|
KANDUNGAN
TINTA
PENA EDITOR
FOKUS
UTAMA
FOKUS
UTAMA (2)
PERSONALITI
EKSKLUSIF
BULETIN
BAKANS
SYABAB
MUSLIM
MUSLIMAH
TASAUF
SURAT
PEMBACA
KEPIMPINAN
ISLAM
MAHASISWA
SANA SINI
TAZKIRAH
IDEA
MENITI
HIDUP
ENGLISH
SECTION
SESEKALI LEBAH MENYENGAT
TAHUKAH
ANDA
CERPEN
CERITA
PUISI
INDAH
|
SESEKALI LEBAH MENYENGAT
MUQADDIMAH
Hai kengkawan apo khaba?
Sudah lamo kito tak ketomu
Kek kengkawan harap bersoba
Kok-kok songek lobah kurang bomutu..
Janji.. niat lobah murni..
TANAM BALIK
Sedang enak lebah tidur, tiba-tiba lebah terkejut dengan bunyi deruan
jentolak yang entah dari ceruk mana datangnya. Rupa-rupanya pokok
yang selama ini menaungi lebah cuba ditebang. Entahlah kenapa manusia telalu
dengki kepada kedamaian kehidupan lebah-lebah kat sini. Kengkawan yang
mula lena selepas tersentak dengan krisis madu yang masih terumbang-ambing
kembali tersentak untuk kali yang entah keberapa lebah pun tak tahu,
pokok tempat mereka menumpang selama ini cuba ‘ditanam balik’. Lebah benar-benar
tidak paham pokok yang
sebegini kukuh menggapai awan dan gagah menepis bayu ganas serta tegap
menunjang ke pusat bumi cuba ‘ditanam balik’.
Lebah : membujur lalu melintang patah.
KRISIS MADU
Tiba-tiba semua perkampungan lebah digemparkan oleh kenyataan pihak
yang sudi menyumbangkan sedikit bantuan madu kepada kaum kerabat
lebah kerana ada di kalangan kengkawan lebah tidak menggunakan bantuan
tersebut dengan sebaiknya. Lebih tragis lagi ada kengkawan yang ada bantuan
dari ‘Pulau Lebah’ sanggup menipu nak jugak bantuan tersebut dan
ada yang lebih dahsyat, dah lah menipu lepas tu pulak menggunakan
bantuan tersebut kepada perkara-perkara yang tak sepatutnya. Wal akibatnya,
adalah teman-teman lebah yang
benar-benar kekontangan madu merasa tidak puas hati dan yang menjadi
mangsanya pokok naungan lebah.. Hai kengkawan.. ingatkan tuhan, jangan
jadikan perkara ini kita tak diberkati tuhan di Ardil Kinanah ini.
Lebah - Madu lebah pun hampir kontang..
NATIJAH
Setelah berpenat lelah, berhempas pulas, lebah dan kengkawan memerah
otak untuk lebah dan kengkawan meneruskan penerbangan seterusnya,
maka sampailah masanya untuk melihat hasilnya. Maka ketika inilah masa
yang paling cun untuk lebah melihat muka-muka kengkawan yang pelbagai rupa.
Yang berjaya muka berseri bak bulan dan senyuman meleret-leret dan
lupa seketika dunia yang nyata.. pus.. pus.. pulus tinggal sikit… belanja
punya pasal. Dan bagi yang kurang bernasib pulak muka berkerut seribu,
macam gerhana bulan.. penyesalan datang bertalu-talu dan mulalah
menanam nekad… dapat kitab terus khatam, ye ke??
Lebah – Skoda jaaah…
TIRU
Suatu hari lebah didatangi beberapa orang teman dari sarang lain..
dari jauh ingatkan depa nak makan lebah.. rupa-rupanya depa tak puas
hati kat majalah lebah, katanya, majalah lebah tiru majalah sarang lain.
Lebah sebenarnya tak berapa tahu sangat, hmmmmm mungkin pada kartun
lebah.. Pada hemat lebah, majalah lebah sudah lama memperkenalkan
konsep kartun dalam majalah lebah.. kalau tak caya.. sila rujuk majalah
lebah yang lama-lama. Lebah rasa perkara ini tidak perlu diperbesarkan
kerana kita satu matlamat satu tujuan janganlah perkara sekecil ini
sarang dirobohkan, sengat ditumpulkan, kepak dipatahkan.. teruskanlah dengan
kekreatifan
kita… kerana konsep lebah, tiru yang baik.. buang yang keruh.
Lebah – Tahniah, mabruk pada majalah teman lebah
NIHAYAH
Dua, tiga anak lebah berlari
Manalah nak sama dengan ikan
Dua, tiga bulan lebah dah piki
Ini saja yang dapat dipersembahkan
Jumpa lagi dikeluarkan akan datang |