Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online - J U R N A L J A L A N H I D U P 2002
Rencana: Serangan Ekonomi Sebahagian Jihad
Oleh: Akhi Masrawi
Ramai yang bertanya
tindakan memboikot barangan yang dikeluarkan dalam senarai penuh pemboikotan
senarai produk syarikat Yahudi samada relevan atau sebaliknya. Ini adalah
rentetan daripada ulasan beberapa tokoh Ulamak Kontemporari yang menggesa Umat
Islam seluruh dunia memboikot produk-produk tersebut sebagai sebahagian serangan
balas terhadap keganasan yang ditonjolkan Yahudi dan Amerika amnya. Di antara
Ulamak yang menyatakan demikian termasuklah Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti
Mesir), Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan banyak lagi. Malah persoalan sekitar 'adakah
perlu kita memboikot?' 'kalau boikot kita orang Islam nak beli produk apa?' '
Wajar ke kita boikot, apsal tak boikot benda lain yang lebih besar?' dan
pelbagai persoalan lagi dilontarkan dalam isu boikot ini seolah-olah menafikan
tindakan memboikot produk-produk keluaran syarikat Yahudi sebagai sebahagian
Jihad.
Dunia secara umumnya mengetahui apabila AS (Amerika Syarikat) melancarkan
serangan ke atas Afghanistan gara-gara membalas dendam terhadap tragedi 11
September yang lalu, adalah satu serangan tanpa perikemanusiaan. Sebuah kuasa
besar dunia yang menyerang sebuah negara yang antara termiskin di dunia. Apapun
Presidennya, George W. Bush menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan
berlatarkan keadilan sejagat.
Ramai yang tidak tahu, Latar bumi Afganistan adalah sebuah kawasan rantau Laut
Caspia di mana Afghanistan berada di kedudukan strategik yang mengandungi hampir
270 bilion tong minyak, lebih kurang 20 peratus daripada simpanan minyak dunia.
Ia juga mengandungi 665 kaki padu gas asli, iaitu hampir satu perlapan daripada
simpanan gas dunia.
Oleh itu dengan menyerang Afghanistan dan jika berjaya mendirikan kerajaan
dukungannya dan dibenarkan menubuhkan pangkalan tenteranya di rantau tersebut,
Amerika boleh mewujudkan kerangka politik baru di rantau tersebut yang juga
dapat melebarkan kuasa hegemoninya itu. Inilah antara tujuan sampingan mengapa
AS beria-ia menyerang Afganistan selain gembar-gembur yang menyatakan tujuannya
adalah untuk menangkap cuma seorang 'pengganas' bernama Osama Bin Laden,
Pengasas pertubuhan Al-Qaeda.
Ada pendapat lain yang menyatakan tujuan AS menyerang Afganistan adalah untuk
memusnahkan gerakan Taliban dan melenyapkan pusat-pusat latihan 'pengganas'.
Namun ini barangkali cuma salah satu tujuan bersifat politik yang berselindung
di sebalik tujuan ekonominya untuk menguasai Afganistan dari segi
kestrategikannya sebagai pengeluar 'emas hitam'. Sebenarnya AS telah lama
menginginkan penguasaan minyak di Asia tengah. Semenjak sebelum tercetusnya
Perang Teluk lagi, keinginannya untuk menguasai negara-negara Asia tengah
menonjol. Namun samada disedari atau tidak serangan AS ke atas Iraq pada tahun
90-an dahulu adalah tindakan tidak puas hatinya terhadap tindakan Iraq menyekat
industri minyak ke wilayahnya.
Minyak merupakan sumber paling penting bagi seluruh dunia. Hanya dengan menyekat
pengaliran industri eksport minyak ke negara seumpama AS boleh melemahkan
ekonomi negaranya. Bayangkan apabila permintaan ekonomi yang tinggi dengan
penawaran yang sedikit, sudah pasti menyebabkan kenaikan harga berlipat kali
ganda. Sedangkan kenaikan harga adalah sesuatu yang merbahaya di dalam sesebuah
negara yang mengamalkan sistem Liberal seperti AS. Justeru, apabila Iraq
menyekat pengaliran industri minyaknya ke AS negara itu mengalami krisis
permintaan minyak yang teruk sehingga menatijahkan penyerangannya ke atas Iraq
selain faktor-faktor sampingan.
Mungkin helah politik AS untuk menangkap pengganas di Afganistan juga adalah
tipu daya awalnya untuk menguasai wilayah itu. Bayangkan andai AS berjaya
menakluki Afganistan, sudah tentu AS tidak akan mengundurkan tenteranya supaya
boleh didirikan pengkalan dan menguasai sumber ekonomi negara itu. Sedangkan
dalam masa yang sama, Afganistan akan kekal berstatus sebuah negara yang
disarati ketegangan sosial, politik, etnik dan agama serta dibelenggu oleh
kemiskinan. Apa yang akan AS usahakan untuk menjamu penduduk Afganistan seusai
penguasaannya terhadap negara tersebut? Melainkan membiarkan kemiskinan
berterusan lantaran majoriti penduduknya adalah beragama Islam.
Amat wajar dan bertepatanlah sekiranya kempen memboikot produk-produk Yahudi itu
semakin mendapat sokongan dari semua umat Islam. Bayangkan dengan memboikot
produk-produk mereka memungkinkan melemahkan ekonomi mereka. Apabila ekonomi
mereka terjejas maka peruntukan yang disalurkan untuk membeli kelengkapan
penyerangan dan penindasan terhadap negara-negara umat Islam juga akan terjejas.
Ironisnya, tindakan memboikot produk-produk mereka adalah sebahagian dari jihad.
Justeru tindakan memboikot produk-produk keluaran Syarikat Yahudi dan AS adalah
tindakan yang wajar. Malah disokong pula dengan menyekat eksport minyak ke
negara itu adalah langkah yang memungkinkan Negara-negara Umat Islam melumpuhkan
ekonomi Yahudi dan Amerika. Selama ini Islam seolah dipermainkan oleh Kafir
lantaran tidak berani menyatakan sesuatu kebenaran. Apalah susah sangat untuk
tidak berkunjung ke KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, Chicken Tikka, Arby's, Kantis,
Paradise dan Mc Burger yang dikenal pasti cawangan perniagaan Yahudi. Selian itu
minuman bikarbonat keluaran Syarikat Coca-Cola, Fanta, Sprite dan Pepsi juga
antara yang disarankan. Kempen ini juga merangkumi produk-produk keluaran
Syarikat-syarikat yang dikenalpasti milik Yahudi termasuk hampir keseluruhan
syarikat rokok. Buktikan sokongan kita Umat Islam melalui agenda memboikot
produk-produk mereka. Kita yakin ini adalah sebahagian jihad yang mampu
dilaksanakan dengan gembelingan tenaga bersepadu seluruh umat Islam.
*** Rencana ni saya tulis sewaktu para ulamak kotemporari mula mengeluarkan
fatwa jihad melalui 'pemboikotan' ekonomi.Tersiar dalam buletin Permata edaran
ahli DPMT untuk edisi prolog. Ada juga dihantar (melalui Salman
Al-Munziri) ke harakah tapi saya tak pasti samada tersiar atau terbuang!
19 Jun 2002
© AHMAD TARMIZI ISMAIL