Bengkel Karyawan Muda
Ke Arah Penulisan Cerpen Alaf Baru


Bengkel Akan Datang: KLIK DI SINI

    

Hubungi [email protected] untuk maklumat terkini

            

Vanakam.

Anda ingin menjadi sasterawan. … Anda ingin melihat karya anda tersiar di akhbar dan majalah. … Tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk mengasah bakat serta mengembangkan kreativiti anda dalam bidang penulisan sastera Bahasa Malaysia. … Anda tertanya-tanya cerpen bagaimana yang menjadi pilihan pada alaf baru. …

Jika anda berminat menulis cerpen, kami sedia membimbing anda secara sistematik dan terancang. Kami akan membantu anda mempelajari teknik asas menulis cerpen yang menarik dan bermutu.

Siri Bengkel Karyawan Muda dianjurkan oleh Kavyan bukanlah sekadar untuk mencungkil bakat baru dalam bidang penulisan cerpen. Sebaliknya diharapkan boleh melahirkan minat belia dan remaja terhadap bidang penulisan amnya kerana aktiviti ini berupaya mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat. Pada masa yang sama, memberi ruang kepada remaja untuk mencurahkan perasaan mereka dengan cara yang positif. Malah mungkin muncul sebagai sasterawan terkemuka tanah air!

Objektif:

Meningkatkan penghayatan karya sastera Bahasa Malaysia

Mengasah bakat menulis cerpen Bahasa Malaysia

Membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia

Berminat? Teruskan membaca.

Siri Bengkel Karyawan Muda diadakan berikutan sambutan yang sungguh menggalakkan terhadap beberapa bengkel penulisan kreatif yang diadakan sejak beberapa tahun lalu.

Siri Bengkel Karyawan Muda dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB, Retna Devi Balan, Raja Rajeswari Seetha Raman, S.G. Prabhawathy dan V. Vijayaletchumy.

Bagi tahun 2002 pula, Ashwin Trading (Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur) membenarkan bengkel dikendalikan di tempat mereka. Terima kasih daun keladi! Siri Bengkel Karyawan Muda 2002 telah diadakan pada hari Sabtu ketiga setiap bulan.

Pihak Kavyan juga bersedia mengendalikan Bengkel Karyawan Muda di tempat-tempat lain jika dijemput oleh mana-mana pihak yang berminat.

Bagi tahun 2003, Bengkel Karyawan Muda akan dikendalikan di beberapa tempat terpilih. Pembimbing terdiri daripada Uthaya Sankar SB, V. Vijayaletchumy dan S.G. Prabhawathy.

Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003 - CLICK HERE for details

Antara syarat umum untuk menyertai Bengkel Karyawan Muda 2003 adalah seperti berikut:

Bagi setiap bengkel, hanya 20 peserta. (Mereka yang sudah pernah menyertai Bengkel Karyawan Muda sebelum ini tidak perlu menyertainya.) 

Umur: 15-25 tahun. 

Bengkel akan bermula tepat pukul 10:00 pagi dan berakhir tepat pukul 4:00 petang. 

Makan tengah hari disediakan. 

Yuran penyertaan: RM15.00 bagi ahli Kavyan dan RM20.00 bagi bukan ahli Kavyan (perlu dibayar lebih awal). 

Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil akan turut digunakan mengikut kesesuaian. 

Setiap peserta yang mengikuti bengkel dengan sempurna akan diberikan sijil penyertaan rasmi.

Mereka yang berminat menyertai Bengkel Karyawan Muda 2003 perlu mengesahkan penyertaan dan membayar yuran dua minggu sebelum tarikh bengkel.

Peserta perlu berada di tempat bengkel sebelum 10:00 pagi pada tarikh bengkel. Pendaftaran dan penyerahan bahan bermula pukul 9:30 pagi. Hanya peserta yang sudah mendaftar dan membayar yuran sebelum tarikh tutup dibenarkan menyertai bengkel.

Untuk mendaftar, sila hubungi e-mel [email protected] atau telefon 013-3913278.

Borang Penyertaan >>> KLIK DI SINI

[PROMOSI]

Permohonan untuk menyertai bengkel ini BOLEH juga dibuat secara elektronik dengan menghantar maklumat NAMA, ALAMAT E-MEL, NOMBOR TELEFON dan NOMBOR KAD PENGENALAN melalui e-mel ke alamat [email protected] TETAPI penyertaan hanya dianggap sah apabila pemohon melengkapkan maklumat pada borang dan membayar yuran penyertaan.

Hanya peserta yang mengikuti sepenuhnya bengkel ini (10:00 pagi – 4:00 petang) akan diberikan sijil penyertaan. Penyampaian sijil pada pukul 4:00 petang.  

Atur Cara >>> KLIK DI SINI

Makan tengah hari disediakan. [Sila maklumkan LEBIH AWAL jika ada syarat khusus mengenai diet anda.] Sarapan TIDAK disediakan. Peserta dinasihatkan supaya bersarapan sebelum datang berbengkel.

Setiap peserta akan diberi cenderamata berupa sebuah kumpulan cerpen Bahasa Malaysia. (Harga pasaran buku ini adalah RM15.00)

Syarat utama penyertaan: anda mesti mempunyai perasaan ingin menambahkan ilmu dan mempunyai kemahiran asas iaitu menguasai Bahasa Malaysia. Dan ingin menjadi sasterawan. Lebih baik jika anda membawa bersama anda rangka cerpen yang pernah anda tulis.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai siri Bengkel Karyawan Muda 2003, hubungi Uthaya Sankar SB (Tel: 013-3913278, e-mel: [email protected]).

Nandri.

Hosted by www.Geocities.ws

1