|
|
"Penulis kaum India yang menggulati genre cerpen Bahasa Malaysia agak ramai juga tetapi yang prolifik amat kecil." - Mohamad Saleeh Rahamad, Dewan Sastera (Januari 2003) |
|
Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003 Kavyan dengan kerjasama Ashwin Trading, Brickfields menganjurkan sayembara ini bagi mencungkil bakat baru dalam penulisan cerpen Bahasa Malaysia. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia. Tarikh tutup: 31 Disember 2003. Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan yang lengkap, KLIK DI SINI. Harap sudi promosikan kepada rakan-rakan. |
|
BENGKEL KARYAWAN MUDA IX telah diadakan di Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya pada 9 Februari 2003 (Ahad). Walaupun jumlah peserta tidak ramai, namun seperti yang selalu ditekankan: kualiti lebih penting daripada kuantiti. Para pembimbing gembira kerana berpeluang berkongsi pengalaman bersama-sama peserta yang benar-benar menampakkan potensi untuk muncul sebagai sasterawan. BACA LAGI |
|
Terima Kasih Daun Keladi Risalah Online ArahKiri kerana menyiarkan semula tulisan mengenai Simposium Penulis Pelbagai Kaum IV (Kavya, September 2002) dalam keluaran Februari 2003 dengan judul "Penulis Kaum India: Melukut Atau Menyengat?" |
|
BENGKEL APRESIASI NOVEL yang dijadualkan pada 23 Februari 2003 (Ahad) di Ashwin Trading, Brickfields, Kuala Lumpur telah ditangguh kerana pembimbing serta para peserta telah menerima undangan untuk hadir sebagai sukarelawan bagi Sangeetha Swaram di Dewan Sivik, Petaling Jaya. Bengkel Apresiasi Novel pula telah diganti dengan Bengkel Karyawan Muda X dan diadakan pada 26 Februari 2003. Para peserta juga mencadangkan penubuhan Kelab Kavyan khusus untuk remaja di bawah umur 18 tahun. |
|
Baca laporan mengenai Sangeetha Swaram di >>> SINI |
|
Baca laporan Bengkel Karyawan Muda X di >>> SINI |
|
Baca maklumat mengenai Kelab Kavyan di >>> SINI |
|
Untuk menjadi ahli e-Kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat [email protected] dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-Kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web. |
|
Kavya, Kavyan dan e-Kavyan mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua. Semoga persahabatan dan persefahaman yang sedia wujud bertambah erat ke arah memantapkan konsep Bangsa Malaysia. |
|
Pisang Emas Dibawa Berlayar Masak Sebiji Di Atas Peti Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003 kepada rakan-rakan dan kenalan. |
|
The National Language of Malaysia Should Rightly Be Called Bahasa Malaysia There's nothing to lose by calling our national language as "Bahasa Malaysia" and in fact, the language will be better accepted by every race in the country. This is not only the opinion of Uthaya Sankar SB, S.G. Prabhawathy, Retna Devi Balan and a few other brave people who struggled for the right to use the term "Bahasa Malaysia". Malaysian leaders too share the same opinion. It started with the late Tunku Abdul Rahman in 1970 and the legacy continues in the 21st century with Dr Mahathir Mohamad. Bravo to those who believed - and still believe - in the power of "Bahasa Malaysia". Read all about it >>> HERE |
|
Dear Kavyan and e-Kavyan members. Write Your Say! Any topic regarding Malaysian Indians. Maximum 200 words. Send by e-mail. Include name and e-mail address. Write in Bahasa Malaysia or English. Read complete updated rules. Tulisan yang disiarkan dalam ruangan Write Your Say! sepanjang 2003 akan diberi cenderamata berupa senaskhah antologi cerpen Vanakam. |
|
Pembacaan Puisi Anggerik Di Galeri Shah Alam Sekretariat Seniman Selangor (SSS) dengan kerjasama Jabatan Kubudayaan dan Kesenian Negeri Selangor serta akhbar Metro Ahad menganjurkan Pembacaan Puisi Anggerik pada hari Sabtu ketiga setiap bulan; pukul 5:00 petang di Galeri Shah Alam, Taman Tasik Shah Alam.
Acara ini terbuka kepada umum. Para ahli Kavyan dan e-Kavyan serta para pembaca Kavya dijemput hadir untuk sama ada turut membaca puisi atau sekurang-kurangnya untuk memberi sokongan moral. Untuk maklumat lanjut dan pengesahan tarikh acara, hubungi Sdr Ismas Saring melalui telefon 019-2692430 atau Sdr Al-Abror melalui telefon 012-4302121. |
|
Kajian Kreatif Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membaca Bahagian Pertama, Bahagian Kedua dan Bahagian Ketiga] |
|
Cerpen Arkitek Keluarga
Cerpen "Air" sebelum ini membawa kisah seorang pemuda dari Siru Kambam yang cuba menyelam dalam air (water) tanpa menyedut air (udara). Cerpen "Arkitek Keluarga" pula menggunakan latar masa dan latar tempat yang sama dengan cerpen berkenaan. Kisahnya mengenai watak "Saya" yang mahu membina 'sebuah keluarga bahagia' ... |
|
Hutang Emas Boleh Dibayar Hutang Budi Dibawa Mati Terima kasih kepada SiasahOnline dan Risalah Online ArahKiri kerana sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003 di ruang siber. |
|
Berkarya Ikut Keserasian Sesungguhnya memang banyak boleh terhasil daripada kecintaan dan keindahan. Raja Rajeswari Seetha Raman menceritakan kepada wartawan Metro Ahad mengenai tanggapannya bahawa lebih senang menghasilkan puisi berbanding cerpen. Peluang diwawancara oleh Al-Abror Mohd Yusuf turut digunakan untuk menceritakan mengenai sejarah pembabitan penulis kaum India dalam sastera bahasa kebangsaan. [Ikuti rencana sepenuhnya] |
|
Do your friends know about Kavya, Kavyan and e-Kavyan? Why not e-mail them the link and ask them to pay a visit. Who knows, they might find something interesting. |
|
Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan akan diadakan pada bulan April 2003. Sekiranya para ahli Kavyan ada sebarang cadangan aktiviti, sila hubungi mana-mana AJK dan kemukakan cadangan untuk dibincangkan pada mesyuarat berkenaan. Sila kemukakan cadangan sebelum 1 April 2003. |
|
Bagi membolehkan maklumat terkini disebarkan secara lebih cepat dan lebih efektif, mulai 1 Januari 2003, What's Up, Writer? telah digabungkan bersama e-Kavyan. Saudara dinasihatkan supaya menjadi ahli e-Kavyan bagi memastikan segala maklumat berkaitan sampai kepada saudara melalui e-mel. |
|
Poem Evening At The Temple
I sat down at the cold edge, The marbles tightening at my back With their icy grasps fingering every pore of my skin.
The almost-empty aluminium tanks stood fatly Eyeing passer-bys with two mouth-shafts, Begging begging begging for money.
You always liked the temple, The smell of burnt incense and smoky camphor, The godly sting of it.
It drew you every week, to the same corner Where you’d stand, eyes closed In a deep trance, your clasped palms
Jointly pointing to the sky. After a series of self-blessing, You’d round the altar, going
All nine rounds that Represented those charcoaled Gods that stood squarely, oblivious to time.
You peek at me, nudging your eyebrows, And smiling that reassurance, that finality. You were always a handsome smiler.
Three great ash fingers soon Wrinkled your forehead, A vermillion eye stamped itself
In between, holding the ash-spread Bridges that hovered indecisively Among the brown and young waters.
You helped me up with that light funny grunt, Thumbed a red oval, lovingly, between my eyes, Before making our way out of the temple together one last time.
September-October
2002 |
|
Terima Kasih Daun Keladi Majalah Siasah kerana sudi menyiarkan maklumat mengenai Bengkel Apresiasi Novel dalam keluaran Februari 2003. |
|
Warkah dari Chennai Daripada Retna Devi Balan
Retna, Sai, Jaafar Rahim (KALAM), Devishi, Hanafi (DBP) & Prabha (Setiausaha Kavyan) bergambar kenangan di bangunan baru Dewan Bahasa dan Pustaka semasa Retna dan Sai bercuti di Malaysia pada Januari 2003. Laporan dalam Kavya, Februari 2003.
Kalau masyarakat India di Malaysia mengeluh terlalu penat menguruskan majlis perkahwinan, cuba bayangkan keadaan di negara India kerana majlis perkahwinan mengambil masa tiga hingga tujuh hari! Retna menggambarkan suasana itu dalam warkah kali ini. BACA DI SINI |
|
Vignes’View Poor health is the number one problem in our country. It is very common to see even the young ones suffering from health diseases such as diabetes, coronary diseases other chronic diseases. Vigneswaran Kannan shares some tips on staying healthy. [Read his view] |
|
Nandri! Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan. |
|
Puisi Cerita Kumbang Hitam Seekor Pada suatu hening pagi seketika singgah kumbang hitam seekor di pinggir bendang hijau kalakian
Bebunga tersenyum manis dedaun tersenyum mesra tapi …
teman sepermainan senyum kambing taulan seperniagaan senyum kucing rakan sepermainan senyum kanyor juga …
muda, tua tidak memandang pria, dara tidak menyapa kaya, papa tidak mengendah hanya … semut seekor merenung seketika lalu beredar ke sumur buta.
Dirimu telah dilucutkan daripada ikatan wajahmu telah diluputkan daripada ingatan namamu telah dilenyapkan daripada sebutan
suatu yang ghalib bukan gharib di loka IT
Dewan Sastera, Januari 2003 |
|
Link Kavya, Kavyan dan e-Kavyan |
|
Seminar
Pengukuhan Kedaulatan Melayu
Seminar ini akan diadakan sempena Pertabalan Sultan Selangor di Bandar Raya Shah Alam. Saudara Zul (Gapena) sewaktu dihubungi melalui telefon pada 28 Februari 2003 memaklumkan bahawa seminar ini terbuka kepada umum; masuk percuma. Seminar Pengukuhan Kedaulatan Melayu adalah anjuran Jabatan Kebudayaan Selangor dengan kerjasama Gapena dan Kemudi. Seminar sehari ini dijadualkan pada 22 Mac 2003 (Sabtu). Sekiranya ahli Kavyan, ahli e-Kavyan serta para pembaca Kavya tidak terlalu sibuk dengan urusan lain, bolehlah menyertai seminar ini. Pasti ada ilmu yang boleh ditimba demi pengukuhan Bangsa Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sdr Zul melalui nombor telefon 019-2565761. |
|
Diskusi Karya Idea bagi Diskusi Karya tercetus semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan pada Januari 2003. Diskusi Karya bertujuan menghimpunkan sekelompok ahli Kavyan untuk sama-sama membincangkan manuskrip karya terbaru. Diskusi Karya yang diselaraskan oleh V. Vijayaletchumy akan dimulakan pada 16 Mac 2003. [BACA MAKLUMAT LANJUT] |
|
The Golden Rule: Anthology of Bilingual Short Stories About Interfaith Integrity, accountability, love, compassion, respect, justice, freedom, service, environment protection, unity, peace, gender equality, moderation. Which religion do you think gives importance to all the above? If you named only one religion - sorry, you are no where near to understanding interfaith; not to mention unable to write stories about The Golden Rule. But if you think you are the right person to write short stories about The Golden Rule in Bahasa Malaysia and/or English Language, read on. Your story might be chosen for the anthology. > > > The Golden Rule |
|
Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>> |
|
Surat
berita Kavya diusahakan oleh Kavyan
mulai September 1999 untuk diedarkan
kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula
dimuatkan di laman web. Kavya
bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan
kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau
pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk
dimuatkan dalam surat berita ini. ©
Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278
E-mel: [email protected]
|
|