Minit Mesyuarat Bersama

Jawatankuasa Kavyan

dan Urus Setia Baca Cerpen Kavyan

 

  

Tarikh

12 Julai 2003 (Sabtu)

Masa

4:00 petang

Tempat

Galeri Shah Alam

Kehadiran

1. Dr Krishanan Maniam - Penasihat Kavyan

2. Uthaya Sankar SB - Presiden Kavyan/Urus Setia BCK

3. S.G. Prabhawathy - Setiausaha Kavyan/Urus Setia BCK

4. V. Vijayaletchumy - Penolong Setiausaha Kavyan

5. Ganesan Duraisamy - Bendahari Kavyan/Urus Setia BCK

6. Magaenthiran - Urus Setia BCK

7. Sarawanakumar - Urus Setia BCK

8. Suresh Rajamohan - Urus Setia BCK

9. Thinesh - Urus Setia BCK

10. sre Murugan - Urus Setia BCK

11. Logeswaran - Urus Setia BCK

12. Jordan - Urus Setia BCK

13. Lesle Denver - Urus Setia BCK

14. Sharuhasan - Urus Setia BCK

15. Rose Mary - Pemerhati Bebas

    

1.            Ucapan Pengerusi

Uthaya Sankar SB mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau  menjelaskan bahawa mesyuarat kali ini menggabungkan Jawatankuasa Kavyan dan Urus Setia Baca Cerpen Kavyan (BCK). 

 

2.            Pengesahan Minit Mesyuarat

S.G. Prabhawathy membacakan secara ringkas minit mesyuarat lalu (20 April 2003) yang sudah pun dimuatkan di laman web Kavyan. V. Vijayaletchumy mengesahkan minit berkenaan; disokong Ganesan Duraisamy.

 

3.            Kehadiran Jawatankuasa ke Mesyuarat

S.G. Prabhawathy menyatakan bahawa notis mengenai mesyuarat jawatankuasa ini sudah dikirim pada 1 Julai 2003 melalui e-mel. Peringatan juga dibuat melalui SMS pada 10 Julai 2003. Makluman mengenai mesyuarat juga sudah dimuatkan dalam surat berita Kavya, Julai 2003. Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa Saroja Theavy Balakrishnan telah mengirim e-mel menyatakan tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus. V. Raman sudah mengirim SMS menyatakan tidak dapat hadir kerana tugas. Raja Rajeswari Seetha Raman pula mengesahkan akan hadir; namun hingga saat-saat akhir tidak pula mengirim SMS, e-mel atau menelefon untuk menyatakan alasan bagi ketidak hadiran.

 

4.            Kavyan Ponggal Vizha

Pengarah Projek, Magaenthiran memaklumkan bahawa tidak ada perkembangan baru untuk dilaporkan kerana urus setia Kavyan Pongal Vizha menumpukan perhatian pada Baca Cerpen Kavyan. Bagaimanapun, beliau masih meneruskan usaha menetapkan tarikh konsert, dewan dan seumpamanya.

 

5.            Lawatan ke Pure Life Society

Uthaya Sankar SB menyatakan bahawa Mother Mangalam sendiri telah menelefon untuk mengucapkan terima kasih atas lawatan wakil Kavyan ke Pure Life Society pada 28 Jun 2003. Kanak-kanak terbabit meminta supaya diadakan lawatan susulan. Jawatankuasa akan merancang lawatan pada bulan September 2003; selepas selesai acara Baca Cerpen Kavyan.

 

6.            Lawatan ke Karangkraf

S. G. Prabhawathy memaklumkan bahawa pihak Karangkraf menjemput wakil Kavyan mengadakan lawatan ke penerbitan berkenaan. Jawatankuasa bersetuju menerima undangan itu. Ganesan Duraisamy akan menguruskan tarikh, masa dan senarai wakil Kavyan.

 

7.            Festival Sastera Perpaduan Malaysia

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa Gapena memilih enam wakil daripada senarai 15 nama yang dikemukakan oleh Kavyan ke FSPM yang akan berlangsung pada 22-25 Ogos 2003 di Kota Kinabalu, Sabah. Wakil Kavyan ke FSPM terdiri daripada (urutan abjad) Raja Rajeswari Seetha Raman, Saroja Theavy Balakrishnan, S. G. Prabhawathy, Srivali,  Uthaya Sankar SB dan V. Vijayaletchumy. (Nota: Srivali  menarik diri atas alasan peribadi.) Tidak ada sebarang isu ditimbulkan berhubung pencalonan nama dan pemilihan wakil Kavyan. Jawatankuasa sebulat suara memutuskan untuk menerima keputusan berhubung senarai wakil terbabit. Jika ada pihak yang cuba menimbulkan isu mengenai perkara ini, tindakan tegas akan diambil.

   

8.            Pengiriman Karya ke Media Massa

Para ahli Kavyan - khususnya jawatankuasa - diseru aktif menghasilkan karya terutama karya Bahasa Malaysia. Uthaya Sankar SB akan bertindak sebagai "agen sastera" untuk menyalurkan karya yang bermutu kepada editor.

   

9.            Baca Cerpen Kavyan

Urus Setia BCK berbincang mengenai acara BCK yang akan berlangsung pada 29 Ogos-2 September 2003. Uthaya Sankar SB melaporkan bahawa beliau telah mengadakan mesyuarat dengan pihak The Malaysia Book of Records pada 10 Julai 2003 dan tidak timbul apa-apa masalah. Sambutan dari segi jumlah peserta amat membanggakan. Hampir 160 orang sudah mendaftar sebagai peserta. Beberapa tokoh terkemuka juga turut serta. Semua maklumat terdapat di laman www.bacacerpen.cjb.net dan akan dikemas kini dengan maklumat terkini. Liputan media (akhbar dan internet) juga amat baik. Kerjasama Dr Krishanan Maniam diminta bagi membantu promosi dalam media cetak Bahasa Tamil. Perbincangan terperinci juga dibuat mengenai jadual pembacaan, pembahagian tugas, tajaan, sijil penyertaan, liputan media semasa acara, jemputan khas, perasmian pembukaan, perasmian penutup, fotografi, jualan buku dan cenderamata, kad jemputan dan seumpamanya. Mesyuarat susulan bagi Urus Setia BCK akan diadakan lagi pada awal Ogos 2003.

 

10.            Peletakan Jawatan Timbalan Presiden

Jawatankuasa Kavyan menerima peletakan jawatan Raja Rajeswari Seetha Raman.

 

11.            Mesyuarat Tamat

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 6:00 petang

 

   

   

Disediakan oleh: Setiausaha Kavyan

Disahkan oleh: Presiden Kavyan

     

Kembali ke laman utama Kavyan  -   Kembali ke laman utama Kavya

Hosted by www.Geocities.ws

1