SKENS ONLINE
 
 
 
KANDUNGAN
 
TINTA PENA EDITOR  
FOKUS UTAMA   
FOKUS UTAMA (2)  
PERSONALITI  
EKSKLUSIF  
BULETIN BAKANS  
SYABAB MUSLIM  
MUSLIMAH  
TASAUF  
SURAT PEMBACA  
KEPIMPINAN ISLAM   
MAHASISWA SANA SINI  
TAZKIRAH  
IDEA  
MENITI HIDUP  
ENGLISH SECTION  
SESEKALI LEBAH MENYENGAT  
TAHUKAH ANDA  
CERPEN  
CERITA  
PUISI INDAH  
 
PUISI INDAH 
  
  
  
CINTA BERMUSIM.  
  
Cinta itu .......... bermusimkah? 
aku dan sejadah usang itu 
menatap hiba memohon restu 
mengharap pasrah sebuah keampunan 
menagih sendu sekuntum cinta 
dari Al-Kholiq, lewat dingin subuh 
  
Cinta itu........bermusimkah? 
aku dan kanvas putih itu 
tiba-tiba terheret bersama 
mengejar ilmu 
bergelumang debu-debu 
pasiran ilmu di dada bidang kota Kaherah 
sedangkan sejadah tua itu 
tergantung lesu di paku kenangan semalam 
  
Cinta itu...........bermusimkah? 
aku dan pesta islami 
tanpa noktah terakhir 
penuh padu lambang kesatuan jitu 
di bawah panji-panji Islam 
sedangkan lorekan di dada kanvas 
bagaikan akan hilang dimamah kealpaan 
sedangkan sejadah tua itu 
sedangkan kanvas putih itu 
sedangkan cinta itu 
pasti hadir lagi bersama musimnya 
wajarkah? 
wajarkah cinta itu bermusim? 
Wallahua`lam. 
  
DD-Naz  
  

    
DEDAUN GUGUR LAGI   
    
Kelmarin kulangkahkan kaki ini 
Berbekalkan azam dan cita-cita 
Akan kubela dan kujaga 
Agamamu yang kini ternoda …. 
  
Langkah diatur kemas dan rapi 
Onak dan ranjau dilalui 
Larianku tiba-tiba terhenti 
Tersepak duka rebah ke bumi …. 
   
Hari ini dedaun nan hijau tiada lagi 
Unggas terbang membawa diri 
Dengan azam dan tekad 
Kulontarkan kedukaan semalam 
Agar kejayaan dapat kukecapi 
  
Hari silih berganti…. 
Suria…. 
Suram, cerah dan gelisah 
Dedaun pohon mula bercambah 
Hati di dalam terasa gundah 
   
Esok… 
musim itu datang lagi 
Membawa harapan yang belum pasti 
Antara tuah atau padah 
Pastinya… 
Dedaun itu gugur lagi 
Engkau di sana setia menanti 
Entahkan bila kukan kembali 
Jangan biarkan dedaun gugur lagi…. 
   
AINS’   
   

   
MENGERTILAH  
   
( Johan pertandingan penulisan kreatif sempena Kursus Penulisan Kreatif dan Penerbitan Majalah - anugerah khas dari Gagak Rimba ) 
   
Akulah wanita pasrah 
yang sering terpedaya 
akulah wanita alpa 
yang sering meratap hiba 
Aku perlukanmu 
lepaskanlah aku dari sangar dosa 
kiranya terdaya 
   
Namun harapan jua yang bersisa 
tak berupaya bagiku 
menghambakan diri 
lantaran egomu 
   
Bukan ketayapmu yang ku dambakan 
bukan jambangmu yang ku impikan 
bukan jeansmu yang ku perhatikan 
Bukan segakmu yang ku idamkan 
    
Segalanya ada pada hatimu 
ada dalam waras akalmu 
tarbiyahmu aku harapkan 
redhaNya tagihku 
   
Mengertilah.. 
bukan ku undang 
kebencian 
tetapi, 
itulah pengharapan 
mengertilah.. 
   
Aan 98   
   

   
REDHA DAN PENGHAMBAAN BUAT-NYA 
   
Apabila teralpa 
Resah diulit dosa 
Tatkala mengadap Tuhan dalam insaf 
Bak dihembus badai penuh kelembutan 
Satu persatu air mata tumpah kekesalan 
dan menghina diri ditunjang kedangkalan 
apabila terus tunduk menyaksi dan mengenali-Nya 
   
Bagaikan tenggelam dalam lautan yang terlalu  indah 
Dibungkus rasa cinta dan rindu yang makin seni 
rasa hilang diri direngkuh limpahan dari-Nya 
Rasa terbang makin tinggi 
mengharap pertemuan dengan-Nya. 
   
Di sinikah kekasih Allah 
hilang diri dibuai keasyikan 
Di sinikah Rabi’ah berghazal 
mengalun lagu rindu bersendu 
Di sinikah anbiya' membakar semangat 
mempertarung nyawa buatmu Rabbi  dan agama 
dan mengharap tanpa jemu untuk bertemu Khaliknya. 
   
Aku ingin karam di sini 
Biar lemas dihempas ombak 
Biar terledak lahar cinta llahi tak bertepi 
menghancurkan keasyikan pada dunia 
Biar makin jauh menyusuri Jannatul Ajilah 
Hanya kerana mencari khazanah suci yang tersimpan 
.    
   
RABI’ATUL AKHIRAH   
K  a  h  e  r  a  h  ‘ 9 8
HOME
 
Hosted by www.Geocities.ws

1