Bengkel Karyawan Muda IX

9 Februari 2003

Bilik Seminar, Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya

        

Pembimbing: Uthaya Sankar SB & V. Vijayaletchumy

Penyelaras: S.G. Prabhawathy

       

       

Jumlah peserta kali ini tidak ramai tetapi kesemua yang hadir ternyata mempunyai minat, bakat dan keinginan untuk menghasilkan karya sastera; khususnya cerpen Bahasa Malaysia.

Buku nota dan latihan intensif berjudul Karyawan Muda 2001: Penulisan Cerpen Alaf Baru (ISBN 983-40562-1-4) tulisan Uthaya Sankar SB, Retna Devi Balan & S.G. Prabhawathy (USSB: 2001) digunakan pada bengkel kali ini.

Ternyata penggunaan nota dan latihan ini menjadikan pengendalian bengkel lebih teratur dan sistematik. Malah, peserta dapat menggunakan nota yang dibekalkan sebagai rujukan pada masa hadapan. Latihan intensif yang dibuat pula boleh dijadikan rujukan oleh peserta untuk menilai perkembangan dan pencapaian  diri pada masa akan datang.

Keterlibatan para peserta secara aktif dalam perbincangan bersama para pembimbing juga membuktikan minat mereka untuk muncul sebagai penulis karya sastera. Masing-masing juga mempunyai alasan sendiri untuk menjadi penulis.

Kumpulan cerpen Sasterawan Pulau Cinta (USSB: 2001) dijadikan teks perbincangan semasa bengkel.

Peserta bengkel kali ini juga dimaklumkan mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003 dan Diskusi Karya.

Di akhir bengkel, para peserta diberi sijil penyertaan. Berikut beberapa foto yang dirakam semasa bengkel.

Kualiti lebih penting daripada kuantiti

Vijaya (tiga dari kiri) membicarakan cara mendapat idea serta cara mengembangkan idea bagi cerpen

Revathi, Meygala, Rubini dan Prema tekun membuat latihan dalam Karyawan Muda 2001: Penulisan Cerpen Alaf Baru

       

Bengkel Cerpen akan datang >> RUJUK SINI

Bengkel Novel akan datang >> RUJUK SINI

Hosted by www.Geocities.ws

1