Sejak belakangan ini salah satu topik yang hangat dibincangkan adalah mengenai kes-kes rogol dan pencabulan. Ada pihak yang mengatakan bahawa masalah ini timbul berikutan tindakan golongan wanita memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata. Ramai remaja kota memilih pakaian seksi. Mengapa mereka suka berpakaian seksi dan apakah kesannya? Kita teliti pandangan sekumpulan remaja terhadap persoalan ini.

Lee Che Kun: Memakain pakaian seksi memang sudah menjadi trend masa kini. Ada remaja perempuan memakai pakaian seksi kerana terikut-ikut dengan fesyen dari barat. Ada juga yang berpakaian begitu untuk menarik perhatian orang lain. Malangnya, pakaian yang menjolok mata ini boleh menarik perhatian golongan yang gila seks dan perogol.

Ho Lou Mei: Remaja kita selalu fikir bahawa semua yang datang dari barat adalah yang terbaik dan merupakan fesyen yang mesti diikuti. Remaja mahu bergaya dan kelihatan cantik seperti yang ditunjuk dalam filem. Akan tetapi, perbuatan memakai pakaian seksi terbukti membawa banyak masalah kepada golongan wanita. Mereka sering menjadi mangsa rogol dan gangguan seksual. Imej negara sebagai sebuah negara Asia juga semakin terhakis. Malah, pakaian seksi bertentangan dengan ajaran agama.

Sim Yee Lin: Golongan wanita, khususnya remaja, selalu berusaha supaya tidak dianggap ketinggalan zaman. Jadi, mereka mahu mengikut trend dan fesyen terkini. Fesyen-fesyen masa kini pula sangat seksi dan mendedahkan tubuh. Golongan remaja pula memakai pakaian itu supaya dianggap berani dan memiliki kecantikan. Bagaimanapun, fesyen ini terbukti mengundang bahaya. Lagi pun, pakaian yang seksi ini jauh lebih mahal daripada pakaian biasa yang kemas!

Prithive Dass: Tujuan utama remaja wanita memakai pakaian seksi adalah untuk menarik perhatian remaja lelaki. Pada usia remaja, mereka memang mahu bercinta dan menarik perhatian golongan pemuda. Ada juga yang memakain pakaian yang singkat dan seksi kerana sesuai dengan cuaca panas di negara kita. Tetapi janganlah terlalu seksi sehingga sakit mata memandang. Pakaian yang terlalu seksi juga akan membuatkan masyarakat memandang rendah pada tahap moral remaja berkenaan. Mereka seperti golongan yang mahu “menjual tubuh”.

Siang Wee: Pada pandangan saya, tak salah remaja memakai pakaian seksi. Kalau mereka berasa selesa dan tidak mahu memakai pakaian yang seksi, memang tak jadi masalah. Remaja yang memakai pakaian seksi selelunya adalah remaja yang berani dan tegas. Mereka juga bangga dengan bentuk tubuh mereka. Namun begitu, remaja perlu juga memikirkan ibu bapa yang yang merupakan generasi lama. Ibu bapa akan berkata bahawa pakaian seksi membuatkan nama baik keluarga terjejas.

Daniel Loh: Saya lihat bahawa semakin hari, semakin ringkas pakaian yang dipakai oleh remaja perempuan. Pakaian mereka mula menjadi semakin pendek dan semakin mendedahkan tubuh. Kalau ditanya, mereka kata itulah fesyen masa kini. Tapi ramai juga rakan saya yang berpakaian menutup seluruh tubuh dan masih kelihatan sangat cantik dan menawan. Jadi, kenapa perlu tunjukkan tubuh yang seksi kalau kita memang sudha ada kecantikan yang semula jadi?

Ma Zheng: Negara ini memang panas. Mungkin itulah sebabnya ramai orang suka pakai pakaian seksi! Ada juga yang berpakaian seksi untuk menarik perhatian orang. Selain itu, remaja memakai pakaian seksi kerana mahu feel good mengenai bentuk tubuh mereka. Ya lah … kalau tubuh besar, tentu mereka tak pakai pakaian seksi yang mendedahkan badan. Gadis yang berpakaian seksi dan berjalan di tepi jalan tentu menyebabkan pemandu tidak boleh menumpu perhatian di jalan raya! Di kolej pula ramai susah tumpu perhatian dalam pelajaran kalau ada pelajar yang cantik dan berpakaian seksi. Tapi saya hairan … gadis yang berpakaian seksi ini tak takutkah kena gigit nyamuk atau kulit menjadi gelap kerana matahari?

Xu Ning: Pakaian seksi ini bukan hanya dipengaruhi filem barat. Filem dari Hong Kong, Jepun dan India juga menampilkan pelakon yang berpakaian seksi. Jadi, kita tak boleh salahkan budaya barat sahaja. Pakaian seksi juga adalah fesyen dan selalu menarik perhatian golongan remaja. Jadi, remaja memakai pakaian seksi untuk menarik perhatian kawan-kawan. Misalnya pelajar di kolej atau remaja yang bersiar-siar di tempat awam. Golongan wanita memang mahu supaya mereka dipandang oleh orang! Masalahnya adalah bahawa tindakan mereka mengundang risiko. Mereka sering menjadi mangsa gangguan seksual. Malah dipandang sebagai perempuan tidak bermoral.

  

Nila, 15 September 2003

Kavya, Oktober 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1