Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Kavyan 2004

   

Mesyuarat akan diadakan pada 27 September 2003 (Sabtu), bermula TEPAT pukul 4:00 petang di Prabhamandala, Taman Sri Muda, Shah Alam.

Pemilihan jawatankuasa adalah secara bertanding di mana individu yang berminat memegang jawatan perlu mendaftar untuk bertanding; bukan lagi nama dicalonkan oleh orang lain. Mana-mana individu yang memenuhi syarat dan kelayakan dipelawa menawarkan diri. Syarat umum untuk bertanding bagi jawatan adalah seperti berikut:

1) Kaum India (tanpa mengira keturunan dan agama)

2) Warganegara Malaysia (tanpa mengira tempat bermastautin)

3) Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

4) Tidak semestinya penulis karya sastera Bahasa Malaysia

5) Mesti bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan

6) Mesti mampu menghadiri setiap Mesyuarat AJK yang diadakan – tiga bulan sekali

7) Jika tidak hadir dua kali (sama ada berturut-turut atau berselang-seli) maka perlu melepaskan jawatan supaya individu lain boleh mengambil alih jawatan itu

8) Setiap AJK mesti bertanggungjawab merancang dan menjayakan sekurang-kurangnya satu aktiviti tahunan

9) Berjanji tidak akan mendedahkan maklumat sulit Kavyan kepada pihak luar

10) Tidak akan membuat sebarang kenyataan rasmi yang bertentangan atau tidak selari dengan objektif dan perjuangan Kavyan. Bagaimanapun, boleh membuat kenyataan peribadi dengan syarat kenyataan itu tidak mewakili Kavyan

11) Bersedia mewakili Kavyan ke pelbagai aktiviti anjuran pihak lain

12) Sanggup bekerjasama dengan AJK Kavyan secara berkumpulan (teamwork)

13) Menyumbangkan sekurang-kurangnya dua bahan untuk Kavya setiap tahun

14) Tidak akan melanggar atau bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Kavyan (mengikut pindaan semasa)

15) Sekiranya setelah memegang jawatan, individu terbabit gagal mematuhi mana-mana syarat di atas, maka perlu melepaskan jawatan supaya tugas boleh diambil alih oleh orang orang lain. Atau Jawatankuasa akan mengirim surat pelucutan jawatan

16) Tempoh jawatan adalah sepanjang 2004; atau sebagaimana diputuskan oleh Jawatankuasa Kavyan

 

Jawatan-jawatan yang dipertandingkan serta calon-calon yang mengemukakan nama untuk bertanding (sehingga 25 September 2003) adalah seperti berikut:

1) Presiden - Uthaya Sankar SB

2) Timbalan Presiden - V. Raman

3) Setiausaha - S. G. Prabhawathy

4) Penolong Setiausaha - V. Vijayaletchumy

5) Bendahari - Ganesan Duraisamy

6) Penolong Bendahari - Thillai Kamalan

7) AJK Kecil – antara tujuh hingga 15 orang

i - Magaenthiran

ii - Sarawanakumar

iii - Suresh Rajamohan

iv - Vigneswaran Kannan

v - Jeevananth

vi - Mahendran

vii - Guruvaiyur Appan

viii - Retna Devi Balan

ix - Nyanaambigai

x - Sumitha Ramasami

xi - Lily Gayathry

xii - Siva Rubini

xiii - M. Mahendran

xiv - Saroja Theavy Balakrishnan

   

Jawatan 1-6 dirujuk sebagai AJK BESAR

Jawatan 7 dirujuk sebagai AJK KECIL

 

AJK BESAR mestilah terdiri daripada individu yang BENAR-BENAR komited dengan segala aktiviti Kavyan. Mesti mampu menghadiri SETIAP mesyuarat, menyertai semua aktiviti Kavyan serta bersedia mewakili Kavyan ke aktiviti luar anjuran pihak luar.

AJK KECIL pula diharapkan aktif seperti AJK BESAR tetapi diberi sedikit kelonggaran dari segi jumlah mesyuarat AJK yang wajib dihadiri dan kelonggaran syarat mewakili Kavyan ke aktiviti anjuran pihak luar. Namun, komitmen mesti ada.

Jika ada AJK BESAR meletak jawatan atau dilucutkan, maka AJK KECIL akan diberi keutamaan mengisi kekosongan itu; berdasarkan keaktifan dan komitmen.

Setiap individu boleh bertanding bagi lebih daripada satu jawatan tetapi hanya layak memegang satu jawatan.

Individu yang mahu bertanding bagi jawatan-jawatan di atas sila hantar SMS ke 013-3913278 SEBELUM 25 September 2003. Gunakan format <Nama><Jawatan>. Contohnya: Ganesan Bendahari

Jika mahu bertanding bagi dua atau lebih jawatan, gunakan format <nama><jawatan-jawatan>. Contohnya: Ganesan Bendahari, Penolong Bendahari, AJK Kecil

Jika mengirim nama untuk bertanding melalui e-mel, sila kirim ke alamat [email protected] SEBELUM 25 September 2003. Gunakan format <nama><jawatan> atau <nama><jawatan-jawatan> pada bahagian subjek (subject). JANGAN tulis apa-apa sebagai kandungan e-mel. Isi ruangan subjek sahaja.

Kalau tak ada telefon bimbit dan e-mel, boleh mendaftar untuk bertanding melalui telefon 013-3913278 SEBELUM 25 September 2003

Atau tulis pada sehelai kertas menggunakan format <nama><jawatan> atau <nama><jawatan-jawatan> dan serahkan kepada Uthaya Sankar SB atau S.G. Prabhawathy SEBELUM 25 September 2003.

Sila maklum bahawa individu yang mahu memegang jawatan dalam Kavyan perlu menawarkan diri untuk bertanding. Orang lain tidak akan mencalonkan nama saudara. Saudara sendirilah yang perlu menawarkan diri.

Undi (jika perlu) akan diadakan pada 27 September 2003.

Sebelum pengundian dilakukan, setiap calon yang bertanding akan diminta memperkenalkan diri serta menceritakan mengapa beliau bertanding bagi jawatan itu. Juga, menceritakan apa yang akan beliau sumbangkan sebagai aktiviti Kavyan.

Jika ada pihak yang mempersoalkan kelayakan mana-mana calon di atas bertanding bagi jawatan-jawatan berkenaan, sila hubungi 013-3913278 atau e-mel [email protected].

Jika didapati ada pihak memperkatakan atau mempersoalkan atau cuba memburukkan imej Kavyan kepada mana-mana pihak di luar Kavyan, maka Jawatankuasa Kavyan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit.

 

Catatan: Tidak ada sebarang paksaan bagi memegang jawatan dalam Kavyan. Individu yang terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen lain dinasihatkan supaya tidak bertanding (khususnya bagi AJK BESAR) supaya insiden lama tidak berulang. Individu yang merasakan bahawa penglibatan dalam Kavyan akan menjejaskan imej diri juga dinasihatkan supaya tidak bertanding. Kavyan bukan platform untuk menjadi "enau dalam belukar" tetapi merupakan tanggungjawab menjadi "pohon banyan".

25 September 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1