SKENS ONLINE
 
 
 
KANDUNGAN
 
TINTA PENA EDITOR  
FOKUS UTAMA    
FOKUS UTAMA (2)  
PERSONALITI   
EKSKLUSIF  
BULETIN BAKANS  
SYABAB MUSLIM  
MUSLIMAH  
TASAUF  
SURAT PEMBACA  
KEPIMPINAN ISLAM   
MAHASISWA SANA SINI  
TAZKIRAH  
IDEA   
MENITI HIDUP  
ENGLISH SECTION  
SESEKALI LEBAH MENYENGAT  
TAHUKAH ANDA  
CERPEN  
CERITA  
PUISI INDAH  
 
IDEA  :  SEPAHIT HEMPEDU  
 

   "Perlis lulus 100% permohonan berpoligami" - Mingguan Malaysia 29 Jun 1997 / 23 Safar 1418. "ATM tidak sekat anggota berpoligami" - Utusan Malaysia 25 Jun 1997. 
Setiap akal yang waras pasti mengakui akan kemanisan madu. Tiada siapa yang berani menyangkal fakta tersebut. Tetapi bagi wanita yang bermadu, sepahit hempedu di ulu hati. Benarkah begitu ? 

   Islam adalah agama yang sempurna dan tiada satu pun daripada sistem Islam itu bertujuan untuk 
menyusahkan mana-mana pihak Adam ataupun Hawa. Setiap yang telah disusun atur oleh Allah Taala merupakan nikmat terbesar untuk hambaNya demi membuktikan ketaatan kepada Al Khaliq. 

   Madu atau poligami merupakan salah satu cara untuk membantu menyelamatkan kaum Hawa dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Fitrah wanita itu telah semulajadi lemah. Maka akuilah wahai kaum Hawa jangan ego terhadap fitrah yang telah ditentukan. Perbezaan nisbah antara kaum Adam dan Hawa juga merupakan salah satu daripada faktor penyumbang yang terbesar kepada logiknya diterima sistem poligami ini. 

   Poligami merupakan satu objektif yang perlu diterima dan difahami secara rasional dan matang supaya ia dapat direalisasikan dengan cara yang terbaik serta tidak menjadi fitnah kepada masyarakat dan Islam. Kedua-dua pihak Adam dan Hawa perlu memandang positif perkara ini dan dapat menimbangnya dengan jangkauan akal yang waras. 

   Tanpa kita sedari poligami merupakan satu cabang dakwah yang tidak bertepi. Wanita yang bermadu mempunyai masa yang lebih luas untuk berdakwah kerana tempoh untuk melayani keperluan suami adalah pendek. Skop kehidupannya tidaklah hanya tertumpu di rumah kerana pastinya ketika suami berada di rumah isteri-isterinya yang lain, mempunyai banyak masa yang terpaksa dilalui bersendirian. Jalan penyelesaian kepada kesunyian yang dihadapi ialah dengan keluar menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat yang ketandusan nur Ilahi. 

Namun begitu, kaum Adam juga perlu menghayati konsep poligami dengan mendalam agar keadilan tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak apatah lagi jika dipersoalkan oleh Alkhaliq. Berperilakulah seperti yang dianjurkan oleh junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. dan bukannya sekadar melepaskan hawa nafsu yang beraja. Ingatlah bahawa tanggungjawab ini memerlukan syakhsiah seorang suami yang unggul dan kelak pastinya akan dipersoalkan. 

   Oleh itu dapatlah disimpulkan oleh penulis bahawa poligami bukanlah satu perkara yang perlu ditolak mentah-mentah, malah ia sepatutnya difahami dan diterima dengan kefahaman yang jitu. Sebagai azhari / ah kita perlulah berlapang dada dan mempunyai kefahaman yang kukuh mengenai permasalahan poligami ini kerana kita akan menjadi tempat rujuk masyarakat yang tidak faham dan janganlah kita menjadikan masalah ini satu fitnah yang lahir daripada kelalaian dan ketidakprihatinan kita sendiri. 

   Ingatlah bahawa sesungguhnya suami, isteri, anak-anak dan segala-galanya merupakan pinjaman
sementara dari Allah Taala. Janganlah ada sifat ingin memiliki sesuatu itu selamanya dan jadikan segala pinjaman di dunia ini sebagai jambatan menuju akhirat. 

Oleh : Siti Norrihan Abdul Majid

HOME
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1