Logo baru Kavya 2003

 ISSN: 1675-4042 — Keluaran 17 — Jun 2003

"... Masih terus ada penulis kaum India yang tetap selesa dan menerima sahaja apa-apa label yang dilekatkan ke dahi mereka: Penulis Tamil, Penulis Bukan Melayu, Penulis Keturunan India, Penulis Sastera Melayu, Penulis Bahasa Melayu ..." (Uthaya Sankar SB, Siasah, Jun 2003)

easy link - www.syarat.cjb.net - syarat dan panduan mengirim bahan untuk surat berita Kavya

Click HERE for details

Dapatkan syarat lengkap sayembara di laman www.sayembara.cjb.net atau klik pada sepanduk di atas.

   

Bengkel Karyawan Muda akan diadakan pada 28 Jun 2003 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dapatkan maklumat lanjut di laman www.bkm.cjb.net atau KLIK DI SINI atau klik pada foto di atas

Sebagai pembaca Kavya, saudara boleh memiliki alamat e-mel eksklusif berbentuk (yourname)@kavya.cjb.net dengan percuma. Jika berminat, sila kirim e-mel kepada [email protected] dan nyatakan: (yourname) yang saudara mahu gunakan serta alamat e-mel yang lazim/selalu saudara gunakan.

Sila Klik Untuk Maklumat

Kavyan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor sedang merancang acara "100 Cerpen Kavyan" iaitu acara membaca naskhah cerpen berterusan 25 jam sebagai usaha mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records. Penyertaan secara sukarela terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Acara dijadualkan pada 30-31 Ogos 2003 di Galeri Shah Alam. Dapatkan maklumat lanjut di laman www.100cerpen.cjb.net atau klik sahaja pada logo di atas.

Terima Kasih Daun Keladi

Risalah Online ArahKiri kerana menyiarkan semula tulisan "Saya Bukan Penulis Tamil", "Ceramah Penghayatan Sastera di Kepong" dan "Ramayana Dari Sudat Pandangan Yang Lain" dalam keluaran 15 Mei 2003.

Kalau Boleh Nak Lagi

Love Matters

Unconditional Love

Mrinalini Nair Baskaran

Everyone is looking for love but what is the love we want and need? What does real love look like? How will we know when we’ve found it?  Some think of “being in love” as “an unexplainable feeling that we fall in and out of” but the truth is the world has forgotten the meaning of the word love. Mrinalini thinks that the word "love"  has been so abused and crucified by men that very few people know what true love is. [Find out more about love matters]

Vanakam Semakin Dikenali

Vanakam yang diterbitkan pada Februari 2002 masih mendapat perhatian ramai. Malah, tidak salah jika dikatakan bahawa hanya kini semakin ramai pembaca mula mengenai antologi berkenaan. Maklumat mengenai antologi ini boleh dibaca di laman www.vanakam.cjb.net dan www.nandri.cjb.net. Vanakam telah diulas oleh Siva Rubini dalam majalah NILA keluaran 15 Mei 2003. Akhbar mingguan Tamil, Makkal Osai (8-14 Mei 2003) pula menyiarkan ulasan sepanjang satu halaman penuh mengenai antologi Vanakam oleh "Sinnaponnu" dari Sentul. Tidak sekadar itu, tidak mustahil bahawa tidak lama lagi, Vanakam akan secara rasmi diiktiraf dan diperakukan sebagai Antologi Sulung Cerpen Bahasa Malaysia Penulis Kaum India Malaysia. Usaha sedang dilakukan oleh Uthaya Sankar SB, S.G. Prabhawathy dan Ganesan Duraisamy ke arah itu. Nantikan maklumat mengenainya tidak lama lagi. Sama-sama kita harapkan yang terbaik.

Komen Diperlukan. Surat berita Kavya telah terbit dalam versi online (dalam talian) sejak Julai 2002. Saudara mungkin telah membaca Kavya sejak September 1999 atau sejak Julai 2002 atau saudara mungkin juga pembaca baru. Tidak mengapa. Apakah pandangan, komen serta kritikan saudara terhadap Kavya? Sila kirim komen ikhlas yang ringkas-padat ke alamat e-mel [email protected] sebelum 26 Jun 2003 supaya dapat dimuatkan dalam Kavya Julai 2003. Jangan lupa menyertakan nama dan alamat e-mel saudara.

Diskusi Karya - CLICK for details

Klik pada sepanduk di atas untuk maklumat lanjut

Sila ambil perhatian bahawa hanya bahan yang diterima pada atau sebelum 25 Mei 2003 dimuatkan dalam Kavya keluaran Jun 2003. Mana-mana bahan yang diterima selepas tarikh 25 Mei 2003 hanya dapat dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam Kavya keluaran Julai 2003. Sila baca SYARAT PENGIRIMAN BAHAN di www.syarat.cjb.net untuk maklumat lanjut.

Writers In Need ... Writers Indeed

Penulis diperlukan bagi projek penerbitan antologi cerpen dwibahasa berdasarkan konsep The Golden Rule. Bengkel penerangan akan diadakan bagi penulis yang berminat pada petang Sabtu, 14 Jun 2003 di Puchong, Selangor. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected] atau 013-3913278 sebelum 7 Jun 2003.

Writers needed for a project in publishing an anthology of bilingual short stories based on the concept of The Golden Rule. A workshop will be conducted on Saturday, 14 June 2003 afternoon in Puchong, Selangor for interested writers. For details, please contact [email protected] or 013-3913278 by 7 June 2003.

Inginkan tulisan saudara dimuatkan dalam surat berita Kavya? Sila kirim melalui e-mel. Tetapi sebelum itu, sila baca maklumat lanjut, syarat dan panduan di laman www.syarat.cjb.net

Logo Kelab Kavyan

Klik pada sepanduk di atas untuk maklumat lanjut

Girl, Interrupted

Entities Called Children

By Shalini Nayar

  

Famed American novelist and poet Toni Morrison once asked, “Do your eyes light up when your children enter the room?” It’s a simple gesture really, to reflect in your eyes the love you have for your children embedded deep within your heart. But how many people are actually making an effort to let their children know how much they mean to them? Shalini Nayar asks this question in her first article for this column. [Read all about it]

Untuk menjadi ahli e-Kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat [email protected] dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-Kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web.

Suami Tak Halang Minat Menyanyi

Puan Ambigah Devi berasa sangat gembira kerana suaminya tidak menghalang penglibatan dalam bidang yang disukainya. Beliau sedang meneruskan pengajian diploma pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras. Sebelum ini, Ambigah merupakan seorang guru Bahasa dan Sastera Inggeris di sebuah sekolah swasta di Cheras. Wanita kacukan Cina dan India (Chindian) ini juga seorang artis yang semakin meningkat dalam bidang seni suara. [Ikuti laporan lengkap]

Tahniah kepada Nyanaambigai kerana terpilih mengikuti program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1-7 Jun 2003 di Kuala Lumpur. Kavyan dan Kavya turut berasa bangga; serta berharap beliau akan terus aktif menulis.

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Masak Sebiji Di Atas Peti

Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading kepada rakan-rakan dan kenalan. Sayembara kini boleh diakses secara lebih mudah di laman www.sayembara.cjb.net.

Hutang Emas Boleh Dibayar

Hutang Budi Dibawa Mati

Amma & Yoga

Imagine a woman who has spent most of her life toiling to be a good, loyal, dutiful wife and mother — always setting aside her own needs — discovering that she is able to make her worldly cares melt away. Imagine, she is finally getting the opportunity to explore her own potential, and to be herself again. And the change, indeed a transformation, has in a most profound way not only benefited her but also people close to her. Yoga has given Amma so much confidence and depth in perception that she is able to view the world in a whole new light, says Vijayaletchumy Vellasamy. [Read all about it]

Dear Kavyan and e-Kavyan members. Write Your Say! Any topic regarding Malaysian Indians. Maximum 200 words. Send by e-mail. Include name and e-mail address. Write in Bahasa Malaysia or English. Read complete updated rules at www.syarat.cjb.net. Tulisan yang disiarkan dalam ruangan Write Your Say! sepanjang 2003 akan diberi cenderamata berupa senaskhah antologi cerpen Vanakam.

Pesta Puisi di Universiti Malaya ... Cik Gayathry telah menulis laporan ringkas mengenai Acara Baca Puisi sempena Perhimpunan Puisi Asia-Antarabangsa dalam majalah NILA keluaran 1 Jun 2003. Laporan lengkap acara ini telah disiarkan dalam Kavya keluaran April 2003 ... KLIK DI SINI untuk membacanya.

easy link - www.jawatankuasa.cjb.net - AJK Kavyan

Warkah dari Chennai

Daripada Retna Devi Balan

        

Tersebutlah alkisah dalam Mahabharata bahawa Paanchali (atau Draupadi) telah berdoa kepada Dewa Surya supaya membolehkan dia menyediakan makanan untuk sesiapa sahaja yang kelaparan. Pada masa itu, Pandava Lima (iaitu Arjuna, Sahadeva, Yudhisthira, Bhima dan Nakula) telah dibuang negeri kerana kalah perjudian dengan Putera Duryodhana. Begitulah permulaan kisah bagi perayaan Akshya Tritiya yang diceritakan oleh Retna kali ini.  [Baca warkah sepenuhnya]

easy link - www.sasterawan.cjb.net - biodata penulis

opinion

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai kaum dan bahasa. Keadaan negara kita yang kini aman dan tanpa sebarang perbalahan antara kaum jelas menunjukkan bahawa perpaduan telah wujud di kalangan rakyat berbilang kaum. Maka, adalah wajar  istilah “Bahasa Malaysia” digunakan berbanding istilah “Bahasa Melayu” apabila merujuk pada bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Istilah “Bahasa Melayu” hanya merujuk pada bahasa yang digunakan oleh orang Melayu dalam pertuturan dan bukannya merujuk pada bahasa kebangsaan yang digunakan oleh semua kaum.

Winnie Dusan

Kavya, Kavyan dan e-Kavyan mengucapkan Selamat Hari Keluarga (31 Mei 2003) dan Selamat Hari Bapa (15 Jun 2003).

Judul Cerpen Terpendek

Mengikut catatan rekod di laman e-sastera, cerpen Bahasa Malaysia dengan judul paling pendek adalah cerpen "O". Saudara boleh membaca petikan cerpen "O" DI SINI. Atau lihat senarai rekod e-sastera DI SINI. Mungkin saudara juga boleh cuba mencipta rekod. Bagaimanapun, usaha Uthaya Sankar SB untuk menyenaraikan Vanakam sebagai Antologi Sulung Cerpen Bahasa Malaysia Penulis Kaum India Malaysia ditolak dengan alasan tidak ada kategori untuk "Penulis Bukan Melayu"; apatah lagi untuk "Penulis Kaum India".

Jangan ketinggalan mengetahui aktiviti dan perkembangan terbaru berkaitan Kavyan serta pelbagai maklumat untuk manfaat bersama. Saudara dinasihatkan supaya menjadi ahli e-Kavyan bagi memastikan segala maklumat berkaitan sampai kepada saudara melalui e-mel. Daftarlah di www.e-kavyan.cjb.net 

Russian Dish Shalini Nayar

My Dear Friends Jordan Leon Kostka

A Reason Shalini Nayar

CLICK HERE TO READ THE POEMS

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih kepada semua pihak yang tidak lupa menjemput wakil dari Kavyan ke segala majlis dan acara yang dianjurkan. Tindakan pihak saudara membuktikan bahawa Kavyan diiktiraf akan kewibawaannya mewakili penulis kaum India di Malaysia.

Kalau Boleh Hendak Lagi

Kajian Kreatif

Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membacanya]

Rata-rata penganut agama Hindu masih menganggap Ramayana sebagai teks kudus dan suci. Maka kandungan teks berkenaan perlu diterima tanpa dipersoalkan. Ajaran yang terkandung dalam Ramayana dijadikan panduan hidup. Bagaimanapun, mengikut peredaran zaman, para pengkaji dan peneliti sudah mula memberi interpretasi baru terhadap kandungan karya sastera agung atau adi-kavya berkenaan. Ramayana Dari Sudut Pandangan Yang Lain Tindakan ini tidak pula mencemarkan keagungan Ramayana. Sebaliknya, membuktikan bahawa teks itu boleh ditafsir dari pelbagai sudut. Benarkah pandangan ini? Baca teks lengkap di laman www.ramayanam.cjb.net atau KLIK DI SINI

Nandri!

Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan.

Rahmat Derita Raja Rajeswari Seetha Raman

Nasib Wanita Raja Rajeswari Seetha Raman

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA PUISI DI ATAS

Pembacaan Puisi Anggerik Di Galeri Shah Alam

Acara telah berlangsung pada 17 Mei 2003 (Sabtu) seperti yang dijadualkan. Kehadiran agak kurang berbanding sebelum ini -mungkin kerana cuti panjang.Sdr Ismas Saring memintan para hadiran memberikan komen serta cadangan aktiviti bagi Sekretariat seniman Selangor (SSS). Beliau sendiri melahirkan rasa kecewa kerana ruangan sastera di akhbar semakin kurang diutamakan.

Turut memberi pandangan ialah Dr Ahmad Razali, Dr Ibrahim Ghafar, Sdr Ahmad Sarju, Uthaya Sankar SB, Pn Zurinah Hassan dan Pn Raja Rajeswari Seetha Raman.

Uthaya menyampaikan petikan cerpen "Yang Aneh-aneh". Rajes pula membacakan dua buah puisi berjudul "Rahmat Derita" dan "Nasib Wanita". Kemudian, kedua-dua sajak ini diulas oleh Dr Ahmad Razali dan Dr S Panit. 

Kedua-dua tokoh berpendapat sajak-sajak berkenaan ringkas tetapi padat, mudah difahami, merakamkan penderitaan kaum wanita dan bertepatan dengan konsep Islam. Rajes dikatakan mempunyai masa depan yang cerah dalam penulisan puisi.

Terkenang-kenang ...

Uthaya Sankar SB masih terkenang-kenang bagaimana pada suatu hari, semasa beliau sedang berehat di rumah, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu. Lalu Uthaya melihat ke luar dan ternampak beberapa remaja berpakaian sekolah. Ada beberapa pelajar kaum Melayu, Cina dan India. Uthaya pun membuka pintu kerana menyangka mereka datang mengutip derma bagi acara sukan di sekolah ... . [Baca pengalaman itu]

VignesView

One good technique to master and conserve in quality Tamil language is by implementing it as a compulsory subject from Year One in national schools -  without closing down the existing Tamil schools. Vigneswaran Kannan believes that Tamil schools must remain in our country because it plays a major role as a centre for development of Tamil culture and also the language itself. This, he says, is important to safeguard the future of Tamil language. [Read his view]

Pengalaman Indah Bertemu Idola

Semasa berlangsungnya “Sangeetha Swaram” di Petaling Jaya, Selangor pada Februari 2003, ramai peminat muzik karnatik telah hadir. Kebanyakan daripada mereka datang untuk menyaksikan persembahan penyanyi terkenal dari India, Bombay Jayashri. Ganesan Duraisamy pula menceritakan tujuan lain beliau ke sana. [Baca pengalaman beliau]

Cat2

Uthaya Sankar SB

Pada kali terakhir saya menceritakan kisah mengenai Cat, arena politik di tempat saya bergolak. Cat pula dibakar hidup-hidup oleh keluarga yang memeliharanya sejak kecil. Jadi, pada kali ini, saya perlu berwaspada apabila menyalurkan manuskrip ini kepada saudara.

“Apa yang perlu dirisaukan? Bukankah kucing itu sudah mati?” kata rakan sasterawan dari Pulau Cinta sewaktu kami bertemu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Baca teks lengkap di www.cat2.cjb.net atau KLIK DI SINI

Lollu Kelvi!

Jika saudara suka bertanya "lollu kelvi", saudara boleh mengemukakannya dalam majalah Nila. Dan tentulah saudara akan mendapat "lollu bathil" sebagai balasan. Tidak setakat itu, jika soalan saudara terpilih, saudara berpeluang menang hadiah. [Lihat contoh di www.lollu.cjb.net atau KLIK DI SINI

Kavyan Ponggal Vizha adalah nama yang dipersetujui bagi konsert yang dijadualkan pada akhir Mac atau awal April 2003. Pengarah projek, Magaenthiran, telah mempengerusikan sesi diskusi pada 17 Mei 2003 di Taman Sri Muda. Diskusi turut disertai ahli Kelab Kavyan. Kehadiran: Jordan, Thinesh, Sre Murugan, Lesle, Loges, Kughan, Guru, Mahen, Ganesan, Suresh, Kumar. Turut hadir, Uthaya Sankar SB. Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai dewan, artis, konsep, backdrop, persembahan pelajar, senarai sekolah terbabit, tiket, penaja, senarai jawatankuasa, cenderamata dan perasmi atau tetamu kehormat.

Hadiah Suatu Percintaan S.G. Prabhawathy

Suami, Lelaki, RealitiS.G. Prabhawathy

Guru Sre Murugan

Teman Sejati Indra Devi

Sahabat Tercinta Ganesan Duraisamy

Anak Kecil Di Iraq Uthaya Sankar SB

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA PUISI DI ATAS

Perjuangan Berterusan - 2

“Saya tidak boleh membiarkan semua kesusahan ini berterusan,” fikir Chellam sambil tekun membasuh pinggan-mangkuk yang kotor dan berminyak. “Saya mesti melakukan sesuatu. Walaupun bukan untuk diri saya, sekurang-kurangnya untuk anak-anak saya.”

Sambil bercakap sendirian, Chellam terkenangkan kisah lama iaitu apabila dia bersama-sama suami dan tiga anak perempuan mula-mula datang ke Kuala Lumpur. Mereka telah dihalau oleh emak Selvam.

Baca kisah benar Chellam dan anak-anaknya di >>> sini

Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>>

Kavya & Kavyan Guestbook
Baca Komen
Tulis Komen

Surat berita Kavya diusahakan oleh Kavyan mulai September 1999 untuk diedarkan kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula dimuatkan di laman web. Kavya bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam surat berita ini. BACA PANDUAN LENGKAP di www.syarat.cjb.net © Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278 E-mel: [email protected]  Barcode - Kavya ISSN: 1675 - 4042

Kembali ke Laman Utama Kavya 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1