|
|
"If one manages one's time properly, one could do many things." - Sri Diah, author of Kuala Lumpur: Di Mana Suamiku, on how she finds time to keep writing with her tight schedule. She's presently the senior editor at Kumpulan Karangkraf, and handles five magazines. She is married with five children. To date, Sri Diah has written 11 novels, over 100 short stories and 200 poems. (TheSun, 12 March 2003) |
|
Promosi bagi Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading sedang giat dilakukan. Urus setia mendapat kerjasama padu daripada pihak media; sama ada media cetak, media elektronik atau media siber. Promosi juga dilakukan oleh individu yang berbesar hati membantu usaha Kavyan menganjurkan pertandingan ini. Tiga tokoh berwibawa dan berpengalaman sebagai hakim beberapa pertandingan menulis peringkat kebangsaan sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi hakim bagi sayembara. Jadi, para peserta boleh berbangga kerana karya mereka akan dinilai bukan oleh calang-calang orang. Klik pada sepanduk di atas untuk maklumat lanjut |
|
“We must be the change we wish to see in the world.” |
|
|
|
Terima Kasih Daun Keladi Risalah Online ArahKiri kerana menyiarkan semula tulisan The Golden Rule: Anthology of Bilingual Short Stories About Interfaith (Kavya, Mac 2003) dalam keluaran 15 Mac 2003. Semoga lebih ramai penulis berminat menyertai projek berkenaan. |
|
Touched By An Angel She greeted me with a smile. A sincere one filled with love.
Many associate the Pure Life Society with the Home for the orphans and underprivileged children. After surfing the official website, I came to understand that the Home is only one of the many activities undertaken by the Society. The Society, in fact, is involved in a broad spectrum of voluntary services for the upliftment of humanity. On 26 March 2003, my wife, daughter and I went to the Home at 6th Mile, Jalan Puchong, Kuala Lumpur. We got a clearer picture about Pure Life Society. The Society was founded in 1949 by the late Swami Satyananda who had always stressed the universal values of life. Being an ardent student of the comparative study of religions, he firmly believed in the spiritual nature and divine heritage of humanity because man is born of the spirit. The name "Pure Life" was chosen because "purity" is a common value that is promoted by all religions. Learn more about the history, activities and on how you can help by visiting The Pure Life Society website. |
|
Book Donation, Anyone? A group of Malaysian Indian writers are planning to visit The Pure Life Society in May 2003. This group of writers understand the importance of cultivating reading habit among the hundred over children in the Home for the orphans and underprivileged children. Thus, we plan to donate some books to the library and spend a day with the children - reading, playing and telling stories. We are buying some books and we are also collecting some books from people around us. Books, magazines, comics and such - still in good condition - are welcome. If you happen to have such material, could you please donate? You can even join us in May 2003 to The Pure Life Society. Please donate the books by 30 April 2003. Contact Uthaya Sankar SB at 013-3913278 or [email protected] for details. |
|
Sesi Diskusi Karya I telah diadakan pada 16 Mac 2003, 10:30 pagi hingga 1:30 tengah hari di Taman Sri Muda, Shah Alam. Diskusi sulung ini disertai Siva Rubini, V. Vijayaletchumy, S.G. Prabhawathy dan Uthaya Sankar SB.
Setiap peserta telah mengemukakan karya masing-masing untuk dibaca dan dikomen pada sesi diskusi ini. Bahan yang dibincangkan termasuk cerpen dan rencana. Masing-masing memberi pandangan, komen dan kritikan membina bagi membaiki manuskrip yang dibicarakan. Diskusi Karya II akan diadakan pada 19 April 2003. Klik pada sepanduk di atas untuk maklumat lanjut |
|
Sila ambil perhatian bahawa hanya bahan yang diterima pada atau sebelum 25 Mac 2003 dimuatkan dalam Kavya keluaran April 2003. Mana-mana bahan yang diterima selepas tarikh 25 Mac 2003 hanya dapat dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam Kavya keluaran Mei 2003. Sila baca SYARAT PENGIRIMAN BAHAN untuk maklumat lanjut. |
|
NILA: Kembali Selepas Gerhana Bagi saudara yang sentiasa membaca majalah kecil berjudul NILA, mungkin saudara terkejut kerana majalah berkenaan tiba-tiba "hilang" dari pasaran. Saudara juga mungkin tertanya-tanya ke mana perginya NILA. Sebenarnya penerbitan NILA tergendala berikutan masalah teknikal. Bagaimanapun, NILA terbit semula sebagai majalah dwibulanan mulai 1 April 2003. Beberapa pembaharuan dilakukan dari segi kandungan (content) dan rekabentuk (design). Para ahli Kavyan dan pembaca Kavya dialu-alukan mengirim bahan yang sesuai untuk disiarkan dalam NILA. Buat masa ini, karya beberapa ahli Kavyan serta peserta Bengkel Karyawan Muda telah disalurkan ke majalah NILA. Usaha ini sebagai kerjasama antara NILA dan Kavyan untuk sama-sama membuka peluang penyiaran karya kepada bakat-bakat baru. Saudara boleh mengirim karya terus ke alamat NILA atau boleh disalurkan melalui Uthaya Sankar SB yang akan bertindak sebagai "agen sastera". Maklumat lanjut mengenai majalah NILA boleh dibaca dalam Kavya Oktober 2002. |
|
Inginkan tulisan saudara dimuatkan dalam surat berita ini? Sila kirim melalui e-mel. Tetapi sebelum itu, sila baca maklumat lanjut, syarat dan panduan di >>> SINI |
|
Pertemuan dengan remaja bawah 18 tahun yang berminat menyertai Kelab Kavyan telah diadakan di Shah Alam pada 15 Mac 2003. Presiden Kavyan menerangkan tujuan pertemuan serta menjelaskan syarat keahlian Kelab Kavyan. Turut dinyatakan bahawa cadangan Kelab Kavyan ini hanya akan menjadi realiti jika mendapat sambutan daripada sekurang-kurangnya sepuluh remaja. Cadangan Kelab Kavyan melalui e-mel kepada Jawatankuasa Kavyan sebelum ini tidak mendapat sebarang bantahan. Bagaimanapun, cadangan mewujudkan Kelab Kavyan akan dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan pada 20 April 2003. Klik pada sepanduk di atas untuk maklumat lanjut |
|
Untuk menjadi ahli e-Kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat [email protected] dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-Kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web. |
|
Kavya, Kavyan dan e-Kavyan mengucapkan Selamat Tahun Baru Telegu (Ugadi, 2 April 2003), Tamil (Chitirai, 14 April 2003), Punjabi (Vaisakhi, 14 April 2003) dan Malayalam (Vishu, 15 April 2003) kepada semua. Semoga persahabatan dan persefahaman yang sedia wujud bertambah erat ke arah memantapkan konsep Bangsa Malaysia. |
|
Pisang Emas Dibawa Berlayar Masak Sebiji Di Atas Peti Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003 kepada rakan-rakan dan kenalan. |
|
Bengkel Penulis Muda: Kursus Kewartawanan Nyanaambigai Rajanthran menceritakan pengalamannya sebagai peserta tunggal kaum India pada Bengkel Penulis Muda: Kursus Kewartawanan anjuran Institut Kajian Dasar dan Konrad Adenauer Foundation. [BACA] |
|
Dear Kavyan and e-Kavyan members. Write Your Say! Any topic regarding Malaysian Indians. Maximum 200 words. Send by e-mail. Include name and e-mail address. Write in Bahasa Malaysia or English. Read complete updated rules. Tulisan yang disiarkan dalam ruangan Write Your Say! sepanjang 2003 akan diberi cenderamata berupa senaskhah antologi cerpen Vanakam. |
|
Pembacaan Puisi Anggerik Di Galeri Shah Alam Acara baca puisi penggiat seni pada 15 Mac 2003 mendapat sambutan menggalakkan daripada lebih ramai peserta berbanding sebelum ini. Beberapa ahli Kavyan dan Kelab Kavyan telah turut serta menyerikan majlis. Ikuti laporannya di >>> SINI |
|
Kajian Kreatif Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membacanya] |
|
Kathakali
Rencana bertajuk "Kathakali: Yang Dramatik, Yang Dilupakan" (Dewan Siswa, Oktober 1995) membicarakan drama tari masyarakat Malayali di Kerala. Sebuah lagi rencana bertajuk "Kutiyattam: Drama Tari Dramatik Dari Kerala" (Dewan Budaya, April 1997) memperkatakan mengenai satu lagi bentuk seni persembahan masyarakat Malayali. Cerpen "Kathakali" (Dewan Siswa, April 2003) pula berkisar tentang pengalaman sekumpulan pelajar Kolej Siru Kambam membuat kertas projek bagi kursus wajib Pengajian Malaysia. Cerpen "Air" sebelum ini membawa kisah seorang pemuda dari Siru Kambam yang cuba menyelam dalam air (water) tanpa menyedut air (udara). Cerpen "Arkitek Keluarga" pula menggunakan latar masa dan latar tempat yang sama dengan cerpen berkenaan. Manakala cerpen "Kathakali" meneruskan tradisi penggunaan latar Siru Kambam. Malah, ada kaitan erat dengan cerpen "Arkitek Keluarga". |
|
Konsert Kavyan Sesi brainstorming telah diadakan pada 15, 18 & 28 Mac 2003 sebagai persediaan awal ke arah menganjurkan konsert pada awal tahun 2004. Rata-rata mereka yang menghadiri sesi ini menunjukkan minat dan sokongan. Sejak diumumkan hampir sebulan lalu, tidak ada bangkangan dan bantahan daripada sesiapa. Jadi, projek konsert ini akan diteruskan. Setelah berbincang, cadangan dibuat supaya artis tempatan dijemput sebagai penyanyi, penari, pemuzik dll. Langkah ini adalah kerana Kavyan belum mampu menangani artis luar negara dari segi kos dan tenaga. Hasil kutipan konsert akan digunakan untuk menubuhkan Tabung Kebajikan Kavyan. Konsert dicadangkan supaya diadakan di Shah Alam. Khalayak sasaran adalah pelajar sekolah menengah, remaja dan belia. Masing-masing Sukarelawan Sangeetha Swaram yang hadir pada sesi brainstorming telah diberikan tugas awal. Maklum balas akan diketahui pada pertemuan akan datang. Perkara-perkara yang dibincangkan pada sesi brainstorming ini juga akan dibentang pada Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan pada 20 April 2003. |
|
Kenapa Saya Ingin Menulis Menulis? Cakap saja perkataan "menulis", ramai yang mula mengeluh. Apa yang hendak ditulis? Macam mana hendak memulakan? Sebenarnya, semua orang telah dilatih menulis sejak sekolah rendah. Dua aspek penting dalam menulis adalah 'perkataan' dan 'gaya'. Gaya bahasa yang menarik akan menarik minat pembaca untuk membaca perkataan yang digunakan dalam penulisan. Kenapa saya ingin menulis? Adakah kerana terpaksa. Tidak sama sekali! Saya ingin menulis kerana minat saya sejak kecil memang suka membaca dan menulis. Sewaktu berumur lapan tahun, saya sering mengambil buku kepunyaan mak cik saya dan menulis tentang keluarga serta rakan-rakan. Bagaimanapun, minat terhadap penulisan terbuku apabila saya memasuki darjah empat kerana terlalu banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Saya juga kurang mendapat galakan keluarga. Minat untuk menulis mekar semula dalam jiwa sewaktu di tingkatan tiga. Pada waktu itu, saya menulis rencana bertajuk "Kepentingan Amalan Menabung" untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Bidang penulisan merupakan suatu bidang yang sangat mencabar serta memaksa kita berfikir secara terbuka dan luas. Itu merupakan satu lagi sebab mengapa saya meminati bidang ini. Pada saya, menulis menjadikan saya seorang yang berfikiran lebih terbuka dan lebih matang. Menulis juga secara tidak langsung membuatkan kita lebih banyak membaca untuk mendapatkan ilmu bantu. Bidang ini turut menjadikan saya lebih kreatif dan kritikal. Selain daripada itu, dengan menulis, saya dapat membaiki penguasaan bahasa dan tatabahasa. Apabila kita menulis, sudah pasti akan ada orang membaca. Jadi, kita boleh menyebarkan maklumat kepada khalayak serta mendidik masyarakat melalui penulisan. Saya mahu menjadi penulis! |
|
“No one of you is a believer until one desires for one’s neighbour that which one desires for oneself.” Hadith |
|
Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan akan diadakan pada 20 April 2003. Sekiranya para ahli Kavyan ada sebarang cadangan aktiviti, sila hubungi mana-mana AJK dan kemukakan cadangan untuk dibincangkan pada mesyuarat berkenaan. Sila kemukakan cadangan sebelum 10 April 2003. |
|
Bagi membolehkan maklumat terkini disebarkan secara lebih cepat dan lebih efektif, mulai 1 Januari 2003, What's Up, Writer? telah digabungkan bersama e-Kavyan. Saudara dinasihatkan supaya menjadi ahli e-Kavyan bagi memastikan segala maklumat berkaitan sampai kepada saudara melalui e-mel. |
|
Stroll
The night is full. It is simply in its element. The clouds invade the dark universe, Curtaining the stars and their moony mother.
Down here the cars don’t whiz by much. The roads are perfected, Down to bits of fresh-hot tar rocks And Chinese-lanternesque streetlights.
Houses yawn and drag logs of dreams Into them. The patrons need it (it’s its excuse) After a long hard day. Everything else creaks and blooms. It is dreamy.
This dark hour asks nothing more than creation Of something. Something eternal that rings us In this golden circle of mathematics, Complex and unintelligible.
It is child-like, this algebraic world. It is simply in its element.
September
2002 |
|
Terima Kasih Daun Keladi Terima kasih kepada semua pihak yang tidak lupa menjemput wakil dari Kavyan ke segala majlis dan acara yang dianjurkan. Tindakan pihak saudara membuktikan bahawa Kavyan diiktiraf akan kewibawaannya mewakili penulis kaum India di Malaysia. |
|
Komuniti Cerpenis di Ruang Siber Saudara yang berminat membaca serta menyiarkan cerpen di ruang siber dipelawa menyertai Komuniti Cerpenis. Selain cerpen, turut dimuatkan cerita rakyat. Papan nota pula memudahkan komuniti cerpenis menulis catatan untuk bacaan ramai. Layarilah jika berminat. |
|
“Whatever you wish that others would do to you, do so to them.” Bible |
|
Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB diwawancara oleh wartawan Bernama TV, Ghandi Kasinathan pada 10 Mac 2003 mengenai Kavyan, Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading dan isu sastera kebangsaan untuk siaran berita di Astro Vaanavil. |
|
Nandri! Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan. |
|
Selamat Singgah Mentari Muda Berarak sudah gemawan bisa Berakhir sudah gelap hiba yang menelan sejuta rahsia yang menyaksi sejuta siksa Kini, singgah sudah mentari muda di dada langit tua sinar setia mentari muda tahun demi tahun ceriakan wajah muram corakkan warna alam segarkan nafas silam dari dingin mesra ke hangat meriah langit bermandi cahaya tanah bernafas ceria laut berteman setia Selamat singgah mentari muda akanku junjung kunjungmu dengan sejuta syukur Ilahi
Dibacakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1 Mac 2003 sempena Malam Puisi Gapura Perdamaian Sejagat anjuran Kelab Gapura Kreatif UPM, DBP, Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia dan Akademi Penyair Malaysia. Laporan aktiviti ini disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, 15 Mac 2003. |
|
“Do not do unto others what angers you if done to you by others.” Socrates |
|
National Unity Through Active Interfaith Communication and Cooperation
Sehari sebelum Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan perang terhadap Iraq, sekitar 35 pengamal media sedang membicarakan soal keamanan yang ditekankan dalam semua agama utama dunia. Masing-masing membicarakan bagaimana untuk mengetepikan perbezaan dan menjadikan persamaan sebagai asas perpaduan. ... Read all about it |
|
Link Kavya, Kavyan dan e-Kavyan |
|
Seminar
Pengukuhan Kedaulatan Melayu
Seminar ini telah berlangsung pada 22 Mac 2003 (Sabtu) di Auditorium Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Aktiviti ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Majlis Kebudayaan Selangor (MKN) dan Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi) dengan kerjasama Muzium Sultan Alam Shah. Uthaya Sankar SB muncul sebagai peserta paling 'pelik' bukan semata-mata kerana merupakan satu-satunya peserta Bukan Melayu-Islam tetapi kerana hadir memakai baju Melayu dan bersongkok sedangkan rata-rata peserta Melayu-Islam datang berpakaian kasual. Tidak keterlaluanlah Datin Paduka Hajjah Norkhaila Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dalam ucapan perasmian bertanya, "Kalau bukan kaum Melayu yang mendaulatkan serta menjaga budaya Melayu, siapa lagi?" |
|
Bengkel Karyawan Muda dan Bengkel Apresiasi Novel sedang dirancang untuk diadakan pada Mei 2003. Dapatkan maklumat lanjut di Laman Utama Kavyan |
|
Tugu Yang Kian Condong
Kau Harapan bangsa Semalam Melimpah dengan adat resam Dan budaya
Hari ini Sesungguhnya tiada batasan Antara jantina Golongan dewasa Mengharapkan dikau Menerajui negara kelak
Apa telah berlaku? Bolehkah kau bernafas Sendatnya baju Rimas mata memandang Selesa pula badan memakai Kilau matahari Memantulkan pusatmu Dihiasi pelbagai warna Pelbagai rupa Angkara siapakah ini?
Apa itu aib Apa itu sopan Apa itu adat Dalam kamus hidupmu
Esok Entah apa kan terjadi Padamu Tonggak negaraku
Disiarkan dalam majalah Remaja, 1 April 2003. Disampaikan pada majlis "Baca Puisi Anggerik" pada 15 Mac 2003. Baca laporan lengkap. |
|
“This is the sum of duty: do naught to others which if done to thee would cause thee pain.” Mahabharata |
|
The Golden Rule Anthology of Bilingual Short Stories About Interfaith
Seramai lima ahli Kavyan sudah bersetuju terlibat dalam antologi ini. Mereka ialah (mengikut urutan abjad) S.G. Prabhawathy, Retna Devi Balan, Siva Rubini V, Uthaya Sankar SB dan V. Vijayaletchumy. Apa yang membanggakan, peluang dibuka kepada lima penulis kaum Melayu, Cina dan India. Senarai lima penulis kaum India telah diperoleh dengan kadar yang segera. Mereka dijangka mengikuti bengkel khas anjuran Konrad Adenauer Foundation pada Jun 2003. Maklumat mengenai antologi cerpen ini boleh dibaca dalam Kavya Mac 2003. |
|
ReviewBuku - V. Sivarubinii - Remaja, 1 April 2003 Vanakam adalah kata salam yang digunakan dalam Bahasa Tamil apabila berjumpa dengan orang lain. Kata ini telah dipilih sebagai judul bagi antologi cerpen Bahasa Malaysia yang pertama kali diterbitkan di tanah air dengan memuatkan sepuluh cerpen hasil karya penulis kaum India. Semua cerpen yang dimuatkan dalam antologi ini mencerminkan adat, budaya, kepercayaan serta cara hidup masyarakat India di Malaysia. Pelbagai tema seperti cinta, kemiskinan, masalah rumah tangga, remaja dan politik dipaparkan dalam cerpen-cerpen ini. Ada cerpen yang bernada serius seperti cerpen "Mendamba Puyu di Air Jernih", bernada jenaka seperti "Langkah Pertama" dan agak abstrak seperti "Cat". Antara keistimewaan antologi ini adalah mampu memberi peluang kepada pembaca pelbagai kaum meneliti citra budaya kaum India secara lebih tepat, jujur dan realistik. * Baca lagi mengenai Vanakam di SINI |
|
Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>> |
|
Surat
berita Kavya diusahakan oleh Kavyan
mulai September 1999 untuk diedarkan
kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula
dimuatkan di laman web. Kavya
bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan
kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau
pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk
dimuatkan dalam surat berita ini. ©
Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278
E-mel: [email protected]
|
|