SKENS ONLINE
 
 
 
KANDUNGAN
 
TINTA PENA EDITOR  
FOKUS UTAMA   
FOKUS UTAMA (2)  
PERSONALITI  
EKSKLUSIF  
BULETIN BAKANS  
SYABAB MUSLIM  
MUSLIMAH  
TASAUF  
SURAT PEMBACA  
KEPIMPINAN ISLAM   
MAHASISWA SANA SINI  
TAZKIRAH  
IDEA  
MENITI HIDUP  
ENGLISH SECTION  
SESEKALI LEBAH MENYENGAT  
TAHUKAH ANDA  
CERPEN  
CERITA  
PUISI INDAH  
 
TAHUKAH ANDA ! 
 
 

   Pisang adalah sejenis buah yang enak dan disukai ramai. Al-quran menyatakan  bahawa pisang adalah termasuk di antara buah buahan yang dinikmati oleh ahli syurga. al-Quran menamakannya {Tolhin Mamdud}  Yang bermakna pohon yang memiliki buah yang tersusun. Pohon pisang hidup dalam negara yang beriklim khatulistiwa  khususnya negara negara Amerika tengah yang mendapat jolokan “Republik Pisang” 
 
   Para ulamak mengatakan bahawa pisang adalah pohon buahan yang pertama muncul di permukaan bumi. Apa yang menakjubkan ialah pohon pisang ini dikatakan  berasal daripada hutan negara kita yang dicintai iaitu Malaysia. 

   Firaun Mesir juga turut memaklumi tentang pisang dan ini tercatat di dalam sejarah yang menceritakan tentang  Perang Iskandar agung di India pada tahun 327 sebelum Masehi. Pisang merupakan buah yang istimewa dan mampu memberi tenaga kepada badan. Mengandungi  kaborhidrat dan garam semulajadi seperti potassium yang boleh membantu mengurangkan 
kesakitan dan ketegangan otot. 
 
   Dengan itu ahli sukan sering menjadikan pisang sebagai makanan berkhasiat kerana menyedari kelebihan kelebihan ini. Kera juga menggemari pisang tetapi pengkaji sains mendedahkan bahawa kera menggemari pisang bukan di dorong oleh khasiat dan rasa pisang tersebut tetapi kerana tertarik dengan warnanya. Ini berdasarkan realiti bahawa kera mampu memakan bunga-bunga yang berwarna kuning dengan lazat sekali meskipun rasanya tidak enak. 

Nizam Mohd Ali.

HOME
 
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1