Logo Kelab Kavyan

   

Cadangan bagi Kelab Kavyan dikemukakan oleh sekumpulan remaja yang menyertai Bengkel Karyawan Muda. Mereka tidak boleh menjadi ahli Kavyan kerana belum mencapai umur 18 tahun sebagaimana yang disyaratkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

   

Lalu, dicadangkan supaya diwujudkan satu cabang di bawah Kavyan khusus untuk remaja bawah umur 18 tahun. Mereka dapat menyertai aktiviti Kavyan melalui Kelab Kavyan. Dan apabila mencapai umur 18 tahun, boleh menjadi ahli Kavyan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Kavyan.

  

Ahli Kelab Kavyan tidak berhak mengundi semasa Mesyuarat Agung Kavyan. Mereka juga tidak boleh menjadi ahli dalam Jawatankuasa Kavyan.

  

Bagaimanapun, ahli Kelab Kavyan akan menikmati beberapa keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli Kavyan. Misalnya, diskaun apabila menyertai aktiviti seperti Bengkel Karyawan Muda dan Bengkel Apresiasi Novel serta Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading.

    

Ahli Kelab Kavyan juga akan dipelawa mewakili Kavyan jika terdapat aktiviti luar; misalnya acara baca puisi, ceramah, seminar dan bengkel anjuran pihak lain - khususnya apabila peserta yang diperlukan bagi acara berkenaan adalah remaja bawah 18 tahun.

  

Aktiviti Kelab Kavyan adalah sama dengan aktiviti Kavyan. Jadi, sila rujuk aktiviti terkini Kavyan dan Kelab Kavyan di laman www.kavyan.cjb.net, www.kavya.cjb.net dan www.ekavyan.cjb.net

   

Yuran tahunan bagi ahli Kelab Kavyan adalah RM10.00 berbanding RM30.00 bagi ahli Kavyan.

  

Dapatkan Borang Keahlian Kelab Kavyan di sini » BORANG

      

Salah seorang Jawatankuasa Kavyan akan dilantik menjadi Penyelaras Kelab Kavyan. Kelab Kavyan pula akan memilih Jawatankuasa sendiri. Bagaimanapun jawatankuasa yang dipilih ini hanya berkuasa mengendalikan aktiviti Kelab Kavyan sahaja. Jawatankuasa Kelab Kavyan tidak boleh mewakili Jawatankuasa Kavyan bagi sebarang urusan luar.

    

Jawatankuasa Kelab Kavyan perlu mendapat nasihat dan panduan daripada Penyelaras Kelab Kavyan bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti perlu berkait dengan objektif Kavyan. Penyelaras Kelab Kavyan perlu merujuk pada Jawatankuasa Kavyan jika aktiviti Kelab Kavyan dirasakan kurang sesuai dengan objektif Kavyan.

    

Ahli Kelab Kavyan perlu berusaha menulis karya kreatif atau non-kreatif; atau sekurang-kurangnya menunjukkan minat yang berterusan untuk membaca karya kreatif atau non-kreatif. Mereka juga digalakkan menyumbang bahan bagi surat berita Kavya.

     

Jawatankuasa Kelab Kavyan perlu menulis laporan bagi setiap aktiviti. Penyelaras atau Wakil Kelab Kavyan akan membentangkan laporan berkenaan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan.

   

Satu pertemuan telah diadakan pada 15 Mac 2003 khusus untuk remaja bawah 18 tahun yang berminat menyertai Kelab Kavyan. Laporan pertemuan boleh dibaca dalam Kavya April 2003

   

Pada 27 September 2003, Jawatankuasa Kelab Kavyan telah dipilih sendiri oleh ahli Kelab Kavyan.

   

Pengerusi - Logeswaran

Penolong Pengerusi - Sre Murugan

Setiausaha - Sharuhasan

Penolong Setiausaha - Jordan Leon Kostka

Bendahari - Thinesh Nagalingam

Penolong Bendahari - Lesle Denver

      

Remaja kaum India berumur bawah 18 tahun dan berminat menyertai Kelab Kavyan diminta menghubungi nombor telefon 013-3913278 atau e-mel [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kelab Kavyan.

Hosted by www.Geocities.ws

1