SKENS ONLINE
 
 
 
KANDUNGAN
 
TINTA PENA EDITOR  
FOKUS UTAMA   
FOKUS UTAMA (2)  
PERSONALITI  
EKSKLUSIF  
BULETIN BAKANS  
SYABAB MUSLIM  
MUSLIMAH  
TASAUF  
SURAT PEMBACA  
KEPIMPINAN ISLAM   
MAHASISWA SANA SINI  
TAZKIRAH  
IDEA  
MENITI HIDUP  
ENGLISH SECTION  
SESEKALI LEBAH MENYENGAT  
TAHUKAH ANDA  
CERPEN  
CERITA  
PUISI INDAH  
 
SURAT PEMBACA BERSAMA AMMU UJANG  
 

SURAT PILIHAN 1  
 
Assalamualaikum 
 
Editorial yang disayangi, 

   Pertama ana mengucapkan tahniah di atas keluaran kali pertama SKENS untuk tahun ini. Apa yang ana lihat SKENS keluaran baru-baru ini banyak perubahan dari tahun-tahun lepas. Antaranya saiznya yang boleh dikatakan sama dengan majalah-majalah tempatan. Seterusnya isinya banyak mendedahkan isu-isu terkini dan permasalahan semasa. Seterusnya ana ingin menyuarakan cadangan kepada SKENS agar lebih prihatin lagi terhadap isu-isu semasa 
terutama yang berkaitan dengan permasalahan azhari dan azhariah di Bumi Kinanah ini serta jalan penyelesaiannya. Contohnya komitmen azhari dan azhariah yang kurang terhadap program persatuan dan percanggahan pemikiran sehingga membawa kepada perpecahan dan lain-lain lagi. 

   Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan syabas dan mabruk. Harapan saya agar keluaran akan datang lebih mantap dan berkualiti. 
MAJULAH SKENS UNTUK BAKANS. 
 
Exco Prihatin ‘98  
Hayyu Sabeik.  
 
1. Tahniah diterimo, timo kasih daun keladi.. kalau ado nak 
    laieee.. 
2. Cadangan diterimo.. ekau cakap la botul-botul, ammu 
    dah tahu apo yang ekau nak, tak ado bondo lain ko?? 
3. Insya Allah.. 
 
Ammu Ujang - Tanpa exco sapolah kito... 
 



 
SURAT PILIHAN 2  
 
Assalamualaikum.. 
 
Sidang Redaksi SKENS, 

   Syabas kepada sidang redaksi sekelian kerana telah berjaya mengeluarkan SKENS pada bulan April yang lalu walaupun pengeluarannya sekali sekala, namun mutunya masih mantap dan sambutannya amat menggalakan. Nampaknya SKENS dah berubah saiz, sudah jadi ‘big size’ pula sekarang ni. Alhamdulillah ada kemajuan dan ruangannya pun bertambah dan memuaskan dan menepati cita rasa. Tapi bila ana dah tilik-tilik SKENS tu, ada pula satu ruangan tertinggal iaitu ruangan buletin dan internet sama ada buletin di tanah air ataupun antarabangsa, jadi untuk menepati motto SKENS kita tu eloklah ditambah ruangan tersebut. 

   Lagi satu, untuk menambahkan lagi keindahan dan daya tarikan SKENS ana cadangkan agar ditukar kulit majalah SKENS yang dulunya nampak antik kepada kulit yang licin dan moden sikit serta nama ‘nikname’ SKENS dinampakkan pada bahagian kulitnya. 

   Ala kulli hal, terima kasih kepada SKENS kerana memberi maklumat dan pengetahuan kepada khalayak pembaca semuanya, semoga pengeluarannya dapat diteruskan lagi. 
 
NurusSolehah  
NS  
 
1. Syabas dikembalikan.. terimo yo!! 
2. Kemajuan tu sebona eh tak ado, peningkatan ado laa.. 
3. Menepati cito raso!! Iyo ko.. tak tahu lak ammu.. 
4. Bukan ammu tak nak lotakkan ruangan buletin kat Tanah 
    air tu tapi tak sompek nak siarkan dah duo tigo bijik 
    suara kampus yang lain dah keluarkan.. nanti kok kato 
    SKENS keluarkan bendo yang dah basi plak.. 
5. Nur.. sanggup kau kato majalah SKENS ni antik yo.. tapi 
     Nur kan, barang antik ni berharga botul tak.. kato orang 
     tua-tua makin tuo makin berisi.. 
 
Ammu Ujang - Timo kasih yo Nur atas pandangan.. Ammu suko orang yang berterus terang ni.. Nur ni anak sapo??

HOME
 
Hosted by www.Geocities.ws

1