
|
|
FOKUS UTAMA : BERKAHWIN
KETIKA MENUNTUT MELANGGAR ADAT?
Kahwin ketika menuntut melanggar adat ??? Sudah pasti persoalan ini mendapat pelbagai reaksi mahasiswa Al-Azhar. Ia mengundang pelbagai saranan dan pendapat yang berbentuk pro dan kontra dari segenap lapisan penuntut. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam meneroka tajuk yang diperbincangkan, terlebih dahulu perlu kita fahami dan dalami apakah adat dan adat yang bagaimanakah perlu untuk kita ikuti. Menurut kamus Al-Mu’jam Al-Arabi Al-Asasi adat secara ringkas ialah suatu amalan yang menjadi kebiasaan dan tidak perlu lagi difikirkan sebab musabbabnya serta diwarisi turun- temurun. Dalam hal ini kita menghadapi persoalan adakah kita boleh membuat perhukuman semata-mata berdasarkan adat? Sayyid Qutub menjelaskan dalam tafsir zilal bahawa salah satu cabang syirik ialah membuat perhukuman berdasarkan arus u’ruf (adat kebiasaan) yang telah mendominasi sesebuah masyarakat. Perkahwinan ketika menuntut yang menjadi perbahasan kita
kali ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu
mahasiswa melangsungkan perkahwinan sama ada di Mesir ataupun di tanah
air. Mungkin perbahasan lebih hangat ketika membincang persoalan perkahwinan
yang dilangsungkan di perantauan berbanding di tanah air. Demikian juga
dengan berkahwin ketika menuntut sama ada menuntut di dalam negara ataupun
di luar negara. Perkahwinan yang berlangsung di tanah air setelah mendapat
restu kedua orang tua ketika
Senario berkahwin ketika masih dalam tempoh pengajian sememangnya sudah menjadi trend bagi penuntut yang belajar di luar negara. Dan ini didorong oleh pelbagai faktor sama ada luaran mahupun dalaman. Menyentuh persoalan kahwin ketika menuntut adalah persoalan peribadi dan nas syara’ juga ada menyebut bahawa hukum berkahwin berbeza dari satu tahap kepada tahap yang lain mengikut keperluan masing-masing. Kita perlu melihat persoalan kahwin di dalam skop yang lebih luas dan menyingkap pelbagai sudut. Sebagai golongan agama yang berpengajian tinggi, serta mendalami hukum hakam, kita tidak begitu berminat untuk mempertahankan adat yang tidak ada kena mengena dengan syara’ sebaliknya hanya adat yang bersandarkan syara’ yang perlu kita pertahankan. Penuntut-penuntut yang berada di dalam negara dan penuntut
yang belajar di luar negara sudah pasti keperluan masing masing berbeza.
Terutama bagi golongan wanita yang memerlukan perlindungan dan sokongan.
Lebih-lebih lagi pada saat umur sudah meningkat, apakah yang lebih
diutamakan, adakah masih mahu mempertahankan adat yang tak tahu hujung
pangkal. Jika sudah cukup keperluan di segi kewangan serta mendapat keizinan
kedua orang tua, eloklah disegerakan. Golongan wanita yang berjauhan dengan
keluarga, hidup di perantauan sebenarnya sentiasa terdedah kepada pelbagai
risiko yang tidak diduga. Menyingkap permasalahan berkahwin diwaktu belajar,
kami ingin membawa saudara membuka minda meneliti skop
Berkaitan dengan fenomena ini keadaan seseorang manusia
terbahagi kepada empat :-
2) Golongan yang tiada perasaan ghairah untuk berkahwin dan tidak mempunyai kemampuan material, maka dimakruhkan berkahwin . 3) Golongan yang terlalu ghairah tetapi tiada kemampuan material, maka dimakruhkan baginya berkahwin dan diperintahkan oleh syara` agar berpuasa untuk meredakan runtunan nafsu dan mengurangkan tekanan perasaan. Mereka ini juga dimakruhkan untuk berkahwin. 4) Golongan yang memiliki kemampuan material tetapi tiada keghairahan
untuk berkahwin, maka afdhal bagi mereka membujang dan melakukan ibadat.
Meskipun demikian bukanlah dimaksudkan di sini bahawa mereka ini makruh
berkahwin. Ini berdasarkan mazhab Syafie. Manakala, menurut mazhab Hanafi
dan sebahagian ashabus Syafie serta sebahagian ashab Malik bernikah adalah
afdhal .
Seterusnya lagi, memandangkan pada kebiasaannya mereka
yang belajar adalah berusia muda, maka eloklah ditinjau juga apakah taujihat
sunnah terhadap mereka dan gesaan untuk berkahwin.
Kita tidak nafikan terdapatnya segelintir ibubapa yang
begitu berkeras terhadap anak anak agar menamatkan pengajian terlebih dahulu
dan kembali membantu ibu bapa sebagai membalas jasa mereka, persoalannya
adakah dengan berkahwin menjadi penghalang kita untuk berjasa dengan mereka,
apakah bezanya berjasa selepas berkahwin dengan berjasa sebelum berkahwin.
Kemungkinan juga ibu bapa menganggap anaknya sudah membelakangkan mereka
dengan melangsungkan perkahwinan di perantauan. Ibu bapa sepatutnya lebih
rasional dan perlu membuat pelbagai pertimbangan, soal usia anak tidak
boleh dikesampingkan. Demikian juga dengan persoalan psikologi mereka,
bayangkan jika semua rakan-rakan sudah mendirikan
Masyarakat sekarang merupakan masyarakat yang berpendidikan tinggi tak kira samada lelaki mahupun perempuan. Kalau hendak diikutkan, perkahwinan mesti di langsungkan selepas menuntut dan menamatkan pengajian, alangkah malangnya bagi mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat Majester dan Phd. Terutamanya bagi golongan perempuan. Ini semua perlu di beri perhatian. Bukan sekadar hendak mempertahankan adat batil. Seterusnya kita tinjau pula, bagaimana halnya jika terdapatnya pertembungan antara tuntutan melaksanakan perkahwinan dan tidak mendapat restu kedua ibubapa bapa. Bagaimana kita hendak menggarap permasalahan ini. Ini memerlukan penelitian dan kajian di segenap sudut. Keharmonian perhubungan kekeluargaan dan silaturrahim tidak boleh dipermudah mudahkan. Perlu difahami, pertimbangan masalah ini perlu diletakkan pada mizan aulawiyyat. Mentaati ibubapa adalah wajib dan berkahwin juga adalah wajib dalam kes-kes yang tertentu. Manakah yang perlu didahulukan? Perlu difahami di sini bahawa mentaati ibu bapa adalah termasuk dalam kategori maslahah khossoh manakala berkahwin adalah maslahah `ammah. Ini kerana , berkemungkinan tanpa perkahwinan boleh menimbulkan pelbagai masalah kemasyarakatan dan penyakit sosial. Berdasarkan pendapat para ulama maslahah `ammah perlulah didahulukan daripada masalah khosoh. Jika keperluan untuk berkahwin berada pada tahap hukum sunnat, maka yang fardhu diauwlakan berbanding yang sunnat dan harus . Walaubagaimanapun, menyentuh masalah yang berkaitan dengan
ibu bapa dan para wali mereka perlu faham dan akur pada desakan Rasulullah
ini :-
- Masalah material
Bagi mereka yang tidak berkemampuan pula, perlulah diwujudkan satu pertubuhan yang bergerak bertujuan mencari sumber keewangan untuk disalurkan kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. 2) Perkahwinan mengganggu proses pembelajaran. Sebenarnya kenyataan ini bercanggah dengan hadis Rasulullah yang bermaksud : “Sesiapa yang direzekikan dengan wanita solehah maka ia telah mendapat bantuan pada sebahagian agamanya , maka bertaqwalah kepada Allah pada sebahagian lagi”. ( Rowahu At Tabrani, Al Hakim dan Al Baihaqi ) Isteri boleh membantu untuk melakukan pelbagai urusan seharian
yang mengurangkan masa
Seorang pemuda sebelas tahun datang menemui Umar Ibnul
Aziz: Maka Saidina Umar berkata : “Pulanglah kamu , datanglah kepadaku
orang yang lebih berumur dari engkau !!” Maka ghulam itu menjawab
: “Semoga Allah menolong Amirul Mukminin, nilaian seseorang adalah
dengan dua perkara yang paling kecil iaitu hati dan lidah, jika Allah menganugerahkan
seseorang dengan lidah petah dan hati yang terpelihara ia telah berhak
untuk bercakap . Wahai Amiral Mukminin, jikalau penentuan urusan dengan
berdasarkan umur, terdapat pada ummat ini orang yang lebih layak daripadamu
ini. Demikian tadi telah dipaparkan bagaimana keberanian mereka berterus
terang, jelaslah kepada kita usia bukan penghalang utama untuk kita berterus
terang dan sifat malu yang tidak kena pada tempatnya bukanlah suatu yang
dituntut dan tidak bertepatan dengan Islam.
Rujukan Penting :
Oleh : Ahmad Hassan Mohd Nazam |
|
|