SKENS ONLINE
 
 
  
KANDUNGAN
 
TINTA PENA EDITOR  
FOKUS UTAMA   
FOKUS UTAMA (2)  
PERSONALITI  
EKSKLUSIF  
BULETIN BAKANS  
SYABAB MUSLIM  
MUSLIMAH  
TASAUF  
SURAT PEMBACA  
KEPIMPINAN ISLAM   
MAHASISWA SANA SINI  
TAZKIRAH  
IDEA  
MENITI HIDUP  
ENGLISH SECTION  
SESEKALI LEBAH MENYENGAT  
TAHUKAH ANDA  
CERPEN  
CERITA  
PUISI INDAH  
 
TINTA PENA EDITOR 
 

   Sesungguhnya syaitan tidak pernah mendiamkan diri  dari terus menggoda anak adam supaya terjerumus ke kancah  kesesatan dan seterusnya menjadi teman mereka di dalam neraka kelak. Sudah menjadi sunnah perjuangan. setiap pejuang akan dihamparkan  dengan permaidani onak dan ranjau, cabaran dan dugaan, mehnah  dan tribulasi. Kita sebagai azhari sering kali diuji dan dicuba. 

   Permasalahan yang termaktub dan terpahat di dalam lipatan  kehidupan golongan azhari/ah, permasalahan perkahwinan yang  melanda, menjadi senjata ampuh syaitan untuk melalaialpakan 
golongan ini dan juga menjadi diari tapisan Allah swt untuk  menjadikan kita benar-benar bersedia dan mampu terjun ke medan  khalayak masyarakat yang dahagakan kebenaran. 
 
   Permasalahan ini sering diperkatakan di khalayak ramai,  namun tiada jalan penyelesaian. Ibu bapa terus tidak memahami  dan si anak terus tertekan. Akhirnya memberikan kerugian kepada 
kedua-dua pihak dan seterusnya kepada masyarakat.  Sikon ( Situasi dan kondisi ), zuruf dan waqi’ yang kita depani  saat dan tika ini menjadikan permasalahan ini bertambah kronik, 
ditambahkan lagi dengan sedikit pertentangan keluarga  dari kampung mengusaikan lagi. 
SKENS cuba menyelami permasalahan ini. 
 
PERUBAHAN  
 
   Penerbitan SKENS kali ke 6, telah banyak membawa perubahan kepada ruh dan jasad SKENS itu sendiri. Bermula saiznya dibesarkan sehinggalah kepada penambahan ruangan yang  baru. Pelbagai pro dan kontra yang kita terima... ramai yang memberi komen dan tidak kurang juga yang memberi pujian, namun... kedua-duanya merupakan inspirasi untuk kami terus melangkah dengan lebih jauh. Mungkin apa yang boleh diraikan bersama di sini, SKENS  terpaksa dicetak 2 kali bagi memenuhi permintaan dari  pembaca.. bagi saya tidak ada yang mesti dibanggakan,  bahkan menjadi bebanan kepada kami untuk meneruskan  perjalanan yang berliku ini. Sebarang komentar dan  pandangan pembaca amatlah dialu-alukan.  Akhirnya, saya mewakili editorial SKENS  memohon kemaafan atas segala keterlanjuran kami  pada keluaran baru-baru ini dan segala pandangan  akan kami berikan perhatian sewajarnya.. 

ketua editor

HOME
 
Hosted by www.Geocities.ws

1