SKENS ONLINE
 
 
 
KANDUNGAN
 
TINTA PENA EDITOR  
FOKUS UTAMA   
FOKUS UTAMA (2)  
PERSONALITI  
EKSKLUSIF  
BULETIN BAKANS  
SYABAB MUSLIM  
MUSLIMAH  
TASAUF  
SURAT PEMBACA  
KEPIMPINAN ISLAM   
MAHASISWA SANA SINI  
TAZKIRAH  
IDEA  
MENITI HIDUP  
ENGLISH SECTION  
SESEKALI LEBAH MENYENGAT  
TAHUKAH ANDA  
CERPEN  
CERITA  
PUISI INDAH  
 
MAHASISWA DI SANA SINI 
 
 

13 Ogos 1998,    Asrama Malaysia, Abbasiah - Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasil Maklumat (MANHAL) julung-julung kaling telah menganjurkan satu SIRI SOMPOSIUM AGAMA SAMAWI (YAHUDI) Kali Pertama. Majlis telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Bokhari Mohd Ghazali. 

   Majlis dimulakan dengan perbentangan kertas kerja yang bertajuk ‘Pengenalan Agama Yahudi’ oleh dua orang ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Zahid Yusuf dan Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid. Majlis diteruskan dengan diskusi kitab oleh Ustaz Munif Khairul Anuar dan Ustaz Hanafi Abdul Rahman yang bertajuk ‘Asatirul Muassisah Lissiasah Israiliah’ karangan Dr. Roger Garaudy. Buku ini mendedahkan dongengan-dongengan yang dicipta oleh Zionisme untuk menarik simpati masyarakat kepada Yahudi dan penyelewengan fakta-fakta sejarah untuk 
membolehkan mereka terus mengusai dunia. 

   Di sebelah malam pula diadakan satu ceramah umum yang disampaikan oleh Dr. Abdul Ghafar Al Khilali, A’mid Kuliah Dirasat Wal Arabiah, Universiti Madinah Saadat. Majlis ini telah berjaya mendapat perhatian yang baik dari peserta-peserta dan banyak persoalan yang telah dikemukakan kepada penceramah. 

   Majlis ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari 500 peserta daripada seluruh Mesir. Secara keseluruhannya majlis yang bermula dari jam 11.00 pagi hingga ke 11.00 malam ini telah berjaya membawa satu reformasi minda kepada mahasiswa/i di Perlembahan Nil ini. 


8 Ogos 1998,    Mansurah- Setelah gagal di dalam usaha yang pertama pada tahun 1995 dahulu, PMRAM telah berjaya mengadakan Majlis Konvokesyen Dewan Perwakilan Mahasiswa 11 ‘98 yang berlansung di Dewan Ummi Kalthum, Mansurah. 

   Majlis yang gemilang ini telah dihadiri lebih 1500 pelajar dari seluruh muhafazah bagi menunjukkan sokongan yang padu kepada PMRAM. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Presiden, Ustaz Ahmad Bukhori Ghazali dengan tema “Mengukuh Hala Tuju PMRAM”. 

   Kolukium Perdana menyusul selepas majlis perasmian. Para perwakilan telah berjaya membahas usul-usul yang dibentang dengan baik dan matang. Sebanyak sepuluh usul telah diterima dengan sebulat suara yang menghasilkan satu deleraksi bersama yang dinamakan ‘Deleraksi Mansurah’. 

   Di samping majlis tersebut, di luar dewan telah diadakan pameran ‘Swadaya PMRAM Menuju Alaf Baru”. Pameran ini telah disertai oleh semua muhafazah. 

   Pada sebelah malam pula telah diadakan majlis persembahan yang dinamakan ‘Konsert Alam dan Interaksi Kemanusiaan’. Konsert ini telah disertai oleh beberapa kumpulan nasyid, sajak, pentomen dan pertunjukan silat. 

   Sesungguhnya majlis ini juga berjaya menarik perhatin persatuan pelajar Malaysia di seluruh dunia. Sokongan dan dokongan yang ditunjukkan membuktikan PMRAM adalah satu-satunya persatuan induk yang diterima di Mesir.

HOME
 
 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1