|
|
"Penulis kaum India yang menggulati genre cerpen Bahasa Malaysia agak ramai juga tetapi yang prolifik amat kecil." - Mohamad Saleeh Rahamad, Dewan Sastera (Januari 2003) |
|
Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan Mesyuarat Jawatankuasa yang pertama telah selamat diadakan pada 11 Januari 2003 di Galeri Shah Alam. Pelbagai perkara penting telah dibincangkan pada mesyuarat berkenaan. Baca minit mesyuarat. |
|
BENGKEL KARYAWAN MUDA anjuran Kavyan akan diadakan di Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya pada 9 Februari 2003 (Sabtu). Penyertaan terbuka kepada pelajar dan remaja yang berminat menulis cerpen. Baca maklumat lanjut dan syarat penyertaan. |
|
Peluang Menyiarkan Karya Retna Devi Balan, S.G. Prabhawathy dan Uthaya Sankar SB telah mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan editor beberapa akhbar dan majalah berwibawa baru-baru ini. Hasil rundingan itu, Uthaya akan bertindak sebagai agen untuk menyalurkan karya bermutu penulis kaum India ke media berkenaan. Mutu karya dan kualiti penggunaan Bahasa Malaysia diberi keutamaan. Walau bagaimanapun, keistimewaan ini hanya diberi kepada ahli Kavyan serta mereka yang belum mendapat breakthrough di media massa. Bagi penulis yang sudah mendapat tempat di media cetak peringkat nasional tidak perlu mendapatkan khidmat 'agen' ini. Beri peluang kepada bakat baru. |
|
BENGKEL APRESIASI NOVEL anjuran Kavyan akan diadakan pada 23 Februari 2003 (Ahad) di Ashwin Trading, Brickfields, Kuala Lumpur. Penyertaan terbuka kepada remaja dan pelajar yang ingin mendalami teknik penghayatan novel Bahasa Malaysia. Baca maklumat lanjut dan syarat penyertaan. |
|
Untuk menjadi ahli e-Kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat [email protected] dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-Kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web. |
|
Kavya, Kavyan dan e-Kavyan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Hari Raya Korban kepada semua. Semoga persahabatan dan persefahaman yang sedia wujud bertambah erat ke arah memantapkan konsep Bangsa Malaysia. |
|
Inginkan tulisan saudara dimuatkan dalam surat berita ini? Sila kirim melalui e-mel. Tetapi sebelum itu, sila baca maklumat lanjut, syarat dan panduan di >>> SINI. |
|
Di Taman Sari Di taman sari tika tunggu bunga harapan tiba kupandang dara desa memintal rambutnya memintal takdirnya menenun nasibnya pada malam dansa menjadi sanggul sendu.
Dewan Sastera, Januari 2003 |
|
Dear Kavyan and e-Kavyan members. Write Your Say! Any topic regarding Malaysian Indians. Maximum 200 words. Send by e-mail. Include name and e-mail address. Write in Bahasa Malaysia or English. Read complete updated rules. Tulisan yang disiarkan dalam ruangan Write Your Say! sepanjang 2003 akan diberi cenderamata berupa senaskhah antologi cerpen Vanakam. |
|
Pembacaan Puisi Penggiat Seni Negeri Selangor Sekretariat Seniman Selangor (SSS) dengan kerjasama Jabatan Kubudayaan dan Kesenian Negeri Selangor menganjurkan Pertemuan Dan Pembacaan Puisi Antara Penggiat Seni Negeri Selangor pada 18 Januari 2003 (Sabtu), 5:00 petang di Galeri Shah Alam. Ahli Kavyan telah turut memenuhi undangan ke acara berkenaan. Walaupun hujan lebat turun sejurus sebelum acara bermula, para seniman yang hadir terus bersemangat untuk meneruskan program baca puisi. Dr Ibrahim Ghafar yang menjadi pengacara majlis menyatakan rasa gembira atas kehadiran ramai penulis kaum India. Vijayaletchumy merupakan antara peserta yang paling awal tiba. Walaupun beliau tidak membaca puisi kali ini, Vijaya hadir untuk menyatakan sokongan kepada rakan-rakan penulis. Uthaya Sankar SB datang bersama-sama isteri dan anaknya. Uthaya menyampaikan sajak sendiri berjudul "Perjuangan Bahasa" dan sebuah sajak ciptaan Sabar Bohari berjudul "Ladang Getah". Menurut beliau, sajak "Ladang Getah" pernah dirakam untuk siaran di televisyen tetapi dibatalkan penyiarannya atas alasan 'terlalu sedih'. Retna Devi Balan yang sedang bercuti di Malaysia bersama suaminya, Venkatasayee turut tidak menguzurkan diri untuk hadir sama. Pasangan ini datang lengkap berpakaian tradisional. Retna menyampaikan sajak berjudul "Apa Khabar Malaysia?" yang jelas menggambarkan rindu beliau pada tanah air. Saroja Theavy Balakrishnan membawa keluarganya bersama untuk menyerikan majlis. Beliau membaca sajak berjudul "Warna Pelangi di Kota Anggerik" manakala anaknya, Shajana Theavy membacakan beberapa rangkap pantun. Raja Rajeswari Seetha Raman hadir bersama suami dan anaknya. Beliau menyampaikan sajak berjudul "Selamat Singgah Mentari Muda". Semoga dalam acara di masa hadapan, lebih ramai penulis kaum India hadir sama ada sebagai pembaca puisi atau sekurang-kurangnya untuk memberikan sokongan serta memeriahkan majlis. Mungkin lebih ramai penulis harus mengikut contoh Saroja dengan menggalakkan anak-anak mereka turut mengambil bahagian. Sekurang-kurangnya boleh membantu ke arah melahirkan bakat baru. |
|
Kajian Kreatif Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membaca Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua] |
|
Cerpen Air
Apabila cerpen "Fail Merah: Konspirasi Membunuh Sasterawan Pulau Cinta" tersiar dalam majalah Dewan Masyarakat (September 2002), timbul pelbagai spekulasi. Kononnya cerpen berkenaan mengkritik penerbit tertentu. Kononnya Uthaya Sankar SB tidak akan "dibenarkan" menulis lagi. Tidak kurang juga individu tertentu yang "terasa" apabila meneliti kandungan cerpen berkenaan. Kini, muncul cerpen terbaru Uthaya berjudul "Air". Apakah pula kesan yang bakal dibawa boleh cerpen ini? Apakah pula andaian baru yang bakal dibuat orang? "Air" membawa kisah seorang pemuda dari Siru Kambam yang cuba menyelam dalam air (water) tanpa menyedut air (udara) ... |
|
Artikel berguna bagi bakal penulis Bagi saudara yang berminat menjadi penulis, bacalah sejumlah rencana, ulasan dan kertas kerja beberapa penulis yang dimuatkan di laman peribadi Uthaya Sankar SB >>> Klik DI SINI |
|
Hujan Emas di Negeri Orang ... Retna Devi Balan bercuti di Malaysia pada 1-24 Januari 2003 bersama suaminya, Venkatasayee. Peluang untuk mereka pulang ke tanah air tidak selalu ada kerana Sai (atau lebih dikenali sebagai Solar Sai) sibuk dengan persembahan seni suara di India. Lalu, peluang bercuti selama hampir tiga minggu digunakan sebaik-baiknya oleh Retna dan Sai. Mereka mempunyai jadual ketat semasa berada di sini. Namun, mereka berdua menyambut tahun baru dan Ponggal bersama keluarga Retna di Johor. Tidak dilupakan juga rakan-rakan dan bekas pelajar. "Saya telah turut meluangkan masa untuk ke sekolah di mana saya pernah mengajar," ujar Retna ketika dihubungi sehari sebelum berlepas pulang ke Chennai. Mereka berdua juga sempat menhgadiri beberasa acara sastera. Selain itu, Retna juga berkunjung ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bertemu beberapa editor untuk membincangkan kumpulan cerpen persendirian yang sedang diusahakannya. "Saya bertekad untuk menyerahkan manuskrip itu secepat mungkin," janji beliau. "Saya juga akan mula mengirim karya Bahasa Malaysia untuk diterbitkan di sini." Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh retna membuktikan bahawa beliau masih tepu dengan semangat "Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia" seperti yang diungkapkannya dalam sebuah sajak beberapa tahun lalu. |
|
Do your friends know about Kavya, Kavyan and e-Kavyan? Why not e-mail them the link and ask them to pay a visit. Who knows, they might find something interesting. |
|
Majalah Dewan Sastera keluaran Januari 2003 memuatkan cerpen Saroja Theavy Balakrishnan dan puisi Raja Rajeswari Seetha Raman. Turut dimuatkan kertas kerja yang dibentangkan oleh Saroja Theavy dan Dr Krishanan Maniam di Shah Alam pada Oktober 2001. Kertas kerja Dr Othman Puteh dan Mohamad Saleeh Rahamad di Perlis pada Ogos 2002 turut dimuatkan. Satu kompilasi yang menarik untuk dimiliki. |
|
Bagi membolehkan maklumat terkini disebarkan secara lebih cepat dan lebih efektif, mulai 1 Januari 2003, What's Up, Writer? telah digabungkan bersama e-Kavyan. Saudara dinasihatkan supaya menjadi ahli e-Kavyan bagi memastikan segala maklumat berkaitan sampai kepada saudara melalui e-mel. |
|
Poem Rain
It is time for me to shed tears now, Those fragile dews that hate to mirror anything; So afraid it’ll come out misjudged.
There is beauty somewhere in this: My tears and sighs that fall hard, protected by your Own brand of freebie umbrellas.
Unguarded, you tried to flee from this misery that diluted us. But haven’t you learned, love, that there’s no use in running away? It’ll catch up with you like a manic breeze.
I knew long before, that this crossing was laid out For you and me. Those white flecks don’t mean anything; It is how we cross that matters.
It has become morose now, this road. Too wet and unhealthy For both of us to roll on. But I see the possibility That lay ahead, that mild flicker of hope under those shared umbrellas.
That frailty that subdues our world, It’s only a vicious mind-game the weather plays. Look how the clouds blacken and groan, the acid drops coming down to reign.
October
2002 |
|
Kavya terus berusaha menjangkau lebih ramai pembaca. Sudikah saudara membantu mempromosi surat berita ini kepada rakan-rakan dan kenalan? Maklumkan kepada mereka mengenai kewujudan surat berita ini di ruang siber. Kerjasama dan budi baik saudara amatlah diharapkan dan dihargai. |
|
Warkah dari Chennai Daripada Retna Devi Balan
Apakah yang boleh dilakukan oleh sebuah stesen radio dalam masa sejam? Jika saudara bertanggungjawab mengendalikan sebuah rancangan mingguan selama sejam, apakah yang saudara akan lakukan? Adakah saudara akan meniru konsep Radio 6 dan THR.fm Raaga. Atau saudara mungkin tertarik dengan konsep Vanna Kalanjiyam yang diceritakan oleh Retna dalam warkahnya dari Chennai kali ini. >>> Dengarkan! |
|
Vignes’View Are we being racist when it comes to jobs? Vigneswaran Kannan says racism still exists in job recruitments. He also tells why the government should take this issue seriously. [Read his view] |
|
Nama "Kavyan" dalam majalah NILA Jika saudara berpeluang membaca majalah NILA, saudara mungkin terbaca beberapa tulisan seorang pengarang bernama "Kavyan". Sebenarnya, nama pena itu digunakan sebagai salah satu usaha memperkenalkan nama Kavyan kepada khalayak. Jadi, siapakah sebenarnya penulis yang menggunakan nama "Kavyan" dalam majalah NILA? Cuba teka! |
|
Wau Kau sebenarnya bukan wau kau sebenarnya bukan kau tapi kertas sobekan terkatung-katung megah di langit kesuraman berdansa demi mekar mewangi bibir kelana.
Layang kau bermusim kau cambah detik ke detik tika tandang temasya langit perlu jadi pelangi tamu akan kunjungi.
Pabila tonil tamat temasya tamat langit kembali kesuraman kau kembali kepiatuan bercumbu buana bergelumangkan lumpur bergelimangkan onak kucup ratusan kaki sorakan perwiraanmu di langit mega.
Esok, lusa dan selamanya ... akan diundang kau akan dilayangkan kau ke angkasa demi mencorakkan langit kesuraman demi menceriakan wajah kebengisan kerana kau ialah WAU!
Dewan Sastera, Januari 2003 |
|
Link Kavya, Kavyan dan e-Kavyan |
|
Rakesh
Reels
Anbe Sivam! If you loved Thenali and Pancha Tantram, you'd love to hate Anbe Sivam. If you hated Guna, Nayagan and Mahanadhi, you'd still hate Anbe Sivam. Rakesh Kumar is happy that Kamal Hassan is back in top form. Madhavan who did well in Alaipayuthe and Kannathil Muttamittal is also in Anbe Sivam. But what's so great about this latest movie? Ask Rakesh! >>> Read Anbe Sivam review |
|
Poverty
Ducking
into an old, empty fridge I
found a piece of bread; Stale
yet strong Age-old Well-preserved
There's
a wisdom That's
abandoned! Hidden
in fridges In
frozen minds
We
share the skin, sister As
we share our bread There's
aplenty around -
In Nature Spread
in abundance
But
we'd rather fight!
Colour,
creed or caste -
Know no poverty In
a land of illusions
And
the wisdom Lays
forsaken FREEZing For
Ages In an old, empty fridge.
|
|
Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>> |
|
Kolam Tenang
aku ketemu kolam indah airnya tenang, tidak bergerak tempat sesuai bagi zuriat
aku gembira tidak lama lagi bakal ramai kaumku berterbangan menakluk dunia
aduh! aku kaku asap putih menyelubungi mematahkan impian
|
Sitayana
menghitung waktu dengan rasa membilang hari dengan mata yang ditunggu belum tiba jiwa terus menderita
sukar menyusun kata menzahirkan pedih jiwa mampukah sekadar kata mewakili derita buana
bulan purnama hadir tanpa kata pergi tanpa berita yang tinggal – derita
membisu sita menanti rama
Metro Ahad, 19 Januari 2003 |
Surat
berita Kavya diusahakan oleh Kavyan
mulai September 1999 untuk diedarkan
kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula
dimuatkan di laman web. Kavya
bertujuan
menyebarluaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan
kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau
pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk
dimuatkan dalam surat berita ini. ©
Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278
E-mel: [email protected]
|
|