
|
|
21 Jun 1998 - Gabungan tenaga antara UDT dan UKP
telah berjaya mengadakan satu majlis perkahwinan Ustaz Zamrus Mohd. Ali
dan pasangannya Ustazah Mariatul Khibtiah. Bersempena dengan itu juga UDT
mengambil kesempatan untuk melancarkan Lujnah Bait Muslim BAKANS yang telah
dirasmikan oleh YDP BAKANS yang baru pulang dari Malaysia.
10 Julai 1998 - Hewi BAKANS telah menganjurkan majlis
Tamrin Rabbani bagi ahli-ahli Hewi BAKANS. Antara pengisian di dalam majlis
tersebut ialah pembentangan kertas kerja, majlis Muhasabah dengan AJKT
BAKANS dan majlis Forum perdana yang bertajuk ‘Mampukah Azhari Di Dalam
Melaksanakan Hudud’ yang telah membariskan Ustaz Azli Sham Azhar, Ustaz
Nik Mohd Noor Nik Mat dan Ustaz Shamsul Azhar Yahya.
22 Julai 1998 - Unit Dakwah dan Tarbiah telah menganjurkan
majlis Forum Perdana yang bertajuk ‘Umatitasi Abad Ke 21, Cabaran dan Kerjasama
Serantau’ dan ahli panel terdiri daripada Ustaz Rosli Osman, Ustaz Roslan
Abdul Razak dan Ustaz Shamsul Azhar Yahya.
29-30 Julai 1998 - Hewi BAKANS telah mengajurkan
majlis ‘Hari Muslimah Berwawasan’. Majlis ini telah mendapat liputan dari
majalah Warta, PMRAM. Majlis ini juga telah mendapat sambutan luar dugaan
dari ahli Hewi di Muhafazah dan madam-madam BAKANS.
30 Julai 1998 - Unit Penerbitan dan Penerangan telah menerima 6 penyertaan ‘Pertandingan Mencipta Logo BAKANS’. Insya Allah keputusannya akan diumumkan di dalam majlis ‘Perlancaran Home Page dan Logo BAKANS yang akan diadakan pada 6 September 1998. |
|
|