
|
|
MUQADDIMAH Semudah soalan tidak semudah jawapan. Berkahwin di
perantauan, Melanggar Adat… benarkah atau fatamorgana cuma. Sebelum merenangi
perbincangan ini dengan lebih jauh bersama kita meniti noktah bidayah perbincangan
ini. Kahwin dan Adat, dua kalimah yang jauh berbeza namun apabila disatukan
menjadi satu perbincangan yang agak popular dikalangan mahasiswa dan mahasiswi
khasnya di Perlembahan Nil ini.
Berdasarkan hadis ini, Muslim yang beriman akan merasa bertangungjawab untuk membina sebuah masyarakat Muslim dan membimbing mereka ke jalan yang benar. Langkah pertama dalam rangka menyempurnakan misi ini ialah individu muslim mendirikan rumah tangga kerana ia merupakan sebuah masyarakat kecil yang seterusnya akan memancar darinya masyarakat yang besar. Maka bermulalah dakwah kita kepada isteri, anak-anak sehinggalah kaum kerabat yang terdekat. Abdullah Nasih Ulwan menegaskan di dalam kitabnya, ‘Masuliah
Tarbiah Jinsiah’ menukirkan beberapa hikmah dan faedah dari membina mahligai
rumah tangga ini.
Adat secara umum bukan hanya sekadar tata tertib atau peraturan-peraturan yang bersangkut paut dengan kebiasaan-kebiasaan dan kelaziman-kelaziman kecil yang bersifat remeh dan mudah, malah ia merangkumi segala jenis peraturan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya yang menjadi pegangan dan amalan etnik tertentu. Adat juga warisan berzaman semenjak turun temurun bak kata
pepatah, “Tak luput dek hujan, tak lekang dek panas”. Sebuah kata adat
yang indah berbunyi, “ Kata adat banyak kiasan, ditunjuk dia tetapi bukan,
begulung pendek panjang terentang, tak faham kalau tidak direnungi”. SKENS
Sep. 96.
Perantauan ini lebih khusus kita bicarakan berkahwin ketika
menuntut dan dengan masa yang sama dilangsungkan di perantauan. Perbincangan
ini lebih banyak menjuruskan kepada suasana yang berlaku di kalangan azhari/ah
yang sering menjadi tohmahan akibat masalah perkahwinan ini.
Ingin penulis membicarakan masalah ini dari dua aspek.
Aspek pertama pertembungan Islam dengan musuh-musuh Islam dan kedua pertembungan
masalah anak-anak dengan ibu bapa.
PERTEMBUNGAN ISLAM DENGAN KUFFAR
Dorkaim berpendapat, perkahwinan bukanlah fitrah semula jadi kehidupan manusia. Freud mencedok teori ini dan menyatakan wanita hendaklah membentuk keperibadiaannya sendiri berasaskan seks yang tidak mempunyai hubungan lansung dengan sebarang ikatan. Selepas revolusi industri, kaum wanita mula mempratikkan kebebasan yang kononnya merupakan pembelaan dan penghormatan ke atas kaum wanita. Hasilnya wanita-wanita di Eropah menjadi bebas sebebas-bebasnya termasuklah bebas dalam melakukan seks. Ada di kalangan mereka bersedia dipergunakan rahimnya untuk melahirkan anak orang lain demi berbakti kepada negara dan akan memperolehi penghormatan bukannya penghinaan. Kewujudan rumah penjagaan anak-anak zina menggalakkan lagi penzinaan dan serentak dengan itu wujudlah ciptaan-ciptaan baru untuk mencegah kehamilan, seterusnya mengharuskan penguguran dan sebagainya. Dari sini lenyaplah sistem perkahwinan. Akhirnya masyarakat Eropah tidak lagi dapat membezakan antara perkahwinan dan penzinaan. Trend sebegini dieksport ke negara-negara umat Islam untuk
menghancurkan sistem kekeluargaan Islam. Rancangan ini adalah langkah bersama
Yahudi-Kristian dan kuncu-kuncunya ke atas umat Islam. Langkah utama yang
dijalankan ialah cuba melewatkan usia perkawinan umat Islam. Umpamanya
media massa menyebarkan dakyahnya di dalam filem-filem bahawa perkahwinan
merupakan satu kesukaran, bebanan dan terikat dari kebebasan sejati sehingga
berjaya mempengaruhi minda muda mudi bahkan juga mempengaruhi minda ibu
bapa.
Islam telah menggariskan pensyariatan perkahwinan yang mempunyai hikmah-hikmah yang maha besar dan agung serta faedah-faedah yang tidak terhitung banyaknya. Islam memahamkan kita jiwa muda-mudi yang suka memberontak apatah lagi bila berkaitan dengan hubungan seks. Sebab itulah Rasulullah secara tegas menyatakan, Wahai kaum pemuda, sesiapa dikalangan kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin kerana ia menutup mata (dari melihat perkara-perkara maksiat) dan menjaga kemaluan (dari melakukan perbuatan luar tabie). Perkahwinan ini juga bertujuan untuk membersihkan jiwa-jiwa
kita dari kekotoran nafsu syahwat yang sentiasa mendesak manusia untuk
merasainya apatah lagi sering kita lihat perkara-perkara jelik dan kotor
di layar tv. Rasulullah bersabda lagi, Tiga golongan manusia yang Allah
mesti menolong mereka iaitu : Pejuang di jalan Allah, hamba makatib (yang
berjanji dengan tuannya akan membayar harga dirinya untuk dimerdekakan)
yang ingin menunaikan bayaran
Perkahwinan ini juga telah menyempurnakan lagi keimanan muda-mudi Islam yang ingin terus berada di atas perjuangan Islam. Rasul bersabda lagi, Sesiapa yang berkahwin bererti ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Oleh itu, hendaklah ia takutkan Allah pada separuh yang lain. Sebagaimana penulis jelaskan pada permulaan tadi perkahwinan di dalam Islam menggariskan hikmah-hikmah yang maha agung di antaranya menjaga keturunan, selamat masyarakat daripada keruntuhan moral, kerja sama antara suami isteri di dalam mengharungi kehidupan berumah tangga, selamat masyarakat daripada sakit, ketenangan ruh dan jiwa dan melahirkan zuriat Islam yang soleh. Justeru, umat Islam mestilah menolak perancangan ini dengan
sekeras-kerasnya dan tiadanya penolakan tersebut kita boleh melihat hasilnya
pada hari ini, apa yang telah berlaku kepada muda-mudi Islam di tanahair.
Inilah akibatnya apabila tiada kesedaran dari umat Islam dari tipu daya
musuh yang licik dan dihiasi dengan kata-kata indah tetapi mengandungi
racun yang berbisa.
IBU BAPA DAN ANAK-ANAK
Apa yang lebih menghairankan kita, masalah ini hanya hangat
diperbincangkan di Mesir sahaja, tidak di tempat lain. Tidak dinafikan
memang ada perbincangan sebegini di tempat lain namun tidaklah sehebat
di Mesir. Cuba kita fikirkan.. ketika kita berada di tanahair, keinginan
untuk berkahwin turun, akan tetapi bila kembali ke bumi Mesir ini, keinginan
tersebut kembali memuncak. Mungkin di sana ada sebab musabab kenapa terjadi
demikian. Pada hemat penulis di sana ada beberapa faktor yang menyebabkan
keinginan hendak berkahwin di kalangan azhari/ah terlalu tinggi ketika
berada di Mesir. Penulis akan cuba menggarap faktor-faktor yang agak
Faktor pertama, faktor umur. Tidak dinafikan kebanyakan kedatangan kita ke bumi Mesir ini di dalam lingkungan awal 20-an, satu masa yang terlalu sesuai untuk mendirikan rumah tangga kerana masa ini adalah masa kekuatan semaksimum mungkin dan masa terbaik untuk isteri-isteri melahirkan zuriat-zuriat yang soleh, pintar, kuat dan gagah. Namun, faktor ini sering tertolak apabila kembali ke tanahair. Pada hemat penulis, faktor ini tidak akan tertolak sama-sekali walaupun kita kembali ke tanahair setelah meneliti perancangan bersama Yahudi-Kristian yang telah diperkatakan di awal perbincangan. Cuma suasana di tanahair yang memaksa kita lebih suka bertindak menghadapi masyarakat dari berfikir untuk berkahwin. Faktor kedua, faktor suasana. Mereka yang pernah belajar
di Mesir tentu sudah lali dengan suasana yang banyak sekali meyumbangkan
saham kepada perbincangan kita ini. Ketika usia yang muda, jiwa lemah dan
ilmu yang sedikit, tiba-tiba kita dihamparkan dengan suasana bebas di kota-kota
di seluruh Mesir. Bagi lelaki, akan dihadapankan dengan kecantikan-kecantikan
perempuan arab yang kadang kala berpakaian seksi yang sering kali menganggu
pemikiran mahasiswa. Kata seorang sahabat, hidungnya mancung, pipinya gebu,
bibirnya merah bak
Bagi perempuan, juga akan dihamparkan dengan ke’hensem’an pemuda-pemuda arab yang tegap gagah perkasa dengan jambangnya tersusun rapi dan sebagainya. Mungkin faktor ini lemah memandangkan kita adalah penuntut ilmu agama, namun, realitinya ramai dikalangan kita tidak mampu menghadapinya, ini bersesuaian dengan hadis yang telah kita perbincangkan. Media masa dan media elektronik juga banyak memberi saham kepada mahasiswa terutama azhari untuk sama-sama menjerumuskan mahasiswa ke lembah permasalahan kronik ini. Tidak ketinggalan juga suasana pergaulan sesama pelajar juga penyumbang yang tidak kurang hebatnya. Sahabat-sahabat merupakan ibu bapa dan keluarga di perantauan. Justeru, berlakulah hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi di dalam rangka menyelesaikan masalah bersama. Kawan-kawan yang sudah berkahwin juga merupakan sebahagian faktor yang sering diperkatakan. Apa yang menarik, pada pandangan seorang teman, jika kita pelajar Kuliah Syariah Islamiah di tahun dua kita belajar ‘Ahwal Syakhsiah’ yang membicarakan masalah perkahwinan seterusnya menjadi faktor penyumbang. Faktor ketiga, faktor ujian. Sering kita diperdengarkan bahawa manusia tidak dibiarkan begitu sahaja mengaku aku seorang yang beriman. Untuk menjadi seorang pendaie yang mantap dan mampu bila berdepan dengan masyarakat kelak, maka Allah telah mengatur siri-siri ujian sebagai penapis dan pembersihan sehingga dia benar-benar digelar pendaie. Menjadi sunnah perjuangan, setiap perjuangan akan dihampari dengan onak dan ranjau untuk dinilai siapakah yang terbaik di kalangan kita. Di dalam faktor ini, Syaitan telah memainkan peranan yang besar untuk mengagalkan proses pentarbiahan kita. Sebagaimana yang kita maklumi bersama, golongan pelajar merupakan sasaran utama syaitan dan iblis. Mereka tidak menghantar askar-askar biasa bahkan mereka menghantar kapten-kapten iblis sesuai dengan taraf keimanan kita. Faktor keempat, faktor keinsafan. Setelah mendalami ilmu agama dan siasah politik, telah timbul kesedaran di kalangan mahasiswa betapa peri pentingnya membina sebuah tugu mahligai perkahwinan. Mereka berkahwin di atas dasar menjaga diri dan agama dan mempunyai matlamat untuk menyebarkan dakwah di kalangan masyarakat serta menghadapi dakyah-dakyah musuh yang telah meremukkan sistem keluarga Islam. Mereka juga ingin membina ‘model’ kepada masyarakat dan melahirkan zuriat-zuriat yang benar-benar suci dari terkena tipu daya musuh-musuh Allah seterusnya membina sebuah generasi Qurani yang dikehendaki Islam. Penulis merasakan faktor ini merupakan faktor yang paling praktikal dan waqie. Mereka berkahwin bukanlah di atas dasar syahwat bahkan di atas dasar yang telah digariskan di atas. Inilah antara perkara-perkara yang perlu difahami oleh ibu bapa dan keluarga. Bagi ibu bapa, setelah penulis lakukan sedikit kajian maka didapati beberapa faktor utama yang menjadi aset penting perbincangan ini. Faktor pertama, ibu yang bertarung dengan maut melahirkan anak, ayah yang bermandi keringat membesarkan anak lebih memahami jiwa anak-anak dan kadang kala lebih memahami dari anak-anak itu sendiri. Di kalangan mereka berpendapat. Anak mereka masih mampu untuk menahan diri dari berkahwin apatah lagi telah diajar dengan ilmu agama semenjak kecil. Faktor kedua, mereka mahu melihat anak-anak berjaya di dalam pengajian terlebih dahulu kerana mereka bimbang dengan perkahwinan tersebut mengagalkan harapan mereka. Bukanlah mereka tidak membenarkan anak-anak berkahwin bahkan mereka gembira dan terlalu suka bila anaknya berkahwin namun mereka berpendapat apalah salahnya dilangsungkan selepas tamat pengajian. Faktor ketiga, ibu bapa yang berpenat jerih membanting tulang setiap hari mencari sedikit wang untuk dibekalkan kepada anak-anak di perantauan. Sakit dan lelah mainan hidup. Apa yang mereka harapkan dari anak-anak supaya anak-anak dapat membalas jasa-jasa mereka dan mereka bimbang jika dibenarkan berkahwin anak-anak akan lebih mementingkan isteri dari ibu bapa. Ini suasana yang sering berlaku di dalam masyarakat di Tanah Air. Faktor keempat, ada juga di kalangan ibu bapa terutamanya ibu yang ingin melihat sendiri perkahwinan anak-anak di atas usaha si ibu. Ibulah yang merisik, ibulah yang meminang, ibulah yang menyediakan tempat tidur dan sebagainya lagi. Faktor kelima, faktor kewangan. Inilah faktor yang terbesar
dan paling praktikal. Setelah berkahwin segala urusan hidup dipertangungjawapkan
kepada suami. Sering diperdengarkan kata-kata, esok nak beri makan apa
pada anak isteri.. nak bagi makan pasir ke? Dan sebagainya lagi. Lebih-lebih
lagi ketika kemelesetan ekonomi melanda negara.
CADANGAN PENYELESAIAN
Pada hemat penulis, permasalahan ini timbul apabila tidak ada kefahaman yang tepat dan tasawwur yang jelas di kalangan ibu bapa. Anak-anak yang sering mempersalahkan ibu bapa sepatutnya menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu kerana mereka gagal memberikan kefahaman yang nyata dan tasawwur yang jelas. Ibu bapa bukanlah pelakon-pelakon wayang kulit yang semata-mata menagih simpati anak-anak tanpa melihat kehendak anak-anak. Mereka yang memahami jiwa anak-anak dan yang merasakan penat dan jerihnya membesarkan anak-anak bertindak untuk mengawal anak-anak dari terpesong dan tersasar daripada jalan kebenaran. Cumanya ibu bapa berpendapat mengikut suasana tanahair. Di sinilah bermula tugas kita memberikan kefahaman dan tasawwur yang tepat supaya kedua-dua kehendak ini dapat disatukan. Namun, anak-anak mestilah berhikmah di dalam menyampaikannya kepada ibu bapa. Tindakan anak-anak yang tidak berhikmah bukan penyelasai masalah tetapi akan menimbulkan lagi masalah yang sedia ada. Insya Allah ibu bapa boleh memahami dan mendapat tasawwur yang tepat dengan baik hasil dari penerangan berhikmah dari anak-anak. Ibu mana tidak sayangkan anak, ayah mana tidak kasihkan anak. Ibu mana tidak teringin melihat anak-anak berjaya, ayah mana yang tidak terimpikan anak-anak menjadi ulama’. Jika jalannya berkahwin, sila lakukan segera. Ibu bapa rela. Biar adat terpinggir, biar perasaan bersendu tapi demi anak-anak ibu bapa rela. Mereka tidak mahu terlibat sama di dalam maksiat jika anak melakukan maksiat akibat ditahan daripada berkahwin. Dan kepada ibu bapa pula, janganlah menyeksa jiwa dan batin anak-anak. Relakah ibu bapa melihat anak-anak terjerumus di dalam kancah maksiat?. Relakah ibu bapa melihat anak-anak gagal di dalam pengajian semata tekanan yang dihadapi?. Penulis yakin ibu bapa yang beriman tidak akan merelakan anak-anaknya terjerumus di dalam kancah maksiat dan gagal di dalam usaha melahirkan para ulama’ yang akan memperjuangkan nasib mereka dan nasib masyarakat. Kepada ibu bapa, penulis akan lampirkan bersama bancian yang penulis dan rakan-rakan lakukan dan fahamilah jiwa anak-anak. Kepada anak-anak dengan bancian yang sedikit ini jadikanlah sebagai inspirasi untuk meneruskan perjuangan… kenapa ada sahabat kita mampu tapi kita terus hanyut dibuai kealpaan. Penulis juga sertakan bersama beberapa wawancara dengan
sebahagian sahabat sebagai tasawwur permulaan yang InsyaAllah akan menumbuhkan
benih-benih kefahaman seterusnya akan dapat merungkai sedikit demi sedikit
permasalahan ini.
Ustaz Mohd Nasir Osman
Ibu bapa sebenarnya silap tidak mendapat tasawwur yang luas dan tidak memahami suasana mengaji. Ibu bapa yang melarang anak-anaknya berkahwin beranggapan anaknya tidak mampu dan akan menambahkan bebanan pengajian dan material dan sebagainya. Kita yang belajar lebih memahami permasalahan dan halangan yang timbul. Ibu bapa yang menolak anaknya berkahwin sebenarnya terlalu banyak memberikan alasan. Sepatutnya diadakan perbincangan antara ibu bapa dan si anak dan apabila diadakan perbincangan tidak ada sebab ibu bapa tidak memberikan laluan untuknya anaknya melangkah ke alam perkahwinan. Bila ditanya pengalaman beliau berkahwin mulanya beliau menempelak akhawat yang mempunyai cita-cita yang tinggi dalam pelajaran dan menolak perkahwinan lain pula bagi pihak ikhwah kebanyakan mengambil alternatif berkahwin untuk menuju cita-cita. Oleh itu, ikhwah perlulah bersabar dengan karenah akhawat kita. Perkenalan beliau dengan isteri bukanlah perkahwinan yang diduga tetapi demi kebaikan bersama. “Sememangnya saya nak kahwin dan saya mendesak untuk kahwin cepat”, ujarnya mengingati detik-detik bermulanya beliau melangkah ke alam perkawinan dan akhirnya pihak perempuan bersetuju dan kami berkahwin di kampung bagi memenuhi hajat keluarga agar kami diijabkabulkan di kampung. Akhirnya beliau memberikan nasihat kepada adik-adik, lelaki
dan perempuan memang tidak boleh dipisahkan kerana menjadi fitrah kejadian
manusia. Ibarat bermain dengan api jika sekiranya cuba untuk mengenali
seseorang di dalam fatrah belajar dan sekiranya terjadi perhubungan akan
menganggu pengajian, perlu difikirkan berkali-kali, lainlah kalau dah benar-benar
nekad. Bagi pihak perempuan akan berlaku emosional yang kuat kecualilah
sudah bersatu hati mengharungi badai walaupun tidak direstui keluarga.
Dan kepada yang sedang bercinta anggaplah seperti cinta monyet dan sebaiknya
dielakkan.
Ustazah Norhayati Ali
Tidak dinafikan, selepas berkahwin tangungjawab seseorang itu akan bertambah. Tangungjawab sebagai seorang isteri dan juga pelajar. Bagi beliau tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu pandai membahagikan masa. Mungkin ada hikmahnya supaya masa lebih terurus dan memudahkan lagi urusan dengan mengadakan perbincangan bersama. Mengenai halangan dari keluarga beliau tidak mendapat halangan,
malah mereka menasihatkan
Mengenai ekonomi pula, Insya Allah, Allah permudahkan rezeki orang yang menuntut ilmu yang pentingnya, usaha dan ikhtiar mesti ada. Pokok pangkalnya, ikutlah kemampuan diri masing-masing dan kenalah kuat semangat. Beliau menambah lagi, sekiranya individu itu berkeinginan
untuk berumahtangga, pertamanya harus tahu kemampuan diri masing-masing.
Sanggup berkorban dan menanggung risiko bersama. Berdoa selalu, semoga
Allah beri kekuatan supaya mudah belajar dan dikuatkan semangat. Yakin
pada diri dan untuk akhirnya, yakinlah semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Mohd Amin bin Yusuf
Bagi yang berkahwin tetap akan menghadapi adat halangan
ketika belajar diantaranya masalah
Manakala yang masih bujang disamping masalah yang biasa juga akan menghadapi masalah kegagalan di dalam imtihan dan ada juga yang terus gagal dan merosot disebabkan tidak terkawal perasaan dari keinginan untuk berkahwin. Pendapat beliau lagi, bagi kaum lelaki kahwin lambat tidak apa tidak bagi kaum perempuan kerana kaum perempuan berkahwin untuk melahirkan zuriat-zuriat penyambung kehidupan. Beliau juga menasihatkan kepada kaum perempuan supaya cepat-cepat kahwin dan seterusnya melahirkan zuriat yang banyak. Ibu bapa sebenarnya tidak menghalang anak-anaknya berkahwin di perantauan atau ketika menuntut lebih-lebih lagi ada kesungguhan dari anak-anak. Bagi ibu bapa sebenarnya suka anak-anaknya berkahwin pada usia yang matang kerana boleh membina keluarga yang bahagia dan melahirkan zuriat. Akhirnya beliau menasihatkan kepada pembaca supaya terus
menekadkan hati untuk meneruskan pengajian dan jika sekiranya tidak mampu
untuk menyekat mental ke arah perkahwinan lebih baik berkahwin dan bagi
pihak perempuan pula, masa inilah untuk mencari pasangan yang edial untuk
dijadikan nakhoda merenangi perjalanan yang masih jauh.
Ustazah Kamisah Nayan @ Syamsudin
Perkahwinan di perantauan tidaklah melanggar adat yang
sebenarnya cumanya mugkin dikatakan melanggar adat ber‘kampung’ kerana
biasanya jika sesuatu perkahwinan hendak dijalankan orang kampung dan sanak
saudara akan berkumpul. . Tetapi kalau di perantauan pun kita berkampung
juga cuma bezanya antara golongan tua dam muda. Sekira sesebuah keluarga
tidak menghalang permintaan anaknya untuk berkahwin di perantauan, maka
di situ tiada masalah. Bagi mereka yang menghalang kemungkinan ada alasan
yang sewajarnya seperti takut memjejaskan prestasi pelajaran. Namun begitu,individu
itu sendiri adalah penilai yang terbaik, kita sendiri dapat menilai kemampuan
diri sendiri. Tanggungjawab dipikul akan bertambah,
Bagi mereka yang berkahwin di perantauan perlu bersedia
dan mampu dari segi ekonomi, di samping perlunya ta’awun di antara suami
isteri dalam menyelesaikan masalah ekonomi sekiranya timbul. Yakin bahawa
Allah menyediakan rezeki bagi orang yang menuntut ilmu. Jika seseorang
itu ingin berkahwin di perantauan maka perlulah mantap dari segi
pembelajaran dan ekonomi serta fizikal. Dikhuatiri, jika berlakunya
kegagalan di dalam pembelajaran keluarga akan menyalahkan perkahwinan.
Ustaz Haji Kamaruzzaman
Perkahwinan biasanya boleh memberi semangat dan membantu kemajuan dalam pengajian. Ibu bapa biasanya sentiasa memikirkan kewangan anaknya apabila berkahwin. Apabila ditanya adakah beliau tidak teringin nak kahwin,
beliau dengan senyum yang bermakna ujarnya, “Memang berkeinginan nak berkahwin
tapi setelah ditimbang, perlu disampung pelajaran”. Akhirnya, beliau amat
bersetuju dengan Bait Muslim yang telah dilancarkan baru-baru ini kerana
secara umumnya kita lebih memahami dan bersedia untuk melangkah ke alam
baru serta dapat menangai permasalahan yang timbul.
Terpulanglah kepada pembaca menggunakan kaedah terbaik dan berhikmah untuk menerangkan kepada ibu bapa. Jawaplah dengan menggunakan nas Al Quran dan Al Hadis yang pembaca pelajari dan yakinlah dengan pertolongan Allah kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar dan ikhlas di jalanNya. Wallahu A’lam. Oleh : Mohd Nazri Zainuddin |
|
|