SKENS ONLINE
 
 
 
KANDUNGAN
 
TINTA PENA EDITOR  
FOKUS UTAMA   
FOKUS UTAMA (2)  
PERSONALITI  
EKSKLUSIF  
BULETIN BAKANS  
SYABAB MUSLIM  
MUSLIMAH  
TASAUF  
SURAT PEMBACA  
KEPIMPINAN ISLAM   
MAHASISWA SANA SINI  
TAZKIRAH  
IDEA  
MENITI HIDUP  
ENGLISH SECTION  
SESEKALI LEBAH MENYENGAT  
TAHUKAH ANDA  
CERPEN  
CERITA  
PUISI INDAH  
 
EKSKLUSIF 
SEINDAH HAYATMU SYEIKH SYA'RAWI 
 
SYEIKH SYARAWI
  
PEMERGIAN DAN AIRMATA 
 
   Imam Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi nama ulama Al Azhar yang tidak asing lagi bagi warga Mesir. Malah turut dikenali oleh masyarakat dunia kerana kefasihannya dalam menafsirkan ayat-ayat Al-Quran. 

   Beliau lahir pada 15 April  1911 bersamaan 12 RabiulAkhir 1328 H di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia. Pada pagi Rabu 17 Jun 1998 bersamaan 22 Safar 1419H, sejarah tersulam di dalam diari Islam, setelah mengalami kegeringan akhirnya beliau kembali ke pangkuan Ilahi. 

   Pemergian ulama besar ini telah menghimpunkan jutaan manusia sebagaimana mereka berasak-asak dalam perhimpunan untuk mendengar tazkirah dan kuliah semasa hidupnya. Kegembiraan penduduk kampung Daqadus, Mansurah (Tempat asal al Fadhil) bertukar dengan linangan airmata kerana pemergiannya. Tersambar di hati-hati mereka  suatu keperitan dan kesedihan di atas pemergian dan perpisahan yang tidak diingini ini. 

   Pemergiannya juga menandakan kehilangan seorang tokoh agamawan yang kontroversi dalam sejarah moden  bumi Mesir. Al Fadhil Syeikh amat dikasihi oleh penduduk kampungnya kerana beliau banyak menafkahkan harta-hartanya untuk kebajikan umat Islam. Beliau telah mendirikan sekolah rendah serta Maahad Azhar di Daqadus untuk kemudahan penduduk kampungnya. Walaupun beliau pergi untuk selamanya namun jasa dan keprihatinannya terukir indah dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka. 

   Pada tahun 1967, Mesir telah digugat oleh isu kemiskinan, kemunculannya memberikan satu jasa yang besar dan beliau merupakan lambang keamanan dan kemiskinan. Omar Abdul Rahman dan Syeikh Tantawi menyatakan bahawa beliau adalah merupakan the silent hero untuk the silent people yang tidak menimbulkan sebarang pemberontakan. Beliau tidak pernah masuk bertanding di dalam pilihanraya. 
 

SEJARAH AWAL KEHIDUPANNYA  
 
   Melihat kepada pendapatan bapanya, pada awalnya beliau merancang untuk menolong bapanya mengusahakan tanahnya, tetapi selepas itu beliau mendapat idea yang lain, lalu mendaftar di Maahad Ad-Diniyyah. Beliau enggan memasuki Maahad Al-Azhar di Zaqaziq. Untuk mengelakkan diri daripada memasuki Maahad tersebut beliau telah meletakkan getah di matanya supaya buta seketika. Selepas itu, beliau mencari pertubuhan-pertubuhan lain yang menerima pelajar buta. Beliau memerlukan perbelanjaan yang banyak bagi menampung pengajiannya terutama untuk pembayaran buku-buku. Namun begitu, bapanya tetap berusaha untuk meneruskan pembelajarannya di sana, beliau terus menghantar wang perbelanjaannya dan tidak memenuhi permintaannya untuk berhenti dari Maahad tersebut. 
 

ZAMAN ABDUL  NASSER  
 
   Syeikh Sya'rawi berada di Mesir pada enam tahun terakhir dalam pemerintahan Abdul Nasser kerana pada lapan tahun sebelumnya beliau berada di Arab Saudi. Beliau tidak menyukai cara pemerintahan Nasser. Ketika pertama kali kembali ke Mesir, beliau telah ditahan selama 10 hari bersama tujuh agamawan penting yang lain kerana dicurigai mengadakan revolusi yang mana berlakunya rampasan kuasa. 

   Tindakan Syeikh Sya'rawi semasa kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 telah menaikkan namanya. Beliau bersyukur  kerana kekalahan itu telah mengakibatkan Nasser yang zalim mati. Perkara biasa yang kita lihat dan dijadikan contoh, beliau cenderung memberikan keselesaan kepada semua orang. 
 

KEMBALI UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN  
 
   Syeikh Sya'rawi kembali semula ke Mesir ketika zaman Sadat. Beliau ingin mengajak bangsanya supaya patuh kepada agama Islam. Sadat telah memanggil beliau pulang dari Algeria dan menghantar beliau dalam satu misi ke Arab Saudi. Misinya adalah untuk meyakinkan pihak Wahabi bahawa peperangan yang akan datang dengan Israel akan memberikan kemenangan kepada mereka. 

   Pada tahun 1961, Syeikh Sya'rawi telah memujuk Sadat untuk meminda undang-undang Al-Azhar. Antara permintaannya ialah Syeikh Al-Azhar boleh dicalonkan menjadi Presiden dan akan dipertimbangkan bersama Perdana Menteri. 

   Syeikh Sya'rawi telah membuat satu kenyataan di dalam siaran di televisyen bagi mengecam perusuh-perusuh pada Januari 1997 dan menyifatkan mereka sebagai pencuri. Perusuh-perusuh tersebut telah didokong oleh Komunis. Beliau pada ketika ini merupakan Menteri Penerangan dan merayu kepada orang ramai supaya kembali kepada keamanan. 
 

BINTANG PUJAAN  
 
   Syeikh Sya'rawi muncul dalam kegawatan politik dan banyak meninggalkan jasa dan kenangan. Beliau juga adalah seorang Syeikh yang berjaya memenangi hati jutaan rakyat Mesir, orang Arab dan Muslim umumnya. Melalui pegangannya yang begitu kuat kepada Al-Quran dan kebolehannya dalam membakar semangat melalui ucapan yang ringkas dan bernas dan tulisannya yang sesuai untuk semua. 

   Setiap hari Jumaat selama 20 tahun, beliau muncul dalam "Khawater Sya'rawi" di Masjid Arba'een di kampungnya dan dua masjid di Kaherah. Beliau selalu berkhutbah dan mentafsir al-Quran sehingga berjaya memikat pendengarnya yang terdiri dari kalangan masyarakat biasa. Sungguhpun begitu, para pendengar dari kumpulan sekular yang intelek seperti Syeikh Al-Qimani, sentiasa memerhatikan setiap pergerakan dan kenyataannya seterusnya melaporkannya  ke pejabatnya yang terletak di Jalan Al-Ahram di Giza. 

   Menurut bekas pembantu editor majalah Ras Al-Yusuf, Adel Hamanda, Syeikh Sya'rawi umpama bintang (Bintang Agama). Beliau mempunyai banyak maklumat dan berjaya menarik perhatian orang ramai. 
 

BERSAMA PEMUDA  
 
   Beliau adalah seorang ulama’ yang rapat dengan golongan pemuda. Beliau sering mengadakan 
perjumpaan dan nadwah dengan mereka sehinggakan beliau sendiri yang menjadi ketua yang pertama Majlis Kelab Sukan Daqadus ketika mula-mula ditubuhkan. 
 

SYAKHSIAH DAN RAHSIA DIRINYA  
 
   Syeikh Sya’rawi adalah merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT. Sahabat akrabnya  pernah beberapa kali mengintip perbuatannya di waktu malam. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah SWT. Beliau menghidupkan malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca Al-Quran sepanjang malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang bertahajjud kepada Allah SWT. 

   Sewaktu di Madinah Munawwarah dan Mekah, beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 C kerana memuliakan tempat tersebut. Maha Besar Allah sewaktu di Masjidil Haram beliau tidak melaksanakannya seperti orang lain yang pada kebiasannya bertawaf sebanyak tujuh kali. Rasa cintanya dengan Allah terlalu mendalam, walaupun dalam keadaan panas yang amat terik  beliau mampu bertawaf sehingga 14, 21 dan 28 kali. Beliau pernah melarang maqam Nabi Ibrahim dipindahkan dari tempatnya dengan berpendapat bahawa maqam tersebut adalah tempat peribadatan haji dan tidak boleh diubah.. 

   Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih dari anak-anaknya sendiri. Kecintaannya terhadap Rasulullah saw terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan bersalawat kepadanya. Insan yang benar-benar ingin mendekatkan dirinya kepada Tuhan seharusnya menjadikan beliau antara contoh muqarrabin yang selayaknya diikuti. Beliau juga adalah seorang yang mantap ilmunya, kuat ingatannya dan insan kamil lagi mutakamil. Sewaktu membeli beliau tidak mengambil baki wang yang dihulurkan malah menyenangkan orang lain dalam muamalahnya. Sifat dermawannya tidak dapat disangkal lagi malah beliau adalah orang yang tidak pernah jemu menyalurkan gajinya di jalan Allah dengan menafkahkannya kepada faqir miskin di Daqadus dan tempat-tempat lain yang memerlukan. Namun beliau bukanlah seorang yang berbangga dengan amalnya malah beliau sentiasa menutupi setiap sumbangannya agar  tidak diketahui oleh ‘tangan kirinya’. 

   Beliau memegang jawatan wazir hanya dari tahun 1976 hingga 1978 kerana memandangkan jawatannya ini tidak memberikan sesuatu kesan untuk dia melaksanakan Islam dengan baik. Bahkan beliau jarang dapat pulang kekampungnya dan melihat keluarganya. Sewaktu diminta oleh sahabatnya untuk membela dirinya yang difitnah pada masa tersebut, beliau akan memperingatkan sahabatnya dengan Ayat Allah SWT yang bermaksud  “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman dan yang sentiasa mendoakan bagi mereka yang 
sesat akan mendapat hidayah dan petunjuk dariNya”. 

   Tidak sampai sebulan sebelum kematiannya, sahabat karibnya, Muhammad As Sa’di menemuinya di hospital dan menceritakan kembali kepadanya  tentang mimpinya bertemu dengan Saidatina Zainab yang telah berkata kepadanya “ Katakanlah kepada Sya’rawi, janganlah takut ”. Ternyata beliau masih ingat dengan mimpi tersebut yang menunjukkan beliau bukanlah seorang yang mudah terlupa. 
 

MUJADDID KURUN KE -20  
 
   Allah SWT telah menzahirkan baginya ilmunya, kefahaman yang mendalam, cahaya hatinya penjagaan lisannya dan mewarisi akhlak Rasulullah saw. Beliau sering memberi nasihat dengan firman Allah Taala yang memberi maksud  “Katakanlah dan Aku tidak meminta dari mereka sebarang balasan kecuali berkasih sayanglah sesama saudara\kaum kerabat”. 

   Kesufiannya amat tinggi. Ketika ditanya oleh As-Sanrawi, “Apakah dia jalan suluk kepada Allah?. Beliau menjawab “Apabila kamu mengosongkan dirimu dari sebarang pergantungan dan menghiasinya dengan manhaj Allah. Maka Allah akan melimpahkan bagimu limpahanNya yang Maha Agung”. Beliau merupakan imam yang sufi dan zuhud. Selepas meninggalkan jawatannya dalam wazir, beliau berkhidmat sebagai ulama’ Al-azhar. Namun  beliau enggan memakai pakaian Al Azhar dan beliau hanya memakai kopiah dan jubahnya. 
 

KEMATIANNYA  
 
   Sebelum kematiannya, beliau telah dapat merasakan saat-saat kematiannya yang makin hampir. Ini terbukti semasa perasmian sebuah masjid di kampungnya tiga bulan yang lalu beliau mengatakan, "Semua harta adalah milik Allah dan setiap apa yang telah diberikan oleh Allah kepadaku, akan aku nafkahkannya pada jalan Allah. Sesungguhnya aku tidak memiliki apa-apa. Harta dan diriku hanya untuk Allah. Seandainya setiap orang merasa bertanggungjawab pada kampung dan bandar tempat kelahirannya, nescaya tempat itulah lebih indah dari bandar-bandar besar di seluruh dunia. Aku ingin tanah tempat kelahiranku ini bakal menimbusi jasadku nanti." 

   Walaupun sewaktu hayatnya, Kerajaan Saudi telah menawarkan kepada beliau tanah perkuburan di perkuburan Baqi' tetapi Al Fadhil Syeikh menolak dengan mengatakan, "Tanah kelahiranku lebih layak menerima jasadku hingga dia dapat memelukku ketika aku mati sebagaimana aku memeluknya dan memeliharanya ketika hayatku." 

   Ramai di kalangan intelektual terutamanya yang berhaluan kiri seperti Hamanda mengesyaki adanya pakatan sulit antara kerajaan dan stesyen t.v. yang menayangkan rancangan Syeikh Sya'rawi, Nasional T.V. hanya menyiarkan 15 minit untuk pengkebumian Syeikh Sya'rawi. Liputan akhbar Ahrar menyatakannya sebagai 'Lawak Dekad Ini'. 
 

SEKILAS BERSAMA PENDAPATNYA  
 
   Syeikh Sya'rawi berpendapat perempuan yang bersunat adalah dibenarkan. Beliau juga secara terang-terangan membantah pemindahan organ dan mempercayai akal pemikiran perempuan menjadi cetek kerana mengikut emosi. 

   Pada peringkat awalnya, beliau memberi persetujuan untuk menghadiri Persidangan UN untuk 
membahaskan dasar kependudukan yang akan diadakan di Kaherah pada tahun 1994, tetapi selepas beberapa ketika, beliau menolak kembali kenyataan itu. Ini berlaku selepas negara Arab Saudi menarik diri daripada menyertai persidangan tersebut. Ini menyebabkan beliau menukar fikiran dan menghukum dasar itu adalah haram. Beliau  akan sentiasa bersama kerajaan tetapi sekiranya pendapat kerajaan Mesir bertentangan dengan Arab Saudi, beliau akan bersama negara Arab Saudi. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamanda. Selepas beberapa ketika, Syeikh Sya'rawi memberitahu akhbar bahawa dasar berpendudukan dibolehkan. 
 Sesetengah orang berpendapat bahawa Syeikh Sya'rawi adalah seorang yang bersuara bebas dan luar biasa. Di kalangan ulama' dewasa ini berpendapat, Syeikh Sya'rawi tidak mengelirukan atau menyeleweng, kata Khairi Rakwa, jurucakap Al-Azhar. 

   Syeikh Sya'rawi tidak berlembut dalam masalah perpindahan organ manusia atau berbalah sesama muslim. Ahli perubatan dapat mengesan penyakit Syeikh Sya'rawi. Beliau memberitahu ibunya bahawa dia tidak boleh menderma buah pinggangnya kepada beliau untuk menyelamatkan beliau kerana berpendapat sekiranya Allah S.W.T. telah menetapkan sesuatu itu telah tiba maka itulah ketikanya. Oleh kerana beliau kaya dengan ilmu dan idea-idea logik, maka para sekular dan pembangkang melarikan diri dari berdebat dengannya. 

   Syeikh Sya'rawi meninggal dunia ketika Mesir berada pada saat yang kritikal dalam sejarah moden ini. Beliau mempunyai berjuta-juta industri merangkumi syarahannya dalam Al-Quran di t.v., CD-Rom dan Kertas Plastik. Hanya beberapa edisi dalam rancangan t.v. disimpan di dalam bank untuk ditayangkan di t.v. dua hari selepas kematinnya. Akhirnya jelaslah kepada kita bahawa kematian Syeikh Sya'rawi ini merupakan permulaan berakhirnya era Syeikh Sya'rawi. Persatuan Rakyat Mesir harus lebih koservatif selepas era Syeikh Sya'rawi. 
 

DARI BABA SHUNADAH KEPADA SYEIKH SYA'RAWI  
 
   Dalam kesedihan umat Islam di atas pemergiannya, seorang insan turut mendakwa bahawa dirinya juga merasakan kepiluan dan kehilangan walaupun jelas berlainan agama dan aqidah. Kata-kata inilah yang telah dilafazkan oleh Baba Shunadah, Paderi Besar di Mesir. Beliau melahirkan rasa yang amat sedih sehingga beliau sering menyendiri bila teringatkan saat-saat manis yang pernah dilalui bersama sewaktu hayat Al Fadhil Syeikh Sya'rawi. 

   Persahabatan antara mereka bermula ketika beliau mengirim jambangan bunga dan sekotak coklat kepada Al Fadhil Syeikh yang terlantar sakit di Hospital England. Beliau tidak menduga pemberiannya itu telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa Al Fadhil Syeikh yang mana Al Fadhil Syeikh telah menziarahinya pula di kediaman beliau di Abbasiah setelah kembali dari England. 

   Semenjak saat itulah bermulanya bibit-bibit kemesraan yang terjalin di antara mereka. Minat mereka yang mendalam terhadap syair dan puisi telah mengutuhkan dan mengeratkan lagi persahabatan itu. Di dalam setiap pertemuan mereka sering membincangkan ilmu bahasa arab yang penuh dengan keindahan. 

   Beliau mengakhiri pertemuannya dengan wartawan majalah Sa'ah sambil menegaskan bahawa hanya Tuhan yang mengetahui betapa terkesan serta sedih hatinya di atas pemergian sahabatnya Al Fadhil Syeikh dan mendakwa bahawa persahabatan erat yang terjalin di antara mereka walaupun tidak diketahui umum tetapi telah memberikan banyak manfaat kepada umat Islam dan Masihi. Beliau mendakwa lagi Al Fadhil Syeikh benar-benar merupakan sahabatnya. 

   Hanya Allah yang mengetahui sejauh manakah ikhlasnya beliau di dalam persahabatan yang telah dijalankan bersama Al Fadhil Syeikh. Apakah benar dakwaan Baba Shunadah bahawa persahabatan tersebut telah membantu umat Islam dan Masihi atau sebaliknya??? 

   Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya berbuat baik sesama manusia tanpa mengira agama sepertimana yang telah dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW namun demikian perlu ada sifat "hazar" dalam diri kerana kaum kuffar tidak pernah mengenal erti penat dan jemu dalam mengatur strategi untuk melemahkan umat Islam. 
 
Rujukan:   
1) Cairo Times  
2) Al-Liwa’  
3) Majalah akhir Saah  

Oleh :Ema, Ima dan Ila

HOME
 
Hosted by www.Geocities.ws

1