JURNAL PUJANGGA Online - JALAN HIDUP |
MULAI JUN 2002 |
|
Arkib Jun 2002 30 Jun 2002 | Ahad | 23.00 pm
Catatan Satu
Enam hari aku tak menulis entry untuk
Jalan Hidup. Aku sibuk. Mungkin kerana
minda aku letih sangat. Memikirkan itu dan ini. Alhamdulillah... aku
dapat curi
juga peluang untuk menulis walaupun sedikit sebelum tirai Jun 2002
dilabuhkan. Sempena Jun sebagai bulan pertama aku menulis jurnal Pujangga
Online - Jalan Hidup versi geocitie.com dan Jurnal
Pujangga Online - Untaian Masa versi kepompom.com aku belajar
banyak perkara. Dulu aku tak pernah terfikir untuk menulis catatan hidup
di Frontpage 2000 kemudian di upload ke dalam sawang di legar maya yang
seni, santak itu berpeluang bermesra dengan bahasa HTML yang memeningkan.
Tapi kini semua tu telah aku lalui. Sedikit demi sedikit pelajaran aku
temui. Dan tempoh percubaan selama sebulan
kini hampir berakhir sebagai salam pembuka hidup aku dan jurnal. Barangkali
sebab aku terpaksa menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara lain sehingga
masa untuk berada di depan PC untuk mencatat entry setiap hari tak mampu aku
laksanakan. Lihat sahaja 25 Jun aku kena hadiri mesyuarat Eksekutif
Pelaksana Perayaan Satu Dasawarsa (PERSADA) Tanta. Aku memikul amanah
sebagai Ketua Pengarah. Tugas dan amanah yang sangat berat...sehingga aku
rasa tak layak untuk itu. Tetapi taklif yang ditentukan adalah taklif
daripada Allah sebenarnya. Aku tak minta jawatan itu, jadi aku harap Allah akan sentiasa
tolong aku untuk melaksanakan tugas berat itu. 26 Jun aku tunggu Pidi dan
Naim yang janji nak tolong aku ke pasar untuk beli barang-barang untuk
memasak kenduri majlis akad nikah Us Asri. Tapi tunggu punya tunggu akhirnya aku
menapak seorang diri menunaikan kerja itu. Pidi bagi alasan ada tamu dan
Naim murung susah hati mungkin sebab natijah Al-Quran. Malamnya aku masih sibuk untuk sediakan keperluan
memasak. 27 Jun memasak untuk Us Asri (Tanta), cuma kuew teaw goreng +
nescafe panas (mamat tolong sediakan di rumahnya) + kek (disediakan oleh banat Mansurah).
Aku menggoreng kuew teaw di bait izzah ganggu tukang-tukang masak lain
memasak untuk program bersama kedutaan. Akhirnya Us Asri
mengakhirkan zaman bujangnya bersama isteri, Ustazah Radin Seri Nabahah bt
Ahmad Zabidi (Mansurah). 28 hb ke rumah Us Hafiz untuk hantar kertas kerja:
Melahirkan Perancang Yang Baik untuk pembentangan KOLDI 2. Kemudian
habiskan masa dengan ziarah Wan dan Hafiz yang akan pulang ke Malaysia. 29
Jun KOLDI 2 aku kena masak lagi... :) Bayangkan sebagai seorang ex-officio
kena juga memasak bersama pertolongan Lib dan Pidi (mee goreng) daging.
Malam 29 mesyuarat PERSADA kali ke 2 bermula selepas KOLDI dalam sekitar
pukul 11 malam dan berakhir pukul 1.30 pagi. 2 jam setengah bermseyuarat
meletihkan. Itu kira pantas tu. Kau bayangkan Eksekutif seramai 18 orang
bermula dari pengarah sehingga akhir. Tapi bila fikir-fikir balik kira
satu perkara biasa sebab aku pernah masuk meyuarar panel perancang kertas
kerja PERSADA yang memakan masa hampir 7 jam atau lebih. Mengenangkan
pengorbanan orang lain kita patut sedar kalau kita susah ada orang lain
yang lebih susah daripada kita.:) Sehingga
mesyuarat PERSADA kali ke 2 semalam hanya plan tindakan fasa satu dan dua
untuk sesetengah unit dah berjalan dengan baik. Mesyuarat
Eksekutif kali pertama dan kedua berjalan lancar walaupun ada beberapa orang Eksekutif yang tak
dapat hadir bersebab. Gerak kerja fasa satu dan dua seputar setiap unit mengadakan
mesyuarat AJK kecil unit, penentuan AJK, sebaran makluman dan promosi
iklan dan mutabaah Eksekutif yang belum maklum. Fasa 2 bermula 29 Jun 10
malam mesyuarat Eksekutif kali kedua dan pembentangan laporan gerak kerja
unit. So aku kena prepare untuk buat mesyuarat tu selancarnya. Fauzi (S/u)
dah maklum dan aku harap dia hadir... kalau tak terpaksa tugas S/u diambil
alih Eksekutif lain. Semalam
KOLDI kali ke 2 hanya 23 pelajar yang hadir berbanding kali pertama.
Pelajar-pelajar lain ada yang dah pulang bercuti di Malaysia, ada yang
sengaja tak hadir dan ada yang tak maklum mungkin. Apapun program tarbiyah
seumpama itu memang tiada sambutan sangat. Tugas aku dah selesai. Aku dah
anjurkan. Kehadiran itu tugas ahli. Aduh
seminggu otak aku berselirat dengan tugas dan karenah persatuan. Memikul
amanah sebagai Ketua Pengarah amat meletihkan. Semua perkara setiap unit
perlu difikirkan. Aku harap semua Eksekutif PERSADA akan bertindak dengan
sewajarnya demi kelangsungan gerak kerja dan berjayanya PERSADA yang
akan dilaksanakan pada 7 Julai nanti. Aku harap kau tak gelisah dengan
membaca kepenatan aku ni! Andai kau dapat gambarkan kesibukan dan
kepenatan aku... apa lagi orang yang memikulnya. Catatan
Dua Hidup ini dibebankan dengan
tugas-tugas. Ianya aku sedari bermula ketika di sek men lagi. Sehingga
berada dalam pengajian di Universiti masih dilamar memegang jawatan dan
melaksanakan tugas. Sewaktu kecil adakah tak ada taklif? Aku terfikir
lagi. Sewaktu menyelak-nyelak salah satu entry dalam jurnal Rudy
Bluehikari aku terbaca sebuah kisah bagaimana seorang remaja Jepun yang
tertekan dengan pelajaran bisa membuat kapal terbang kertas untuk
dilontarkan ke udara. Kapal terbang kertas (jet) itu membawa impiannya
mengembara di ruang angkasa yang luas. Barangkali seorang siswa seperti
aku perlu juga berbuat begitu untuk melepaskan tekanan:) Kata
orang hidup
tanpa tekanan, mungkin baru separuh kadar. Tidak pernah rasa nikmat
gembira, tidak pernah merasa duka. Sesekali terfikir sendiri... untung
jadi budak-budak. Zaman yang tak perlu memikirkan sangat tentang urusan
kehidupan. Tetapi zaman tu dah berlalu. Ianya tak akan berulang lagi untuk
diri aku. Teringin untuk kembali ke zaman itu, tapi apakan daya hidup
bukan ibarat 'mesin masa' seperti dalam filem. Sebab sesuatu yang mungkin
berlaku dalam sesebuah filem selalunya tidak boleh disamakan dengan realiti hidup
kerana ianya hanya sekadar sebuah lakonan. Plot-plot dan babak cerita hanya
disusun untuk
menyihir penonton. Hal yang sama berlaku dalam penulisan kreatif (Novel
& Cerpen). Aku rasa enmiya atau penulis-penulis kreatif lain lebih
arif. Dalam novel dan cerpen penulis mewujudkan watak, meletakkan dan
menggayakan sifat dan melayarkan watak-watak tadi di atas latar yang membentuk
plot-plot cerita. Tapi kehidupan mungkin kita boleh mewujudkan watak dalam
diri sendiri kemudiannya melayarkannya di atas latar kehidupan dengan
plot-plot yang tak sama dengan apa yang berlaku dalam dunia rekaan tadi.
Kecuali jika novel atau cerpen tadi diadaptasi dari kehidupan sebenar
orang lain. Kadang-kadang ada titik persamaan di antara ceritanya dengan
kehidupan yang kita lalui. Aku
dipanggil ke bilik mesyuarat sekolah. Aku gementar. Akal aku ligat
berfikir... sepanjang hari adakah aku ada buat salah. Seram sejuk terasa.
Aku berjalan jitu menuju ke bilik mesyuarat sekolah menengah itu seorang
diri. Ketika itu aku form 3. Bilik meyuarat sekolah terletak di 'wisma
pentadbiran' tingkat dua. Bila sampai saja di depan bilik mesyuarat aku
lihat banyak kasut-kasut hitam dan kasut-kasut guru di depan pintu yang
tertutup rapat. Aku ketuk dengan hormat. Daun pintu terkuak seorang
pengawas sekolah membuka pintu. Aku memberi salam dan dipelawa masuk.
Gementar masih bersisa. Aku duduk
tanpa disuruh. Guru Pengawas sedang berucap. Aku mendengar tanpa minta
permit untuk mengetahui rahsia badan pengawas. Aku pelajar biasa tika itu.
Kemudian mereka meneruskan agenda seolah-olah aku tidak hadir dalam
kelompok mereka. Aku hanya diam memerhati dan mendengar setiap apa yang
dibincangkan. Lama aku dibiarkan sehingga bertukar-tukar agenda cikgu
mengumumkan aku dilantik sebagai anggota badan pengawas sekolah bermula
hari itu. Aku terkedu... diberi amanah itu. Sejak hari itu episod hidupku
sebagai pelajar biasa yang bebas terasing daripada diri. Aku memulakan
kehidupan baru sebagai anggota BPS. Tapi aku tak pernah merasa gembira...
kecuali bila sudah memahami kerja berorganisasi dan terasa manisnya
ditarbiyah aku mula mengukir senyum gembira dipilih Allah menjadi pimpinan
pelajar di sekolah itu. Catatan
Tiga Berakhirnya tirai Jun Dengan
berakhirnya Jun pada 30 hb maka genaplah usia jurnal Pujangga Online -
Jalan Hidup selama sebulan. Nak tahu beberapa rahsia Jalan Hidup??? Pujangga
Online - Jalan Hidup mulanya aku nak namakan lain. Tetapi entah macam mana
terpilih nama tu. Aku mengenali Jurnal pada sekitar hujung tahun 2000.
Jurnal pertama individu yang aku masuk ialah jurnal nett... kemudian Rudy
dan beberapa jurnal yang aku dah lupa. Aku cuma minat membaca waktu itu.
Baca tentang catatan orang memang best...apalagi bila catatan tu
kadang-kadang mirip seperti kehidupan kita pula. Tetapi minat tu tak
berkembang biak memandangkan tidak kerap berpeluang masuk cc atau lebih
tepat tak sempat nak selalu surf sebab masuk cc untuk tujuan baca emel,
berita dan berchating. Tahun 2001
aku mula jumpa balik jurnal-jurnal individu. Kemudian timbul niat nak
menulis jurnal sendiri. Tapi banyak halangan. Antaranya aku buta IT waktu
tu. Banyak perkara yang aku tak tahu. Impian berkubur semula. Awal 2002
minat itu timbul lagi... aku pendamkan selama hampir 5 bulan. Pada Mei
2002 aku mula membina sawang menggunakan program frontpage 2000 di pc
member serumah. Timbul lagi halangan... percubaan untuk upload gagal. Aku
buntu... tak tahu siapa yang boleh tolong. Aku tulis terus.... Catatan
dalam jurnal itu yang asalnya aku tak namakan apa-apa untuk jurnal itu.
Aku sibuk dengan imtihan pada Mei dan awal Jun. Namun Jun yang terluang
aku gunakan untuk cuba upload dan publish lagi. Aku hanya bernar-benar
berjaya upload jurnal aku pada 13 hb Jun di URL: www.geocities.com/pujangga1.
Tetapi entry yang dimasukkan bermula 1 Jun. Entry selepas itu 4, 8,
12,hanya sebenarnya menemui pembaca pada hari 13 tersebut. Tamu pertama
yang mengunjung hasil kerja aku ialah kinanah1 dan dia isi guestbok versi
gc. Di kalangan geng jurnal yang paling awal ialah cik daun. Dan dia geng
jurnal pertama yang balas msg YM aku. Entry 14, 16, 17, 18, 19, 21, 24 dan
entry ini 30 Jun menemui pembaca pada tarikh dimasukkan. Aku menulis
tarikh masuk entry bukan tarikh membuat catatan. Dan aku 'mekap' jurnal
aku dengan masukkan guestbook versi kedua dan juga counter pada 16 Jun.
Kemudian disusuli pula dengan chatterbox di arahan jum chat!. Entry 18 Jun
aku iklankan sesiapa nak tolong aku buat banner... Putri tawar diri...
akhirnya banner Pujangga Online Jalan Hidup siap dan dipamerkan. Thanks
Putri! Dan hari ini Jun berakhir...
Untuk menanti Jun datang lagi untuk membolehkan Jurnal Pujangga Online
Jalan Hidup genap usia setahun masih jauh perjalanannya. Apapun detik itu
akan tiba juga. Cuma samada aku masih menulis Jurnal atau tidak itu tak
boleh ditentukan lagi. Mungkin akan berlaku banyak perubahan dek perubahan
masa. Cumanya aku sedang terfikir kalaulah Jun tahun depan menjengah...
dan aku masih menulis JURNAL bilakah tarikh sesuai untuk aku letak sebagai
tarikh ulang tahun Jurnal Pujangga Online Jalan hidup ni??? Adakah
1 Jun (Entry pertama) atau 13 Jun (Hari aku berjaya upload dan publish di
geocities.com setelah beberapa percubaan sebelumnya gagal), 16 Jun (Hari
letak counter, atau bila??? Apa pendapat kau? Berjumpa di Julai nanti.
Selamat tinggal Jun. Selamat datang Julai! Berakhir
catatan Jun...
24 Jun 2002 | Isnin | 20.35 pm
Catatan Satu
Respon
Putri menunaikan janjinya. Kantung emel
aku disapa emel daripada Putri bersubjek banner. Aku sudah tak sabar untuk
melihat hasil kerja Putri. Alhamdulillah cun, smart, ringkas dan menarik.
Kalimah yang patut dahulu kuucapkan buat Puteri ialah ucapan 'terima
kasih'. Dengan terhasilnya banner yang Putri siapkan untuk aku tu maka
bolehlah aku pamerkan banner tersebut. Akhirnya
Kak Aquil menjengah juga ke Jurnal Pujangga Online - Jalan Hidup. Mungkin
setelah perasan aku meninggalkan bekas di guestbook jurnalnya. Jurnal Kak
Aquil hanya entry terakhir pada April. Ini bermakna Akak Aquil sudah lama
benar tak update dia punya sawang. Aku
tidak tahu samada enmiya telah menjengah Jurnal ini atau belum sebab tiada
kesan catatan daripada enmiya di Anjung Tamu Jalan Hidup. Apapun aku masih
menanti enmiya mengisi Anjung Tamuku. Catatan
Dua Rencana Apa
Ada Pada Sebuah Mesyuarat? Selain
menggambarkan perhimpunan beberapa orang penting untuk berbincang satu
atau lebih perkara yang menjadi agenda, mesyuarat akrab dengan kebosanan.
Tanyalah sesiapa juga yang pernah mengikuti mesyuarat; pasti mereka akan
berkata "Mesyuarat! ala... bosan betul!" Seorang pengkaji pernah
menulis di dalam bukunya tentang teknik-teknik dan persedian mesyuarat di
mana satu noktah penting bahawa mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang tidak
memakan banyak masa. Ia padat, ringkas dan tepat mencapai keputusan apa
yang menjadi agenda. Banyak
kategori mesyuarat sebenarnya. Mesyuarat Agung, mesyuarat bulanan,
mesyuarat mingguan, mesyuarat tergempar, mesyuarat program, mesyuarat
muhasabah dan sebagainya. Namun boleh dikatakan tidak semua dari kalangan
manusia pernah mengikuti semua jenis mesyuarat kerana mesyuarat tidak
menghimpunkan semua manusia dalam sesuatu pertemuan sebaliknya hanya
menemukan ahli mesyuarat terbabit. Ahli pula menerima jemputan untuk
menghadiri mesyuarat tersebut melalui surat jemputan hadir mesyuarat yang
terisi butiran tentatif dan agenda- agenda mesyuarat tersebut. Mesyuarat
adalah medan untuk mencari kata sepakat, mengeluarkan idea, menilai
kekuatan, mengubah kelemahan, muhasabah dan sebagainya. Tetapi ada
individu yang hanya menjadikan mesyuarat medan untuk memenangkan idea
sendiri, lantaran setiap idea yang dikemukakan oleh orang lain pasti
ditolak dengan seribu alasan. Lebih-lebih lagi jika pandangan itu
diluahkan oleh orang yang sememangnya tidak sebulu dengan individu
tersebut. Jelasnya masih ada yang tidak memahami tuntutan mesyuarat itu
sendiri. Mesyuarat bukan medan perbalahan untuk menunjuk siapa yang
'power' tetapi ianya medan mencari kesepakatan. Masyuarat
agung biasanya diadakan setahun sekali dan mempunyai beberapa agenda.
Antaranya di sana berlaku rombakan pimpinan dalam sesebuah pertubuhan/
persatuan. Mesyuarat agung tahunan juga kadangkala dikenali dengan
muktamar sanawi, perhimpunan agung, mesyuarat agung tahunan dan
sebagainya. Ianya adalah medan yang menghimpunkan ahli-ahli persatuan yang
dijemput hadir untuk bermuhasabah tentang aktiviti, penyata kewangan,
laporan persatuan, pembentangan cadangan belanjawan dan beberapa agenda
lain bersandarkan kepada pertubuhan/persatuan itu sendiri. Sewaktu
kewafatan baginda Rasulullah saw para sahabat berkumpul di sahah Bani
Sa'idah untuk bermeyuarat melantik pengganti (khalifah) yang layak
mengepalai urusan umat Islam waktu itu. Beberapa orang sahabat yang hampir
dengan Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar
Al-Khattab dan Saidina Ali kw ketika perhimpunan itu diadakan masih berada
di sisi jenazah Rasulallah. Apabila mendapat tahu bahawa para sahabat yang
lain telah pun berkumpul untuk mencari pengganti (ketua negara) Saidina
Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Abu 'Ubaidah
bergegas ke tempat di mana pertemuan itu diadakan. Dengan
kehadiran ketiga-tiga sahabat Rasulullah itu tadi telah melepaskan
kebuntuan untuk pemilihan khalifah di mana pada awalnya golongan Ansar
yang dikepalai oleh Saad bin 'Ubadah telah berpidato mencari pengaruh
untuk menjagi ganti kepimpinan Rasulullah. Apabila ketiga-tiga sahabat
tadi tiba maka Saidina Abu Bakar pun berpidato. Antara isi pidatonya
beliau menyatakan peranan Rasulullah diutuskan oleh Allah swt untuk
menyampaikan kebenaran dan menyeru kepada Islam, menyatakan kelebihan
Muhajirin dan menyebut-nyebut sumbangan Ansar, melarang bersifat dengki
yang merugikan serta mencalonkan Saidina Umar dan Saidina Abu 'Ubaidah
untuk dibaiatkan (diberikan kesetiaan) sebagai khalifah. Mendengar apa
yang diperkatakan oleh Saidina Abu Bakar, Khabab bin Munzir bangun
memprotes dengan menyatakan kepentingan untuk bersatu hati tidak tunduk
pada seruan Abu Bakar malah menyeru andai tiada kesepakatan biarlah mereka
beramir secara berasingan. Saidina
Umar membantah perpecahan yang dianjur Khabab kerana tidak dapat berhimpun
dua kepala dalam satu kekuasaan. Abu 'Ubaidah pula dengan tenang tampil
berkata: "Wahai kaum Ansar! ingatlah bahawa kamulah yang mula-mula
menjadi penolong dan pembela, janganlah kamu juga yang menjadi pemecah dan
penukar." Dengan tangka Basyir bin saad tampil mengiyakan apa yang
dituturkan Abu 'Ubaidah. Melihat keadaan yang hampir reda maka Saidina Abu
Bakar sekali lagi mencalonkan Umar dan Abu 'Ubaidah untuk dibaiat. Namun
kedua-duanya dengan penuh tawaduk menolak. Lalu Umar menggenggam tangan
Saidina Abu Bakar dan terus berbaiat. Kemudian disusuli pula oleh Abu
'Ubaidah, Basyir bin Saad dan seterusnya hadirin yang hadir di Sahah Bani
Sa'idah itu. Natijah mesyuarat itu Saidina Abu Bakar terpilih sebagai
khalifah mengganti Rasulullah dalam urusan kaum muslimin berdasarkan suara
persetujuan mesyuarat dan kelebihan yang dimiliki Abu Bakar di mana beliau
adalah orang yang hampir dengan Rasulullah dan pernah disuruh menjadi
ganti imam oleh Rasulallah. Jelasnya pimpinan/ khalifah Islam dipilih
melalui mesyuarat. Lihatlah sejauh mana peri pentingnya sesebuah mesyuarat
jika dimanfaatkan. Kini, samada
mesyuarat itu akan menatijahkan kebosanan atau tidak ia bertitik tolak
sejauhmana peri pentingnya agenda yang bakal disyurakan dalam perhimpunan
mesyuarat itu. Selepas
mesyuarat juga secara adatnya disediakan jamuan. Tidak kiralah samada
jamuan itu cuma sekadar jamuan ringan atau minuman teh semata-mata. Jadi
sementara menanti mesyuarat tamat; dengan keletihan yang melilit badan,
mata yang mengantuk, kebosanan dengan leteran dan perbalahan sidang, ada
yang sempat melabuhkan sejenak kelopak mata dan membiarkan masa mesyuarat
berlalu begitu sahaja. Apabila majlis yang lazimnya dimulai dengan ucapan
pengerusi itu berakhir juga dengan ucapan penangguhan maka mata pun
kembali segar. Mesyuarat
menemukan orang-orang penting (VIP), sebagai contoh dalam perhimpunan OIC,
Liga Arab, G 15 dan sebagainya untuk membincangkan pelbagai isu penting.
Tetapi acap kali
apabila sidang ditangguhkan tiada natijah yang memberangsangkan dicapai.
Apakah boleh disamakan mesyuarat-mesyuarat seperti itu tidak ubah laksana
perjumpaan gebang-gebang di warung kopi? Fikirkanlah! Catatan
Tiga Nostlagia Damainya
tinggal di kampung. Kau boleh bayangkan sendiri, melihat kehijauan alam,
berteman usik-usik kicau burung dan unggas, sawah padi yang luas
terbentang, pokok-pokok buah-buahan, sungai untuk mandi-manda dan
macam-macam lagi panorama kampung. Tapi waktu pagi di kampung sejuknya usah cakap. Aku
masih ingat sewaktu kecil- kecil kala zaman sekolah rendah kalau
bangun pagi untuk ke sekolah mak mesti suruh mandi, walaupun memang mandi
dengan air telaga yang dalamnya sepuluh kok, sejuknya Allahuakbar! memang
tak usah 'kobar'. Air telaga yang sejuk tu menyebabkan aku sering tak
lebih dari dua timba saja. Apa taknya kalau lebih dari dua timba aku rasa
kena naik atas rumah berselimut semulalah jawabnya. Masa zaman sebelum
berkhatan begitulah keadaannya. Kadang-kadang cuma basuh kepala
saja...tanda mandi. Bila mak tanya dah mandi ka? Aku pun buat-buat
menggigil sejuk dan kepala yang basah menandakan aku dah mandi. Rumah
kampung... ada telaga, ada sungai kat belakang rumah, ada semak samun
untuk main polis 'tantre' dan 'aci sembunyi' (sorok-sorok). Rupanya
dengan mandi waktu pagi... badan akan jadi segar. Tu sebab mak suruh
mandi. Pernah sekali (hari tu hari Ahad) hari perhimpunan rasmi sekolah,
disebabkan aku bangun lewat maka aku culas untuk mandi. Aku cuma
basuh-basuh kepala dan muka saja. Bila hadir ke sekolah dan kena beratur
untuk perhimpunan dan kebetulan pula perhimpunan pagi tersebut memakan
masa yang agak lama... aku hampir pitam. Mataku gelap, pandanganku kabur
dan pening serta lenguh sendi-sendi. Aku terasa nak rebah dan mujur tak
rebah bila sempat tindakan luar kawalan aku cepat-cepat pergi ke kerusi
batu dekat kawasan perhimpunan dan duduk. Ada seorang cikgu datang dan
bertanya. Aku cakap aku nak pitam dan pening. Cikgu tu kata muka aku pucat
lesi. Kemudian cikgu tu tanya mandi tak pagi tadi? Aku menggeleng. Cikgu
tu tanya lagi "Makan?" Aku jawab tak. Aku memang jarang makan
pagi. Perut aku tak lalu nak terima makanan kalau waktu pagi. Hasilnya aku
diajak cikgu tu ke kantin untuk 'pekena' secawan susu dan roti. Mulai hari
tu aku tanam azam mesti mandi pagi untuk badan segar. Patutlah mak selalu
ambil berat! Bila dah berkhatan dan tahu pasal agama Islam sikit-sikit
pasal kewajipan solat dan kena berwudhu' Aku kena tambah lagi setimba
menjadikan waktu pagi aku 'gayung' tiga timba. Timba pertama untuk jirus
badan biar basah. Timba kedua untuk bilas sabun dan timba ke tiga untuk
berwudhu' jelasnya aku semakin tak takut dengan air meskipun bilangan
timba semakin bertambah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Catatan
Empat Mesir Pound
Mesir Dalam Bahaya! Reputasi
mata wang Pound Mesir semakin membimbang- kan sejak dua tahun kebelakangan
ini. Sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke Mesir (1999) nilai pound
mesir (LE) boleh dikira berada pada tahap yang lebih baik berbanding
Ringgit Malaysia (RM) selepas RM menghadapi kejatuhan nilai diserang
spekulator matawang. Waktu itu nilai pound berbanding tukaran dollar US
(USD) ialah LE 3.45 untuk USD 1, manakala RM 3.83 untuk nilai USD yang
sama. Kami para mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir sedikit terhimpit
apabila menerima 'duit' dari Malaysia yang susut nilai apabila ditukar
dengan nilai Pound Mesir (LE). Krisis ekonomi yang melanda Asia
amnya dan Malaysia khasnya menatijahkan kejatuhan nilai matawang ke tahap
yang membimbangkan. Nilai RM sebelum krisis tersebut ialah RM 2.50 untuk
USD 1. Ketika itu Negara mengaut prestasi pertumbuhan ekonomi dengan
memberangsangkan apabila dilaporkan pertumbuhan itu melebihi kadar yang
dijangkakan. Namun setelah spekulator matawang melancarkan serangan
'hasad' nya nilai dan pertumbuhan ekonomi negara merudum. Kerajaan
terpaksa memikirkan beberapa inisiatif untuk mengawal nilai RM khususnya
dan mengikat prestasi pertumbuhan ekonomi. Untungnya Malaysia
negara yang kaya dengan hasil bumi. Kita ada petroleum, gas asli,
galian-galian, kelapa sawit, dan sebagainya. Disokong pula dengan
perkembangan pesat sektor perindustrian dan pelaburan asing. Lantaran itu
nilai RM mampu 'ditahan' pada nilai RM 3.80-3.83. Tetapi malangnya
senario yang berlaku di Mesir. Nilai itu hanya mampu ditahan setelah
kejatuhannya mencapai tahap yang sangat membimbangkan. Bermula kejatuhan
sekitar tahun 2000 dengan nilai LE 3. 80 (hampir nilai ringgit). Nilai itu
kemudiannya jatuh lagi pada 2001 dengan nilai LE 4.15, LE 4.20, LE 4.25
berbanding USD 1. Pada penghujung 2001 nilai itu jatuh lagi kepada LE 4.27
dan kemudiannya semakin jatuh sehingga hampir LE 4.30. Tahun 2002 adalah
petaka kepada Mesir bila nilai LE jatuh lagi sehingga LE 4.50 untuk USD 1.
Kadar itu tidak bertahan lama bila seringkali juga ianya jatuh kepada LE
4.60, LE 4.65, LE 4.80, LE 5.00, LE 5.15 dan paling tingggi (sekadar
maklumat aku) LE 5.50. Seorang rakan pernah berseloroh dengan katanya
"Kalau Pound Mesir jatuh LE 6.00 aku nak tukar USD 1000!"
Sememangnya tidak dinafikan kejatuhan nilai pound Mesir memberi impak lega
kepada warga asing di Mesir, terutama mahasiswa kita. Apa tidaknya kadar
sedikit yang diberikan oleh keluarga di Malaysia bila ditukar nilai pound
akan menjadi banyak. Namun kejatuhan nilai memberikan ruang kepada
peniaga untuk meninggikan harga barang. Meskipun kami merasa lega dengan
nilai tukaran, tetapi tidak lega apabila ke pasar, super market,
kedai-kedai untuk membeli barangan. Harga kitab-kitab juga melambung
tinggi. Beberapa buah kitab yang menjadi keperluan kepada pelajar terpaksa
dibeli dengan harga yang tinggi dengan alasan kitab itu diimport dari luar
Mesir. Harga makanan juga naik menyebabkan masyarakat dan kami (warga
asing) merasa terhimpit dengan kadar sara hidup yang turut menjadi tinggi. Mesir
negara yang kaya hasil tani. Oleh itu tidak hairanlah jika sayuran segar
dan buah-buahan boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan. Namun
pertumbuhan perindustrian di Mesir tidak setahap yang membanggakan. Banyak
barangan terpaksa diimport dari negara luar. Barangan elektronik dari
Jepun, Taiwan, China, Malaysia dan lain-lain. Malah kenderaan, teknologi
canggih dan sebagainya masih memerlukan kepakaran luar. Ini yang
merisaukan. Barangkali Mesir juga diserang spekulator
matawang asing seperti Malaysia yang diserang G. Soros. Lihatlah bagaimana
Barat menguasai Negara Umat Islam. Ekonomi! Apabila ekonomi dikawal maka
percaturan politik juga menjadi haru-biru. Ini terbukti apabila Presiden
Mesir Husni Mubarak tidak mampu lagi lantang dalam isu Palestin apabila
setiap bicaranya memberi kesan kepada setiap nilai kejatuhan pound Mesir. Hari
ini sewaktu aku menulis ulasan ini, Pound Mesir berada pada kadar LE
4.60-4.63 di pasaran. Tetapi masih ada yang membuat pertukaran gelap
dengan nilai LE 500 hingga LE 505 untuk USD 100. Kalaulah operasi black
market ini tidak dapat dibendung besar kemungkinan ekonomi Mesir akan
lebih merudum lagi atau setidak- tidaknya hanya akan kekal pada tahap
bimbang itu. Catatan
Lima Pojok/Puisi Semalam 22 hb Jun 2002 aku dapat
berita dari tanahair tentang seorang pejuang Islam yang telah kembali ke
rahmatullah. Beliau ialah Allahyarham Datuk Fadzil Nor (Presiden Parti
Islam Se-Malaysia - Pas) yang juga merupakan ketua pembangkang di
Parlimen. Pas memperjuangkan Islam sebagai orde dalam politiknya. Ini
bermakna Pas adalah jamaah yang merupakan harakah Islamiah. Perjuangan
untuk membela Umat Islam berdasarkan apa yang dituntut dalam Agama Islam
itu sendiri. Pas menolak segala ideologi luaran yang salah dan sesat
(sesat lagi menyesatkan). Umpamanya ideologi sekularisme yang
menyingkirkan agama dalam urusan keduniaan, sedangkan agama adalah urusan
penting dalam sesebuah kehidupan. Sedih juga bila kehilangan
seorang tokoh yang berwibawa seperti Datuk Fadzil. Beliau seorang yang
sangat dikagumi penampilannya. Malah sewaktu beliau memegang pucuk
pimpinan Pas - latar perjuangan Pas semakin terserlah melalui slogan
'kepimpinan Ulamak'. Pas berjuang untuk mengembalikan negara Islam yang
sekaligus melaksanakan tuntutan sebuah negara Islam. Sewajarnya setiap
umat Islam menyokong apa yang dibawa oleh Pas. Tapi sayangnya ideologi
luar ada yang terserap masuk. Sebab itu Umat Islam tidak mampu
bersatu. Umat Islam seluruh dunia berpecah. Secara Umumnya kepada
dua golongan. Pertama; golongan yang memahami Islam dan berjuang/menyokong
berdasarkan apa yang dianjurkan oleh Islam. Kedua; golongan Islam yang
tidak faham Islam mengambil ideologi luaran untuk berjuang mempertahankan
kekuasaan. Kau di aliran mana???
21 Jun 2002 | Jumaat | 11.05 am
Catatan Satu
Respon
Putri bertanya aku sewaktu chat di YM "Apa
klasifikasi terhadap catatan-catatan yang ditulis dalam Jurnal Pujangga
Online - Jalan Hidup?" Aku terfikir sejenak. Barangkali Putri
meneliti entry Jurnal aku yang agak dan sememangnya berserabai. Tak tentu
hala subjek yang diutarakan/ditulis. Aku jawab pada Putri mungkin
klasifikasi dengan lebih teratur aku akan buat untuk entries bulan Julai
nanti. Buat masa ni atau mudahnya detik permulaan aku membina Jurnal
peribadi, aku tak mampu menyusunnya dengan baik. Ianya perkara biasa bagi
orang spesis aku. Mungkin tidak bagi spesis yang rapi dalam tindakan
mereka. Putri juga perasan aku
membuat iklan dalam entry 18 Jun minta sesiapa yang boleh tolong aku
buatkan banner (sebab aku tak tahu lagi camner nak buat). Putri nak tolong
buatkan untuk aku. Alhamdulillah
aku akan nantikan banner yang putri janji nak tolong buat tu siap...lepas tu jeng
jeng jeng... bolehlah aku letakkan banner tu sebagai pengenalan kepada
Jurnal ni. Tahrizi/ Cik Easy dalam promosinya kepompom.com dah beri aku
peluang membuka satu lagi jurnal di kepompom.com dengan URL http://www.kepompom.com/pujangga
. Aku orang baru dalam dunia Jurnal. Apa paling aku takut kalau nanti aku
jadi seperti 'hangat-hangat air masak." Bila dah sejuk hangatnya
tiada. Apapun sebagai sokongan aku kepada kepompom.com aku doakan ianya
akan kekal untuk jangka masa yang panjang. Dulu sewaktu aku kenal Melayu.com
atau senang dipanggil MDC saja, aku sempat bermesra dengan web tu selama
tak sampai dua bulan kalau tak silap. Sewaktu aku tulis entry ni MDC masih
tak sepenuhnya pulih. Terutama Pusat Karya yang sangat digemari (ruangan
Cerpen/ puisi). Sementara menanti Pusat Karya MDC pulih aku sudah hampir
hilang semangat untuk berkarya. Karya-karya peminat MDC selepas dipulihkan sikit-sikit tu
hanya dilonggokkan di sembang2 (sembang sastera & budaya)...:)
Catatan Dua
Rencana OIC
Atau Oh I See? Sebagai sebuah
pertubuhan yang mempunyai keahlian sebayak 57 buah negara Umat Islam,
Organisation of the Islamic Conference (OIC)/ Pertubuhan Persidangan
Negara-negara Islam adalah sebuah organisasi bertaraf antarabangsa. Samada
anda menyedarinya atau tidak OIC sebenarnya adalah sebuah pertubuhan kedua
terbesar di dunia yang mewakili lebih satu perlima penduduk dunia. Organisasi
ini diasaskan di Rabat, Morocco pada 12 Rejab 1389H/ 25 September 1969M
semasa berlansungnya mesyarat pertama ketua-ketua negara Umat Islam
sebagai menyatakan sensitiviti terhadap cubaan Zionis antarabangsa untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21
Ogos 1969 yang kemudiannya menemukan semula perwakilan negara-negara umat Islam
tersebut di Jeddah, Arab Saudi di mana sekretariat OIC ditubuhkan demi memastikan
koordinasi di antara para anggota. Rakyat
Malaysia berbangga apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Malaysia)
ketika itu terpilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama bermula 1970
hingga 1973. Seterusnya diikuti Hassan At-Tauhami (Mesir) 1974- 1975, Dr.
Amadou Karim Gaye (Senegal) 1975- 1979. Habib Chatty (Tunisia) 1979- 1984,
Syed Syarifuddin Pirzada (Pakistan) 1985-1988, Dr Hamid Algabid (Niger)
1989- 1996. Prof Dr Azzedin Laraki (Morocco) 1997- 2000 dan sekarang
jawatan penting itu disandang oleh Abdelouhed Belkeziz juga dari Morocco
bermula 2001. Bertitik tolak dari
itu, jatuh bangun
OIC bergantung kepada sejauh mana sekretariat yang telah ditubuhkan
tersebut berperanan disamping bantuan dari negara- negara anggota. Krisis umat Islam silih
berganti semenjak kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniah memungkinkan
ruang untuk OIC berperanan demi memastikan Umat Islam terbela. Namun
sejauhmana OIC melaburkan kemampuannya untuk membela Umat Islam masih
dipertikai sehingga kini. Antaranya isu Perang Teluk di Iraq, pergolakan Kashmir,
krisis Checnya, Penderitaan Bosnia, Pembantaian Kosova, Penyembelihan Palestin,
penindasan terhadap Afghanistan dan banyak lagi masih memerlukan OIC
memainkan peranannya dengan berkesan demi membela nasib Umat Islam,
sebagai mencakupi matlamat penubuhan; namun
IOC bagai lepas tangan sehingga penubuhannya mampu dipertikai. Mungkin
di dalam OIC sendiri mempunyai masalah atau negera-negara anggota OIC
sebenarnya sendiri bermasalah. Sekitar isu ekonomi yang kian meruncing,
kegawatan sosial, kebejatan politik dan sebagainya menyebabkan hieraki OIC
amat lembab. Namun perlu disedari sebahagian negara anggota OIC sebenarnya
adalah berlabel negara kaya dan mempunyai sumber aliran kemewahan. Namun
ianya tidak berfungsi dengan baik untuk menyumbang dana kepada pertubuhan
tersebut sehingga mampu menjadi sebuah pertubuhan yang boleh dibanggakan
oleh Umat Islam. Barangkali juga faktor tidak sealiran dan bertentangan
pendapat menyebabkan seringkali persidangan OIC diadakan 'orang luar'
sudah mampu berbisik-bisik mengulas keputusan persidangan yang entah
apa-apa. Perjuangan OIC yang
bermula untuk membela Palestin atau Masjid Al-Aqsa dari dibakar Zionis
kini seolah-olah berulang kembali episod itu. Episod berlatar dunia
Palestin. Umat Islam setiap hari menjadi korban
keganasan di seluruh dunia namun adakah IOC berperanan membela atau hanya
boleh menjadi pertubuhan yang akan dan telah dilabelkan 'Oh I See' sahaja? Kita tunggu
dan lihat! Dipetik dari ulasan
MDZUHI (SUKEK edisi April/Mei 2002 bersumber dari Harakahdaily, Utusan
Malaysia & Bernama) Catatan
Tiga Nostalgia 7 Disember 1992 detik
keramat bagi aku apabila terpaksa berpisah dari keluarga tersayang. Ada
suka dalam sedih. Seolah-olah suka dan duka berselirat dalam diri. Aku
bersama ayahku mengambil sebuah teksi ke Arau Perlis untuk daftarkan aku
ke Al-madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah. Itulah detik awal perpisahanku
dengan keluarga. Sebelum itu aku jarang berbisah untuk jangka masa yang
lama. Paling lama pun tak sampai dua minggu sewaktu menyambut hari raya
bersama keluarga Mak Cik di Kuala Kedah. Mungkin sebab sekolah rendahku
tak jauh dari rumah. Jarak antara rumah dengan sekolah rendah itu tak
sampai 2 km. Barangkali sekitar 1 km sahaja. Aku berulang-alik dari rumah
ke sekolah setiap hari tanpa rasa penat, tetapi kadang-kala timbul cemburu
pada kawan-kawan yang tinggal jauh bila sering melihat mereka memanjat bas
sekolah untuk pulang ke rumah mereka yang agak jauh dari sekolah. Dari
situ terfikir... timbulnya niat untuk bersekolah jauh dari rumah. Sewaktu
di darjah 6 aku memberitahu ayah dan mak untuk memohon belajar di Maktab
Mahmud, Jalan Pegawai. Ayah mengizinkan permohonan. Aku dan ayah hadir
untuk temuduga. Kali pertama aku menghadapi situasi temuduga selain
peperiksaan lisan di sekolah. Gementar usah cakap...! Ayah kuatkan
semangat aku. Pulang dari temuduga bulan 8 itu aku sambung sekolah seperti
biasa untuk ambil UPSR. Alhamdulillah keputusan UPSR keluar sewaktu kami
(budak-budak darjah 6) sedang berkhemah di Lubuk Semilang (Sekarang
dikenali sebagai Kampung Buku Langkawi). Cikgu Faizah dekati aku dan ucap
tahniah. Aku tertanya-tanya tapi dalam senyum yang terukir. Keputusan
UPSR tahun 1992 bagi sekolah aku tidak mengulangi rekod seperti tahun
sebelumnya. Tahun 1991 dua orang murid dapat 4A (Zaidi dan Shafini). Tahun
1992 tiada seorang pun yang dapat 4A dan 3A. Keputusan terbaik hanyalah 2A
2B iaitu aku. Ucop, Mirul dan Zulfaizal hanya dapat 2A 1B 1C. Mereka
pesaing aku. Murid-murid perempuan ada juga tapi aku sudah tak berapa
ingat. Cikgu Nol (Guru Besar) tawarkan aku tiga tawaran. Pertama tawaran
masuk ke kelas KHAS di SMKTP dan dapat biasiswa + asrama percuma, kedua
tawaran untuk isi borang mohon masuk Sekolah Keb Agama Arau dan tawaran
untuk buat permohonan masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh di Arau,
dibawah seliaan Yayasan Islam Perlis iaitu sekolah yang aku hadir untuk
daftar diri. Aku masih ingat...
Ayah bawa aku ke Perlis buat kali pertama untuk hadiri temuduga. Sebelum
tu temuduga di Maktab Mahmud. Maka bermakna temuduga di Almaad
(Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah) adalah siri temuduga kedua aku. Gentar
pun kurang sikit. Aku dapat hadapi persoalan dengan rasa biasa.
Soalan-soalan pula taklah mencabar sangat. Alhamdulillah... Aku berjaya. Hari
aku dapat surat tawaran ke Almaad, esoknya surat dukacita permohonan masuk
ke Maktab Mahmud sampai menyatakan aku gagal. Aku nekad untuk ke Almaad.
Apalagi bila mendapat sokongan padu dari keluarga dan Cikgu Nol. Aku waktu
itu tak memandang sangat ekonomi ayah. Aku kira kos pengajian di Almaad
nanti taklah semahal mana... ayah mampu untuk 'belanja' aku. Dan aku akan
berusaha untuk mohon biasiswa pengajian bila sudah mendaftar nanti. Akhirnya
6 Disember 1992 kami bertolak ke Kuala Kedah, rumah Mak Cik adik ayah.
Esoknya pagi-pagi lagi kami berdua keluar untuk ke Arau Perlis. Kami
sampai agak lewat. Teksi yang kami naik tu slow... dan pemandunya suka
bersembang dengan ayah. Aku dah seram sejuk. Bila tiba di sekolah tu...
Ayah suruh teksi membelok masuk ke kawasan sekolah sebab kami dah lewat
malah barang keperluan asrama aku agak banyak. Sepatutnya waktu
pendaftaran ialah pukul 8 sehingga 9 pagi. Tapi kami tiba hampir pukul 10
pagi. Tapi boleh mendaftar seperti biasa, tiada masalah dan ada seorang
lagi pelajar dan keluarganya juga lewat seperti kami. Kami tertinggal satu
slot... iaitu slot taklimat. Pembahagian
asrama seperti biasa. Aku agak janggal mulanya kerana hanya aku seorang
saja 'duta' ke sekolah itu. Apa yang paling aku terperanjat bila aku cuma
tahu sekolah tu hanya sekolah lelaki (banin) setelah aku hadir ke kelas
esoknya! Dari itu aku mula ingin jadi lebih ambil tahu hal berkaitan
aku... Catatan Empat Mesir Di
Lembah Nil Suara Kampus PMRAM adalah majalah/ lidah rasmi kepada PMRAM,
BKAN dan mana-mana DPM menyalurkan bahan bacaan kepada ahli. SK yang paling
terkenal dan paling tepat menemui peminat ialah Suara Kampus Edisi Johor
(Sukej). Selain itu SK edisi Kedah (Sukek), SK Edisi Terengganu (Sutra),
SK edisi Kelantan (Skek) SK Edisi Selangor (Skes), SK edisi Pahang (Skep),
SK edisi Perak (ATOM), dan beberapa lagi terbitan Badan Kebajikan anak
Negeri (BKAN). Manakala terbitan Dewan Perwakilan Mahasiswa (mahasiswa
yang kuliah di luar Kaherah (cawangan)) (DPM) antara yang menjadi saingan
SK edisi Mansurah (Skema), SK edisi Syibin el-Kom (Sofia), SK edisi Tanta
(Sket), SK edisi Damanhur (Skeda), SK edisi Iskandariah (Skei), SK edisi
Maqaz Syubra dan beberapa DPM lain. Namun penerbitan Suara Kampus di DPM
bolehlah disifatkan sangat lembab kecuali Mansurah yang boleh sedikit
dibanggakan. Mungkin pelbagai masalah dihadapi sebab aku sendiri pernah
manjadi ketua editor untuk SK edisi Tanta sesi 00/01 (dan hasil kerja aku tu tak
nampak juga sehingga kini). BKAN yang
mampu dibanggakan dalam penerbitan SK ialah seperti (BKPJM) Johor. Boleh
dikatakan setiap bulan Sukej akan menemui peminat. Manakala yang lain ada
yang kadang sebulan sekali kadang dua bulan sekali. Tak kurang juga
popular Sukek, Sutra, Skek dan Skep. Aku peminat suara kampus. Pelbagai
koleksi Suara kampus aku miliki kerana harga yang ditawarkan untuk sebuah
SK agak berpatutan. Tapi sayangnya walaupun boleh dikatakan pelbagai SK
yang diterbitkan saban bulan budaya membaca di kalangan mahasiswa masih
tidak sehebat mana. Ini terbukti bila setiap terbitan baru dan tak kurang
yang dah luput masa masih berlonggok- longgok di kedai-kedai mini dan
koperasi. Di mana silapnya mahasiswa kita? Tidak
kurang juga ada di kalangan mahasiswa yang kuat membaca. Istilah 'ulat
buku' sebenarnya bukan suatu kejian untuk golongan mahasiswa. Ianya
sebenarnya pengiktirafan aku kira. Berapa banyak muka surat @ halaman kau
habiskan/ baca dalam tempoh 24 jam? Catatan
Lima Pojok/Puisi Al-Ayubi: Mujahid Abadi Barangkali
setiap entry yang akan dimasukkan seputar beberapa kategori dan kau boleh
klasifikasinya sendiri! Namun suka aku nyatakan kategori itu bukanlah
muktamad....
19 Jun 2002 | Rabu | 7.38 am
Catatan Satu
Cikgu Timah lah orang yang tolong aku untuk
buka akaun GIRO di Bank Simpanan Nasional. Masa tu aku baru darjah 5. Kami
pergi dengan kereta kecil merahnya. Jasa cikgu Timah memang aku hargai.
Akaun tu aku masukkan RM 50 sebagai duit buka akaun buku warna kuning tu.
Duit tu pula adalah upah hasil aku berniaga laici-kang bulan Ramadhan.
Tahun 92 aku darjah enam. Aku berniaga lagi... meskipun aku kena ponteng
kelas tambahan cikgu Timah. Hasilnya okeh... cuma duit tahun tu aku tak
simpan dalam akaun. Aku simpan untuk belanja sendiri. Ayah aku hadiahkan
aku tahun tu sebuah jam tangan.
Aku masih ingat... Ayah ajak aku ke Pekan.
Aku memang seronok. Tak selalu ayah aku akan ajak ke pekan. Masa tu ayah
cuma pakai motor Honda C-70. Biasanya ayah akan gilirkan kami adik beradik
untuk ikut ayah ke pekan. Tapi bukan tiap-tiap hari, cuma hari-hari
tertentu. Contoh bila nak buka sekolah (untuk pergi beli pakaian sekolah
baru), nak raya, nak ke klinik...itu jer seingat aku. Kami banyak beradik,
jadi kenalah ikut giliran sebab ayah tak punya kereta. Hari tuh lepas asar
ayah dah start motor... dan aku sudah lama siap. Bila ayah suruh aku bawa
helmet aku kena sorok dari adik kecilku supaya dia tak menangis/merengek
nak ikut sama. Aku kena pergi tunggu jauh sikit dari rumah. Ayah akan
pergi ambil aku. Kami sampai di kedai jam. Aku tak sangka ayah nak belikan
jam untuk hadiah kat aku...sebab aku tolong berniaga laici-kang dan dapat
untung banyak. Ayah siapkan di rumah aku cuma tolong niagakan setelah
dibungkus rapi. Jam-jam tu dalam almari kaca. Aku cuma tengok dari luar.
Memang cantik-cantik...tapi mahal. Kata ayah... "Ayah nak hadiahkan jam
yang abang suka...abang pilihlah sendiri." Kata-kata ayah membuatkan hati
aku melonjak riang. Ayah tak pernah beri aku hadiah secara rasmi. Tapi aku
kira aku dah banyak dapat hadiah ayah. Saban tahun baju sekolah aku, baju
raya aku bertukar... Tapi ayah pakai baju lama juga. Ye lah... anak kecil
berumur 12 tahun bukan reti tentang susah payah pada fikiran orang. Tapi
aku waktu tu dah masak sangat dengan ekonomi keluarga. Ayah bukan orang
senang. Hidup kami sederhana...cukup makan, pakai dan ada teratak buruk
untuk berteduh.
Aku belek jam tangan yang berlambak tu.
Seiko, citizen, Alba, Quartz, dan bermacam-macam lagi. Aku tak sanggup...
dalam hati terdetik 'harga jam-jam berjenama tadi terlalu mahal'. Akhirnya
aku buat keputusan... aku ambil jam berjenama Q&Q. Aku pun tak tahu
jenama tu masyhur atau tak? Tapi harganya berpatutan cuma RM 80 seingat
aku. Jam tu bentuknya empat segi, latar berwarna gelap dan tali berwarna
perak campur gelap. Wah! bangga sungguh aku... Waktu balik ke rumah hujan
lebat. Ayah cuma bawak sehelai baju hujan. Jadi ayah pakai dan aku
menyusup dibelakang ayah... aku peluk ayah erat-erat. Aku tak pasti apa
ayah rasa waktu tu! Tapi aku cukup gembira dengan pengorbanan seorang
ayah....!
Catatan Dua
Di Mesir aku duduk di sebuah rumah sewa
bersama tiga orang kawan. Rumah sewa ni 4 bilik. Jadi kami tak berkongsi
bilik. Aku duduk kat kawasan penempatan (Masakin) @ Flat Arab. Tapi rumah
aku bukan flat. Rumah nih rumah orang Arab yang disewakan untuk kami.
Harga sewa alhamdulillah murah juga berbanding rumah kengkawan lain. Dan
aku kira harga tu dah berpada kerana ianya bukan kawasan pekan... sebab
kehidupan di sini ibarat tinggal di kampung. Kat depan rumah yang
aku sewa di Mesir ni ada sebuah kedai jual ayam bita' Aiman, kat sebelah
kiri ada rumah tiga tingkat cam rumah aku juga. Aku duduk kat tingkat
tiga. Tapi masa tahun 2 aku duduk ardiyah. Masa tu duduk dengan member
Perak belaka. Aku seorang je orang Kedah. Bila depa dah keluar kecuali
Maszuan (Tu pun sebab dia masa tu balik Malaysia) ... aku pindah naik
atas. Masa kat atas aku tinggal dengan Own, Pakya dan Maszuan.Kat sebelah
kanan pula rumah ammu arab agak kaya.Kadang-kadang nampak sombong, tapi
kadang-kadang nampak baik. Time baik aku selalu tegur dia .. bagi salam.
Tapi bila aku nampak dia time sombong aku buat do no jer. Menyampah
hehehe>
Rumah sebelah kiri ada seorang budak tinggal
dengan keluarga dia. Nama dia Mahmud...lebih kurang 12 tahun kot aku rasa
umur dia. Aku terkilan bila satu hari nampak dia tengking mak dia sebab
mak dia panggil dia. Aku tak pasti apa tujuan mak dia panggil dia... tapi
ditengkingnya mak dia pastu dia blah. Aku hairan...walaupun Arab adalah
bangsa yang kasar, tidak pula Al-Quran itu diturunkan menyatakan larangan
menderhakai ibu bapa dengan mengecualikan bangsa arab. Perkataan 'uff' pun
Allah Taala larang, inikan pula tengking mak macam tu. Mahmud tu budak
baik, suka tolong orang...tapi tindakan dia macam tu aku paling benci.
Dulu masa aku kecil-kecil kalau buat salah...aku akan lari dari mak aku.
Sebab kalau mak dapat aku akan kena 'habuan'. Tapi mak bijak mak ugut
aku... kalau aku tak pergi dekat dia... nanti aku balik kena juga.
Akhirnya aku sering kena mengalah... aku hampiri juga mak, walaupun aku
tahu aku akan dapat habuan. ahaks... aku kena juga! Terkenang masa
kecil-kecil dahulu. Kau tak terkenang ke?
Catatan Tiga
Zid tanya aku lesen kehidupan nak ambil kat
mana? Ini soalan mencabar! Aku sendiri rasa tak mampu nak jawab persoalan
Zid tu. Kau ada jawapan ke? Aku rasa Zid ada jawapan. Sebab penyoal
seperti Zid seperti penyoal yang sudah tahu jawapannya. Seperti kisah
Jibrail a.s datang bertemu Rasulullah saw bertanya beberapa perkara dalam
hadis yang panjang. Akhirnya apabila Jibrail a.s bertanyakan tentang
bilakan kiamat akan berlaku, Rasulullah hanya menjawab "Sesungguhnya orang
yang bertanya lebih mengetahui dari yang ditanya." Aku rasa Zid ada
jawapan untuk persoalannya tu.
Aku ada terdengar satu cerita teladan. Lebih
kurang ceritanya begini. Seorang anak muda pulang dari menuntut ilmu di
luar negara. Dia pulang dengan membawa tiga soalan yang diykininya tiada
siapa yang mampu menjawab persoalan tersebut. Lalu suatu hari anak muda
itu berjumpa dengan seorang Imam kampungnya untuk menguji ilmu imam itu.
Lalu aku nukilkan dalam bentuk dailog...:
Pemuda: Assalamualaikum imam
Imam: Waalaikumussalam
warahmatullah
Pemuda: Imam, saya ada tiga soalan nak
bertanya. Tapi saya dah tanya dekat orang-orang alim lain. Mereka semua
tak mampu jawab. Adakah imam mampu untuk jawab.
Imam: Saya akan jawab semampu
saya.
Pemuda: Betul ke ni imam?
(Tersenyum)
Imam: InsyaAllah!
Pemuda: Soalan pertama saya. Kalau
benar Tuhan itu wujud tunjukkan saya kewujudannya? Soalan kedua saya kalau
benar takdir itu ditentukan bagaimana ia berlaku? dan soalan ketiga
saya... Bagaimana iblis merasa sakit diseksa dalam neraka yang dicipt dari
api sedangkan iblis itu juga api?
Imam terus menampar muka pemuda itu dengan
tangannya.
Pemuda: Aduh! Kenapa ni imam? Saya
minta jawapan. (bersungguh)
Imam: Tamparan aku itulah jawapan
kepada tiga persoalan kau tadi.
Pemuda tercengang.
Imam: Baiklah aku jelaskan. Apa kau
rasa bila ditampar?
Pemuda: Sakit.
Imam: Kau rasa sakit. Tunjukkan aku dimana
sakit itu berada? Itu jawapan kepada soalan pertama yang kau tanya dimana
wujudnya Tuhan kalau benar ia wujud. Dan semalam adakah kau bermimpi hari
ini aku akan tampar kau?
Pemuda: Tidak.
Imam: Itulah yang dinamakan takdir.
Sesuatu yang ditentukan tetapi tidak kita ketahui. Kenapa kau rasa sakit
sedangkan aku tampar kau dengan tangan aku. Tangan yang cuma ada kulit,
daging dan tulang seperti pipi kau juga.
Pemuda memegang pipinya yang sakit ditampar
imam itu.
Imam: Ini bermakna walaupun iblis itu
dari api... tidak bermakna dia tidak sakit kalau diseksa dalam neraka!
Jawab imam kemudian berlalu.
Habis dah!
So kalau ada orang tanya kau... soalan macam
tu, kau tamparlah dia sebagai jawapan. Tapi kawan aku bertanya pula soalan
ke mana perginya panas air yang di masak bila air tu dah sejuk? Apakah aku
perlu tampar muka dia dan tiga, empat hari lepas tu aku jumpa dia untuk
bertanyakan kemana hilangnya sakit kat muka kau? sedangkah sakit tu dah
pun hilang!
Catatan Empat
Rencana Serangan Ekonomi Sebahagian Jihad Ramai yang bertanya tindakan memboikot barangan yang
dikeluarkan dalam senarai penuh pemboikotan senarai produk syarikat Yahudi
samada relevan atau sebaliknya.
Ini adalah rentetan daripada ulasan beberapa tokoh Ulamak
Kontemporari yang menggesa Umat Islam seluruh dunia memboikot produk-produk tersebut sebagai
sebahagian serangan balas terhadap keganasan yang ditonjolkan Yahudi dan
Amerika amnya. Di antara Ulamak yang menyatakan demikian termasuklah Dr.
Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir), Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan banyak
lagi. Malah persoalan sekitar 'adakah perlu kita memboikot?' 'kalau boikot
kita orang Islam nak beli produk apa?' ' Wajar ke kita boikot, apsal tak
boikot benda lain yang lebih besar?' dan pelbagai persoalan lagi
dilontarkan dalam isu boikot ini seolah-olah menafikan tindakan memboikot produk-produk keluaran
syarikat Yahudi sebagai sebahagian Jihad. Dunia secara umumnya mengetahui apabila AS (Amerika
Syarikat) melancarkan serangan ke atas Afghanistan gara-gara membalas
dendam terhadap tragedi 11 September yang lalu, adalah satu serangan tanpa
perikemanusiaan. Sebuah kuasa besar dunia yang menyerang sebuah negara
yang antara termiskin di dunia. Apapun Presidennya, George W. Bush
menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan berlatarkan keadilan
sejagat. Ramai yang tidak tahu, Latar bumi Afganistan adalah
sebuah kawasan rantau Laut Caspia di mana Afghanistan berada di kedudukan
strategik yang mengandungi hampir 270 bilion tong minyak, lebih kurang 20
peratus daripada simpanan minyak dunia. Ia juga mengandungi 665 kaki padu
gas asli, iaitu hampir satu perlapan daripada simpanan gas dunia.
Oleh itu dengan menyerang Afghanistan dan jika berjaya
mendirikan kerajaan dukungannya dan dibenarkan menubuhkan pangkalan
tenteranya di rantau tersebut, Amerika boleh mewujudkan kerangka politik
baru di rantau tersebut yang juga dapat melebarkan kuasa hegemoninya itu.
Inilah antara tujuan sampingan mengapa AS beria-ia menyerang Afganistan
selain gembar-gembur yang menyatakan tujuannya adalah untuk menangkap cuma
seorang 'pengganas' bernama Osama Bin Laden, Pengasas pertubuhan
Al-Qaeda. Ada pendapat lain yang menyatakan tujuan AS menyerang
Afganistan adalah untuk memusnahkan gerakan Taliban dan melenyapkan
pusat-pusat latihan 'pengganas'. Namun ini barangkali cuma salah satu
tujuan bersifat politik yang berselindung di sebalik tujuan ekonominya
untuk menguasai Afganistan dari segi kestrategikannya sebagai pengeluar
'emas hitam'. Sebenarnya AS telah lama menginginkan penguasaan minyak di
Asia tengah. Semenjak sebelum tercetusnya Perang Teluk lagi, keinginannya
untuk menguasai negara-negara Asia tengah menonjol. Namun samada disedari
atau tidak serangan AS ke atas Iraq pada tahun 90-an dahulu adalah
tindakan tidak puas hatinya terhadap tindakan Iraq menyekat industri
minyak ke wilayahnya. Minyak merupakan sumber paling penting bagi seluruh
dunia. Hanya dengan menyekat pengaliran industri eksport minyak ke negara
seumpama AS boleh melemahkan ekonomi negaranya. Bayangkan apabila
permintaan ekonomi yang tinggi dengan penawaran yang sedikit, sudah pasti
menyebabkan kenaikan harga berlipat kali ganda. Sedangkan kenaikan harga
adalah sesuatu yang merbahaya di dalam sesebuah negara yang mengamalkan
sistem Liberal seperti AS. Justeru, apabila Iraq menyekat pengaliran
industri minyaknya ke AS negara itu mengalami krisis permintaan minyak
yang teruk sehingga menatijahkan penyerangannya ke atas Iraq selain
faktor-faktor sampingan. Mungkin helah politik AS untuk menangkap pengganas di
Afganistan juga adalah tipu daya awalnya untuk menguasai wilayah itu.
Bayangkan andai AS berjaya menakluki Afganistan, sudah tentu AS tidak akan
mengundurkan tenteranya supaya boleh didirikan pengkalan dan menguasai
sumber ekonomi negara itu. Sedangkan dalam masa yang sama, Afganistan akan
kekal berstatus sebuah negara yang disarati ketegangan sosial, politik,
etnik dan agama serta dibelenggu oleh kemiskinan. Apa yang akan AS
usahakan untuk menjamu penduduk Afganistan seusai penguasaannya terhadap
negara tersebut? Melainkan membiarkan kemiskinan berterusan lantaran
majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Amat wajar dan bertepatanlah sekiranya kempen
memboikot produk-produk Yahudi itu semakin mendapat sokongan dari semua
umat Islam. Bayangkan dengan memboikot produk-produk mereka memungkinkan
melemahkan ekonomi mereka. Apabila ekonomi mereka terjejas maka peruntukan
yang disalurkan untuk membeli kelengkapan penyerangan dan penindasan
terhadap negara-negara umat Islam juga akan terjejas. Ironisnya, tindakan
memboikot produk-produk mereka adalah sebahagian dari jihad. Justeru tindakan memboikot produk-produk keluaran
Syarikat Yahudi dan AS adalah tindakan yang wajar. Malah disokong pula
dengan menyekat eksport minyak ke negara itu adalah langkah yang
memungkinkan Negara-negara Umat Islam melumpuhkan ekonomi Yahudi dan
Amerika. Selama ini Islam seolah dipermainkan oleh Kafir lantaran tidak
berani menyatakan sesuatu kebenaran. Apalah susah sangat untuk tidak
berkunjung ke KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, Chicken Tikka, Arby's, Kantis,
Paradise dan Mc Burger yang dikenal pasti cawangan perniagaan Yahudi.
Selian itu minuman bikarbonat keluaran Syarikat Coca-Cola, Fanta, Sprite
dan Pepsi juga antara yang disarankan. Kempen ini juga merangkumi
produk-produk keluaran Syarikat-syarikat yang dikenalpasti milik Yahudi
termasuk hampir keseluruhan syarikat rokok. Buktikan sokongan kita Umat
Islam melalui agenda memboikot produk-produk mereka. Kita yakin ini adalah
sebahagian jihad yang mampu dilaksanakan dengan gembelingan tenaga
bersepadu seluruh umat Islam. *** Rencana ni aku tulis di rumah 'kembar' kemudian
aku modify sikit kat rumah. Tersiar dalam buletin Permata edaran ahli DPM
Tanta untuk edisi prolog. Aku ada juga hantar (melalui Salman Al-Munziri)
ke harakah tapi aku tak pasti samada tersiar atau
terbuang! Catatan Lima Selalunya cuti akrab dengan rehat. Bila orang cakap
"aku sekarang cuti" maka imiginasi awal orang itu sebenarnya berehat dan
itulah yang sepatutnya. Paling kurang cuti memberi ruang untuk melancong,
bersiar-siar dengan kawan-kawan, keluar membeli-belah, ziarah kaum
keluarga....tapi bagi aku cuti adalah masa paling sesuai untuk tambah ilmu
dalam apa jua jenis ilmu tersebut. Cuti membuka ruang studi lebih...
walaupun kadang-kadang nikmat itu susah nak dapat! So aku harap cuti kali
ini aku dapat habiskan beberapa kitab, menghafal Al-Quran, mengkaji
sesuatu yang ilmiah, menghasilkan penulisan, menambah thaqafah dan
mendalami ilmu-ilmu tambahan. Aku risau sangat... kalau ianya aku tak dapat! Sebab
selain runtunan tuntutan halus yang bernama perasaan suasana juga
mempengaruhi cuti itu sendiri! Tiga bulan, kau bayangkan. Tahun ini aku
insyaAllah manfaatkan cuti di Mesir...tanpa pulang ke tanahair.
UuuuhhhhHHHH... rindunya Malaysia. Rindunya kampung laman, pantai, laut,
keluarga, kawan-kawan, sekolah lama dan
semuanya........uwwwwaaaaaaaa!!!!>
Hari ni Own dan Pak Ya buat air soya.
Pergh... sedap. Dah Lama aku tak pekena soya. Teringat masa time sek men
dulu... kalau ke Kangar aku selalu minup air soya sorang Abang tu yang
niaga dekat perpustakaan negeri. Air soya dia best... aaarrrgghh.. Aku dah
nak minum soya ni, kau nak???
18 Jun 2002 | Selasa | 0.32 am
Catatan Satu Aku sedang memikirkan untuk menukar link-link
geng jurnal yang aku letakkan kepada link baru. Link tu walaupun baru saja
aku letakkan ianya tak bermakna akan kekal untuk jangka masa yang panjang.
Samada kau perasan atau tak aku cuma letakkan sebanyak 22 link geng jurnal
yang aku selalu pergi jengah. Ada diantara link tu yang tak dapat capai ke
web tuannya...mungkin yang sebegitu aku kena buang dari link aku. Cuma
buat masa ni aku masih berkira-kira untuk tindakan selanjutnya. Aku lewati
beberapa jurnal antaranya cik Daun Luahan Pankreas aku - orang pertama
mesej YM aku waktu promosi JURNAL JALAN HIDUP, aku nampak chatterbox,
teringin lak nak meniru tapi aku buat sedikit perubahan tah ler samada
jadi atau tak??? kau cubalah chatterbox tu di arahan Jom Chat!
Catatan Dua
"Dont Judge any people before you try to know
them better" dan aku ingin minta tolong pd sesapa yang boleh buatkan aku
banner??? coz aku tak pandai buat atau nak aku buka peraduan cipta banner
untuk pujangga yang ada hadiah misteri????
17 Jun 2002 | Isnin | 20.36 pm
Catatan Satu
Aku telah menulis entry pasal perjalanan ke
Zagzig. Tetapi mungkin sebab kelekaan menulis aku tak langsung save
tulisan tu. Hadiah yang aku dapat rumah aku 'black out'. Pc mati... dan
aku hanya tercengang. Masa itu jam menunjukkan pukul 3.30 Pagi. Aku kena
tulis semula entry pasal perjalanan ke Zagzig tu sebab aku dah
janji.
Ok! Maaf sebab kelewatan. Aku nak tulis
semula pagi tadi. Tapi aku keletihan sangat...sambung tidur sampai pukul
toooot. Terjaga bila terdengar satu letupan yang kuat. Rumah aku bergegar.
Aku sangka gempa bumi. Aku cuma dengar satu letupan. Tapi seorang kawan
aku cakap dua kali. Entah? Gempa bumi di Mesir jarang berlaku. Seingat aku
dari 1999 sehingga 2002 cuma dua kali. Ini bukan fakta. Ini apa yang aku
alami je!
Aku ada janji untuk tolong masak kenduri
kawan aku di istad. Di Tanta tak ramai yang boleh memasak untuk jamuan dan
kenduri. Kalau tak salah aku cuma ada beberapa orang saja antaranya aku,
Lib, Nuar, Khairul, Hisyam, Raja. Kamilah yang selalu jadi chef time ada
program yang memerlukan tukang masak. Orang lain mungkin ada tapi jarang!
Dulu time aku baru sampai sini ada anugerah kepada tukang masak. Masa tu
Amri yang dapat...Walaupun ada beberapa tukang masak lain sezaman dengan
dia seperti Syafizan, Radhi, Syabani, dan Shahrer. Entahlah dari segi
penilaian apa anugerah tu diberikan kat tukang masak? Mungkin jasa mereka.
Ini bermakna tukang masak mempunyai peranan yang sangat bermakna.
Hari ni tak sangka Lib datang bantu aku. Kami
masak ayam masak kurma, nasi minyak dan acar timun/acar cuka. Kenduri tu
sempena tahnik (belah mulut) anak dia. Ok abis cerita pasal tu!
Perjalanan Ke
Zagzig
Aku jarang ke Zagzig. Kali terakhir aku ke
sana tahun lepas. Itupun sebab diundang bentang kertas kerja Polemik
Wanita dengan Radhi. Kali ini kami pergi enam orang termasuk aku. Kurang
seorang untuk cukupkan kapasiti untuk Puejoet (Kereta panjang boleh naik 8
orang depan tiga, tengah tiga dan belakang sekali dua). Jadi penumpang
tambahan adalah seorang ammu arab. Puejoet tu tak ada kunci starter. Dia
hidupkan pakai sambung wayer je... sangat merbahaya. Ikutkan aku nak ajak
kengkawan aku turun dan ambil puejoet lain. Tapi sebab kami dah naik (
kalau turun pasti bertengkar jadinya) kami cuma masing-masing mengumpat.
Pemandu ni macam pencuri kereta. kepakaran dia menyentuhkan antara dua
wayar untuk hidupkan kereta langusung tak kami kagumi. Dan paling
menakutkan bila pemandu nak potong sebuah lori jenis traler panjang di
depan muncul sebuah traler lagi. Kami semua kecut perut... mujur Allah
ilhamkan dia masuk semula ke jalan asal, kalau tidak rasanya aruwahlah 6
orang pelajar Malaysia!
Bila sebut Zagzig ia mengingatkan aku kepada
Puejoet itu lagi. Kami sampai dah hampir maghrib. Tuan rumah keluar. Nasib
dapat kunci dari jiran yang duduk tingkat atas. Student Malaysia
juga...alhamdulillah.
Layan tivi, sembang bla..bla..bla..., makan,
tidur, dan ke cc. Itu je seputar aktiviti ke Zagzig. Jumpa Kamal... dia
tegur aku dan ajak ke rumah dia. Kebetulan rumah dia di Rumah Malaysia.
Sebelum pulang kami sempat singgah. Dua hari di Zagzig cukup untuk melepas
kebuntuan memerap di rumah. Sesekali kena juga keluar berjalan! Kalau tak
otak jadi blank.
Nampaknya benarlah kata kebanyakan orang
"Bola itu bulat..." dan sebab bola bulatlah senegal melayakkan diri
selepas menumpaskan Sweden. Kami gembira sebuah pasukan dari negara Umat
Islam punya kekuatan mengalahkan Sweden. Senegal layak ke World Cup untuk
kali pertama... dan mencipta rekod baik. Aku rasa reputasi tu akan
memungkinkan pemainnya ramai dilamar club-club liga bola sepak berprestij
dengan harga tinggi. Lepas habis world cup samada Senegal menang sebagai
Juara atau tumpas... ia adalah musim pemainnya buat duit
pula!
Aku tak mau ulas banyak pasal bola. Biarlah
enmiya dan orang lain yang ulas. Mungkin sebab aku lebih suka sukan lain.
dan bola adalah alternatif andai yang lain sudah tak best!
Sewaktu perjalanan pulang dari Zagzig ke
Tanta kami dapat seorang pemadu tua. Kata orang kalau dah tua mestilah pro
sebab dah banyak pengalaman. Betul... pemandu tu bawa puejoet tu laju
benar. Apa kat depan semua dia nak potong... Mungkin pertama kejar masa
supaya bila sampai di Tanta Maghrib masih berbaki untuk solat, atau memang
kegemaran dia memotong. Lepas Zifta ammu arab yang naik sama kami tegur
supaya perlahankan kelajuan. Dia rasa tercabar agaknya... dia tanya kat
ammu tu " kau takut ke?" Ammu tu jawab "Bukan takut, tapi kalau perlahan
pun boleh sampai." Pemandu merajuk agaknya lepa tu suruh ammu tu turun.
Tapi ammu tuh takmau turun. Lepas tu perjalanan terus jadi lembab. Dia
bawak slow sangat... Bila aku uruh lajukan sikit pemandu herdik aku cakap
ammu arab belakang aku tu tak kasi. Tapi aku tak pasti lah kata-kata dia
tuh herdik aku atau herdik ammu arab tu. sebab ada pepatah melayu kata:
"Pukul anak sindir menantu." Akhirnya perjalanan jadi boring. Dari Zifta
ke Tanta lebih kurang 24 km. Aku tertidur kejap... bila jaga masih jauh
lagi. alhamdulillah bila sampai Tanta masa maih berbaki untuk solat
Maghrib. Jauh Tanta ke Zagzig bukan muafir yang boleh buat qaar jama'
solat. sebabnya tak ampai dua marhalah... 90 km +-, walaupun ada pendapat
yang kata boleh... Tapi pendapat tuh tak rajih.
Catatan Dua
Seorang kawan tanya aku mengapa aku tulis
JURNAL? Kau agak apa aku jawab? Aku rasa ramai penulis jurnal ditanya
soalan gitu.
Aku fikir... Apa paling sesuai untuk jawab
soalan tu. Dulu sewaktu aku tulis cerpen kawan ku tanya sebab aku tulis
cerpen. Aku cuma senyum dan kata aku nak jadi cerpenis. Kawan aku diam.
Barangkali dia pua hati. Tapi kalau aku cakap aku nak jadi jurnalis
mungkin dia akan bertanya lagi. Aku fikir..dan fikir. Akhirnya aku dapat
idea dan aku kata: "Aku tulis sebab aku nak belajar menulis dengan baik
dan jadi seorang penulis prolifik yang sentiasa menulis dalam apa jua
perkara. Jadi aku kena bertatih untuk menjadi seperti itu. Caranya aku
kena kerap menulis. Menulis akan mencambahkan idea. Mustahil tiada bahan
untuk ditulis sedangkan setiap hari kita tidak melakukan perkara yang
sama. Dan dunia tidak berpatah balik... jadi semua yang berlaku akan terus
berlalu. Cuma kalaulah ianya sempat dicatatkan mungkin akan jadi iktibar
di hari depan.
Menulis seperti bermuhasabah! Hasil penulisan
aku hari ini tak sama seperti apa yang aku tulis kelmarin dan hari-hari
sebelumnya. Jadi dari situlah aku akan dapat menilai sendiri sejauhmana
keupayaan aku menulis. Tidak ada orang yang lahir terus menjadi terkenal
dan terbaik. Mereka juga memulainya dengan langkah
pertama.
Aku menulis cerpen! Cerpen aku sewaktu di
sekolah Menengah dulu ada tiga episod. Aku buat episod pertama sewaktu
form 2. Setahun lepas tu aku dilantik menjadi salah seorang sidang redaksi
untuk Majalah Sekolah aku. Aku mula jadi AJK kecil unit. Masa Form 4 Aku
dilantik jadi Ketua Unit Suntingan, Form 5 Aku jadi Ketua Editor dan Masa
Form 6 rendah Aku jadi Pengarah Urusan @ Pengerusi lebih kurang. Tajuk
yang aku letak ( Seorang ayah dan seorang Abang). Aku hantar karya tu ke
majalah sekolah. Alhamdulillah tersiar... tapi edisi selepas diedit. Tajuk
pun bertukar kepada (Seorang ayah, Sebuah harapan). Aku dapat idea untuk
sambung episod kedua waktu form 4, dan masa form 5 aku sambung episod
ketiga.
Sinopsis
Cerpen Seorang Ayah Sebuah Harapan
mengisahkan sebuah perjuangan seorang anak desa dalam mengharungi
perjalanan menuntut ilmu. Dia mendapat keputuan agak cemerlang di Sek Men
Agama daerahnya untuk layak diterima ke sebuah sek berasrama penuh.
Bersumberkan inspirasi seorang ayah yang mengeringkan peluh usaha dengan
kejayaan anak-anak, ibu yang penyayang dan seorang abang yang menjadi
modus operandi kepada jejak adik-adik. Abang Man adalah pendorong kepada
watak utama (Mizi) untuk berjaya sepertinya. Walaupun kehidupan yang
mereka alami berkat asuhan itu Kak Na (Kakak protagonis) berjaya
menyudahkan pengajian dalam bidang Undang-undang dan menjadi peguam.
Manakala Abang Man lepasan Al-zhar dalam bidang Usuluddin menanjak
inspirasi Mizi untuk mengikut jejak ke Al-Azhar.
Cerpen ni aku ending dengan melkarkan suasana
hiba perpisahan antara Mizi dengan keluarganya (Ayah, Mak, Abang Man, Kak
Na, Ijan dan Nafisah) di lapangan terbang.
Selepas itu aku tidak menulis cerpen lagi.
Sehingga aku ke Mesir pada September 1999. Tahun 2000 masa di Mesir aku
berjinak-jinak untuk kembali menulis karya kreatif. Cerpen "Ana" adalah
cerpan sulung aku di Lembah Nil, tersiar dalam SK edisi Gabungan Kelantan,
Perlis, Syibin el-Kom. Masih tidak membawa tema ampuh. cuma sekitar
percintaan dan persahabatan. Tahun 2001 tak ada langsung yang aku tulis.
Feb 2002 muncul semula antaranya; Lagenda Gadis Kedai Bunga, Warkah Buat
Puteriku, Air Mata Karbala Menitis di Kota Kaherah, Masihkah ada Sinar
(Dia Seorang Teman (maafkan aku Aisyah) adalah tajuk asal), Kerikil Cinta
Humaira dan Tahanan. Itu antara yang siap... Yang terbengkalai pun
berlambak.
Kalau nak baca cerpen-cerpen nukilan aku
nanti aku siarkan. Itupun kalau.....???
Catatan Tiga
Aku terharu bila baca catatan RUDY
Bluehikari. Kisah bagaimana dia tak mahu menyusahkan orang. Sehingga dia
tak mahu terima duit dari adiknya sedangkan dialah yang memberikan wang
belanja untuk adiknya itu. Aku kagum dengan kegigihan Rudy. Kalaulah Rudy
ada baca jurnal -Jalan Hidup aku ni aku ucapkan syabas dengan kegigihan
kau!
Aku belajar berniaga seawal usia di bangku
sekolah rendah lagi. Ayahku seorang peniaga warung makanan. Aku terseret
dengan kerja seperti itu. Perniagaan Laici Kang...Ya! Sewaktu aku masih
darjah empat telah aku mulakan. Masa darjah lima perniagaan itu kian
berkembang. Hasil upah dari ayahku aku tabungkan dalam Bank Simpanan
Nasional. Berniaga Laici Kang pda bulan puasa. Terima kasih Amirul Azli
dan Mat Bri yang selalu jadi teman bual aku sewktu berniaga. Beniaga di
bulan Ramadhan... aku terkenang pasar Ramadhan di tanahair. :) Masa darjah
6 aku ponteng kelas Cikgu Timah semata-mata nak pulang untuk berniaga.
Tapi aku yakin cikgu Timah tak marah aku. Cikgu tu kenal aku sebab kami
sekampung dan ada sangkut sedara. Dia mengajar Bahasa Inggeris. Masa
keputusan UPSR keluar aku dapat B dalam subjek Bahasa Inggeris. Mungkin
kalau aku ikut kelas tambahan Bahasa Inggeris Cikgu Timah aku boleh dapat
A! Tapi realitinya aku tak reti BI!
Catatan Empat
Terima kasih kepada geng jurnal / kawan-kawan
yang dah layari JURNAL Jalan Hidup aku ni terutama yang tinggalkan bekas
di Anjung Tamu.
Catatan Lima
Kau agak apa pemandu puejoet tu akan jawab
kalau aku tanya soalan ni kat dia: " Kau ada lesen memandu tak?
hehehehehehehehehe....:)) Tapi Zid tanya aku lesen kehidupan nak ambil kat
mana?
16 Jun 2002 | Ahad | 23.17 pm
Catatan Satu
Kau nak tahu???,
"Aku akan masukkan entry pasal catatan
perjalanan ke zagzig esok!Tunggu
14 Jun 2002 | Jumaat | 14.08 pm
Catatan Satu
Sidang Jumaat sekalian,
"Aku mengingatkan kamu semua tentang
kematian. Ia sesuatu yang telah ditentukan ke atas kamu dalam urusan
Tuhanmu. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa bersedia untuk menghadapi
kematian. Perbanyakkan amalanmu, jauhkan dari kemungkaran dan bertaqwalah
kepada Tuhanmu. Kematian itu datang sewaktu kamu tidak menyedarinya. Tidak
kira samada kamu seorang muda yang masih kuat, atau tua yang sudah lemah,
kanak-kanak yang berlari suka ria, bayi yang baru dilahirkan, lelaki,
wanita dan segalanya... yang bernama makhluk pasti akan merasai
mati"
ucapan khatib yang membaca khutbah hari ini
mengingatkan tentang kematian. Ya... Tentunya ia adalah terminal terakhir
kita! Bersediakah kamu???
Catatan Dua
Esok aku cadang nak ziarah kawan aku. Yelah
sekarang dah cuti. Maka bermulalah musim kunjung mengunjung. So firsly
rasanya aku nak ke Zagzig. Aku dah ajak dua tiga member untuk jadi teman.
Dah lama juga aku tak ke Zagzig.
"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu
macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam
pengorbanan"
12 Jun 2002 | Rabu | 15.07 pm
Catatan Satu
Puisi *** Beberapa entry aku sebelum ni
membicarakan persoalan berat aku kira. Aku seolah menyeret kau supaya
menjadi seorang pemikir moden. Memikirkan tentang persoalan lesen dan ia
sebagai tasybih kepada agama dalam kehidupan. Tetapi kali ni aku masukkan
sebuah puisi pula. Mengapa ya?
Catatan Dua
Aku dah selesaikan papper terakhir (Kertas
Pengajian Hadis-Hadis Hukum) untuk exam aku daur musim panas ni.
Alhamdulillah...! :) Ini bermakna aku sudah merdeka. Merdeka dalam istilah
bebas dari belenggu peperiksaan. Tapi ia tidak bermakna merdeka untuk
selama-lamanya. Tahun depan aku kena masuk lagi dewan periksa. "Isti'dat
aku kena lebih baik banding tahun ni." Aku banyak lalai. Kekadang
kekesalan menghantuk benak.
Kau doakan aku berjaya! Kau la... Jangan
pandang orang lain. Aku minta dari kau... kau la... yang sedang baca
JURNAL aku ni.
Catatan Satu Apa kau akan buat kalau kau sudah tahu yang
kau akan gagal. Begini... Kau akan ke dewan peperiksaan esok sebagai
contoh; untuk menghadapi peperiksaan. Hari ini dan hari sebelumnya kau
sudah bersedia dengan ulangkaji pelajaran itu, tetapi sewaktu kau
melangkah keluar dari rumah sebantar tadi kau terjumpa seorang lelaki. Dia
berkata begini: Lelaki: "Kau akan gagal dalam kertas
peperiksaan esok! Walau sebaik mana kau jawab...aku pasti kau akan
gagal." Kau: ".........." Hanya terdiam dan senyum
tawar. Petang itu kau hilang tumpuan sewaktu membaca
buku/nota. Ingatan kau hanya bermain seputar kata-kata lelaki itu.
Malamnya tidur kau tidak senyenyak mana? Kau bimbang juga kalau-kalau
dalam mimpi dia datang lagi. Kau berkira-kira samada nak atau tak nak
hadiri peperiksaan itu. Kau semakin gementar. Dada berombak. Kau melangkah jua ke dewan peperiksaan dalam
keadaan hati diusik gementar itu. Kau terasa gemuruhmu semakin kencang.
Peluh tiba-tiba menitis. Kau rimas memikirkan kata-kata lelaki itu. Sampai
masanya kau melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Kau duduk di kerusi yang
disediakan. Penjaga peperiksaan dengan mesra meletakkan kertas soalan dan
kertas jawapan di hadapan kau. Tanpa buang masa kau pun membelek ghairah.
Kau ingin mula menjawab...tetapi ilusi kau masih melekat pada kata-kata
lelaki yang berpapasan dengan kau sewaktu keluar dari rumah
semalam/kelmarin. Kau kembali gementar... Akhirnya kau jawab juga kertas itu sedaya
yang kau mampu berdaarkan persedian kau yang agak last minit juga. Kau
semak semula kertas jawapan, dan nyata kau berpuas hati. Dan kini apa yang
perlu kau buat hanyalah tawakkal. Perlukah kau fikirkan tentang kegagalan
walaupun ia sebahagian dari apa yang perlu kau fikirkan juga? Catatan Dua Akhirnya kau disaman juga. Kau menerima itu
sebagai takdir. Tapi dalam diam kau menyumpah juga. Hari itu... kau
cedera, kenderaan kau rosak perlu dibaiki (Kalau ia kenderaan kau - kalau
kenderaan tu bukan kau punya; mungkin bapa, abang, kawan kau atau sesiapa
punya mungkin kau menambah episod kesedihan lagi... dan kau kena bayar
saman. Kesian aku kat kau! So... Nasihat aku ambillah lesen! Meski kau
berkata begini: "Aku pemandu hebat!" kau belum mampu mengelak dari
kemalangan. Kemalangan tu musibah. Ia ditakdirkan Allah... Tapi kau masih
mampu untuk berusaha mengelak. Seperti yang aku katakan kau mesti ada lesen.
Lesen yang aku maksudkan adalah lesen kehidupan... Lesen yang akan
menentukan hala tuju kau. Lesen tu adalah Ad-Deen yakni Islam. Allah telah
berfirman: "Sesungguhnya ad-Deen di sisi Allah adalah Islam..." So itulah
lesen yang kau kena ada. Kau mesti tunaikan hak beragama, barulah kau
mampu hidup sebagai seorang yang akan berjaya. 4 Jun 2002 | Selasa | 21.45
pm Catatan Satu Mengapa ya kena ada lesen? Kau ada jawapan
untuk persoalan ini? Ok! Andaian kedua...kau seorang
pemandu. Bayangkan sekarang kau sedang memandu di jalan raya. Jalan yang
aku katakan punya peraturan dan undang-undang yang tersendiri. Apabila kau
melihat isyarat supaya membelok adakah kau akan membelok? Mengikut firasat
aku pasti kau akan belok... Katakan kau tak belok, apa yang bakal terjadi?
Kalau lah ia cuma tanah lapang, kau beruntung. Tapi kalaulah ia gaung,
parit, sungai, longkang atau pokok kayu, kali ini naib kau
malang! Sebab kau degil, tak nak belok ikut peraturan
tu kau terima habuan malang. Kau kemalangan apabila kenderaan yang kau
pandu terbabas. Kau cedera. Lepas tu ada orang yang baik sikit dia buat
report polis. Justeru...polis pun datang. Polis minta lesen kau, tapi kau cuma geleng.
Atau kau jawablah apa-apa 'ota' yang kau agak polis tu boleh lepaskan kau.
Tapi malang kau disaman polis! Kau tentu akan menyumpah seranah polis tu.
Tapi cuba kau fikirkan sendiri kalaulah kau ada lesen memandu adakah kau
akan disaman? Catatan Dua Seorang bayi lahir. Dia keluar dari perut
ibunya setelah lebih kurang 9 bulan (kebiasaannya) berada dalam dunia
sempit yang gelap itu. Dia menangis. Walau dia dari bangsa apa sekalipun
bahasa tangisannya adalah hampir sama. Adakah kau
perasan? uwaaa..uwaaaa...uwaaaa!!! Si ayah mengambil bayi itu lantas diazankan
di sisi kanan dan diiqamatkan di sisi kiri. Moga-moga bayi itu akan kenal
ruh Islam. Bayi lahir dalam keadaan fitrah (suci). Dia
tidak memalit dosa daripada sesiapa. Doktrin yang mengatakan bayi lahir
dalam keadaan dosa adalah pembohongan semata-mata. Aku menyandarkan fakta
setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah kepada hadis Nabi
SAW. Suci putih bersih seperti kanvas putih untuk
dilakarkan. Orang yang biasanya akan melakarkan acuan hidup untuk bayi itu
adalah ibu-bapanya. Justeru merekalah samada akan 'meyahudikan,
menasranikan atau memajusikan bayi/anak tersebut. Aku bersyukur lahir
dalam keluarga Islam dan dicorakkan menjadi Islam. Kau? Catatan Tiga Tanggal 16 Oktober 1980 mataku dipanah cahaya
dunia. Subhana Allah cantik dunia ni. Tidak terbayang sebelumnya tika
berada dalam perut ibu. Aku menangis seperti suara tangisan bayi-bayi
lain. Disambut oleh seorang bidan kampung. Apa agaknya yang dirasai oleh
ayah dan ibu sewaktu aku 'keluar'? 1 Jun 2002 | Sabtu | 12.05
am Catatan
Satu Aku tak kenal apa itu Jurnal. Tapi
bila aku tahu ada ramai yang menulis jurnal... aku cenderung untuk meniru.
Aku pernah belajar menulis catatan hidup dalam buku alias diari tetapi
gagal menulis secara istiqamah walaupun aku berjaya menulisnya sedikit.
Aku tidak berbangga. Mungkin aku juga kena tulis jurnal macam
jurnalis-jurnalis lain buat. Apa aku nak tulis??? Itu soalan pertama. Aku
kira aku akan tulis apa yang aku terfikir nak tulis. Tapi nampaknya
terlalu umum. So aku pilih untuk menulis tentang JALAN HIDUP.
Mungkin ia juga akan merangkumi apa yang aku rasa aku terfikir nak
tulis. Aku ibaratkan hidup umpama sebuah
perjalanan. Barangkali perjalanan itu tidaklah sejauh mana! Namun lazimnya
perjalanan akrab dengan suasana sukar dan berliku-liku. Seperti itulah
manusia. Tak kira Islam ataupun bukan-Islam kita melalui jalan hidup itu.
Barangkali jalan hidup itu agak berlainan diukur pada individu. Tetapi
selalunya, jalan hidup itu berliku-liku. Malah bukan itu sahaja. Liku-liku
itu mempunyai wajah-wajah yang pelbagai. Sebab itu aku pilih untuk menulis
JURNAL PUJANGGA Online ini tentang Jalan
Hidup. Ia ibarat bermula dari menunggu di terminal pertama dan berakhirnya
perjalanan itu apabila tiba di terminal terakhir. Bila akan
tiba? Ok! Andaian pertama!
Andaikan perjalanan hidup manusia itu umpama jalan raya; mempunyai belok,
simpang, lampu isyarat, isyarat-isyarat dan sebagainya. Sudah tentu
manusia perlu ada panduan untuk melalui jalan hidup yang seumpama itu
seperti menunggang sebuah motosikal di jalan raya punya disiplin
tersendiri. Penunggang perlu patuh dengan undang-undang jalan raya
tersebut. Pelbagai isyarat akan kau temui di jalan raya. Terpenting untuk
kau menjadi seorang penunggang di jalan raya tersebut kau mesti punya
lesen. Selain polis tak saman kau sebab kesalahan tak memiliki lesen
memandu, kau sebenarnya telah diiktiraf JPJ yang kau boleh memandu. Kalau
kau tak punya lesen? Tetapi kau pemandu cekap metah? Bagaimana pula? Kau
jawab sendiri! Begitu juga kehidupan; perlu ada
lesen. Aku bagai berjenaka??? Kau jangan ketawa. Aku tidak berjenaka.
Ya... Lesen itu salah satu jaminan untuk kau tiba di terminal terakhir
perjalanan kehidupan kau yang berliku-liku tadi. Andai kau kandas
bagaimana? Seperti juga penunggang motosikal yang aku gambarkan,
perjalanannya pasti tergendala. Oleh itu aku namakan lesen kehidupan tadi
sebagai Ad-Deen (agama) yang perlu kau, aku dan sesiapa jua
miliki. Kau pernah tengok kemalangan?
Kalau kau belum pernah tengok kemalangan pun, kau tentu pernah melihat
kesannya atau sekurang-kurangnya kau menontonnya di kaca tivi. Agak-agak
kau kenapa kemalangan itu berlaku? Kau tentu punya jawapan tersendiri
bukan? Cuba kau bayangkan di jalan raya semua pemandu tidak mahu patuh
dengan undang-undang jalan raya. Misalnya di simpang empat yang berlampu
isyarat... semua pemandu tidak mahu berhenti untuk memberi laluan kepada
yang sepatutnya. Apa akan terjadi? Kau punya jawapan? Aku fikir kau punya
jawapan untuk persoalan ini. Oleh sebab perjalanan hidup
manusia secara ghalibnya berliku-liku, maka kerapkali digambarkan ianya
sebagai penyebab manusia sampai ke peringkat kematangan. Apabila melalui
liku-liku tadi dan dia berjaya melepasinya. Tak kira sama ada dia berjaya
atau dia gagal dia sudah melepasinya. Kau tentu tertanya-tanya mengapa aku
berkata begitu??? "Manusia selalunya menjadi matang akibat kegagalan bukan
dengan kejayaan." Apa kau percaya? Satu persoalan... yang boleh
menyebabkan kau berfikir sendiri. Aku??? Aku punya jalan hidup
tersendiri. Kau bagaimana? Tentu jalan hidup aku dan kau berbeza. Atau
barangkali juga jalan hidup kita sama atau agak sama... tetapi ada unsur
yang membezakan, walaupun unsur itu barangkali hanya berselisih sedetik
cuma pada waktu...! Catatan Dua Mengapa kena ada
lesen??? Catatan Tiga Andaikan kau kata begini "Aku
pemandu hebat!" Catatan Empat
Kalau kau dah terbaca JURNAL aku ni maknanya
aku dah berjaya menyelitkannya di ruang maya! Sebab usaha aku sebelum ini
menemui jalan gagal. Aku masih perlu belajar banyak perkara...
Catatan Lima
Imtihan! Doakan aku
berjaya. Terminal Terakhir... |
|
Berminat untuk hubungi aku sila emel kepada: [email protected]
© Hak Cipta Dipelihara - Laman SENTUHAN PUJANGGA 1980-2002