Lollu Kelvi!

   

Jika saudara suka bertanya "lollu kelvi", saudara boleh mengemukakannya dalam majalah Nila. Dan tentulah saudara akan mendapat "lollu bathil" sebagai balasan. Tidak setakat itu, jika soalan saudara terpilih, saudara berpeluang menang hadiah. Demikian dinyatakan dalam majalah NILA keluaran 15 Mei 2003.

Saudara boleh mengirim "lollu kelvi" melalui surat ke alamat yang terdapat dalam majalah Nila. Atau saudara juga boleh mengirim melalui e-mel ke alamat [email protected] untuk respon lebih segera.

Berikut contoh "lollu kelvi" dan "lollu bathil" dalam keluaran 15 Mei 2003 sebagai panduan kepada saudara:

  

Devendrean, Kamunting, Perak

? Saya bermimpi Simran cium pipi saya dengan romantik sekali! Adakah mimpi ini akan jadi kenyataan?

! Tentu sekali. Saudara belalah haiwan peliharaan dan namakan “Simran”. Jadi, Simran akan mencium pipi saudara setiap hari. Tapi kalau Simran si pelakon tu, lupakan sahajalah. Cukuplah masalah Simran dengan Kamal. Janganlah saudara jadikan masalah lebih rumit bagi dia tu.

? Jika tidak, apakah saya patut buat untuk menjadikan mimpi itu kenyataan?

! Cari seorang kekasih bernama Simran. Kalau sudah ada kekasih, minta dia tukar nama menjadi “Simran”. Atau nyanyikan lagu “Kannatil Muttamital” setiap kali saudara mimpikan Simran. Tapi kalau sekadar bermimpi Simran cium pipi, tak hebat sangatlah. Ramai lagi yang mimpi macam-macam!

    

Bavani. Seremban, Negeri Sembilan

? Apakah agaknya Tuhan sedang buat, sekiranya Tuhan dilahirkan di muka bumi?

! Tentu sahaja Tuhan sedang membaca majalah NILA sekarang ini dan tersenyum gembira kerana ada orang bertanya apa yang Dia sedang buat! Jangan fikir Tuhan hanya tahu Bahasa Tamil seperti dalam filem-filem Amman lakonan Ramya. Mungkin dalam keluaran akan datang, akan tersiar pula surat daripada Tuhan!

   

Berikut pula soalan dan jawapan dalam Nila keluaran 1 Jun 2003:

    

Deepamalar, Perlis

? Kenapa pasangan kekasih suka berbohong?

! Kalau mereka ceritakan semua kisah sebenar tanpa menipu dan berbohong, selepas kahwin nanti tak ada ‘thrill’. Kalau berbohong, selepa skahwin, barulah pasnagan mereka akan mula tahu hal-hal sebenar. Seronok, kan? Barulah hidup ceria dan penuh suspen.

 

Kelfent Nathan, Serdang, Selangor

? Ada dua wanita – seorang gemuk dan tidak cantik tetapi berbudi. Seorang lagi cantik dan ramping tetapi tidak bermoral. Mana satu harus saya pilih sebagai kekasih?

! Tak perlu pilih mana-mana. Apa kamu fikir mereka mahu menjadi kekasih kamu? Mungkin mereka sudah ada kekasih atau pun mereka sudah ada suami. Risik semua perkara itu dengan teliti sebelum membuat keputusan.

 

Yap Chun Keng, Ipoh, Perak

? Kad pengenalan saya terjatuh semasa saya ke pasar malam. Apa harus saya buat?

! Kalau kad pengenalan anda terjatuh di pasar malam, pungut sahajalah. Kemudian, simpan baik-baik supaya tidak tercicir sekali lagi. Kalau hilang, tentu susah nanti.

 

Jason, Kluang, Johor

? Kenapa manusia tidak boleh terbang seperti burung?

! Sebab manusia tak ada ekor.

 

Indra, Kota Kemuning, Shah Alam

? Saya sangat pantang mendengar lagu “Idhu Kadhala” nyanyian Yuven Shankar dari filem ‘Thulluvudo Illayai’. Saya sungguh benci lagu itu! Apa boleh saya buat?

! Jangan dengar lagu itu dan jangan nyanyi lagu itu. Jangan tonton filem itu dan jangan fikir tentang watak hero dalam filem itu. Selepas itu, anda akan mula sedar bahawa anda suka akan lagu itu. Kalau tak percaya, cubalah.

 

Joseph, Dungun, Terengganu

? Kenapa manusia tinggal di Bumi dan bukan di planet lain?

! Kalau manusia tinggal di planet lain, tidak mustahil planet itu pula dinamakan “Bumi”. Jadi, manusia masih tinggal di tempat bernama “Bumi”.

 

Ramani, Klang, Selangor

? Saya suka menonton drama “Chitti” dan saya pun mahu memiliki seorang chitti. Apakah caranya?

! Dah tonton kesemua 488 episod drama itu? Kalau kamu mahukan chitti seperti Saradah, jangan lupa bahawa kamu juga akan dapat Prabhawathy, Vaiteghi dan Velumani. Satu pakej. Boleh ke kamu tanggung semuanya nanti?

 

Preeya, Subang Jaya, Selangor

? Ada orang suka mengejutkan saya semasa saya sedang tidur dan bertanya, “sedang buat apa?” Apakah jawapan yang harus saya beri?

! Berikan tiga pilihan A, B  dan C seperti dalam ‘Who Wants To Be A Millionare’ dan minta orang itu teka. Beri juga dia pilihan talian hayat, dwipilihan dan tanya orang lain (penonton) yang berada di situ.

 

Ashand Mitra, Kota Kemuning, Shah Alam

? Saya selalu melihat orang merokok di tempat yang ada notis ‘Dilarang Merokok’ dan membuang sampah di tempat yang ada notis ‘Jangan Buang Sampah Di sini’. Kenapa?

! Ada orang letakkan sampah di tempat itu dan minta supaya jangan buang sampah yang diletakkan di situ. Jadi, patutlah orang ramai mematuhi arahan berkenaan. Merokok pula membuatkan orang yang kurang pintar menjadi semakin kurang pintar. Bila mereka lihat papan tanda itu, mereka fikir itu adalah tempat khusus untuk merokok. Jadi, kasihanilah mereka sebab hidup mereka tidak lama.

 

Natasha Menon, USJ, Subang Jaya

? Saya hairan! Di ‘pub’ ada tempat letak kereta sedangkan semua orang tahu ‘don’t drink and drive’.

! Bukan apa … anda boleh letak kereta di sana dan minum sampai mabuk. Lepas itu boleh berjalan pulang. Kalau si isteri bertanya kenapa lewat, si mabuk boleh beri alasan bahawa dia berjalan pulang. Esoknya, boleh pergi semula ke pub dengan alasan mahu mengambil kereta – dan boleh minum satu ‘round’ lagi! Bijak, kan?

 

Kamilashini, Kota Kemuning, Shah Alam

? Saya seorang pelajar kolej. Apakah cara terbaik untuk saya ingat semua yang saya baca?

! Baca majalah NILA. Tentu anda akan ingat semua yang anda baca dalam NILA. Kalau tak percaya, cubalah. Lagi pun, anda pelajar kolej … tentu anda ada daya ingatan yang bagus.

 

Sukhwinder Singh, Subang Jaya, Selangor

? Apa kegunaan notis “Merokok Membahayakan Kesihatan” pada kotak rokok?

! Untuk menguji sama ada pembeli rokok tahu membaca. Kalau mereka tahu membaca dan faham apa yang dibaca, mereka tidak merokok. Kalau mereka merokok, maknanya mereka tidak tahu membaca atau tidak faham apa yang ditulis itu. Bijak, kan?

 

Sre Murugan, Taman Sri Muda, Shah Alam

? Saya selalu melihat hero filem Tamil mengucapkan “I Love You”. Begitu juga di kalangan remaja. Tak bolehkah kita nyatakan cinta dalam bahasa lain selain Bahasa Inggeris?

! Heroin filem Tamil sekarang ramai yang diimport dari India Utara. Mereka tidak tahu Bahasa Tamil. Jadi, kalau hero gunakan Bahasa Tamil untuk meluahkan cintanya, tentu mereka tak faham. Remaja kita pula tak fasih Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia. Bukan pula Bahasa Inggeris mereka baik! Tapi, “I love you” senang disebut kalau pun tidak berpelajaran. Sebab itulah kata-kata Bahasa Inggeris itu jadi pilihan. Anda tentu sahaja boleh gunakan apa-apa bahasa yang anda suka. Cuma, pastikan pasnagan anda faham bahasa itu. Kalau tidak, tentu timbul masalah.

   

Sudah faham konsep "Lollu Kelvi"? Saudara boleh mengirim "lollu kelvi" melalui surat ke alamat yang terdapat dalam majalah Nila. Atau saudara juga boleh mengirim melalui e-mel ke alamat [email protected] untuk respon lebih segera.

Kavya Jun 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1