Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2003

Catatan 264

Catatan Kepulangan ke Malaysia (24-25/12/2003)

Sebenarnya sudah agak lama hendak menulis catatan ini setelah pulang. Namun kesempatan dan keluangan masa tidak dapat saya gunakan dengan sebaiknya. Malah keadaan server internet yang agak lembab menjadikan saya kurang semangat untuk menulis online. Rutin harian berubah berbanding kehidupan pra-kepualangan atau semasa berada dalam safar ilmi di Bumi Kinanah dulu. 

Pesawat Singapore Airline (SIA) SQ 427 berlepas dari Cairo International Airport tepat pada jam 1320 (waktu Cairo) ke Dubai untuk transit memakan masa sejam lebih kurang penerbangan. Sampai ke Dubai International Airport pada jam 16.20 (waktu Dubai - 2jam berbanding Cairo). Saya, Sobri, Zubir, Salahuddin, Fidauddin, Naim, Kak Ngah dan seorang lagi Ikhwah dengan 4 akhawat yang tidak saya kenali menaiki pesawat yang sama untuk ke Singapura yang kemudiannya akan bertolak pulang ke Malaysia.

Semasa check-in di Cairo tiada apa-apa masalah walaupun timbangan saya melebihi had 40 kg iaitu 45 kg. Saya buat Check-in terus ke Langkawi (Cairo-KLIA-Langkawi). Selepas sejam lebih kurang transit di Dubai di mana kami hanya sempat memasuki tandas dan berjalan-jalan sekitaran kompleks airport yang agak unik, disarati dengan tidak ada pengalaman pulang kecuali Zubir yang menjadi ketua safar kawan-kawannya (kesemuanya orang Kedah turun di Alor Setar) terpaksa check-in semula ke pesawat yang sama.

Seat yang ditentukan kepada saya semasa bording ialah 49D. Kedudukannya ialah pada baris pertama, tengah selepas tandas pesawat di sebelah kanan masuk. Kerusi pertama memang agak unik berbanding kerusi yang membelakangi kerusi lain. Mujurlah semasa di Tanta sempat bersembang dengan kawan-kawan yang berpengalaman pulang. Anwar Arif yang kebetulan dapat kerusi seperti yang saya dapat menceritakan pengalamannya. Mulanya ingat tiada skrin tivi dan kemudahan itu terpaksa dikongsi pada monitor besar di hadapan. Rupanya tidak, kerana monitor tivi dipasang sebagaimana kerusi kelas pertama iaitu disimpan di bahagian bawah kerusi. Penerbangan antarabangsa SIA menyediakan kemudahan yang sangat selesa termasuk arak pada setiap waktu hidangan dan paramugari yang seksi, menawan, sentiasa tersenyum melayani karenah penumpang dan rajin tersenyum.

Menu yang disajikan juga lazat. Pada sajian tengahari saya memilih untuk dihidangkan ayam setelah diberi pilihan antara ayam atau spageti. Makan malamnya saya memilih nasi berlauk daging setelah diberi pilihan antara nasi atau ayam dengan roti. Waktu sarapan pagi saya memilih muffin setelah diberi pilihan antara muffin dan pastry bakar. Di dalam pesawat hampir 100% perlu bertutur dengan menggunakan bahasa Inggeris. Penumpang di sebelah saya seorang Arab berusia lingkungan umur 50 tahun atau lebih juga bertutur bahasa Inggeris dengan saya walaupun dengan kawannya dia bertutur dengan menggunakan bahasa arab ammiah Mesir.

Sampai di Singapura 745 pagi. Bergegas turun dan terjumpa Kak Ngah yang sedang tunggu saya (agaknya) supaya menolong memandu seorang akhawat (siswi) yang akan pulang ke KLIA. Ini kerana Kak Ngah dan seorang kawannya akan manaiki pnerbangan ke Pulau Pinang. Siswi yang dimaksudkan barangkali ialah yang memakai purdah semasa penerbangan. Saya, sobri dan Naim meneruskan perjalanna ke terminal pelepasan di pintu C54 untuk pesawat SQ 106. Rupanya siswi yang Kak Ngah maksudkan sudah berjalan bersama dengan rombongan Zubir, Salehuddin dan Fida'. Mujurlah, kalau tidak tentu saya yang perlu bertanggungjawab.

Masa berbaki kami jalan sekitar ruang airport Siangapura yang juga unik, hampir keseluruhan lantai dialas dengan karpet. Pesawat SQ 106 dijangka berlepas pada jam 845 pagi dan kami dibenarkan masuk pada jam 820 pagi ke balai menunggu. Semasa menaiki pesawat ini, saya kebetulan duduk di hadapan siswi yang nak ke KLIA itu. Kerusi saya ialah 47K. Kemudian diajak Sobri me'mukul' gambar termasuk sekeping bersama seorang paramugara dan paramugari yang peramah. Sempat berbual-bual dengan siswi itu seputar bertaaruf. Siswi itu menyangka saya pelajar mu'adalah (mungkin kerana rupa paras saya yang tampak agak muda berbanding kawan-kawan yang lain). Setelah dibetulkan, dihulurkan kepada saya 2 biji gula-gula Halls di mana salah satunya saya beri kepada perempuan Cina yang duduk di sebelah saya. Mungkin kerana perbuatan saya melihat berapa saat masa yang diambil oleh pesawat untuk melonjak terbang diperasani oleh perempuan Cina itu maka dia pun menyoal saya in English about the time. Saya memberitahunya 30 saat lebih kurang. Saya tidak dapat jangka yang tepat kerana jam saya yang jenis ALBA itu adalah jam jarum. Tambahan pula saya jarang menaiki pesawat. That Chiness Woman bagitahu saya dia juga selalu melakukan perbuatan yang sama ketika menaiki pesawat. Malangnya jam sela yang selalu digunakannya telah pun hilang dengan menunjukkan reaksi sedih. Kemudian kami besembang pasal pengalaman dan diberitahunya saya dia orang KL. Tak mahu bertaaruf panjang kerana risau jika saya beritahu saya orang Langkawi mahu sahaja dia berseloroh untuk menziarahi saya nanti sedangkan perempuan Cina itu juga masih muda dan cantik. Timbul persoalan kenapa tidak saya mengajaknya bertutur dalam bahasa Malaysia sahaja? Ketika yang sama siswi di belakang kerusi saya turut bersembang in English dengan dua orang Bule. Itulah kelebihan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar antarabangsa. Bilalah agaknya bahasa kita akan menjadi setaraf itu?

Sampai di KLIA pada jam 955 pagi. Saya sempat membeli kad telefon di kedai buku terminal ketibaan. Ternampak Marina Mahathir tetapi mengambil keputusan tidak tidak menyapa. Abang kepada Zubir sudang menuggu bersama isteri dan tiga anaknya. Antara yang membuatkan saya rapat dengan Abang kepada Zubir ialah kerana dia seorang yang peramah dan membantu saya menguruskan urusan tiket saya untuk diawalkan dari waktu asal jam 2000 malam dan anaknya Mawaddah yang sangat suka kepada Pakcik Mizi. Bagaimana pun urusan mengawalkan tiket sangat rumit dan renyah. Saya mulanya ke bahagian Bagasi dan beratanya sama ada bagasi saya boleh dikelurkan untuk dimasukkan ke pesawat yang awal. Bahagian bagasi meminta saya bertanya kepada kaunter urusan tiket. Saya ke kaunter yang dimaksudkan dan kaunter itu memberitahu penerbangan untuk saya tidak ada. Rupanya berlaku salah faham saya maksudkan saya hendak mengawalkan penerbangan saya yang asalnya dijadualkan dengan pesawat MH 1456 ke Langkawi pada jam 2000 malam. Barulah diberitahu saya penerbangan awal dari itu ada dua iaitu pada jam 1320 dan 1845 petang. Bahagian urusan tiket di Fasa D meminta saya bertanya di kaunter bording di Fasa B sama ada bagasi saya dapat dikeluarkan dan dicheck-in semula dengan pesawat pada jam 1320 yang diberitahu oleh Cik Dila (pegawai yang bertugas) yang pesawat itu ditunda penerbangannya ke jam 1430 petang. Urusan agak merumitkan. Mujurlan Cik Dila baik hati hendak menolong untuk bertanya semula di bahagian Bagasi. Jika tidak tentu saya kena turun semula ke aras 3. Kemudiannya berbincang semula dengan Abang kepada Zubir (terlupa nama) manakah yang lebih sesuai.

perbincangan menemukan jawapan supaya bagasi saya tidak dikeluarkan dari penerbangan MH 1456 pada jam 2000 malam sebaliknya saya hanya mengawalkan penerbangan saya untuk diri saya sahaja. Beerti saya sahaja yang akan tiba di Langkawi lebih awal sekiranya saya menaiki pesawat awal dan bagasi saya perlu mengambil pada jam 2100 malam apabila pesawat MH 1456 sampai ke Langkawi. Beritahu kepada Cik Dila keputusan baru itu. Cik Dila pula memberitahu dia telah mengarahkan bahagian bagasi supaya mengeluarkan bagasi saya dan jawapan sama ada boleh dikeluarkan atau tidak bergantung kepada call seterusnya. Sambil menanti ada call masuk pada telefon Cik Dila dari bahagian bagasi dan memberitahu masih tidak dapat mengeluarkan bagasi dan saya meminta Cik Dila membatalkan. Setelah dibatalkan barulah saya memberitahu yang saya mohon menaiki pesawat jam 1320 dan bagasi saya kekal di pesawat MH 1456 dan saya akan mengambilnya di Langkawi International Airport pada jam 2100. Cik Dila menasihatkan supaya konsep itu dibatalkan kerana beranggapan bagasi saya tidak akan tiba kerana saya tidak mengikuti penerbangan yang sama. ada betulnya sekiranya saya membatalkan penerbangan (tidak menaiki pesawat) pada saat akhir, tentunya bagasi saya akan dipunggah keluar di KLIA. Akhirnya saya terpaksa akur dan menerima dengan redha penerbangan MH 1456 pada jam 2000. Beerti saya terpaksa melepak di KLIA hampir 10 jam. 

Nombor telefon kawan-kawan pula hanya beberapa nombor sahaja yang tertulis. Selainnya ada dalam bagasi. Saya resah metah. KLIA terlalu asing pada saya. Inilah kali kedua bertamu di situ setelah kali pertama ketika hendak pergi ke Cairo 4 tahun yang lalu atau setepatnya 4 tahun 2 bulan 2 minggu atau 1535 hari. Dua kali ke anjung tinjau memerhati pesawat mendarat dan berlepas, menelefon kawan yang ada yang menjawab tetapi tidak boleh ke KLIA dan ada yang menutup HP. Mungkin kerana hari 25 itu hari Krismas. Akhirnya sampai juga masa untuk check-in ke pesawat MH 1456 di mana hanya saya seorang sahaja student yang pulang dari Timur Tengah.

Setelah sampai di langkawi pada jam 2055 malam dan mengambil bagasi, ternampak kelibat keluarga hampir sekampung datang menyambut. Suasana amat menyayukan, tetapi saya sentiasa berkata "tak mahu teriak dah, cukuplah teriak kat Kaherah" "Tak mahu menagis" semasa bersamalam dan memeluk hampir kesemua kerabat yang datang menyambut. Suasana meriah sekali. Orang pertama yang saya salami dan kucup tangan serta berpeluk ialah Tok Long Haji Sofi Said (tok guru di Ulu Melaka) kemudian saya sudah tidak ingat lagi lantaran terlalu ramai (mungkin sampai 40 orang). Sampai di rumah dihidangkan dengan makan malam yang sudah disiapkan sebelum keluarga ke airport dan saya merakamkan kali pertama memasuki rumah baru kami yang tidak pernah saya rasai semasa safar ilmi saya selama 4 tahun itu di Bumi Anbiyak. Sudah disediakan satu bilik untuk saya dengan kali kelamin. Ruang bilik tidak seluas bilik di Mesir, tetapi berpada dengan privasi yang disediakan.

Catatan seterusnya ialah catatan pasca kepulangan... 

Catatan 265

1 Januari 2004

Hari ini cukuplah seminggu saya berada di kampung halaman. Kampung tercinta ini sejak Khamis lalu belum direntasi sepenuhnya. Cukuplah rutin harian yang berubah hampir secara total dengan cara hidup di Kubri Quhafa, Tanta dan Mesir umumnya dahulu. Empat tahun lalu... atau lebih tepat 1535 hari atau 4 tahun 2 bulan 2 minggu saya saya meninggalkan kampung halaman sudah memadai untuk saat ini menjadi memori suka dan duka pada usia remaja pada zaman mahasiswa.

Ripuh akademik berakhir buat sementara waktu sebelum saya melangkah ke alam pengajian sarjana lanjutan pula. Tetai entahlah, buat sementara waktu ini rasanya elok mencari wang terlebih dahulu. Membalas jasa orang tua sekadar termampu. Tetapi buat masa ini masih tidak membuat apa-apa kerja. (Syahadah muaqqatah) Sijil sementara masih menanti kepulangan azril pada 8.1.2004 nanti. Itulah khabar daripada Anwar Arif menerusi sms dan Hatta yang uruskan sijil saya itu pun memberitahu begitu. Alhamdulillah natijah keseluruhan untuk tahun 4 melayakkan saya mendapat kepujian dalam sarjana muda Syariah Islamiah (B.A Hons.) Tetapi belum menentukan tempat di peringkat pengajian sarjana.

Apa yang dikhabarkan kepada saya... pengambilan pelajar untuk sarjana di UIAM mengutamakan siswa dengan kelulusan Jayyid Jiddan atau Kepujian 2. Pangkat jayyid macam saya dan kawan-kawan lain mungkin akan kurang diberikan perhatian. Di UM pula tidak ada maklumat sangat. Di IPTA lain juga belum ditaftish (semak).

Di Alazhar memang sangat gharib pelajar untuk mendapat Imtiyaz atau kepujian 1. Kemungkinan untuk dapat kepujian satu hanya pada subjek tidak pada markah keseluruhan. Lagipula markah lulus Alazhar adalah 50%. Markah saya untuk kelulusan kepujian ialah sekitar 65% - 74% rasanya. Sms Hatta kepada saya pun tidak menjelaskan berapa peratus dan jumlah markah yang saya perolehi. Untuk tahun 1 dan 4 saya mendapat kepujian manakala untuk peperiksaan tahun 2 dan 3 saya bersyukur dengan maqbul.

Apa tidaknya untuk pengajian tahun 2 dan 3 sememangnya saya terpaksa repeat 2 paper untuk kedua-dua tahun tersebut untuk pengajian tahun beikutnya. Kedua-dua subjek yang terpaksa diulangi ialah Lughah Arabiah dan Tafsir. Alhamdulillah pada tahun 4 madah Tafsir Ayat Ahkam saya bersyukur mendapat pangkat Imtiyaz untuk kertas tersebut setelah 2 kali sejak diperkenalkan sebagai subjek yang menggantikan Fiqh Kitab gagal dan terpaksa repeat. Selain subjek Tafsir, Subjek Hadis dan Usul Fiqh juga saya dapat imtiyaz. 

Alam pengajian berakhir buat sementara. Sekarang seperti kata Rudy saya akan menempuh alam kerjaya. Alam perjuangan untuk menentukan hidup dan kehidupan. Alam yang pastinya lebih mencabar dari alam kemahasiswaan. Saya sendiri masih di tebingnya belum menyeberangi sungai perjuangan itu.

Tiba di rumah Khamis lepas kerana keletihan metah subuhnya tidak berjemaah di Masjid. Zohornya ke Masjid untuk Solat Jumaat. Seusai solat dan wirid, Haji Yahya menghampiri saya. Selaku Imam, beliau mempelawa saya untuk menjadi imam dan membaca khutbah untuk Jumaat minggu akan datang. Maghribnya apabila sekali lagi ke Masjid di'uji' lagi untuk mengimami solat. Begitulah rutinnya selama seminggu ini. Kecuali beberapa kali ketika saya mengatakan keuzuran kerana selsema dan batuk-batuk. 

Di kampung saya juga terdapat sebuah surau dengan nama Surau Haji Sofi. Kebetulan Haji Sofi adalah Tok Long saya. Maka secara automatik saya juga akan berkhidmat untuk surau yang mempunyai sejarah yang tersendiri itu. Tok Long sayaitu menuntut pengajian kitab-kitab tua secara pondok selama hampir 18 tahun di merata tempat termasuk di Kedah, Kelantan dan Patani. Memang seorang yang dihormati di kampung Ulu Melaka.

Saya? Sehingga menanti hari pertama menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah, saya masih lagi batuk-batuk dan selsema. Maklumlah pertukaran cuaca dan suhu secara mendadak. Di Mesir suhu sekitar 15-20 celcius sedangkan setelah pulang ke Malaysia suhu adalah 30 darjah celcius. Cubalah anda fikirkan!

*** ada beberapa catatan menarik sepanjang berada dalam penerbangan dan transit yang akan dimasukkan kendian

1 Januari 2004

© AHMAD TARMIZI ISMAIL

Hosted by www.Geocities.ws

1