Minit Mesyuarat

Pemilihan Jawatankuasa Kavyan 2004

dan Perancangan Aktiviti Kavyan 2004

 

  

Tarikh

27 September 2003 (Sabtu)

Masa

TEPAT 4:00 petang

Tempat

Pejabat Kavyan

Kehadiran

1. Uthaya Sankar SB

2. V. Raman

3. S.G. Prabhawathy

4. V. Vijayaletchumy

5. Ganesan Duraisamy

6. Thillai Kamalan

7. Guruvaiyur Appan

8. Jeevananth

9. Magaenthiran Periaswamy

10. Mahendran Maruthai

11. Saroja Theavy Balakrishnan

12. Sumitha Ramasami

13. Suresh Rajamohan

14. Vigneswaran Kannan

15. Jordan

16. Lesle Denver

17. Logeswaran

18. Sharuhasan

19. Sre Murugan

20. Thinesh

Beraral

1. Prof Madya Dr Krishanan Maniam (Penasihat Kavyan)

2. Lily Gayathry

3. M. Mahendran

4. Nyanaambigai Rajanthran

5. Retna Devi Balan

6. Sarawanakumar

7. Siva Rubini

    

1.            Ucapan Presiden

Uthaya Sankar SB mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau  menjelaskan bahawa mesyuarat kali ini menggabungkan perbincangan mengenai beberapa aktiviti Kavyan sejak Januari 2003, perancangan aktiviti akan datang, pemilihan Jawatankuasa Baru Kavyan serta beberapa hal penting. 

Presiden melaporkan bahawa pelbagai badan/pertubuhan berwibawa sudah mengiktiraf Kavyan sebagai pertubuhan yang mewakili golongan penulis sastera daripada kalangan kaum India di Malaysia. Pihak media juga mengalu-alukan karya daripada ahli Kavyan.

 

2.            Pengesahan Minit Mesyuarat

S.G. Prabhawathy membacakan secara ringkas minit mesyuarat lalu (12 Julai 2003) yang sudah pun dimuatkan di laman web Kavyan. Suresh Rajamohan mengesahkan minit berkenaan; disokong Magaenthiran Periaswamy.

 

3.            Kavyan Ponggal Vizha

Pengarah projek, Magaenthiran Periaswamy melaporkan bahawa beberapa siri mesyuarat bagi tujuan projek ini telah diadakan sejak awal tahun. Bagaimanapun, mesyuarat ditangguhkan kerana memberi tumpuan pada Baca Cerpen Kavyan. Mesyuarat akan diadakan semula selepas Deepavali.

 

4.            Kelab Kavyan

Wakil kelab, Logeswaran melaporkan bahawa kelab ini khusus bagi remaja kaum India berumur 12-18 tahun dari seluruh Malaysia. Beliau menyatakan rasa gembira kerana ahli kelab berpeluang terlibat sama dalam beberapa aktiviti Kavyan sejak awal tahun. Kelab juga sedang berusaha menambah ahli. [Tambahan]

 

5.            Diskusi Karya

Penyelaras diskusi, V. Vijayaletchumy memaklumkan bahawa diskusi akan datang adalah pada 15 November 2003 (Sabtu), 2:00-4:00 petang di Shah Alam. Beliau turut menjelaskan konsep serta objektif diskusi berkenaan.

Uthaya Sankar SB menambah bahawa mana-mana karya bermutu yang terhasil daripada Diskusi Karya akan disalurkan ke media berkenaan. Dalam hal ini, Kavyan turut bertindak sebagai "agen sastera". [Tambahan]

 

6.            Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa tarikh tutup sayembara adalah pada 31 Disember 2003. Panel hakim sudah ada. Jawatakuasa Baru Kavyan yang tidak terlibat sebagai Jawatankuasa Kavyan 2003 masih layak menyertai sayembara ini. Keputusan sayembara dijadual akan diumum pada April 2004 dan majlis penyampaian hadiah semasa Kavyan Ponggal Vizha. [Tambahan]

 

7.            Majlis Perasmian SAKAT

S.G. Prabhawathy melaporkan bahawa Bahagian Pengembangan Sastera Antarabangsa DBP telah menjemput 10 wakil Kavyan ke Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Ke-3 (SAKAT) pada 22 September 2003 di Hotel Grand Maya, Kuala Lumpur. Wakil Kavyan turut diundang sebagai peserta SAKAT. Laporan sepenuhnya dimuatkan dalam surat berita Kavya.

   

8.            Lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka

Vigneswaran Kannan melaporkan mengenai lawatan silatulrahim16 ahli Kavyan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 26 September 2003. Lawatan susulan dijangka akan dibuat pada April 2004.

   

9.            Lawatan ke Karangkraf Sdn Bhd

Jeevananth menyatakan bahawa 15 ahli Kavyan dipelawa menyertai lawatan ke Karangkraf Sdn Bhd pada 3 Oktober 2003. Sambutan sangat menggalakkan.

   

10.            Lawatan ke Pure Life Society

Ganesan Duraisamy melaporkan bahawa Kavyan bercadang memenuhi undangan ke Pure Life Society pada 4 Oktober 2003. Bagaimanapun, pihak PLF meminta supaya tarikh dipinda ke 18 Oktober 2003. Ahli Kavyan bersetuju menerima tarikh baru itu.

Acara utama yang akan diadakan semasa lawatan ini adalah sesi Baca Cerpen Kavyan-PLS. Seramai 10 remaja dari PLS telah menyertai Baca Cerpen Kavyan (29 Ogos - 2 September 2003). Kali ini, lebih ramai akan diberi peluang membaca naskhah cerpen kegemaran mereka.

Wakil Kavyan juga akan menderma pakaian. Sumitha Ramasami mencadangkan supaya juadah Deepavali turut disampaikan memandangkan lawatan dibuat pada musim perayaan berkenaan.

Saroja Theavy Balakrishnan memaklumkan bahawa terdapat sebuah rumah kebajikan di Seksyen 3 Shah Alam; dan boleh dikunjungi wakil Kavyan pada masa akan datang.

 

11.            Wakil Kavyan ke Aktiviti Luar

Uthaya Sankar SB menegaskan bahawa setiap ahli Kavyan yang menyertai atau mewakili Kavyan ke aktiviti luar perlu komited. Aspek kesopanan dan tingkah laku juga mesti diutamakan. Untuk itu, bermula lawatan ke DBP, borang penyertaan telah disediakan. Ahli Kavyan yang mahu menyertai aktiviti perlu membaca syarat dan panduan pada borang berkenaan dengan teliti dan menanda tanganinya. Aspek ketepatan masa juga wajib diberi keutamaan.

 

12.            Meluluskan Nama Baru Pertubuhan

Uthaya Sankar SB memaklumkan cadangan menukar nama Kavyan - Persatuan Penulis Kaum India Malaysia menjadi Kavyan - Yayasan Sasterawan Kaum India Malaysia. Mesyuarat membincangkan kesan, implikasi dan kesesuaian nama baru itu. Akhirnya mesyuarat bersetuju menerima nama baru berkenaan. Uthaya Sankar SB diminta berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bagi menguruskan perkara ini.

   

13.            Perlantikan Jawatankuasa Baru Kavyan

Uthaya Sankar SB menerangkan bahawa selaras dengan struktur baru Kavyan, jawatankuasa baru akan dipilih. Syarat dan panduan sudah dikemukakan kepada orang ramai melalui Kavya dan ekavyan. Uthaya Sankar SB membacakan senarai syarat dan panduan berkenaan. [Baca panduan dan syarat selengkapnya

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 25 September 2003. Seramai 6 ahli mengemukakan nama untuk bertanding bagi jawatan AJK Besar manakala 14 ahli mengemukakan nama bagi jawatan AJK Kecil. Setiap calon diminta memperkenalkan diri serta menyatakan projek yang akan mereka kendalikan sebelum 31 Disember 2004. Bagi calon-calon yang beraral untuk hadir, Uthaya Sankar SB menyampaikan cadangan aktiviti yang telah calon-calon terbabit kemukakan.

Tidak wujud pertandingan bagi mana-mana jawatan. Maka tidak timbul keperluan mengundi. Mesyuarat bersetuju menerima senarai Jawatankuasa Baru tanpa sebarang pindaan.

Senarai Jawatankuasa Baru Kavyan adalah seperti berikut:

1) Presiden - Uthaya Sankar SB

2) Timbalan Presiden - V. Raman

3) Setiausaha - S. G. Prabhawathy

4) Penolong Setiausaha - V. Vijayaletchumy

5) Bendahari - Ganesan Duraisamy

6) Penolong Bendahari - Thillai Kamalan

7) AJK Kecil (14 orang) – 

i - Guruvaiyur Appan

ii - Jeevananth

iii - Lily Gayathry

iv - Magaenthiran Periaswamy

v - M. Mahendran

vi - Mahendran Maruthai

>

vii - Nyanaambigai Rajanthran

viii - Retna Devi Balan

ix - Sarawanakumar

x - Saroja Theavy Balakrishnan

xi - Siva Rubini

xii - Sumitha Ramasami

xiii - Suresh Rajamohan

xiv - Vigneswaran Kannan

>

Mesyuarat bersetuju supaya Jawatankuasa Baru Kavyan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2003. Jawatankuasa diingatkan supaya membaca Perlembagaan Kavyan dan Syarat/panduan Jawatankuasa dengan teliti. Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan akan diadakan tiga bulan sekali.

   

14.            Penasihat Kavyan

Uthaya Sankar SB mengemukakan cadangan supaya jumlah Penasihat Kavyan ditambah menjadi tiga. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan itu serta meminta agar Prof Madya Dr Krishanan Maniam kekal sebagai salah seorang Penasihat Kavyan. Mesyuarat melahirkan keinginan untuk meminta kesudian Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said serta sasterawan mapan, Dr Othman Puteh menjadi Penasihat Kavyan.

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa beliau sudah pun menghubungi kedua-dua sasterawan berkenaan pada 25 September 2003; dan kedua-dua tokoh terbabit bersedia menyumbangkan bakti sebagai Penasihat Kavyan. Mesyuarat terharu dan berasa bangga dengan kesudian ketiga-tiga terbabit.

Mesyuarat memutuskan senarai Penasihat Kavyan seperti berikut:

Penasihat Agung - SN Datuk Dr A. Samad Said

Penasihat Kehormat - Dr Othman Puteh

Penasihat Perdana - Prof Madya Dr Krishanan Maniam

   

15.            Aktiviti Kavyan

Mesyuarat menetapkan senarai aktiviti Kavyan bagi Oktober-Disember 2004. Senarai aktiviti sepanjang 2004 juga dibuat. Senarai berkenaan akan disusun dan dilaksanakan. Setiap ahli Jawatankuasa bertanggungjawab menangani sekurang-kurangnya satu aktiviti. Mesyuarat memutuskan supaya perlu ada sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap bulan; sama ada aktiviti anjuran Kavyan atau aktiviti anjuran pihak luar yang disertai oleh wakil Kavyan. Kavyan juga akan mengadakan pelbagai aktiviti dengan kerjasama pihak luar. Segala maklumat terkini mengenai aktiviti akan dimaklumkan kepada umum melalui ekavyan. Untuk itu, sesiapa yang berminat mendapatkan maklumat terkini dinasihatkan supaya mendaftar sebagai ahli ekavyan di www.ekavyan.cjb.net 

   

16.            Alamat e-mel Kavyan

Mesyuarat bersetuju supaya setiap Jawatankuasa dan ahli berdaftar Kavyan memiliki alamat e-mel rasmi kavyan.cjb.net supaya keahlian lebih rasmi dan seragam. Uthaya Sankar SB menjelaskan bahawa semua e-mel yang dikirim ke alamat e-mel ahli Kavyan di alamat kavyan.cjb.net akan secara automatik sampai ke alamat e-mel hakiki ahli terbabit.

   

17.            Mesyuarat @ Komunikasi Tidak Bersemuka

Mesyuarat memutuskan bahawa perbincangan dan komunikasi mengenai segala perkara berkaitan Kavyan melalui e-mel, SMS dan telefon adalah sah. Segala maklumat terkini Kavyan juga akan diedarkan melalui e-mel dan ekavyan, serta dimuatkan dalam Kavya. Para ahli juga digalakkan menghubungi Jawatankuasa Kavyan dari masa ke semasa untuk mengetahui perkembangan terkini.

   

18.            Kavya - Surat Berita Dalam Talian Kavyan

Uthaya Sankar SB selaku editor Kavya melahirkan harapan bahawa lebih banyak bahan akan diterima selepas ini. Jawatankuasa Kavyan juga diingatkan bahawa mereka perlu menyumbangkan sekurang-kurangnya dua bahan setahun untuk Kavya. Karya-karya yang sudah tersiar di media lain juga boleh dimuatkan dalam Kavya. [Tambahan]

   

19.            Kepala Surat (Letterhead) Kavyan

Uthaya Sankar SB mengedarkan draf kepala surat format baru untuk dikomen oleh semua yang hadir. Dengan sedikit pindaan, kepala surat berkenaan diterima oleh mesyuarat dan akan mula digunakan mulai 1 Oktober 2003.

   

20.            Pelekat (Reflective Sticker) Kavyan

Mesyuarat dimaklumkan bahawa pelekat dengan tulisan www.Kavyan.cjb.net akan dibuat dalam masa seminggu. Pelekat berkenaan boleh dilekat pada kereta, cermin dan seumpamanya; serta menjadi media publisiti dan promosi bagi laman web rasmi Kavyan. Pelekat ini boleh dibeli oleh ahli dan bukan ahli. Uthaya Sankar SB akan menguruskan perkara ini.

   

21.            Pelekat (Reflective Sticker) Kavyan

Mesyuarat dimaklumkan bahawa pelekat dengan tulisan www.Kavyan.cjb.net akan dibuat dalam masa seminggu. Pelekat berkenaan boleh dilekat pada kereta, cermin dan seumpamanya; serta menjadi media publisiti dan promosi bagi laman web rasmi Kavyan. Pelekat ini boleh dibeli oleh ahli dan bukan ahli. Uthaya Sankar SB akan menguruskan perkara ini.

   

22.            Kerahsiaan Maklumat Dalam Kavyan

Mesyuarat diingatkan supaya sentiasa menjaga maklumat dalaman Kavyan yang diklasifikasikan sebagai 'rahsia'. Segala masalah dan persoalan perlu diselesaikan secara baik di dalam Kavyan tanpa melibatkan pihak luar.

Mesyuarat bersetuju supaya mana-mana ahli yang tidak mematuhi Perlembagaan Kavyan serta apa-apa keputusan Jawatankuasa dikenakan tindakan mengikut peruntukan Perlembagaan Kavyan.

   

23.            Memartabatkan Bahasa Malaysia

Mesyuarat dimaklumkan oleh Uthaya Sankar SB bahawa ramai (individu serta berkumpulan) yang kagum dengan segala usaha Kavyan memartabatkan serta mendaulatkan Bahasa Malaysia. Terbaru, Baca Cerpen Kavyan yang dikendali sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia dan disertai pula oleh masyarakat pelbagai kaum.

Salah satu usaha Kavyan adalah untuk menunjukkan bahawa kaum India di Malaysia menguasai serta mencintai Bahasa Malaysia. Dalam hal ini, Uthaya Sankar SB menarik perhatian mesyuarat mengenai sebuah makalah yang tersiar dalam majalah Pelita Bahasa (Ogos 2003) di mana penulis menjatuhkan hukuman bahawa kaum India di Malaysia "tidak memiliki semangat terhadap bahasa kebangsaan" serta "mereka tidak pernah mempunyai minat terhadap bahasa kebangsaan".

Mesyuarat kesal dengan kenyataan berkenaan serta memutuskan bahawa penulis makalah terbabit bertindak "tidak matang".

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan bagi membetulkan keadaan dan kenyataan itu disiarkan dalam majalah Pelita Bahasa (September 2003). Mesyuarat gembira atas sikap terbuka DBP menyiarkan kenyataan berkenaan. [Tambahan]

Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa 185 remaja/belia pelbagai kaum telah mengemukakan kenyataan menafikan kebenaran kandungan makalah berkenaan dalam Pelita Bahasa keluaran Ogos 2003. Kenyataan mereka telah ditunjukkan oleh Uthaya Sankar SB kepada editor Pelita Bahasa baru-baru ini. Mesyuarat gembira kerana generasi muda berani bersuara untuk sama-sama memperjuangkan Bahasa Malaysia. [Tambahan]

  

24.            Mesyuarat Ditangguhkan

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6:00 petang

 

   

   

Disediakan oleh: Setiausaha Kavyan

Disahkan oleh: Presiden Kavyan

     

Kembali ke laman utama Kavyan  -   Kembali ke laman utama Kavya

Hosted by www.Geocities.ws

1