Logo majalah NILA

      

Kavya, April 2003 melaporkan:

NILA: Kembali Selepas Gerhana

Bagi saudara yang sentiasa membaca majalah kecil berjudul NILA, mungkin saudara terkejut kerana majalah berkenaan tiba-tiba "hilang" dari pasaran. Saudara juga mungkin tertanya-tanya ke mana perginya NILA.

Sebenarnya penerbitan NILA tergendala berikutan masalah teknikal. Bagaimanapun, NILA terbit semula sebagai majalah dwibulanan mulai 1 April 2003. Beberapa pembaharuan dilakukan dari segi kandungan (content) dan rekabentuk (design). 

Para ahli Kavyan dan pembaca Kavya dialu-alukan mengirim bahan yang sesuai untuk disiarkan dalam NILA. Buat masa ini, karya beberapa ahli Kavyan serta peserta Bengkel Karyawan Muda telah disalurkan ke majalah NILA. Usaha ini sebagai kerjasama antara NILA dan Kavyan untuk sama-sama membuka peluang penyiaran karya kepada bakat-bakat baru.

Saudara boleh mengirim karya terus ke alamat NILA atau boleh disalurkan melalui Uthaya Sankar SB yang akan bertindak sebagai "agen sastera".

Maklumat mengenai majalah NILA boleh juga dibaca dalam Kavya Oktober 2002. (Sila KLIK untuk membaca maklumat)

Kavya, Mei 2003 melaporkan:

NILA Buka Peluang Kepada Para Ahli Kavyan

Mulai keluaran ini, Kavya akan turut memuatkan karya ahli Kavyan dan Kelab Kavyan yang tersiar dalam majalah NILA. Majalah Bahasa Malaysia itu terbit setiap 1 dan 15 hari bulan. Saudara yang berminat boleh mengirim karya terus ke alamat NILA atau boleh disalurkan melalui Uthaya Sankar SB yang akan bertindak sebagai "agen sastera". Sila ambil perhatian bahawa karya yang tersiar dalam majalah NILA tidak dibayar honorarium dan/atau royalti. Saudara diingatkankan supaya mengirim karya asli sahaja. 

Majalah NILA terbit pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Harga: RM1.50. Hubungi [email protected] untuk maklumat lanjut mengenai majalah NILA.

Hosted by www.Geocities.ws

1