Senarai Artikel Yang Pernah Disiarkan di dalam Utusan Malaysia
Beri peluang anak-anak luahkan perasaan
Permasalahan Kahwin Campur


Klon

Hari Raya Idil Fitri: Peluang membersihkan diri

Beri anak peluang luah perasaan

Kemalangan Jalan raya: Penjara Mandatori Wajar

Wajarkah ujian pengklonan manusia diharamkan?

Islam dan Disiplin Ketenteraan

Menyorok Barang Amalan Keji

Pentingnya Sabar Dalam Kehidupan

Islam dan Hak Asasi Manusia

Pendidikan Anak-Anak Di Dalam Islam

Pendatang Tanpa Izin: Wajarkah Hukuman Rotan?

Berhati-hati dalam Mencari Rezki

Islam dan Tanggungjawab Keselamatan Negara


Air dan Kehidupan Manusia

Teguran dan nasihat semata-mata bukanlah cara yang paling berkesan        untuk mencegah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja keraja jiwa        remaja yang sentiasa bergolak memerlukan pendekatabn yang lebih lembut dan        berhikmah supaya ia meresap dan diterima oleh fikiran muda mereka.
Ini kerana semua nasihat yang dihamburkan kepada remaja yang telah        runtuh akhlaknya ibarat mencurah air di daun keladi malah semakin sukar        untuk mengubah tabiat mereka kerana beranggapan golongan dewasa hanya        memberi nasihat untuk menunjuk pandai sahaja.
Penolong Prof. Kuliyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa        (UIA), Prof. Dr Nik Rahim Nik Wajis berkata cara yang paling berkesan        untuk mengubah pendirian remaja ini ialah dengan mendampingi dan cuba        memahami jiwa mereka bukannya melontarkan kemarahan dari jauh kerana        kesannya, remaja akan semakin membenci golongan yang lebih berusia        daripada mereka.
Katanya dengan memasuki kelompok remaja ini, setiap permasalahan serta        gelodak yang di hadapi mereka akan lebih difahami dan dikenalpasti        sebabnya.
''Jangan sekali-kali menghakimi mereka atas perbuatan yang dilakukan        tetapi cubalah menjadi seorang pendengar yang baik kerana dengan cara ini        remaja akan lebih selesa berada di samping orang yang bukan seusia dengan        mereka.
''Secara tidak langsung mereka lebih memnghormati kehadiran orang        dewasa atau ibu bapa di samping mereka dan setiap nasihat serta teguran        lebih di terima dengan mudah.
''Apabila bergaul bersama golongan remaja, bermakna kita telah        meletakkan diri setaraf dengan mereka, jadi setiap kelakuan kita seperti        satu contoh yang boleh diikuti dan dijadikan teladan oleh mereka,''        katanya.
Tegasnya apa yang berlaku sekarang ialah kebanyakan daripada orang        dewasa menegur dengan cara yang sombong setiap kelakuan remaja dan ia        memberi kesan negatif dan mereka semakin hilang rasa hormat kepada        golongan ini.
Remaja ini sifatnya suka berkawan dan mempunyai nilai-nilai diri yang        tersendiri. Apabila golongan dewasa menegur dengan cara yang keras, mereka        rasa seperti tidak dihargai dan dihormati oleh masyarakat sekeliling.
Salah satu sebab kenapa remaja melakukan perkara yang berlawanan dari        kelaziman ialah kerana mereka meminta perhatian dan ingin diri dihormati        oleh orang lain terutama golongan dewasa.
''Jadi beri peluang kepada mereka untuk menunjukan kebolehan dan jangan        sekali-kali memeprkecilkan kebolehan tersebut kerana mereka akan merasa        rendah diri dan tidak berguna, '' tegasnya.
Orang tua ada egonya tersendiri kerana mereka merasa diri lebih banuyak        pengalaman daripada orang muda tetapi mereka perlu menyedari bahawa        kadang-kadang pendapat orang muda lebi bernas dan boleh dipakai,''        katanya.
Oleh itu, katanya, anak-anak perlu diberi peluang untuk berbincang        dalam menentukan keputusan yang dibuat dalam rumah tangga walaupun mereka        belum dewasa.
Apabila mereka rasa diri diperlukan, maka mereka akan rasa dihormati        dan disayayngi dalam keluarga tersebut.
Dengan memberi contoh ibu bapa yang mendidik anak dengan cara keras        termasuk merotan, katanya, kesan psikologi yang ditinggalkan adalah        mendalam kerana anak-anak yang didik dengan cara demikian tidak mesra        dengan ibu bapa sendiri walaupun telah meningkat dewasa.
''Mengenai masalah remaja ini, saya lebih banyak menyalahkan ibu bapa        kerana kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka sibuk mengejar        kemewahan yang bukannya keperluan utama, lainlah jika terpaksa bekerja        keras untuk menyara hidup, itu boleh dimaafkan.,'' katanya.
Untuk memberi lebih perhatian kepada anak-anak, Nik Rahim menekankan        supaya ibu yang mempunyai keluarga berkemampuan tidak bekerja supaya        mempunyai lebih masa bermesra dengan anak-anak.
Masalah yang berlaku sekarang, katanya, remaja tidak mendapat perhatian        daripada ibu bapa lalu mencari perhatian di luar yang dapar diberi oleh        rakan-rakan lain.
� UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan        Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail:
[email protected]
Hosted by www.Geocities.ws

1