Mulai online pada  Jun 2002 hingga kini...

Fikir:

It's year 2003
And nothing has changed
Past generation has aged
Let us write the next page
It's time for us to change
It's up to you & me
Either we make history
or we become history…

Banner di atas adalah hasil ciptaan Putri untuk PUJANGGA Online. Terima kasih buat Putri.

       Ini banner yang Wanzu buat untuk PUJANGGA Online. Syukran buat Wanzu.

saya geng jurnal!

siapa ni?

gambar Kembara

Capaian Alternatif

Capaian Arkib:

23 Link Pilihan Pujangga Online untuk Feb 2003:

bandar sepi
biskut
encik khairul
enmiya
fajar online
jiGOMorrison
khairusy
meer Taro
miecreation
mukeh
muring-wien
nik nazmi
nizam zakaria
nureffa
pakdi
puteri Elaira Elaiza
raymizie
rudy bluehikari
spyz
tok rimau
toksik
qahafi a.k.a ujang
wanzu

p/s: Link-link ini mungkin berubah mengikut bulan pilihan, siapa nak tempah untuk Mac 2003?

 

 

iklan:

Panas, panas, panas!

Sesuatu yang tidak anda temui di kedai-kedai buku, tawaran dengan harga istimewa. Tempahan awal akan mendapat buku berkulit keras dengan harga buku berkulit lembut..

Novel terbaru karya dua penulis (Zaharah Nawawi bersama Hamidah Kamaruddin) berjudul:

Cinta Penyerahan Tragedi

dan Kumpulan Puisi Zaharah Nawawi berjudul:

 Warna & Wajah

Bagaimana menempah? Untuk tempahan dan keterangan lanjut sila hubungi dan sahkan nama serta emel anda kepada saya. mypujangga@ yahoo.com

atau terus kepada: [email protected]

 

Pedoman:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang orang fasik membawa sesuatu berita kepada kamu, hendaklah kamu selidiki..." (Al-Hujurat: 6) &
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

...................... http://akhimasrawi.cjb.net ......................

Capaian PUJANGGA Online:

 Intro | Diri | Keluarga  | JURNAL | Cerpen Akhi Masrawi | Puisi Online  | Syariah Online | Cerpen Online | Kajian Online | Rencana Online | Untaian Masa | Koleksi E-muzakarah | Anjung Tamu v. de | Galeri  | Penghargaan

  Update terakhir pada 27.2.2003                                                                   Update pada bila-bila masa...


                      

.:: Catatan moden dari zaman klasik ::.

Tarikh pada catatan ialah tarikh saya menulis!

P align=justify>27 Februari 2003/ 26 Zulhijjah 1423 | Khamis | 17.28  pm

Catatan Satu

Kahar di Jentayu (Mereka dan CINTAMANI)

Jentayu pernah menukilkan
Pada impian yang pernah mereka lakarkan
Tika usia yang menjangkau mumayyiz itu
Dipinggir baruh, sawah, lata, jeram dan hutan

Hanya dengan luna kesamaran
terukir pada seketul batu
nan bernama cintamani
kerana mengalir secarik kepercayaan
pada sangka dan secebis harapan
Pada sebuah janji dan sebening impian

Lupakah Kahar pada itu semua?
Pada janji diimpian cintamani
Bersama dua kawanya, Amin dan Hambali
Pada suatu waktu yang telah pergi

Lupakah kahar pada keturunannya
Yang berdarah ulama’ dan pejuang
Sehingga sanggup untuk menggadaikan jentayu
Hanya kerana wang dan nafsu

tidak.... tidak.... tidak...
kahar meraung
kahar merintih
kahar sedar dalam insaf

hakikatnya
meski cintamani itu tipu
tetapi lagenda perjuangan Nyang Salleh dan Tok Majid
Serta ayahnya Haji Malik itu benar

Ya.... Itu Hakikat

Kahar tidak pernah lupa
Kahar tidak pernah lupa
Kahar tidak pernah lupa pada janji

Kahar tidak pernah lupa pada keturunan
Kahar tidak pernah lupa pada Amin dan Hanbali
Kahar tidak pernah lupa pada Jentayu
Kahar tidak pernah lupa pada Cintamani
Kahar tidak pernah lupa Ilahi

Biar Kahar papa dan kedana
Biar Kahar dihina
Tetap kahar akan terus dengan prinsip teguh-seteguhnya

Mungkin Kahar pernah lalai
Atau kahar dilalaikan

Terima kasih Amin
Terima kasih Hambali
Terima kasih Cintamani
Terima Kasih Abduh
dan kenangan yang trungkit pada menara Masjid Al-Azhar

Kalian telah menyedarkan Kahar
Untuk Kahar kembali
Dan bersama jentayu... pasti

Nukilan,
Akhi Masrawi.

Kata-kata Pujangga: "Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya."

Sila klik  Respon/Komen

 

23 Februari 2003/ 22 Zulhijjah 1423 | Ahad | 12.28  am

Catatan Satu

Respon pada tulisan Khairusy

Lama saya tidak berkesempatan menjengah jurnal-jurnal para jurnalis lain lantaran tidak sempat berkunjung ke cyber cafe (cc). Kesempatan berkunjung saya manfaatkan menjengah beberapa jurnal online kegemaran saya seperti jurnal encik Khairul a.k.a cikgu khairul, Bandar sepi, Khairusy, Fajar Online, Enmiya, Tok rimau, Spyz, Jigo, Biskut, Nureffa dll.

Tertarik dengan tulisan Khairusy tentang piramid pendidikan. Saya tidak punya pandangan peribadi tentang hal itu. Cuma kesempatan berada di Mesir barangkali menemukan saya dengan beberapa senario dan situasi dalam hal piramid pendidikan itu. Seperti apa yang saya fahami daripada maksud Khairusy, pendidikan kita bermula dengan menemukan pelajaran yang pelbagai dan kemudian menjurus kepada sesuatu bidang. Sehingga ke tahap PHD takhassus menjadikan seseorang itu menguasai satu bidang ilmu sahaja. Kemungkinan ada yang lebih.

Saya tidak pasti adakah piramid pendidikan ini adalah agenda barat ketika mencampuri urusan pendidikan dalam negara kita setelah kemerdekaan dulu. Tetapi apa yang saya tahu dalam dasar pendidikan Malaysia sendiri telah berlaku pelbagai perubahan semenjak kemerdekaan 1957 yang menyaksikan rombakan-rombakan dan perubahan dalam sistem pendidikan. Misal yang paling dekat ialah SPM kalau dahulu dihitung berdasarkan pangkat dan aggregat, tetapi sekarang SPM menggunakan graf A B C D sebagai keputusan peperiksaan. Tak ubah seperti UPSR dan PMR bukan?

Hampir empat tahun saya berada di Mesir ini memberi saya peluang melihat sistem pendidikan di Mesir. Di sini, sekolah telah dipecahkan mengikut jurusan semenjak dari sekolah rendah lagi. Sebab itu jika di Mesir ini ada sekolah bahasa, ada sekolah pertanian, ada sekolah sains dan lain-lain. Pernah saya bertanya dalam sembang santai bersama seorang kawan berbangsa Arab tentang sistem pendidikan. Dari apa yang saya lihat: tahap IQ pelajar di Malaysia yang terdedah dengan sistem pendidikan yang menemukan pelajar dengan pelbagai subjek menjadikan pelajar Malaysia jauh lebih tahu tentang banyak ilmu dan perkara berhubung sejarah, geografi, matematik dll. Berbanding pelajar di Mesir. Sekiranya mereka mendaftar di sekolah pertanian misalnya maka mereka akan tersisih dari subjek yang dipelajari di sekolah Sains atau sekolah bahasa. Dan begitulah situasi sebaliknya yang berlaku. Pelajar di Mesir akan terus mengadap ilmu dalam bidang jurusan di sekolah ke peringkat menengah dan peringkat Universiti. Di Mesir Jamiah (universiti) dipecahkan mengikut kuliah jurusan. Sebab itu jika diperhatikan Jamiah 'Muhafazah' (Negeri) seperti Jamiah Tanta mempunyai cawangan dalam jurusan yang tersendiri. Jamiah Tanta dipecahkan kepada Kuliah Tarbiyah (Fakulti Pendidikan), Kuliah Handasah (Fakulti Kejuruteraan), Kuliah Huquq (Fakulti Perundangan dan Kehakiman), Kuliah Tijarah (Fakulti Pedagangan), Kuliah ziraah (Fakulti pertanian) dan sebagainya. Dan bagi yang tidak pernah belajar geografi akan menjadi insan tersisih dari pengetahuan dalam ilmu itu. Sayangnya... melihat situasi ini, saya seperti bersetuju pelajaran-pelajaran seperti itu diajarkan sebagai asas kepada pelajar, seperti yang berlaku di Malaysia. Tetapi saya tidak bersetuju dengan sistem pendidikan yang tidak mengutamakan pelajar pendidikan Islam kerana ianya merupaya fardhu Ain kepada setiap muslim.

Di dalam pemerhatian saya terhadap para ulamak terdahulu pula, misalnya a`immah arba'ah (Imam Empat), mereka menjadi ulamak dengan bermula dengan satu ilmu dan kemudian berkembang kepada kesemua ilmu yang lebih luas. Barangkali kita boleh mengatakan bahawa pada mereka terdapat keberkatan yang banyak. Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) misalnya mula menguasai ilmu Tauhid dan kemudian menjadi fuqaha dengan menguasai ilmu-ilmu yang lain. sebab itu jika dilihat pada sejarah hidup imam Abu Hanifah kerap kali kita akan bertemu dengan kisah beliau berjidal dengan para muktazilah ketika hayat remajanya. Dan di dalam perjidalan itu selalunya akan berpihak kepada Imam Abu Hanifah sehingga terserlah akan kepintarannya. Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hambal diriwayatkan menguasai ilmu-ilmu asas terlebih dahulu dan paling asas adalah Al-Quran dan As-sunnah. Jadi tidak hairanlah jika riwayat hidup mereka diceritakan bahawa mereka telah menghafaz al-Quran dalam usia yang terlalu muda. Imam Syafie mengusai ilmu bahasa yang mantap sehingga mencetuskan ilmu Usul Fiqh. Begitu juga ulamak-ulamak yang lain. Kesimpulan yang nak diperkatakan di sini para ulamak terdahulu mempelajari ilmu dari perkara yang asas dan ilmu itu berkembang sehingga mereka menguasai ilmu yang pelbagai. Piramid pendidikan mereka songsang dengan piramid pendidikan kita pada hari ini. Maka seseorang itu menjadi mujtahid (PHD) setelah mengusai pelbagai bidang ilmu bukan pengkhususan satu bidang ilmu.

Dua situasi yang saya datangkan dalam catatan ini bersifat tersendiri. Jadi untuk membentuk piramid pendidikan diri, tidak salah kalau kita mengikut piramid songsang sebagaimana yang didapati dari peribadi para ulamak terdahulu. Meskipun penguasaan ilmu secara khusus itu adalah hukumnya fardhu kifayah, namun sebagai manusia tiada sebarang tegahan untuk mengusai pelbagai bidang ilmu. Saya secara peribadi mempunyai minat dalam bidang psikologi, sastera, siasah syari'yah, Fiqh Islami, Ekonomi, Undang-Undang, dan beberapa lagi. Tetapi mampukah saya menguasai semua itu dalam jangka masa yang singkat? Sudang tentu tidak. Justeru sekalipun telah memiliki PHD dalam sesuatu bidang, tidak salah rasanya menguasai bidang yang lain pula. Malah itulah yang terbaik.

Dan apa yang penting adalah kesungguhan, disiplin dan istiqamah. Bukan begitu Khairusy?

Kata-kata Pujangga: "Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."

Sila klik  Respon/Komen

 

20 Februari 2003/ 19 Zulhijjah 1423 | Khamis | 9.58  am

Catatan Bulan Pengorbanan

12 13 14 15 16 17 18 19 ada apa ya?

- 12, 13 14 hb adalah hari tasyrik. 3 hari tasyrik tidak harus untuk berpuasa. Malah pada masa tersebut adalah masa untuk menyembelih dan mengadakan ibadah korban, termasuk hari raya pertama. 12 hb saya, Lib, Azril dan Che Nan ke Cairo. Ambil tramco dari Kubri Quhafah dan perjalanan memakan masa yang agak lama. Namun, alhamdulillah sampai juga ke Cairo. Sampai sudah agak petang. Mujurlah jamuan hari raya korban PMRAM di asyir masih ada. Makan dan solat asar di Wisma Darul Aman. Masyarakat Azhari ketika ini sudah semakin berkurang. Cairo masih macam Tanta... sejuk. Lepas solat, Us Amli ajak ke Syubra ikut Adib dan Azrul Hisyam. Bertolak ke Ramsis untuk ambil Metro nafa' (Metro bawah tanah) di stesen Ramsis (Mubarak). Rupanya baru kini saya tahu... yang mahattoh di Ramsis tu rupanya nama mahattoh Mubarak. Dulu saya naik Metro dari Atabah ke Syubra el-Khimah langsung tak tahu rupanya Mubarak tu mahattoh untuk Ramsis. Ishk.... malunya dah hampir 4 tahun di Mesir baru perasan. Apapun berbaloi lah sebab saya jarang naik Metro tu. selang dua mahattoh sampailah di mahattoh Raddul Farag dan kami pun turun, menyusur jalan di Syubra dengan penuh keharu-biruan. Syubra ni adalah muhafazah dalam Kaherah. Pelajar Malaysia di Syubra kuliah Al-Quran dan Qiraat. 3 tahun pengajian. Inilah kali pertama saya menjejak kaki ke Syubra. Tak ubah suasana macam bandar-bandar kecil di Kaherah seperti Sabiek (Madinat Nasr) dan Abas Aqad. Cuma yang beza mungkin Syubra lebih zahmah (sibuk). Pergi ke Rumah Pak Lah. Melawat orang kahwin yang bujang. Isteri dia di Malaysia kena praktikal KPLI. Kenal-kenal rumah dan sembang-sembang lepas itu bertolak pulang ke Abas Aqad. Masa di Asyir Nizam datang confirm untuk saya jadi pembentang kertas kerja di Rumah Selangor. Kertas kerja Oreintalis yang ditulis oleh Own. Saya terima dan belum bersedia!

- Malam itu sampai di rumah Perlis di Abas Akad, tolong untuk penyediaan rumak terbuka KPP. Masak Ayam saja. Tahun lepas dapat buat lembu sebab dapat peruntukan. Tapi tahun ni tak dapat. Buatlah cara tak dapat. 13 hb rumah terbuka Bakan. KPP, MKKK, BKPJM, BAKANS dll. Saya cuma pergi KPP dan MKKK. Sebab di KPP saya jadi ahli sekutu dan MKKK saya jadi ahli tetap. Bakan lain saya tak jadi ahli kalau nak pergi pun 'hugoh' lah. Kedua-dua ayam. Ah... mujur, tak payahlah makan banyak daging raya ni. Lepas ke rumah Kedah balik ke Tanta untuk cari bahan nak bentang di Rumah Selangor 16 hb.

- 14 hb bertolak semula ke Cairo. Sepatutnya saya kena sampai asar di H 10. Tapi sebab perjalanan yang tidak lancar saya sampai lewat. Kesannya terlepas liqa'. Lepas Maghrib keluar dengan Pak Joe ke Mandi depan rumah Johor. Pekena Nasi basmati Mandi. lepas tu berjalan pulang... kebetulan malam 14 ni malam hari kekasih (valentine) yang wajib dijauhi umat Islam. Tapi di Mesir muda mudi merayakan juga dari perhatian saya. sempat lihat berlambak-lambak muda-mudi berpasangan di sekitar jalan Abas Akad. Uh... benci ada yang riang, ada terima hadiah, ada yang seperti bercakaran, ada yang kecewa dll. Teringat pasal hari kekasih ni saya ada berselisih dengan seorang chater masa chating beberapa hari sebelum hari raya. Saya larang chater tu dari merayakan hari kasih-sayang dan menyaran sana-sini merayakannya. Dia marah saya dan kata saya tidak terbuka pemikiran dan menolak kasih sayang. Katanya sedang Islam menyuruh berkasih-sayang. Saya jawab kalaupun Islam suruh berkasih sayang, suruhan tu bukan untuk 14 Februari. Suruhan tu bersifat setiap waktu. Dia kata ikut niatlah. Saya kata kalau ikutkan niat.... dalam dunia ni tak adalah pencuri, sebab biasanya pencuri mencuri kerana memang dia nak mencuri. Tapi adakah kita boleh tahu niat dia. Kalau ditanya si pencuri tu berkata yang dia tidak berniat mencuri, adakah boleh dihukum? kalau ikutkan cara 'niat' ni... maka jenayah akan tersorok. Kemudian dia kata dari mana saya dapat tegahan dari merayakan hari valentine? Dia minta saya mengemukakan buku. Lihat semula hadis 'Man tasyabaha bi qaumin fa huwa minhum.' (Barangsiap yang menyerupai sesuatu kaum maka dia daripada kalangan mereka). Mudahnya begini.... orang yang susah terima perkara-perkara kecil dan hanya melihat perkara besar ni diberikan jawapan 'perangkap' saja. Secara mudah tanya kenapa kita berkahwin sedangkan kahwin tiada dalam rukun Islam, Iman mahupun rukun Ihsan. Kalau nak beramal dengan hanya melihat rukun saja.... baik jangan dilihat perkara hukum. Sebab itu Said Hawwa di dalam kitab Al-Islam menjelaskan bahawa Islam adalah gabungan antara asas dan binaan. Asas adalah rukun dan binaan adalah hukum-hukum.

- 15 hb masih melepak di rumah Perlis. Ke bazar BKPJM dan pekenan nasi Paprik.Pakjo pekena nasi goreng Pyramid (tak puas hati kot?) :)) Bersedia ala kadar untuk pembentangan di rumah Selangor malam esoknya.

- 16 hb saya pergi mesyuarat KELAP PMRAM. Sampai agak lewat sebab pertamanya ingatkan mesyuarat tu di Markaz HEWI PMRAM rupanya mesyuarat di markaz hewi tu mesyuarat Unit Kebajikan. Tanya seorang siswi dan dia beritahu mesyuarat KELAP di rumah Negeri 9. Akhirnya sampai juga di rumah Negeri 9. Hah... Mohnas pun ada. Mesyuarat berakhir lebih kurang 4.30 petang. Pekena karipap dan teh. Lepas tu ke rumah Ameq. Singgap sekejap. Syed pun ada. Adib masa tu sedang dengar debat. Bersiap dan bertolak ke H 10. Sampai di H 10 terus naik ke rumah Kedah. Berehat di bilik furu' (cawangan) dan solat maghrib. Lepas tu ke rumah Selangor. Alhamdulillah pembentangan kertas kerja Oreintalisme berjalan lancar... walaupun saya kurang persediaan. Kehadiran pun ramai. Terutama siswi. Lepas bentang Nizam ajak makan... fuh karipap gulung. Memang best!

- 17 hb cadangnya nak balik ke Tanta sekejap untuk ambil rekod-rekod dan persedian untuk mesyuarat KOFI esoknya. Tapi batal sebab letih.

- 18 hb pergi mesyuarat di rumah Johor. Alhamdulillah lepas mesyuarat ada jamuan. Tajaan beberapa orang sahabat ahli mesyuarat. Masa makan Azman BP minta saya jumpa Zairol. Zairol minta saya bentang kertas kerja untuk Seminar penulisan. Walaupun keputusan mesyuarat saya tak ditaklifkan untuk bentang tapi memandangkan kertas kerja kewartawanan ada kekosongan maka, Zairol bentang kertas tu dan saya bentang kertas kerja Panduan penulisan dan Tatabahasa untuk seminar pada 19 hb. Ikut Alan dan Azman ke Pejabat PMRAM. Jumpa kitab Jawharah Tauhid yang Syeikh Mizi dan Ustaz Hasanuldin tulis. Kebetulan akan adakan daurah dan diskusi kitab tu di Tanta pada 20. beli lagi dua buah buku... Fenomena kelemahan jiwa (Dr. Majdi Hilali dan buku huraian hadis tentang kepimpinan wanita pasal hadis 'tidak berjaya sesuatu kaum apabila melantik wanita sebagai ketua' yang ditulis oleh Syeikh Nurruddin Banjari). Cari fail tak jumpa dan lepas tu terus pulang ke Tanta sebab malam ada urusan di Tanta dengan Mat Nan.

- 19 hb awal pagi bertolak ke Cairo semula untuk hadiri seminar penulisan. Saya sampai sekitar jam 10.20 pagi di rumah Negeri 9. Masa tu Mohnas sedang bentang kertas kerjanya dan saya dijadualkan selepas dia. Kali ni saya bentang kertas kerja dengan alat bantuan iaitu laptop dan pc. Ha ha ha... menggunakan teknologi dengan jalan kebaikan. Masa bentang sejam saja. Kehadiran Seminar dimenangi oleh akhawat. Saya anggar akhawat sekitar 50 orang dan ikhwah 20. Masa makan tanya pengarah KELAP dan dia beritahu pendaftaran ikhwah 25 orang dan akhawat 60 orang lebih. Lepas solat jamak taqdim (Zohor dan Asar) makan dan sembang-sembang sikit kemudian bertolak pulang ke Tanta semula sebab lepas maghrib saya perlu diskusi kitab Al-Islam pula di Tanta. Sampai di Tanta lebih kurang 4.30 petang. Perjalanan dalam ribut pasir. Ribut pasir tu saya kesani ketika melintasi Syubra dan santak sampai ke Tanta. Tanta gelap dengan ribut pasir. Nampaknya agak teruk juga ribut pasir kali ni. Alhamdulillah dapat diskusi juga kitab Al-Islam, walaupun dalam keadaan keletihan sangat. Apa tidaknya asyik ulang-alik Tanta-Cairo. Huh...

Kata-kata Pujangga: "Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan."

Sila klik  Respon/Komen

 

12 Februari 2003/ 11 Zulhijjah 1423 | Rabu| 8.00  am

Catatan Aidil Adha

7 8 9 10 11 dan bila lagi?

- Fatrah antara 6 hingga 7 hb Februari saya gunakan untuk melatih para pelakon pentomen "Mereka dan Cintamani" untuk disembahkan pada Ijtima' Ghaira Adi PMRAM @ Ijtimak Tergempar (IT). Susahnya nak dapatkan lakonan yang menepati kehendak Pengarah. Patutlah orang layar perak pun mengulang-ulang lakonan mereka semasa pengambaran. Saya cuma jadi pengarah projek kecil, cuma pentomen - belum lagi menjadi Sutradara untuk filem yang tentunya lebih besar. Pun begitu - padanlah dengan persediaan selama dua hari untuk pertunjukan selama setengah jam (cadangan) itu.

- Pelakon last minit baru dapat penuhi korum yang diperlukan. Watak-watak tambahan pun susah nak dapat palakon. Alhamdulillah... petang 7 hb tu kira saya pun berpuas hati dengan apa yang dibuat para pelakon.

- Maka tibalah 8 hb, hari ijtimak. Saya, Lib, Azril dan Nuar bertolak naik kereta api mumaiyyazah (kelas 2) dengan bayaran LE 2. Tiba di Ramses, sempat pekena Kibdah Iskandarani dan Saggok Iskandarani sebagai sarapan. Dua biji besar - LE 4. Kemudian ambil tramko bertolak ke Kuliah Tib Al-Azhar di Syarie Mukhaiyyam Daim. Kebetulan 8 hb Februari sebagai tarikh yang dipilih untuk diadakan IT ialah bersamaan 7 Zulhijjah 1423; iaitu hari lahir saya mengikut tarikh hijriah. Alhamdulillah dah cukup 23 tahun la ni! Agenda IT dimulakan dengan perbahasan ilmiah oleh Dr Husain Husain Syuhatah yang membentangkan perbahasan mengenai 'masorif' (bank) dan 'fawaidul bunuk' (faedah bank). Kebetulan isu faedah bank ini sedang menjadi isu 'istimewa' sejak akhir-akhir ini setelahmana difatwakan oleh Syeikhul Azhar (Dr Muhammad Syed Tantawi) bahawa faedah bank halal. Perkara ini diputuskan oleh majmak buhus Islamiah Mesir. Akan tetapi berlaku 'rad' (penolakan) terhadap fatwa tersebut. Dan tajuk itu diperbahaskan oleh Dr Husain Husain Syuhatah di dalam agenda awal IT hari 7 Zulhijjah tersebut. Mujurnya saya datang awal dan dapat ikuti keseluruhan perbahasan Dr Husain Syuhatah itu.

- Antara isi perbahasan yang menarik ialah - beliau berkali-kali menyeru para mahasiswa/i untuk kembali mengamalkan ajaran Islam secara syumul. Malah menggesa supaya ditingkatkan ketaqwaan dalam diri. Beliau juga menjelaskan perbezaan di antara bank Islam dan bank konvesional yang mengamalkan urusniaga riba. Malah terdapat beberapa 'tasaulat dan istifsarat' (persoalan dan minta ulasan) tentang beberapa perkara.

1. Soalan tentang kes faedah bank yang dikatakan oleh Tantawi sebagai harus.
2. Soalan tentang faedah bank, bagaimana hendak digunakan?
3. Isu pembekuan wang dollar dalam bank supaya boleh di'main'kan nilai harga dalam pasaran?
4. Isu adakah wajib bagi pelajar mengeluarkan zakat apabila cukup syarat dan dalam keadaan tersebut dia tidak berkerja tetapi boleh diistilahan sebagai kaya?
5. Soalan tentang faedah bank dan kontraversi terhadap fatwa Syeikh Mahmud Syaltut?

Saya melihat Dr Husain menjawab persoalan itu dengan tenang dan penuh hikmah. Soalan pertama dijawab bahawa masalah faedah bank (sama ada riba atau tidak riba) adalah masalah ijtihadiah atau masalah khilafiah. Jadi persoalan ini membuka ijtihad. Bagi mujtahid, boleh berijtihad dan menentukan ijtihadnya. Sedangkan di dalam sesuatu ijtihad sebagaimana yang dikatakan oleh Imam As-Syafie bahawa 'yahtamilu sowab wa yahtamilul khatak' (boleh jadi betul, boleh jadi salah). Pun begitu Dr Husain menjelaskan bahawa sebelum ini kebanyakan majmak yang bersidang telah menentukan bahawa faedah bank adalah haram, sama ada majmak Fiqh Islami di Jedah, Majmak Fiqh di Eropah, Majmak Fiqh di Mesir dan beberapa majmak yang lain. Saya melihat politik Dr Husain menjelaskan bahawa itu adalah persoalan ijtihadiah dan khilafiah sebagai menyuruh para pelajar supaya bersungguh-sungguh mengkaji dan melihat kesesuaian fatwa 'menghalalkan' faedah bank itu dengan melihat kepada perbincangan dan perbahasan ilmiah, tidak semata-mata kepada taqlid dan menyebabkan jumud dari sudut penerimaan pandangan meskipun ianya syaz (ganjil). Akan tetapi dari sudut pengamalan adalah aula (utama) diamalkan pandangan jumhur yang mengatakan bahawa faedah bank adalah haram.

Menjawab persoalan kedua Dr Husain menjelaskan bahawa perbahasan tentang bagaimana hendak menggunakan harta/wang faedah bank telah banyak dijelaskan di dalam kitab-kitab fiqh dan qhadhaya muasarah (Perbahasan Kontemporari). Atas sebab bahawa wang faedah itu adalah haram maka ianya sesuatu yang tidak bersih maka digunakan dengan niat membersihkan wang tersebut dengan menggunakan sebagai memenuhi tuntutan awam dan biaya umum. Sebagai contoh wang itu digunakan untuk membuat jalanraya, membiaya tandas awam dan sebagainya. Dr Husain menegaskan bahawa tidak timbul sebarang keraguan sama ada dari sudut hukum mahupun undang-undang madani yang mengharuskan pembekuan wang dalam bank.

Dr Husain juga merajihkan bahawa bagi pelajar yang kaya dan cukup syarat wajib zakan maka wajib baginya mengeluarkan zakat, dan nilai zakat tersebut ialah 2.5%. Manakala persoalan tentang kontraversi Syeikh Syaltut itu Dr Husain menegaskan bahawa masalah itu bukanlah fatwa sebenar pendirian Syeikh Syaltut. Sebaliknya si peminta fatwa itu mengelirukan Syeikh Syaltut sehingga beliau berfatwa sedemikian. Saya juga sebenarnya kurang jelas letak duduk perkara ini. Dari apa yang saya faham, Dr Husain menjelaskan bahawa Syeikh Syaltut pada ketika itu tidak mendapat gambaran yang jelas tentang operasi bank dan perkara yang berkaitan faedah tersebut. Justeru Dr Husain menyatakan bahawa untuk berhukum, tasawwur (gambaran) tentang perkara juz'ie (furu' - cabang) adalah penting untuk meletakkan hukum. Ini kerana berpandukan pada kaedah fiqh yang berbunyi lebih kurang 'hukm syai'e far'un 'an tasawwurih' atau 'tasawwuru al-syai'e juz'un 'an hukm 'alaih'.

- Dr menyudahkan perbahasan hari itu dengan berpesan supaya memelihara ukhuwah Islamiah dan para siswa/i supaya beristiqomah dan beriltizam dengan syariat Islam yang dituturnkan oleh Allah SWT kerana Rasulullah SAW telah berwasiat di dalam hujjatul wada' bahawa ISlam adalah agama yang kamil (sempurna) dan syamil (meliputi).

- IT berlangsung juga akhirnya. Sepanjang hampir 4 tahun berada di Mesir, tahun 2003 adalah kali kedua saya berpeluang mengikuti IT. Kali pertama masa tahun 2000. Kalau tahun 2000 dulu diadakan di ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiah), tetapi IT kali ini diadakan di 'Qa'ah' Dewan Haflah Kubra, Kuliah Tib (perubatan) Universiti Al-Azhar, Cairo. Masa di hujung IT Azrul datang dan beritahu, 'mereka' batalkan pementasan pentomen kami. Perasaan saya masa tu selaku pengarah bercampur-baur. Ada kesal, ada suka, ada duka, ada geram, ada kecewa dan berbagai rasa lagi. Para pelakon yang telah berpenat berlatih terpaksa terima hakikat bahawa pementasan tidak akan dibuat. Saya tidak punya apa-apa pilihan, hanya akur dan kami telah buang masa untuk sebuah pementasan yang dibatalkan dengan tidak perlu mengambil masa yang lama sebagaimana persediaan.

- 9 hb ada buat usrah di rumah Terengganu. Sarapan dulu di Sri Jelai Kafetaria Pahang. Kemudian liqa' (pertemuan) sampai pukul 10. Tak ada apa-apa di Cairo yang best time ni, so aku dan Own buat keputusan terus bertolak pulang ke Tanta. Sampai di Tanta, Own dapat tahu tiket dia nak balik 10 hb confirm. Jadi juga dia balik... ke Malaysia.

- 10 hb - pagi-pagi lagi dah berkurung dalam lihaf (selimut - kalau Wanzu suka sebut Liha). Sejuk amat. Tak tahu lah kenapa... sejak dua minggu kebelakangan ni sejuk sangat. Mungkin sejuk tu bermula sejak ribut pasir hari tu. Kaherah kena ribut pasir, Tanta pun kena juga, muhafazah lain entah? Masa tu saya ke Sinai... tak sempatlah tengok ribut pasir. Kata orang sejuk-sejuk begini tandanya nak habis musim. Fuh...lepas ni masuk musim bunga. Lagipun zulhijjah pun dah hampir separuh. Musim bunga sejuk tak lah sejuk sangat, panas pun tak lah panas sangat. Bangun siap-siap dan hantar Own ke Matar Gadid (Cairo International Airport). Tramco yang dapat sewa tak ubah cam kotak sabun... uwh!

- Tinggal saya dan Pakya sajalah di rumah. Own dah balik Malaysia, Maszuan pulak lepak di Cairo. Tapi orang sebelah (Lib, Azril, Nuar dan Kri) masih ada. Cuma Kri balik meraya di Cairo. Raya tak cadang nak openkan rumah pun. Nasiblah.... kalau tetamu datang hidang syai (teh) pun jadilah kan?

- 11 hb - Umat Islam di Mesir dan beberapa negara yang lain dah raya. Malaysia masih belum. Sebab tu saya gurau dengan Own... yang dia balik bertemu dengan mimbar khutbah raya. Dia jawab... hari raya aku hilang pergi Alor Setar.:) Mujur Malaysia raya lewat ... sempat jugalah Own meraya.

- Tahun ni saya tukar strategi manhaj sambut raya Aidil adha. Kalau sebelum-sebelum ni meraya di luar Tanta tapi luar dalam erti kata di Kaherah, tapi tahun ni luar Tanta tapi di muhafazah Mansurah. Sehari meraya di Mansurah kali ni. Mula-mula saya gurau dengan Kamal hari masa dia datang rumah nak jumpa Own tu yang saya nak ke Mansurah beraya di rumah dia. Doa bagi lampu hijau, apalagi terus ajak beberapa orang lagi. Saya, Lib, Izuar, Denan dan Ustaz Amli. Bertolak ke Mansurah lebnih kurang pukul 11 pagi dan sampai dah azan Zuhur. Terus ambil teksi ke Utubis Gadid dekat markaz banat (siswi) Mansurah. Kamal janji tunggu di situ. Lepas di rumah Kamal Lib cadang ke rumah Abg Die di Dirasat nak tengok anak dia yang baru bersalin. Abg Die tak ada di rumah. Sempat pula sesat. Tapi alang-alang sesat bolehlah juga 'cam' betul-betul lepas-lepas ni. Lepas tu terus ke Murur (lepas sikit dari Salam) ke rumah An. An ni sepupu Lib. Lepak rumah An dan solat Asar kemudian An ajak keluar meraya. Mula-mula ke rumah Pak Dam - Abg Pian Izas. Lepas tu ke rumah Ustaz Syubani (kawin juga - anak dah dua yang kakak nama Syahrazat dan adik nama Syihabuddin). Lepas tu keluar solat Maghrib dan terus ke rumah Ustaz Lah (bekas Pengerusi DPMM sesi lepas). Lepas di rumah Ustaz Lah keluar solat Isya' dan terus ke rumah Ustaz Zawawi. Kat rumah Ustaz Zawawi ni pun lama juga - sembang, lepas sembang sembang lagi.

- Antara yang menarik meraya di Mansurah, rumah-rumah yang kami ziarah dapat resepi yang lebih kurang. Mee sup. Mujurlah last ke rumah Ustaz Zawawi dapat pekena laksa (tapi makaronah (mee) juga - kuah saja kuah laksa). Ustaz Zawawi ni saya dah kenal lama, dia saja yang tak perasan dan baru kenal saya. Patutlah taaruf diletakkans ebagai rukun usrah, rupa-rupanya ia jadi mabda' (permulaan) untuk menaut ukhuwah. Sedar tak sedar di rumah Ustaz Zawawi ralit sakan. Belek jam dah pukul 10 malam. An ajak pulang ke rumah dia. Kami tolak dan ambil keputusan untuk terus ke talkha dan bertolak pulang ke Tanta.

- 12, 13, 14 apa akan jadi??? tunggu catatan seterusnya. Apa khabar raya kalian?


Saya minat dengan kata-kata ni: "Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat menghasilkan karya yang terbaik."

Sila klik  Respon/Komen

 

9 Februari 2003/ 7 Zulhijjah 1423 | Sabtu | 14.152 pm

Catatan ini ditulis pada 6 Feb 2003

Catatan Satu

jangan ambil gambar ni, jejaka ni sudah berpunya!

 

"..........Ini Gambar Saya masa berusia antara 19-20 tahun. Diambil pada Julai 2000. Ketika itu saya tahun satu, musim soifi* dan sedang menanti natijah untuk layak ke tahun dua sesi 2000/2001. Saya bertandang ke Al-Azhar pada sesi 1999/2000. Justeru saya dan mereka yang seangkatan atau yang awal sedikit adalah generasi mahasiswa dua alaf. Era 90-an dan pasca Y2K. Bangga?"

hah... yang ni belum dipunyai lagi!"Ini pula gambar saya yang terbaru. Diambil pada 26 Januari 2003 lalu. Ketika ini saya sudah berusia 22 tahun dan sadang memanjat tangga usia 23 pula. Ayah saya pada usia sebegini sudah pun berkahwin dengan emak saya, tapi saya? Masih keseorangan! Ada apa-apa perubahan? Ramai kawan-kawan saya kata saya tak banyak berubah. Awet muda kot? Suka sangat ambil gambar tentang sinar matahari, akibatnya mata yang sedia sepet, bertembah sepet... :)) Hampir empat tahun bermukim di Mesir, kulit saya semakin cerah. Nak tahu apa rahsianya?"

*soifi: panas

Catatan Dua

- Nazri KIAS datang ke rumah semalam. Dengan penuh harapan dia minta saya gantinya jadi pengarah dan sekaligus buat skrip untuk pentomen yang akan dipersembahkan pada ijtima' ghaira adi nanti. Sebelum dari itu, Azrul dah datang memujuk... tapi saya menolak. Banyak kerja lain yang perlu saya buat. Kalau sebelum-sebelum ni, Aziru yang selalu ambil tugas tu. Dalam fatrah sekarang ni, Aziru pula sedang berada di Malaysia sebab pulang bercuti. Semalam dihantarnya pula Nazri. Ishk... nak tolak pun dia mengharap sangat. Lagipun Nazri kata dia pun ada urusan penting dengan KPKM di Kaherah. Saya serba salah jadinya. Dengan hati berat saya terpaksa terima juga.

- Alhamdulillah pagi semalam juga dapat idea... Kadang-kadang idea ni susah nak dapat. Tapi kadang-kadang mudah pula idea bertamu. Saya teringat kisah batu Cintamani. Batu bulat yang ada keunikan yang saya bawa balik dari Jabal Musa masa kembara Sinai baru-baru ni telah menimbulkan saya ilham untuk menulis skrip berpandukan kisah batu Cintamani. Akhirnya berpandukan cerpen Cintamani tersebut saya mula mengadaptasi dan mengolah agar ia menjadi sebuah skrip yang sesuai untuk pementasan itu nanti. Semalam juga saya send mesej YM kepada penulis cerpen tu. Cerpen Cintamani pernah termuat di dalam WARTA PMRAM. Dan mujur juga saya ada manuskrip cerpen itu. Saya optimis... penulisnya memberi keizinan dan berbangga cerpennya terpilih menjadi asas skrip sebuah pentomen yang saya judulkan 'Mereka dan Cintamani'. Masa dah terlalu suntuk, 8.2.2003 ini pementasan akan berlangsung. Skrip baru saja siap senja semalam. Para pelakon pun belum dilatih lagi.... Karenah orang seni? Itulah akibatnya kalau mencari kerja!

- Mata dah mengantuk ni. Tidurlah dulu....

-Catatan terkini masih belum dapat dimasukkan seputar persoalan yang berlegar tentang apa yang dibahaskan oleh Dr Husain Husain Syuhatah, Pakar ekonomi dan Ulamak Al-Azhar. InsyaAllah akan menemui anda. Own ahli bait saya nak pulang ke Malaysia. Nak kirim apa yerk???

Kata-kata Pujangga: "Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."

Sila klik  Respon/Komen

 

4 Februari 2003/ 2 Zulhijjah 1423 | Selasa | 13.35 pm

Catatan Satu

Senario

- Ramai yang tidak perasan terhadap amalan puasa pada bulan zulhijjah pada 9 zulhijjah - sedangkan fadhilat ibadat tersebut ialah dua tahun menutup dosa. Marilah sama-sama kita berpuasa pada 9 zulhijjah nanti, ketika mana para hujjaj sedang berada di padang Arafah. Ajaklah umat Islam yang lain lagi, sehingga pahala mereka yang kamu ajak itu dapat juga pada kamu yang menyeru kebaikan itu.

- Kajian psikologi merupakan kajian yang ada kaitan dengan kehidupan manusia. Ia berasal dari kata Greek kuno yang digabungjalin dari dua kata (psyche) yang bererti jiwa atau roh dan (logi) bererti kajian. psikologi membentuk aliran pemikiran. tokoh-tokoh psikologi barat seperti Sigmun Freud (Yahudi), Abraham Maslow, J B Watson dan Carl Rogers misalnya telah membentuk aliran-aliran tersebut sehingga ada yang bertentangan dengan ajaran Islam. Akhirnya realiti memperlihatkan terkecundangnya psikologi barat ini. Justeru psikogi Islam adalah pilihan yang tepat kerana berpandukan kepada hakikat sebenar dan diambil berdasarkan jalan taqwa.

- Seluruh dunia tidak bersetuju dengan tindakan George W. Bush yang hendak menyerang Iraq. Demonstrasi dan bantahan dilakukan oleh manusia di serata pelusuk dunia, bahkan di Amerika sendiri. Dalam hal Amerika-Iraq ini saya tidak begitu nampak sensitiviti rakyat Mesir berbanding apa yang berlaku di bumi Isra' Palestin. Pelbagai muzaharat saban hari dianjurkan bagi membantah tindakan kejam dan tak berperikemanusian PM Israel, Ariel Sharon itu sewaktu isu Palestin tengah panas.

- Amaran awal Amerika akan tumbang dalam peperangan dengan Iraq (sekiranya diteruskan) apabila kapal Columbia yang membawa 7 angkasawan meletup di ruang angkasa Texas awal Februari lalu. Yang menariknya antara 7 yang 'hancur-luluh' itu seorang dari mereka adalah angkasawan pertama berketurunan Yahudi (Alan . Semenjak dilancarkan 16 Januari 2003, sehingga kejadian tersebut NASA mengambil jalan putus tidak akan melancarkan mana-mana pesawatnya sehingga kajian kapal Columbia itu mendapat keputusan. Justeru dengan trgedi armada Columbia itu, wajarlah Amerika bersiap untuk musibah seterusnya.

- Ada dua teori yang dikemukakan dalam tragedi Columbia. Satu: sebagaimana yang dikemukakan oleh NASA (Ron Dittermore) iaitu kerosakan pada jubin kapal tersebut. Teori ini dikemukakan dengan penghujahan yang boleh diterima dan dilaporkan sejak hari pelancaran Columbia, kerana seketul bahan penebat berbusa tertanggal dari tangki bahan bakarnya lalu merempuh sayap kiri pesawat itu. Teori ini diyakini sendiri oleh Norm Carlson, seorang bekas ketua ujian dan pengawal pelancaran NASA. Manakala teori kedua yang boleh disifatkan sebagai teori terpencil tragedi itu ialah: akibat tindakan pengganas kerana salah seorang dari angkasawan itu ialah Yahudi. Persoalannya, siapakah pengganas itu? Yahudi itu atau siapa?

- Apa pandangan dunia Islam terhadap Saddam Hussin? Dia seorang wira? atau dia seorang pemusnah yang mengundang 'bala' kepada rakyat Iraq? Kalaulah Saddam turuti tawaran supaya dia hidup di dalam buangan dan Amerika menghentikan peperangan, tentunya Saddam adalah orang yang terlalu besar korbannya terhadap negara dan rakyat Iraq. Tetapi Saddam tidak berfikir itu sebagai tindakan terbaik, kerana Saddam tidak punya pilihan lain untuk membela rakyat Iraq selain berperang. Saddam yakin bahawa kemenangah di pihak Iraq. Justeru siapakah Saddam? Pengecut... atau apanya?

- Di dalam Bicara Agama 3 Feb 2003 bertajuk: "PUNCA LEPASAN AL-AZHAR JADI FANATIK" merumuskan bahawa pendidikan yang diamal dan suasana sekolah agama rakyat atau pondok menyebabkan lahirnya pelajar dan ahli masyarakat yang fanatik beragama. Persoalannya salahkah fanatik terhadap agama? Salahkah fanatik terhadap Islam. Apabila seseorang itu, bersungguh-sungguh mengikuti dan mengamalkan ajaran agama Islam dia dianggap fanatik. Kenapa dikaitkan dengan Al-Azhar? Pelik benar! Seorang pensyarah UIA itu berpemikiran ala-moden sehingga menganggap apa yang dipraktikkan di sekolah agama tidak hanya terkhusus di sekolah agama rakyat seperti membataskan pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan dianggap sebagai kaedah yang bertentangan sunnah. Kerana beliau berhujjah perlunya pergaulan dan bersahabat antara lelaki dan perempuan kerana saling memerlukan di antara satu sama lain. Tetapi jika diperhatikan dengan pandangan yang insaf, suasana membataskan pergaulan itulah telah dapat mengurangkan gejala sosial dan penyuburan budaya barat di sekolah agama. Berapa ramai pelajar perempuan sekolah agama yang mengandung, terutama dalam bukan kes rogol? Bila diperiksa rupa-rupanya memang pelajar itu 'perempuan gatal' yang terlalu liar dan 'merenyeh' tak tentu pasal dalam pergaulan dengan lelaki. Pensyarah itu juga mengaitkan bahawa pelajar sekolah agama hanya dibentuk melalui sistem pengajian 'menghafal'. Memang benar! Menghafal adalah cara belajar pelajar sekolah agama. Tetapi jangan diragukan bukan semua pelajar sekolah agama lembab kerana sistem itu. Dia tahukah berapa pelajaran yang terpaksa dilalui oleh pelajar sekolah agama? Kalaulah dia tahu, dia sendiri akan mengakui bahawa IQ pelajar sekolah agama lebih tinggi dan saya sendiri ketika memberitahu jumlah subjek yang saya pelajari masa di sekolah menengah dulu menyebabkan seorang guru sekolah biasa terperanjat dan katanya: "Kalau saya pun tak mampu!" Kalau bukan orang yang belajar agama yang faham tuntutan agama fanatik terhadap agama, siapa lagi yang nak diharapkan? Justeru fanatik agama boleh diertikan sebagai 'patuh pada agama dengan sebenar-benar kepatuhan'.

- Siapa yang berhak mentakrif siapa ulamak sebenar? Ini seperti mazhab baru pula.

Catatan Dua

Tazkirah Zulhijjah

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zul Hijjah

Jika 10 terakhir bulan Ramadhan sering diambil perhatian oleh umat Islam untuk meningkatkan ibadat masing-masing, 10 pertama bulan Zulhijjah pula sering dilupakan kelebihannya, sedangkan ia disebut berkali-kali di dalam Al Qur'an.

Bulan Zulhijjah adalah antara bulan yang sangat mulia di sisi Allah kerana padanya disyariatkan ibadah haji. Sejarah mencatatkan bahawa di dalam bulan inilah baginda Rasulullah SAW mengetuai 114 ribu para sahabat menunaikan ibadah haji yang pertama di dalam Islam.

Mengenai kelebihan 10 hari pertama di bulan ini, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada hari lain yang amal ibadat padanya lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Zulhijjah)." Lalu para sahabat bertanya: "Adakah amal ibadat padanya lebih disukai Allah daripada berjihad fi sabilillah?" Rasulullah SAW menjawab, "Ya, kecuali lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya lalu dia pulang dengan tidak membawa sesuatupun." (Riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas)

Hadith ini bukan bermaksud hendak merendahkan amalan jihad fisabilillah, sebaliknya hendak menyatakan kelebihan yang sangat tinggi beramal pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

AMALAN-AMALAN

Antara amalan yang sangat digalakkan supaya kita melaksanakannya dalam bulan ini ialah:

1. PUASA
Puasa sunat amat digalakkan sepanjang tempuh ini, khususnya pada hari Arafah iaitu hari ke sembilan (9 Zulhijjah). Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Qatadah bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Puasa hari Arafah dikira di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepasnya."

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang sedang menunaikan haji tidak disunatkan amalan ini. Mereka perlu makan bagi menambah tenaga untuk melaksanakan wuquf di Arafah.

2. DOA dan TAUBAT
Umat Islam digalakkan memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat di atas setiap dosa yang dilakukan.

3. TAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID
Takbir ialah membesarkan Allah dengan ucapan ALLAHU AKBAR. Adapun Tahlil ialah ucapan kalimatut tauhid, LAILAHAILLALLAH. Tahmid pula ialah memuji Allah dengan ucapan ALHAMDULILLAH ataupun WALILLAHILHAMD.

Takbir yang disunatkan ini ada dua, pertama Takbir Muqayyad dan kedua Takbir Mutlaq. Takbir Muqayyad ialah takbir yang dilaungkan pada hari raya (10 Zulhijjah) dan 3 hari selepasnya (hari Tasyriq) terutama setiap kali selepas solat fardhu.

Takbir Mutlak pula ialah bertakbir semata-mata dengan ungkapan ALLAHU AKBAR sepanjang masa, di mana-mana sahaja (kecuali di tempat-tempat yang tidak munasabah seperti tandas dan sebagainya). Boleh juga digabungkan dengan Tahlil dan Tahmid iaitu ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR LAILAHAILLALLAH WALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMD.

Disunatkan meninggikan suara ketika bertakbir samada di masjid, di rumah, di pasar, di jalan dan sebagainya. Amalan ini adalah thabit di dalam hadith di mana Imam Al Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah radhiallahuanhuma pergi ke pasar pada 10 hari pertama Zulhijjah lalu melaungkan takbir. Laungan mereka disambut oleh para peniaga dan orang ramai yang berada di pasar berkenaan dan akhirnya bergema pasar berkenaan dengan takbir!

Bagi mereka yang menunaikan haji, mereka disunatkan membaca talbiah. Tetapi setelah melontar Jumratul Aqabah dan bertahallul (pada hari raya haji) mereka juga disunatkan
bertakbir menggantikan talbiah.

4. SOLAT HARI RAYA
Pada pagi sepuluh Zulhijjah, kita disunatkan menghadiri solat hari raya dan mendengar khutbah. Ramai di kalangan umat Islam yang menunaikan sembahyang hari raya, kemudiannya terus beredar tanpa mengikuti khutbah.

Hari raya adalah hari kesyukuran dan amal kebaikan. TIDAK sepatutnya ia dicemari dengan amalan-amalan keji, berpesta yang melalaikan dan sebagainya.

5. QURBAN
Disunatkan menunaikan ibadah Qurban samada dengan menyembelih kambing, kibasy, biri-biri, lembu, kerbau atau unta. Ia boleh dilakukan selepas selesai solat hari raya hinggalah pada tamat hari tasyriq.

Semoga kita digolongkan Allah di kalangan mereka yang melakukan amalan soleh sepanjang bulan ini insya Allah.Sekian, wassalam.

Tazkirah ini disediakan oleh,

Aris Hazlan Ismail
(29 Zulqaedah 1423H)

Kata-kata Pujangga: "Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah."

Sila klik  Respon/Komen

 

2 Februari 2003/ 30 Zulkaedah 1423 | Ahad | 2.25 am

Catatan Satu

Bila Datangnya Februari

SEBUAH RENUNGAN: VALENTINE DAY ...

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka?

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine' Day amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga.Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui simbol-simbol atau iklan-iklan tidak Islami hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE

Sungguh merupakan hal yang menyedihkan/ tidak sepatutnya terjadi apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari. Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya (jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui 'greeting card', pesta persaudaraan, tukar bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa hal/saat/waktu ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah :“Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh karena itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng (mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut TAQLID. Hadits Rasulullah SAW :“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.

1. PRINSIP / DASAR

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian) maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI

Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itulah, berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam (Allah), maka ia akan tertolak. Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN

Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah SAW bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL

Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara. Perhatikanlah firman Allah SWT : “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27) dan Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia(Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Karena kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan (memuja-muja) Valentine Day? Sudah semestinya kita menyedari sejak saat ini agar jangan sampai terperosok/ terhanyut lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim??? Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat material. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.

MARI ISTIQAMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :

“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya. Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah :

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya:-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan atau mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi, mengapa kita ingin menyambut hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.

dipetik dari laman http://muzakarah.tripod.com

Catatan Dua

- Semangat menulis belum pulih sepenuhnya. Banyak urusan yang berserabut di kepala masih dalam proses untuk diselesaikan. Waktu-waktu sebeginilah baru terasa alangkan indahnya nikmat kelapangan bagi orang yang sibuk.

- Seorang kawan mengajak menghasilkan sebuah antologi cerpen. Secara peribadinya saya berminat. Mungkin inilah peluang untuk saya lebih rajin menulis cerpen. Dan semestinya tema Islam akan diberikan perhatian.

-  Untuk melunaskan permintaan rakan-rakan, saya masukkan beberapa gambar kembara Selatan Sinai yang telah diproses dan discan. Saya tak ada scanner, jadi saya cuma scan beberapa keping saja yang saya rasa memadai. So untuk lihat gambar-gambar itu sila klik sini.

- Saya ada menerima kiriman artikel yang dikirim Ribut Wijoto. Namun sehingga kini masih belum disiarkan. Mungkin Ribut Wijoto kerap memasuki laman ini dan insyaAllah suatu masa nanti akan saya siarkan juga. Buat Pak Ribut Wijoto, andai anda melayari laman ini... secara ikhlas saya ucapkan terima kasih buat Bapak kerana sudi menyumbang artikel.

- Terbaca satu emel yang difowardkan isinya antaranya saya petik: 4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulamak.

- Dapat 3 Asightment dari seorang kawan di UKM yang janji nak hantar kepada saya. Alhamdulillah dua berbahasa Melayu dan satu berbahasa Inggeris. Siapa-siapa lagi nak beri saya asightment terutama bentuk perbincangan yang beraspek Islamik. Sila hantar ke emel saya: [email protected].

- Terima emel dari Bangcik katanya Kak Chaq dan selamat lahirkan anak kembarnya. Zafri dan Zafir. Semuanya selamat, alhamdulillah.

- Kempen pamer banner SAR (selamatkan sekolah agama rakyat) sila majukan kempen ini. Buat para Gengjurnal yang prihatin.

Catatan Tiga

Stats Sebelum update

- Domain yang pernah menjengah ke PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P sepanjang Januari 2003: paling tinggi Unknown (tak dapat dikenal pasti) 63.63%, yang lain - japan (mungkin Bandarsepi), Malaysia, UK (mungkin Nik Nazmi), US Educational (Siapa tah?), Egypt (mungkin Enmiya, Wanzu dan Ujang), Austria (mungkin Muring-wien), Singapore (mungkin Gj Singapore), Indonesia (siapa yerk?) dan Spain (siapa juga ni?)

- Jurnal ini dimasuki oleh mereka yang berada di serata dunia termasuk Asia, Eropah, Amerika Utara, Afrika dan yang tidak dapat dikenalpasti.

- Hari yang paling tinggi mencatatkan kemasukan ialah hari Khamis manakala hari paling rendah mencatat kemasukan ialah hari Ahad, kenapa agaknya? Dalam kiraan jam pula paling tinggi ialah pada jam 9.00-9.59 manakala jam paling rendah kemasukan pula ialah pada jam 0.00-0.59. Ini pun kenapa agaknya. Kenalah tanya Tokrimau, kalau nak petua.

- Perkataan-perkataan yang digunakan untuk search web Jurnal ini pula seperti: pujangga, katakata, jurnal, terhadap, perkataan, kajian, islam, cola, coca, atartuk, tamadun, sekularisme, puisi, memusnahkan, manusia dan karangkraf. Perkataan paling popular ialah: pujangga.

- Referrers paling banyak dari website Bandar Sepi. Selain itu ada juga dari Gj yang lain seperti Fajar, Teeja, Rudy Bluehikari dan MatJan. Kemasukan yang tertinggi dicatat di stats geocities pula dari http://akhimasrawi.cjb.net. Barangkali kebanyakan pengunjung yang bertandang melalui URL tersebut. Mereka juga mungkin tidak membuat link di laman masing-masing ke Jurnal saya, dan boleh jadi sebahagian mereka tidak berjurnal online dan sekadar pembaca.

- Enjin pencari yang digunakan ketika search ialah yahoo dan google.

Catatan Empat

Puisi Kembara Sinai

Puisi-puisi yang terhasil sempena Kembara menjejak atsar Anbiyak di Selatan Sinai - akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat:

Puisi 1

Puitis Sebuah Perjalanan

Kusimbahkan sebaldi luna impian
ke atas secarik kanvas cita
pada sebuah galur kembara
menjejak atsar anbiyak

Kukorbankan kesenangan, keselesaan, kelapangan
pada garis-garis hayat lalu
di cetusan perjalanan yang panjang
meladeni makhsyuk dalam perut utubis
hingga kelenguhan membalut diri
dan kesejukan menggigit daging
menusuk-nusuk hingga temulang

kerana safar adalah kesusahan
kerana safar adalah keresahan
kerana safar adalah kesempitan
dan kerana safar juga adalah perjuangan

lalu bumi el-Gharbiyah itu kutinggalkan
bersama kuliah, rumah, dan dirasah
buat sementara dalam kembara ini
dalam membelah dinihari itu
yang gelap dan aku melangkah jitu
menghembusi asap-asap tipis... dingin

sambil kulakarkan beningan impian
untuk tiba ke dataran harapan
bumi tandus yang kering dan kontang
tika merentas suez dari Nafaq Ahmad Hamdi
Setelah Subuh dikerjakan
kembara semakin menghampir
dan mentari kembali mewarnai buana

kalbu melonjak riang
dan aku terlelap girang

Nukilan,
Akhi Masrawi

Puisi 2

Di suez itu

Di suez itu
rakaman demi rakaman
sejarah yang beruntaian
yang diceritakan
sejak zaman berzaman
rentetan-rentetan
episod kesejarahan
kembali memaparkan
epilog bangsa
perjuangan yang berulang
malah pernah berkuburan
dan kitalah generasi
yang diharap-harapkan
melukiskannya semula
kerana kitalah penyambung
rantaian perjuangan

Nukilan,
Akhi Masrawi

Kata-kata Pujangga: "Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."

 

Sila klik  Respon/Komen

Baca Catatan lalu

~Diri yang masih mencari identiti ibarat sebuah perjalanan menongkah arus di lautan samudera...~

Pujangga - mahasiswa - cabaran - pengajian - perjuangan - keyakinan - optimis - keorganisasian - keterbukaan - karisma - kehidupan - keilmuan - idealisme - penulisan - impian & harapan - yang...!