Selamat sejahtera. Vanakam. Swagatham.

   

Syarat dan Panduan mengirim bahan untuk surat berita Kavya

     

       

Surat berita Kavya diusahakan oleh Kavyan (Yayasan Sasterawan Kaum India Malaysia) mulai September 1999 untuk diedarkan kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula dimuatkan di laman web.

   

Link mudah - www.kavya.cjb.net

      

Kavya bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau pertubuhan lain.

      

Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam surat berita ini.

   

Bahan yang disiarkan tidak dibayar.

    

Bahan yang dikirim perlulah dalam tulisan rumi.

      

Panjang setiap bahan adalah sekitar satu halaman,   langkau satu menggunakan program Microsoft Word.

    

Pihak editorial berhak menyunting bahan-bahan yang terpilih untuk disiarkan.

    

Hakcipta Karya: Para Penulis.

        

Bahan mesti dikirim dalam bentuk ATTACHMENT ke alamat [email protected] pada/sebelum 25 hari bulan untuk dimuatkan dalam keluaran bulan seterusnya.

     

Bahan yang panjangnya kurang daripada 50 patah perkataan bolehlah dikirim secara plain text tetapi bahan yang lebih panjang mesti dikirim dalam bentuk attachment.

      

Sebarang e-mel yang dikirim ke alamat [email protected] akan terDELETE secara automatik.

     

Ulang: JANGAN KIRIM SEBARANG e-mel ke alamat [email protected]

      

Bukti pengiriman bukan bukti penerimaan.

       

Sila sertakan nama dan alamat e-mel bersama setiap bahan yang dikirim.

    

Jika mengirim bahan bagi kali pertama, sila sertakan biodata ringkas. Lihat CONTOH di www.sasterawan.cjb.net

     

Sebaik-baiknya kirim bahan yang sudah tersiar di media lain. Dan jangan lupa nyatakan maklumat media di mana bahan berkenaan tersiar.

      

Bahan yang baru dan belum tersiar di mana-mana juga diterima untuk Kavya.

     

Penulis kaum India juga dijemput menjadi penyumbang tetap atau kolumnis. Hubungi [email protected] untuk maklumat lanjut.

      

Sila pastikan tiada kesilapan bahasa/ejaan dll dalam bahan yang dikirim kerana seboleh mungkin, editor tidak akan mengedit bahan yang disumbangkan.

     

Gunakan nama sebenar pada bahan. Nama pena/samaran juga boleh disertakan sekali bersama nama sebenar.

      

Lakukan penilaian sendiri terhadap bahan yang mahu dikirim ke Kavya. Kalau sdr sendiri rasakan tidak sesuai, tidak perlulah dikirim.

   

Selepas bahan dimuatkan dalam Kavya, jangan minta digugurkan. Permintaan sedemikian tidak dapat dilayan.

       

Tema adalah bebas asalkan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

      

Hanya karya asli diterima.

     

Tiada had umur, jantina, kaum dll untuk menyumbangkan bahan bagi Kavya.

    

Ahli berdaftar Kavyan dan e-Kavyan diberi keutamaan bagi penyiaran bahan dalam Kavya.

     

Kaum India, warganegara Malaysia boleh menulis mengenai apa-apa tema.

     

Jika bukan kaum India, masih boleh menyumbangkan bahan berkaitan kaum India di Malaysia.

     

Sila baca kandungan surat berita Kavya supaya saudara boleh memahami konsep dan kandungan surat berita ini sebelum saudara mengirim bahan.

     

Kalau ada sebarang pertanyaan, sudilah menghubungi editor melalui e-mel [email protected] atau telefon 012-3368142

       

Jangan kirim sebarang e-mel ke alamat [email protected].

     

Sekian. Nandri.

 

Uthaya Sankar SB

Editor Kavya

[email protected]

012-3368142

Hosted by www.Geocities.ws

1