|
KANDUNGAN
TINTA
PENA EDITOR
FOKUS
UTAMA
FOKUS
UTAMA (2)
PERSONALITI
EKSKLUSIF
BULETIN
BAKANS
SYABAB
MUSLIM
MUSLIMAH
TASAUF
SURAT
PEMBACA
KEPIMPINAN
ISLAM
MAHASISWA
SANA SINI
TAZKIRAH
IDEA
MENITI HIDUP
ENGLISH
SECTION
SESEKALI
LEBAH MENYENGAT
TAHUKAH
ANDA
CERPEN
CERITA
PUISI
INDAH
|
MENITI HIDUP :
SUARA HATIKU
Pagi itu asrama negeri sunyi sepi. Sepi bagaikan tiada
penghuni. Tapi yang nyata mereka
tetap ada. Kekhusyukan dan ketekunan menelaah pelajaran membuatkan
keadaan sebegitu.
Cuma kadang-kadang kedengaran suara-suara kecil menghafal bait-bait
syair, dalil dan
sebagainya. Payah sekali untuk bertemu mereka yang meneruskan pelayaran
di alam mimpi.
Kekhusyukanku sedikit terganggu tatkala loceng rumahku
berbunyi. Siapa lagi yang seharusnya membuka pintu kalau tidak aku. Kerana
kedudukan ku ketika itu adalah yang paling hampir dengan pintu. Kelihatan
seorang ukhtie tercungap-cungap kepenatan membawakan mesej untukku. Aku
bersiap ala kadar dan terus ke pejabat untuk menyambut panggilan dari Malaysia.
Ayah. Sangkaanku tepat sekali. Kalau waktu-waktu begini semestinya ayah
yang menghubungiku dari pejabatnya. Namun sedikit terkilan tidak berpeluang
berbual dengan ibu tersayang.
Seperti biasa kami bertanyakan khabar masing-masing dan
ayah tidak lupa juga bertanyakan keadaan kewanganku. Alhamdulillah setakat
ini aku tidak menghadapi masalah kewangan yang besar. Sedar tak sedar perbualan
kami berlanjutan lebih kurang 20 minit. Pelbagai perkara yang kami bincangkan
dan Alhamdulillah aku tiada imtihan pada hari tu. Perbualan kami berhenti
sebaik sahaja masing-masing menghulur dan menyambut salam.
Aku meneruskan penelahan yang tergendala sebentar tadi
namun yang pasti aku tidak dapat
meneruskannya seperti sebelumnya. Permintaan ayah tadi masih terngiang-ngiang
di telingaku. Aku serba salah. Adakah aku perlu turuti atau batalkan saja
niatnya itu? Oh! Ayah, kenapa kau timbulkan persoalan ini tatkala aku menghadapi
imtihan yang menentukan, adakah aku berjaya atau sebaliknya. Aku tidak
sanggup melihat kau memerah keringat lagi semata-mata untuk membiayai pengajianku
di sini.
Imtihan telah pun selesai, masing-masing melepaskan nafas
‘separuh’ lega kerana telah berjaya
menghadapi rintangan pertama. Namun natijahnya hanya Allah yang berhak
menentukan segala-galanya. Aku juga seperti penuntut Al Azhar yang lain
hanya mampu berdoa dan bertawakkal sahaja. Semoga aku menjadi hamba yang
redha akan ketentuanNya.
Selang beberapa hari, aku menerima surat dari ayah. Cerita
yang sama sepertimana yang kami perbualkan dalam telefon tempoh hari. Aku
tidak mengerti mengapa ayah beriya-iya ingin mengambilnya sebagai sebahagian
daripada ahli keluarga kami. Memang aku akui dia baik orangnya, ada rupa
tapi entah kenapa aku sukar menerima kenyataan ini. Mungkin kerana aku
telah lama berkawan dengannya atau kerana sepanjang persahabatan kami,
tidak dapat dinafikan dia memang mempunyai ramai ‘peminat’.
Masing-masing seakan bersaing untuk memenangi hatinya.
Ah! Amat payah untukku nyatakan pada ayah. Tambah hebat lagi apabila ayah
telah menghubunginya dan menyatakan hasratnya itu adalah cadanganku. Aduh!
Malu besar aku dibuatnya. Mana aku nak letakkan mukaku bila pulang ke Malaysia
kelak. Ayah.. ayah.. kenapa kau bertindak sedemikian rupa.
Hari itu seperti biasa, tatkala menerima surat dari Malaysia
gembiranya bukan kepalang. Melihat pada tulisan di sampul berwarna biru
muda itu membuatkan jantungku berdegup pantas. Waktu yang terbatas membuatkan
aku mengambil keputusan untuk tidak membacanya di kala itu. Apakah agaknya
yang bakal dibicarakan oleh temanku yang seorang ini. Aku bertanya sendiri.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Surat itu ku lipat dan ku letakkan
semula di atas meja. Badan yang terasa lemah ku rebahkan di atas katil.
Seribu persoalan datang menerjah ruang fikiran. Selama ini, tidak terlintas
langsung dihatiku akan menerima surat yang sebegitu. Aku jadi teringat
pada ayah di kampung. Aku memusingkan badan, mengadap ke penjuru bilik.
Bahang suhu bilik membuatkan aku rimas, lantas ku bangun menuju ke jendela.
Ku biarkan rambutku terurai ditiup angin malam. Ingatanku masih segar pada
kalam-kalam yang tertera dalam surat yang ku terima tadi.
Assalamualaikum..
Sahabatku yang dihormati….
Ayah enti telah memberitahu ana tentang cadangan enti tu, tentu enti
masih ingat kan? Bagi
diri ana di sini, tidak terlintas langsung untuk ana fikirkan perkara
itu. Perjalanan ana masih jauh dan banyak yang perlu dipelajari.
Ana berharap agar enti batalkan sahaja niat enti tu. Ana doakan agar
abang enti bertemu dengan teman yang solehah serta memahami hati budi masing-masing.
Ana berharap enti faham dan dapat pertimbangkan
permintaan ana ini. Dan ana berharap agar tidak timbul sebarang masalah
antara kita berdua…..
Ya Allah….apakah kalam terbaik untuk kunyatakan pada ayah.
Demi ayah biarlah aku menanggung malu dengan mengakui cadangan itu walaupun
hatiku Tuhan saja yang tahu. Dan kini jawapannya telahpun kuperolehi. Hasrat
ayah bermenantukan sahabatku itu tidak akan terlaksana. Aku tahu, ayah
tentu berkecil hati kerana tindakanku yang tidak mahu memujuk sahabatku
itu. Tapi apalah yang mampu ku lakukan bilamana hatiku seakan menjerit-jerit
minta dilepaskan dari persoalan ini. Aku tidak dapat menafikan ketidaksudianku
menerimanya sebagai kakak iparku. Tambahan pula jawapan sebenar telahpun
kuketahui dari yang empunya badan.
Kucapai sehelai kertas lantas ku tulis untuknya. Sebagaimana
dirinya, aku juga tidak mahu timbul sebarang masalah antara kami suatu
hari nanti. Biarlah Allah sahaja yang menentukan segalanya. Aku sebagai
insan yang kerdil lagi hina ini hanya mampu berdoa agar diberi hidayah
dan inayah daripadaNya bagi meneruskan pemusafiranku di Ardhil Kinanah
ini dan meneruskan perjuangan Rasul tercinta.
Sehingga kini, tiada berita yang kuterima daripadanya.
Adakah keterbatasan waktu yang
menghalanginya ataukah ikatan persahabatan terlerai sudah?
Wallahu A’lam. |