Sambungan dari catatan lepas.

Bilakah Perkembangan Fiqh?

Fiqh terbentuk kerana hajat manusia kepada perundangan. Ini kerana janji Allah menjadikan manusia sebagai khalifah (pentadbir) di atas muka bumi ini. Fiqh adalah lebih khusus berbanding syariah. Namun kedua-duanya mempunyai hubungan yang akrab. Apabila fiqh dibentuk maka ia adalah sebahagian syariah yang datang mengubah manusia kepada lebih baik.

Fiqh berkembang semenjak zaman Rasulullah SAW, bahkan boleh dikatakan jika syariah itu adalah Fiqh maka ia bermula semenjak pengutusan Nabi-nabi terdahulu lagi. Ini kerana Allah tidak menjadikan agama di muka bumi ini kecuali Islam. Sejak diutusNya nabi-nabi sebelum Muhammad SAW lagi syariah Islam telah diturunkan sebagaimana tuntutan pada zaman tersebut. Sehinggalah kedatangan Muhammad SAW melengkapkan dan memansukhkan mana-mana perundangan yang bertentangan dengan yang ada kini. Saya telah menjumpai dua tokoh Islam iaitu Said Hawwa dan Al-Maududi yang berpegang bahawa tidak Allah jadikan agama melalui utusan para Nabi kecuali agama Islam. Oleh itu dakwaan bahawa Yahudi dan Kristian adalah juga agama dari langit adalah tidak berasas.

Pada zaman Rasulullah SAW penurunan wahyu dari Allah SWT membentuk perundangan Islam. Wahyu diturunkan melalui dua keadaan iaitu 'matlu' dan 'ghairu matlu'. Wahyu yang matlu datang melalui nas Al-Quran dan wahyu ghairu matlu disampaikan melalui bahasa Baginda SAW, di mana hakikat kedua-duanya dari Allah SWT.

Kita lihat bagaimana tempoh 23 tahun, Rasulullah SAW membentuk masyarakat yang asalnya jahiliyyah kepada sebuah komuniti Islam yang unggul. Pada ketika pembentukan syariat ini, setiap nas, perkataan, perbuatan mahupun (iqrar) pengakuan Baginda SAW diambil kira untuk membentuk fiqh. Wala bagaimana pun terdapat juga di kalangan sahabat Baginda yang berkhilaf bila mana sesuatu kayu ukur tidak sampai ke pengetahuan mereka. Misalnya sahabat yang mendengar Rasulullah menerangkan sesuatu hukum akan berpegang dengan penjelasan tersebut dan kemudian mereka menyebarkan perundangan tersebut kepada umat yang lain. Bila perkara tersebut tidak sampai, maka berlakulah ikhtilaf (perselisihan).

Selepas zaman Sahabat diikuti zaman tabien khilaf menjadi semakin luas. Ini disebabkan perkembangan ilmu yang pesat dan keluasan empayar Islam pada masa tersebut. Justeru pada ketika ini ijtihad sangat meluas digunakan untuk mendapatkan hukum. Ini bersandarkan kepada beberapa hadis yang diriwayatkan bahawa rasul membenarkan ijtihad dan menunjukkan pensyariatan ijtihad. Para ulamak Islam pada zaman tabien membentuk mazhab-mazhab mereka. Namun akhirnya yang kekal sehingga selepas zaman tabien yang dikenali sebagai zaman fuqaha' hanyalah empat mazhab yang telah disebutkan di atas tadi. Mazhab-mazhab tersebut masih mempunyai pengikut sehingga kini.

Apakah pertautan antara Fiqh dan Tasawuf?...(bersambung)

+ Saya agak kekuarangan masa untuk update jurnal kebelakangan ini. 6 Julai hadiri majlis ramah mesra dan penerangan Kedah MAJU 2010 oleh rombongan SUK Kedah, Dato' Wira Ku Nahar. 7 Julai berwisata ilmu di Kaherah. 8 Julai bertemu para taulan dalam mesyuarat KOFI. 9 Julai pula ke Mansurah bentang kertas kerja Insurans atas undangan Program Minggu Thaqafah DPM Mansurah.

+ 10 hb yang meninggalkan nostalgia dan hari ini 11 Julai, cuti. Tapi malam ini hajatnya nak ke Kaherah sebab esok dan lusa ada tugasan yang perlu dilunaskan. Ke Mansurah kali ini sendirian. Kali pertama ke Mansurah untuk bentang kertas kerja Ikhtilat dalam berorganisasi dua tahun lepas Nizam yang temankan. Masa itu saya cuma tahu Mansurah dua tempat Talkha dan Madinah Salam. Diperkenalkan dengan Utubis Jadid, tempat di mana terletaknya Dewan Persada Jazirah Al-Ward. Sebelum ini saya cuma bahasakan dewan itu, Dewan Banat.

+ Bentang hampir 2 jam dan soal jawab sekitar 20 minit. Banyak juga soalan sebenarnya, saya jawab setakat mampu. Akhawat ramai benar hadiri pembentangan. Mujur sudah biasa bentang, taklah gemuruh. Alhamdulillah.

+ DPM Mansurah kasi cenderahati kenang-kenangan sebuah kitab karya Dr Muhd Bakar Ismail, salah seorang ulamak Al-Azhar berjudul "Bainal Sa`il wal Faqeh." Kitab yang sangat bagus. Terima kasih DPMM. Lepas pembentangan saya dipelawa ke bilik tetamu di tingkat atas dewan untuk hidangan Nasi ayam + kuih-muih + air + anggur. MAkan sepinggan saja sebab dah makan nasi di rumah Kamal. Masa datang ingatkan ada yang menunggu di Dewan Banat, rupanya tak ada orang. Jadi kebetulan rumah Kamal tak jauh, terus ke rumah Kamal. Jumpa Anuar BP datang rasmi program yang sama.

+ Balik dari Dewan ke rumah An. Solah tak ada di rumah, dekat Maghrib baru dia sampai dari Kaherah. Sembang-sembang pasal seorang pelajar Mansurah yang jatuh bangunan dan meninggal dunia masa daur mayu lepas. Sudah ajal dia. Teringat kata-kata Us Lah Hussin masa ceramah motivasi dia hari tu "Kalau tidak mati dengan pedang, maka akan mati dengan selainnya. Sebab kematian itu banyak dan kematian itu satu." untuk menggambarkan betapa mulianya mati syahid dan Jihad fi sabililLah.

+ Setahun lepas tarikh begini, sibuk dengan PERSADA.

Kata-kata Pujangga: "Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain."

Sila klik  Respon/Komen

 

5 Julai 2003 | Sabtu | 16.00 pm

Catatan 226

Apa itu Fiqh?

Fiqh adalah undang-undang Islam yang telah disusun oleh para mujtahid berpandukan kepada dua rujukan asas Islam iaitu Al-Quran dan as-Sunnah serta masadair (punca) pengambilan hukum yang lain, secara terurai dan bertebaran di dalam lembaran pelbagai kitab. Perlakuan para mujtahid itu dinamakan istinbat (mengeluarkan hukum) sebagai suatu kemudahan kepada umat Islam. Justeru manusia biasa yang bukan mujtahid tidak berupaya mengeluarkan hukum bersendiri menyebabkan dirinya perlu mengikut mana-mana fiqh yang telah dikeluarkan oleh mujtahid.

Perkembangan fiqh Islami pada masa dahulu memperlihatkan munculnya pelbagai mazhab kerana para fuqaha' menyusun fiqh mengikut kaedah dan cara masing-masing. Namun kemudiannya hanya tinggal empat mazhab sahaja yang menjadi ikutan umat Islam pada masa kini. Mazhab-mazhab tersebut masyhur dan masih mempunyai pengikut yang ramai.

Empat Fiqh tersebut ialah:

1. Fiqh Hanafi: juga dikenali sebagai Mazhab Hanafi. Diasaskan dan disusun oleh Imam Abu Hanifah r.a bersama sahabat-sahabatnya seperti Abu Yusuf, Muhammad, Zafar dan sebagainya.

2. Fiqh Maliki - juga dikenali sebagai Mazhab Maliki. Pengasasnya ialah Imam Malik bin Anas r.a.

3. Fiqh Syafie - juga dikenali sebagai Mazhab Syafie yang disusun oleh Imam Muhammad bin Idris As-Syafie r.a.

4. Fiqh Hanbali - juga dikenali sebagai Mazhab Hambali disusun oleh Imam Ahmad bin Hanbal r.a.

Oleh sebab para Ulamak Islam mengiktiraf mazhab-mazhab yang lahir sejajar dengan perkemabangan Fiqh Islami maka sudah tentu membolehkan berlakunya perselisihan antara pendapat-pendapat para imam yang berlainan itu. Namun perbezaan pendapat itu hanyalah pada perkara-perkara yang cabang, dan tidak menjejaskan perkara usul. Ini kerana perbezaan kaedah dan usul yang digunapakai oleh para imam bagi menentukan perundangan mazhab mereka.

Walau bagaimanapun para ulamak Islam berpendapat bagi seseorang muslim wajib berpegang dengan salah satu mazhab yang empat tersebut. Ini kerana kelemahan penguasaan terhadap hukum-hukum yang didatangkan melalui nas Al-Quran dan As-Sunnah.

Bilakah perkembangan Fiqh? ... bersambung!

Kata-kata pujangga: "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata." (Kiriman seorang kawan)

Sila klik  Respon/Komen

 

3 Julai 2003 | Khamis | 10.00 am

Catatan 225

+ Mulai Julai 2003 saya akan menulis catatan dengan bilangan pasca setahun online. Sebermula 1 Jun sehingga 30 Jun saya telah mencatat 224 catatan di PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P  (versi http://akhimasrawi.cjb.net, tidak termasuk versi lain. Maka bermula Julai 2003 pembaca Jurnal Jalan Hidup akan bertemu dengan catatan yang ke 225 dan seterusnya.

+ Badan masih letih. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Iskandariah mendiskusi buku al-Qaumiyyah fi mizanil Islam karya Ustaz Abdullah Nasih Ulwan untuk peserta NPD kali ke-4. Pembentangan memakan masa hampir dua jam termasuk satu soalan (itupun masa dah terlanggar). Saya tak dapat tumpukan perhatian untuk membentang dan mendiskusi dengan baik. Barangkali kerana faktor masa adalah jam 2.00 - 4.00 petang (waktu perdana), markaz DPM Iskandariah yang hampir dengan landasan kereta api, sepanjang mendiskusi diganggu oleh kebisingan kereta api. Aduh! Idea mati. Pengalaman yang baru saya temui, selalunya gangguan sekadar peserta bercakap-cakap, pintu bilik atau dewan terkuak, bunyi loceng atau ketukan di pintu - tetapi di Iskandariah gangguan adalah bunyi kereta api. Tumpuan saya juga tak dapat memfokuskan dengan baik susur-galur isi pembentangan kerana peralatan yang saya perlukan tidak memadai. Walau bagaimanapun salah saya juga kerana tidak memaklumkan awal hendak menggunakan alat-alat bantuan.

+ Sempat meriwayatkan lima buah kisah Juha semasa pembentangan. Kisah-kisah itu saya ceduk dari Jurnal Qahafi, kawan semenjak sekolah menengah sehingga ke kuliah. Kini satu-satunya kawan satu sekolah yang menulis weblog, menyaingi saya. Orang lain belum saya temui. Mungkin ada, barangkali juga tiada.

+ Saya membuat kelainan apabila membentang dan mendiskusi buku itu dengan meletakkan manhaj yang kucar-kacir. Saya nak menceritakan semua perkara yang saya ingat. dalam tempoh yang amat terhad. Saya nak katakan pada mereka yang saya faham dari gerakan al-qaumiyyah itu bukan hanya setakat ianya satu ideologi yang merbahaya kepada umat Islam dan ditentang, malah ianya adalah salah satu alat kepada Sekularisme. Sebagaimana liberalisme, sosialisme, kapitalisma, komunisme, Marxisme, dan isme-isme yang lain lagi Nasionalisme (al-Qaumiyyah) juga alat beruapa ideologi yang mempunyai maksud yang sama demi menjayakan Sekularisme iaitu gerakan pemisahan di antara agama dan pentadbiran (politik). Meskipun di antara isme-isme itu ada bertentangan. Dari maksud kedua gerakan itu ditaja oleh Free-mason atau Zionis Yahudi demi menjayakan agenda mereka iaitu menegakkan kerajaan Israel Raya bermula Furat (Iraq) ke Nil (Mesir).

+ Mereka bukan sahaja menyerangi pemikiran dan meracuninya untuk menyesatkan umat Islam (akidah) tetapi juga bertujuan politik. Dari sudut perencanaan mereka menggunakan segala cara dan semua teknik yang ditemui. Sebahagian mereka menyerap masuk ke dalam Misionari (Gerakan kristianisasi) untuk menyerang akidah Umat Islam dan mengkristiankan (baca memurtadkan akidah umat Islam). Untuk menjayakan misi itu munculnya gerakan orentalisme selepas kurun ke 16 menyerang dari sudut keilmuan. Manakala serangan dari sudut politik berterusan dengan penyerapan ideologi-ideologi mereka ke dalam negara umat Islam.

+ Saya katakan begini: Mereka sudah pun berjaya lantaran selain menggunakan imprealisme untuk tujuan menjajah, mereka juga memperkenalkan nasionalisme di kalangan warga peribumi untuk menentang yang akhirnya berjaya untuk mewujudkan pemetaan wilayah-wilayah yang lebih kecil dan mewujudkan negara bangsa yang berkiblatkan perlembagaan dan cara yang mereka tinggal. Imprealisme bukan hanya sekadar gerakan mencari jalan ke timur untuk mendapatkan perdagangan rempah, malah untuk menyebar-luaskan fahaman dan ajaran kristian bagi menjayakan visi penubuhan Negara Israel Raya. Di antara cara yang mereka lakukan untuk menjayakan negara Israel raya ini adalah dengan menjatuhkan khilafah Islamiah kerana di situlah pemusatan kekuatan umat Islam. Justeru mereka menggunakan semangat nasionalisme untuk mengapi-apikan Bangsa Arab ketika itu untuk mengecam pentadbiran Turki Uthmaniah dengan slogan mempergunakan khilafah untuk menguasai Arab. Selain itu mereka (Yahudi) turut menggunakan kaedah memasukkan ideologi sekular melalui penyerapan Kamal Atartuk bersama para penyokong liberal dengan menggunakan slogan demokrasi dan pilihanraya demi menggulingkan kerajaan Khilafah Islamiah Turki Uthmaniah.

+ Khilafah Turki tumbang pada 1924, Seawal sebelum itu sudahpun muncul bibit-bibit untuk menjatuhkan Khilafah dan membentuk Negara Israel oleh yahudi dan Zionis. Mereka yang berkiblatkan Talmud dan Protokol Zionis, mempergunakan semua cara dan lapangan demi menjayakan visi mereka itu. Gerakan berteraskan keagamaan dan penyerangan ideologi berterusan sehingga kini. Senjata peperangan dipelbagaikan dengan meluas.

+ Selepas pembentangan cuma sempat disoal satu soalan, itupun sepatutnya masa sudah usai. Soalan apakah perbezaan antara al-Qaumiyyah (Nasionalisme) dan al-Wataniah (Patriotisme). Saya menjawab sebagaimana kefahaman saya bahawa al-wataniah adalah unsur yang ada dalam al-qaumiyyah. Ini beradasarkan al-wataniah (perasaan cintakan negara dan mendahulukan negara dalam apa jua hal) adalah juga rukun kepada al-qaumiyyah di mana al-qaumiyyah meletakkan dua aspek penting iaitu bangsa dan negara. 

+ Masa nak balik, sempat berjumpa maksu. Hajat nak pulangkan semula sampul yang saya rasa darinya berisi wang untuk beli kitab 'alful lailah wa lailah'. Tapi maksu tak mau ambil. Bergurau dengan dia kata saya nak makan ketam, tapi ajk hantar ayam. Maksu kata bersyukurlah dengan apa yang ada. Saya insaf. Hajat nak bergurau saja. Anak ke-2 memang suka bergurau. :) Cakap nak ke rumah dia. Hehe... sebenarnya nak risaukan dia, sebab dia pernah risaukan saya (kononnya nak singah satu coaster tika balik dari mator di rumah saya). Sebenarnya memang saya sendiri tahu, tak boleh. Alasan pertama qarar. Kedua... saya dan maksu saya bukan mahram (sebab saya anak saudara pupu).

+ Teringat masa pergi mengajar di Mansurah dulu, seawal kelas saya dah berpesan kepada banat-banat yang mengikuti kelas saya tu, kalau mengantuk boleh tidur. Di Iskandariah saya tak pesan begitu, bukan sebab tak mahu tengok mereka lena dalam program tapi, kalau saya pesan saya risau ramai pula nanti salah anggap. walau bagaimanapun komitmen dan penumpuan para akhawat kepada diskusi saya sangat baik. Terasa dihargai. (Selain cenderahati (buku Qadhiyatul Irhab) dan cenderasaku yang diberi kerana pada saya ucapan terima kasih yang dilafazkan dan respons yang baik adalah dua bentuk penghargaan yang lebih bernilai dari kebendaan).

+ Pulang ke Rumah PMRAM, tengok Pakya sedang lena dan lebih 10 orang pelajar-pelajar dari Ma'had Syubra memenuhi rumah. Mereka dalam rehlah membawa penuntut Madinah. Sembang alakadar dan berkemas untuk pulang. Kejutkan Pakya dan kami turun ke suq' Asafirah. Tengok ikan tongkol (kalau Kelantan panggil ikan Aya dan kat Pulau saya panggil ikan Yu) sekilo Le 6, beli seekor. Ketam, sotong dan udang tak sampai lag agaknya. Beli epal 3 kilo sebab besar-besar dan cantik-cantik. Susah nak dapat epal macam tu di Tanta. Buah-buah banyak dengan harga yang berpatutan. Cuma Mangga yang agak mahal.

+ Naik sebuah Tramco ke Mauqif (Mau'af) Misr. Saya beritahu Pakya, di Iskandariah orang gunakan isyarat untuk menahan tramco. Jadi mereka dah dilatih dengan pelbagai isyarat. Kalau di Tanta dan tempat lain, ada budak tramco yang akan kelui (memanggil-manggil) dengan menyebut nama tempat yang hendak dituju tetapi di Iskandariah berlainan. Pakya tanya saya kalau israya ke atas pergi mana? Saya kata kalau isyarat ke atas perli langit... hahaha kami ketawa sama-sama. Dalam tramco ada dua orang budak perempuan duduk di kerusi depan kami. Seorang budak perempuan (yang adik) memandang saya. Agaknya jarang tengok orang luar. Saya kenyitkan mata kepadanya (ngurat). Budak tu tersipu-sipu malu, agaknya. Dia tersenyum simpul. Tak lama lepas tu dia pandang lagi saya, saya kenyit sekali lagi mata. Dia tersipu-sipu lagi. Hah :) berjaya mengurat kali ini. p/s: usia budak perempuan tu saya rasa lima atau enam tahun.

+ Sampai di mau'af, ambil Puejoet dan bertolak pulang. Sampai di Tanta dah jam 8.30 malam.

+ Ok ini bukan catatan Iskandariah lagi, ini satu soalan: Mak saya pernah pesan pada saya, kalau gelas yang digunakan untuk isi air sejuk (berais) jangan gelas yang sama digukanakan untuk mengisi air panas. Katanya nanti gelas itu akan pecah atau retak. Kenapa ya?

Kata-kata Pujangga: "Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."

Sila klik  Respon/Komen

Baca Catatan lalu

~Diri yang masih mencari identiti ibarat sebuah perjalanan menongkah arus di lautan samudera...~

Pujangga - mahasiswa - cabaran - pengajian - perjuangan - keyakinan - optimis - keorganisasian - keterbukaan - karisma - kehidupan - keilmuan - idealisme - penulisan - impian & harapan - yang...!

 

Capaian Alternatif

Capaian Arkib:

© Hak cipta dipelihara - Laman S E N T U H A N P U J A N G G A 1980-2003 - e-mel: [email protected] (YM ID: mypujangga)
~ untuk paparan terbaik: IE 5.0 800 x 600 & text size: medium ~

Hosted by www.Geocities.ws

1