|
|
Selamat menyambut Diwali! Semoga jiwa diterangi cahaya kejayaan, kebaikan dan kemakmuran. |
|
Selamat berpuasa kepada rakan-rakan beragama Islam; khususnya "saudara baru" yang berpuasa buat kali pertama. |
|
Deepavali Perlukan Reformasi Tahun ini, sempena Deepavali, jika saudara berpeluang berkunjung ke rumah sahabat dan jiran, jangan terkejut jika saudara tidak menerima layanan mesra seperti yang saudara harapkan. Malah, lebih teruk lagi jika kunjungan saudara tidak diharapkan. Mengapa? Bacalah dalam majalah MINDA: Wadah Pemikiran Kritis keluaran Oktober 2003. |
|
Rekod
Baca Cerpen 96 Jam
Kavyan Tidak Lupa Golongan Istimewa Orang ramai yang berada di Galeri Shah Alam pada 2 September 2003 untuk menyaksikan Baca Cerpen Kavyan tidak terkejut melihat tiga orang cacat penglihatan dipimpin masuk ke tempat acara berlangsung. Bagaimanapun, sekitar pukul 3:10 petang, ramai yang terkejut apabila Vasu Manickam dipimpin naik ke pentas sementara wakil Gapena, Razali Mohd Yussof sedang membaca cerpen. Baca catatan Ganesan Duraisamy mengenai kisah berkenaan DI SINI |
|
Kavyan kini sedang mengatur siri Baca Cerpen Kavyan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysian Association for The Blind, Limkokwing University College of Creative Technology, serta beberapa sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur. Baca Cerpen Kavyan pada 29 Ogos - 2 September 2003 telah berjaya mencapai salah satu objektif iaitu "mencipta rekod". Dan kini, tradisi Baca Cerpen Kavyan diteruskan dalam usaha "memasyarakatkan sastera", "membudayakan baca cerpen" dan "memartabatkan Bahasa Malaysia". Maklumat lanjut akan diedarkan melalui www.ekavyan.cjb.net. Orang ramai yang berminat digalakkan menjadi ahli ekavyan. Sementara itu, bacalah maklumat berkaitan kejayaan Baca Cerpen Kavyan di www.bacacerpen.cjb.net atai klik pada sepanduk di atas. |
|
Foto Baca Cerpen Kavyan Para peserta boleh membeli foto berkenaan dengan harga RM1.00 sekeping daripada Jawatankuasa Kavyan. Foto biasanya akan dibawa oleh wakil Kavyan semasa menyertai acara sastera. Maka, bolehlah membeli daripada wakil Kavyan. Bayaran tunai. |
|
Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Baru Kavyan Mesyuarat yang berkenaan telah diadakan pada 27 September 2003 (Sabtu) di Pejabat Kavyan. Seperti biasa, Kavyan bersikap telus dengan menyiarkan laporan mesyuarat di ruang siber supaya boleh dibaca oleh sesiapa yang berminat; selain daripada ahli Kavyan. [Baca Laporan Mesyuarat] |
|
Etika Mesyuarat Kavyan Bagi memastikan kelancaran perjalanan setiap mesyuarat, Jawatankuasa Kavyan merangka Etika Mesyuarat Kavyan untuk panduan semua ahli Kavyan yang dijemput menghadiri mana-mana mesyuarat. Para ahli serta pemerhati diminta membaca, memahami dan bertindak selaras dengan etika ini. [Baca Etika Di Sini] |
|
Borang Keahlian Kavyan dan Kelab Kavyan Berminat menjadi ahli Kavyan? Dapatkan borang di sini. Jika berumur bawah 18 tahun, saudara boleh menjadi ahli Kelab Kavyan di mana yuran yang dikenakan adalah lebih rendah. Dapatkan borang di sini. |
|
Tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2003. Dapatkan syarat lengkap sayembara di laman www.sayembara.cjb.net atau klik pada sepanduk di atas.
|
|
Festival Sastera Perpaduan Malaysia FSPM berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 22-25 Ogos 2003 sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan. Kavyan telah diberi kepercayaan oleh Gapena untuk mencalonkan empat peserta kaum India. Daripada 15 nama yang dicalonkan, penganjur menilai dan memilih enam peserta. Ini merupakan kejayaan dan penghormatan besar; pucuk diundang ulam mendatang! |
|
Terima Kasih Daun Keladi Risalah Online ArahKiri menyiarkan tulisan, promosi dan artikel mengenai Kavyan secara beterusan. Kalau Boleh Nak Lagi |
|
Love Matters cinta remaja Mrinalini Nair Baskaran Perasaan cinta-mencintai wujud dan diamalkan sepanjang masa dalam hidup kita. Umpamanya cinta kepada Tuhan, ibu bapa, ilmu, agama dan kepada hidupan lain. Namun hakikatnya masyarakat jarang berbincang mengenai cinta kepada negara, ilmu, agama dan sebagainya, tetapi cinta di kalangan remaja sering di perkatakan, dan perbualan tersebut agak menarik perhatian Mrinalini. [Ketahui mengapa!] |
|
Sila ambil perhatian bahawa hanya bahan yang diterima pada atau sebelum 25 September 2003 dimuatkan dalam Kavyakeluaran Oktober 2003. Mana-mana bahan yang diterima selepas tarikh 25 September 2003 hanya dapat dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam Kavya keluaran November 2003. Sila baca SYARAT PENGIRIMAN BAHAN di www.syarat.cjb.net untuk maklumat lanjut. |
|
Basically
Fiction A Necessary Death By
Bissme S
I really believe, to save my marriage as well as my sanity, Jhanvi must die. There was no two ways about it. Her death was a necessity. So I planned a perfect murder. Everyone including my husband and the authorities believed it was an unfortunate tragedy. Truly, our marriage was a happy one till Jhanvi walked into our lives. I really cannot comprehend my husband's obsession for Jhanvi. [Read on] |
|
Inginkan tulisan saudara dimuatkan dalam surat berita Kavya? Sila kirim melalui e-mel. Tetapi sebelum itu, sila baca maklumat lanjut, syarat dan panduan di laman www.syarat.cjb.net |
|
Wakil Kavyan di SAKAT Bahagian Pengembangan Sastera Antarabangsa Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengundang sepuluh wakil Kavyan ke Majlis Perasmian serta Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-3 (SAKAT). [Baca seterusnya] |
|
Tiga Acara Baca Puisi Wakil Kavyan telah menyertai tiga acara baca puisi pada September 2003: Baca Puisi PENA, Baca Puisi Anggerik, dan Malam Puisi Anak Merdeka. |
|
Syarikat Maharanee yang digelar "Mahligai Sari" (Saree Palace) di 23 & 93 Jalan Tengku Kelana, Klang, Selangor menawarkan harga istimewa untuk semua barangan khusus untuk para pembaca Kavya. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Oktober 2003. Untuk mendapatkan diskaun Kavyan-Diwali, sila nyatakan bahawa saudara adalah pembaca surat berita Kavya. Atau lebih mudah jika saudara membawa rantai kunci (key chain) acara Baca Cerpen Kavyan. |
|
Lawatan Silatulrahim Sekumpulan ahli Kavyan telah mengadakan lawatan silatulrahim ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 26 September 2003 (Jumaat). Satu lagi lawatan ke Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dijadualkan pada 3 Oktober 2003 (Jumaat). Laporan mengenai kedua-dua lawatan silatulrahim ini dijadual akan dimuatkan dalam Kavya, November 2003. |
|
Baca Cerpen Kavyan-PLS Sekitar 20 ahli Kavyan dijadual mengadakan lawatan ke Pure Life Society (PLS) pada 18 Oktober 2003 khusus untuk mendengar beberapa remaja di rumah kebajikan berkenaan membaca cerpen Bahasa Malaysia. Aktiviti ini adalah sebagai lanjutan daripada Baca Cerpen Kavyan yang turut disertai sepuluh remaja dari PLS. Sesiapa yang berminat untuk turut serta, sila hubungi [email protected] sebelum 10 Oktober 2003. |
|
Teruskan Perjuangan Bahasa Malaysia!
Mereka berdua hadir sebagai khalayak pada forum bertajuk "Masa Depan Kebudayaan Di Tangan Kita" sempena Mesyuarat Agung Ke-40 PENA. "Itulah istilah yang paling sesuai digunakan apabila merujuk pada bahasa kebangsaan kita," tegas Salleh Ben Joned yang lebih dikenali sebagai tokoh penulis Bahasa Inggeris. Beliau turut bangga atas segala usaha Kavyan dan Kavya memartabatkan serta mendaulatkan Bahasa Malaysia. |
|
Untuk menjadi ahli e-Kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat [email protected] dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-Kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web. |
|
Pisang Emas Dibawa Berlayar Masak Sebiji Di Atas Peti Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading dan Baca Cerpen Kavyan kepada rakan-rakan dan kenalan. Hutang Emas Boleh Dibayar Hutang Budi Dibawa Mati |
|
Warkah dari Chennai Daripada Retna Devi Balan
"Tersebut alkisah Raja Simma Pallava berkenan membina sebuah kuil yang tiada terbanding gemilangnya. Hasrat baginda timbul lantaran melihat Raja Chola membina kuil yang tersergam megah di Tanjavur," Retna Devi Balan menulis dalam warkahnya. "Maka baginda Raja Simma Pallava pun ingin mendirikan kuil yang akan menyebut nama beliau di masa depan seperti mana kuil besar Tanjavur menyebut nama Raja Chola. Baginda inginkan kuil yang tidak akan luput ditelan zaman serta mendapat nama dalam sejarah." |
|
opinion Sejak belakangan ini salah satu topik yang hangat dibincangkan adalah mengenai kes-kes rogol dan pencabulan. Ada pihak yang mengatakan bahawa masalah ini timbul berikutan tindakan golongan wanita memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata. Ramai remaja kota memilih pakaian seksi. Mengapa remaja suka berpakaian seksi dan apakah kesannya? [Baca pandangan mereka] |
|
Jangan ketinggalan mengetahui aktiviti dan perkembangan terbaru berkaitan Kavyan serta pelbagai maklumat untuk manfaat bersama. Daftarlah di www.ekavyan.cjb.net |
|
All The Hurt — Shalini Nayar Care To Be Free — Shalini Nayar |
|
Terima Kasih Daun Keladi Terima kasih kepada semua pihak yang tidak lupa menjemput wakil dari Kavyan ke segala majlis dan acara yang dianjurkan. Tindakan pihak saudara membuktikan bahawa Kavyan diiktiraf akan kewibawaannya mewakili sasterawan kaum India di Malaysia. Kavyan akan berusaha menghantar wakil ke setiap majlis, aktiviti dan acara berkenaan; dengan izin Tuhan. Kalau Boleh Hendak Lagi |
|
Kajian Kreatif Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membacanya] |
|
Cerpen "Kamovarthini" karya Retna Devi Balan termuat dalam antologi Vanakam. Versi ringkas cerpen berkenaan disiarkan dalam majalah Nila. Baca cerpen berkenaan di sini |
|
Sasterawan Kaum India: Melukut atau Menyengat? Hampir sepuluh tahun lalu, jumlah penulis kaum India yang aktif menulis karya sastera Bahasa Malaysia boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Bagaimana pula keadaannya kini? Uthaya Sankar SB menulis rencana sastera bertajuk "Sasterawan Kaum India: Melukut atau Menyengat?" dalam majalah Minda keluaran Ogos 2003 untuk membicarakan persoalan berkenaan. [Baca rencana berkenaan] |
|
Nandri! Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan. |
|
Vignes’View He
is an international terrorist and all of us know about this.
Unfortunately, some people are supporting him and his movement - and
these people are even proud of his actions. |
|
Perkahwinan Devayani Dikisahkan dalam Mahabharata bahawa pada suatu hari, Devayani dan Sarmishtha pergi untuk mandi-manda di sungai bersama dayang-dayang. Selepas puas mandi-manda dan bergurau-senda, kumpulan gadis itu bersedia untuk pulang. Sarmishtha tersilap memakai pakaian milik Devayani. Apakah pengajaran daripada kisah ini? Baca kisah sepenuhnya |
|
Raja Se(ri)gala Bahasa — Uthaya Sankar SB |
|
Perjuangan Berterusan - 5 Hari berganti hari dan minggu berganti minggu. Kavitha belajar di sebuah swasta sambil bekerja di sebuah syarikat. Dia belajar kursus perakaunan. Kerjanya juga dalam bidang yang sama. Jadi, Kavitha dapat menggunakan apa yang dipelajari di kolej untuk meningkatkan mutu kerja. Pengalaman bekerja pula memudahkan dia memahami apa yang dipelajari. Baca kisah benar keluarga Kavitha di >>> sini |
|
Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>> |
|
Surat
berita Kavya diusahakan oleh Kavyan
mulai September 1999 untuk diedarkan
kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula
dimuatkan di laman web. Kavya
bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan
kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau
pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk
dimuatkan dalam surat berita ini.
di
www.syarat.cjb.net
©
Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278
E-mel: [email protected]
|
|