
|
|
Baiti Jannati adalah satu ungkapan sekiranya diamat-amati akan tergambar sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia. Itulah konsep yang dipraktikkan oleh seorang manager untuk membina keluarga yang berlandaskan syariat seperti yang dianjurkan oleh Islam. Walaupun beliau bukan berpendidikan agama tetapi di atas rasa tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah swt ke atas hambaNya. Beliau tidak asing lagi di kalangan Alumni Al Azhar ketikamana lambaian pulang ke tanahair menggamit tiba. Encik Khalid bin Abd. Samad, 48 tahun, manager Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS) di Cairo, merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan.
Dilahirkan pada tahun 1950 di sebuah daerah yang terkenal dengan Adat Perpatih
di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Dangi, Johol, Negeri Sembilan. Beliau kemudian menyambung sekolah
rendahnya di Rembau seterusnya ke sekolah menengah hingga ke tingkatan
5 di Sekolah Menengah Undang Rembau yang kebetulan pada masa itu, bapa
beliau berpindah ke kampungnya di Sungai Layang Rembau. Selepas tamat tingkatan
5 beliau menyambung ke
Menyentuh tentang latar belakang hidup pula, beliau berasal
daripada keluarga pendidik. Bapanya merupakan bekas Guru Besar Sekolah
Melayu, menurut beliau, bapanya adalah di antara pelajar yang terawal memasuki
Maktab Perguruan Melayu di Melaka yang pada ketika itu golongan guru adalah
golongan terpelajar. Kenangan manis yang tidak dapat beliau lupakan ialah
bapanya yang suka berbincang mengenai perkara-perkara ilmiah dan juga banyak
membantu beliau dalam mengenali erti kehidupan di mana pada ketika itu
beliau masih bersekolah rendah lagi. Sikap bapanya yang menganggap beliau
seperti rakan sebaya ketika berbincang
Beliau merupakan bapa kepada 4 orang anak. Yang sulung Azizi kini tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, sebelumnya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Simpang Lima Selangor sehingga tingkatan 3. Manakala anaknya yang kedua Aidil tingkatan 2 bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau. Azmir, anaknya yang ke tiga bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas. Seterusnya yang bongsu Alia pula bersekolah di International Pakistan Cairo dalam darjah 4. Beliau tidak menghalang anak-anaknya memilih jurusan sendiri tetapi yang penting mereka mestilah berilmu, berakhlak dan memainkan peranan muslim sejati. Puan Zubaidah Abd. Rahman memainkan peranan penting melancarkan program yang diatur. Isterinya yang sebelum ini bertugas sebagai setiausaha sulit perusahaan dan perdagangan antarabangsa akur untuk menjadi suri rumah demi untuk memastikan sesuatu yang dirancang berjalan lancar. Walaupun begitu isteri beliau aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial seperti Persatuan Wanita Antarabangsa dan Persatuan Wanita-wanita Kedutaan. Pada tahun 1972 bermulalah kerjaya beliau sebagai salah
seorang kakitangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Pada masa itu beliau
bekerja di bahagian trafik di Subang Airport. Manakala pada tahun 1989
beliau dipindahkan bekerja sebagai Airport Manager di Melbourne Australia.
Tidak sampai setahun beliau dipanggil balik dan dihantar ke New Delhi.
Kemudian beliau dihantar ke Jeddah, Saudi Arabia. Memandangkan beliau mempunyai
kelulusan di bahagian Marketing Department, pihak MAS meminta beliau membuka
pejabat di Hanoi, Vietnam dan kemudian di Hujung Pandang, Sulawesi Indonesia.
Ditanya mengenai pengalaman beliau bekerja di perantauan, beliau mengatakan
walau di mana kita berada, kita akan di beri tugas atau amanah oleh Allah
swt. Ini kerana semasa beliau bertugas di Australia, beliau sering mengikuti
kelas-kelas agama dan mengunjungi masjid-masjid. Dalam masjid itu kedapatan
ramai juga yang menemui beliau dan mengaku mereka Islam tetapi pengislaman
mereka terpaksa disembunyikan. Sebagai seorang muslim, beliau membantu
golongan tersebut dalam apa jua bentuk. Tambahnya lagi, semasa di Indonesia
pula beliau sering mengunjungi pesantren-
Satu konsep lagi yang diterapkan dalam diri dan keluarganya ialah konsep belajar boleh menyegarkan otak. Beliau menegaskan bahawa barangsiapa yang tidak mahu belajar pada masa kini adalah golongan yang rugi kerana peluang untuk kita menuntut ilmu terlalu luas. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas beliau masih sempat untuk mengutip ilmu dengan belajar bahasa Arab dan bertalaqi dengan syeikh-syeikh yang berada di sini. Biarlah walau ke mana kita pergi ada sesuatu ilmu yang kita bawa pulang. Sebagai nasihat akhirnya, beliau mengharapkan agar generasi dan golongan yang berpendidikan agama khususnya Azhari dan Azhariah menjadi aset dalam mengubah keadaan negara. Golongan inilah yang menjadi ‘role model’ kepada masyarakat nanti dalam semua bidang bukan sekadar boleh membaca doa untuk kenduri malahan berperanan penting dalam berorganisasi dan sebagainya. Beliau menyarankan agar Azhari dan Azhariah membuat perancangan dalam hidup serta alternatif-alternatif di Perlembahan Nil ini. Disamping itu, menyiap dan memperlengkapkan diri masing-masing dengan ilmu-ilmu bagi merealisasikan wawasan sebenar. Sesungguhnya untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan ciri-ciri yang sejati itu bukan mudah bahkan memerlukan cabaran dan pengorbanan yang bakal ditempuhi. Oleh : Radzwan Abdullah, Mohd Nazri Zainuddin
|
|
|