Bengkel Apresiasi Novel
Ke Arah Penghayatan Komponen Sastera Bahasa Malaysia


Bengkel Akan Datang: (Sedang Dirancang)

Tempat: (Belum Ditetapkan)

   

Hubungi [email protected] untuk maklumat terkini

            

Vanakam.

Komponen Sastera merupakan salah satu bahagian penting dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah. Ramai yang menganggap Komponen Sastera sebagai suatu bebanan dan sesuatu yang sukar.

Siri Bengkel Apresiasi Novel dianjurkan oleh Kavyan untuk memberi tunjuk ajar dan panduan mengenai aspek-aspek penting dalam sebuah novel. Bengkel dikendalikan oleh pakar bidang. Melalui bengkel ini, pelajar dan remaja akan mula meminati pembacaan karya sastera dan sedar betapa mudah, indah dan penting karya sastera dalam hidup manusia. Bagaimanapun, bengkel ini tidak berorientasi peperiksaan.

Siri Bengkel Karyawan Muda dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB, Retna Devi Balan, Raja Rajeswari Seetha Raman, S.G. Prabhawathy dan V. Vijayaletchumy sejak beberapa tahun lalu. Bengkel Apresiasi Novel pula merupakan komponen baru yang mengkhusus pada penghayatan novel.

Objektif:

Meningkatkan apresiasi karya sastera Bahasa Malaysia

Membimbing penghayatan unsur-unsur novel Bahasa Malaysia

Membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia

Bengkel akan dikendalikan di Ashwin Trading, pengeluar kad ucapan terkemuka di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur.       

Antara syarat umum untuk menyertai Bengkel Apresiasi Novel adalah seperti berikut:

Bagi setiap bengkel, maksimum 15 peserta. (Mereka yang pernah menyertai Bengkel Karyawan Muda boleh turut serta.) 

Umur: 15-25 tahun. 

Bengkel akan bermula tepat pukul 10:00 pagi dan berakhir pukul 5:00 petang. 

Makan tengah hari TIDAK disediakan. Peserta boleh membeli makanan di restoran berhampiran.

Yuran penyertaan: RM15.00 untuk ahli Kavyan dan RM20.00 untuk bukan ahli Kavyan (perlu dibayar lebih awal). Yuran ini bagi menampung kos bahan bacaan, alat tulis, fail, mineral water dll.

Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil akan turut digunakan mengikut kesesuaian.

Setiap peserta yang mengikuti bengkel dengan sempurna akan diberikan sijil penyertaan rasmi.

Mereka yang berminat menyertai Bengkel Apresiasi Novel perlu mengesahkan penyertaan dan membayar yuran sebelum tarikh bengkel. 

Tarikh tutup: 18 Februari 2003.

Peserta perlu berada di tempat bengkel sebelum 10:00 pagi pada tarikh bengkel. Pendaftaran dan penyerahan bahan bermula pukul 9:30 pagi. Hanya peserta yang sudah mendaftar dan membayar yuran sebelum tarikh tutup dibenarkan menyertai bengkel.

Untuk mendaftar, sila hubungi Uthaya, e-mel [email protected] atau telefon 013-3913278.

Borang Penyertaan >>> KLIK DI SINI

Permohonan untuk menyertai bengkel ini BOLEH juga dibuat secara elektronik dengan menghantar maklumat NAMA, ALAMAT E-MEL, NOMBOR TELEFON dan NOMBOR KAD PENGENALAN melalui e-mel ke alamat [email protected] TETAPI penyertaan hanya dianggap sah apabila pemohon melengkapkan maklumat pada borang dan membayar yuran penyertaan.

Hanya peserta yang mengikuti sepenuhnya bengkel ini (10:00 pagi – 5:00 petang) akan diberikan sijil penyertaan. Penyampaian sijil: 5:00 petang.  

Atur Cara Bengkel >>> KLIK DI SINI

Makan tengah hari TIDAK disediakan. Sarapan dan minum petang TIDAK disediakan. Tetapi ada kedai makanan di sekitar tempat bengkel.

Setiap peserta akan diberi cenderamata berupa sebuah novel yang akan dijadikan teks perbincangan pada Bengkel Apresiasi Novel. (Harga pasaran novel ini adalah RM20.00)

Syarat utama penyertaan: pelajar dan remaja yang berminat menghayati komponen sastera; khususnya novel Bahasa Malaysia.

Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003 - CLICK HERE

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai siri Bengkel Apresiasi Novel, hubungi Uthaya Sankar SB (Tel: 013-3913278, e-mel: [email protected]).

Nandri.

Hosted by www.Geocities.ws

1