Logo baru Kavya 2003

 ISSN: 1675-4042 — Keluaran 16 — Mei 2003

easy link - www.kavya.cjb.net - surat berita Kavya

Click HERE for details

Promosi bagi Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading sedang giat dilakukan. Syarat lengkap sayembara terdapat di laman www.sayembara.cjb.net atau klik pada sepanduk di atas untuk maklumat lanjut.Cik Gayathry telah turut menulis mengenai sayembara ini dalam majalah NILA keluaran 15 April 2003. Wawancara oleh Encik Gandhi disiarkan dalam Berita Bernama (Tamil) di Astro Vaanavil pada 12 April 2003. Maklumat sayembara juga disiarkan oleh Encik Lawrence Quek dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran 12 April 2003. Promosi berterusan pula dilakukan dalam SiasahOnline dan Risalah Online ArahKiri

 

Sebagai pembaca Kavya, saudara boleh memiliki alamat e-mel eksklusif berbentuk (yourname)@kavya.cjb.net dengan percuma. Contohnya: [email protected]. Usah bimbang! Semua e-mel yang dikirim ke alamat e-mel (yourname)@kavya.cjb.net akan secara automatik sampai ke alamat e-mel lain yang selalu saudara gunakan. Jika berminat, sila kirim e-mel kepada [email protected] dan nyatakan: (yourname) yang saudara mahu gunakan serta alamat e-mel yang lazim/selalu saudara gunakan. Pilihlah (yourname) yang mudah diingat oleh rakan-rakan dan kenalan. Cepat! Sebelum (yourname) pilihan saudara diambil orang lain. ...

Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan telah diadakan pada 20 April 2003 untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan aktiviti Kavyan. Laporan kesemua mesyuarat Kavyan boleh dibaca di laman Laporan Mesyuarat.

Terima Kasih Daun Keladi

Risalah Online ArahKiri kerana menyiarkan semula tulisan Keperwiraan Hang Tuah Dan Hanuman (Kavya, Mei-September 2000) dalam keluaran 15 April 2003. 

Ceramah Penghayatan Sastera

Seramai 45 ahli Persatuan Bahasa Tamil, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong telah mengikuti Ceramah Penghayatan Sastera di sekolah berkenaan pada 26 April 2003. Ceramah disampaikan oleh Presiden Kavyan dan Sasterawan Bahasa Malaysia, Uthaya Sankar SB yang diundang khas oleh penganjur. [Baca laporan]

Book Donation, Anyone?

A group of Malaysian Indian writers are planning to visit The Pure Life Society in mid May or early June 2003. This group of writers understand the importance of cultivating reading habit among the hundred over children in the Home for the orphans and underprivileged children. Thus, we plan to donate some books to the library and spend a day with the children - reading, playing and telling stories.

We are buying some books and we are also collecting some books from people around us. Books, magazines, comics and such - still in good condition - are welcome.

If you happen to have such material, could you please donate? Contact Uthaya Sankar SB at 013-3913278 or [email protected] for details.

Sesi Diskusi Karya II telah diadakan pada 20 April 2003, 2:00-4:00 petang di Taman Sri Muda, Shah Alam. Diskusi kali ini disertai Uthaya Sankar SB, Vijayaletchumy, Ganesan Duraisamy, Magenthiran, Mahentrakumar, Sre Murugan, Thinesh, Lesle dan Logeswaran.

Diskusi kali ini adalah mengenai majalah NILA. Para peserta meneliti kandungan NILA keluaran 15 April 2003 yang memuatkan karya beberapa ahli Kavyan dan Kelab Kavyan. Peserta diskusi membincangkan bahan bagaimana yang boleh dikirim ke majalah ini. Turut dikumpul beberapa soalan bagi ruangan "Lullu Kellvi" yang akan dimulakan dalam majalah berkenaan. Uthaya akan bertindak sebagai 'agen sastera' untuk meneliti, mengedit serta menyalurkan karya ahli Kavyan dan Kelab Kavyan ke majalah NILA.

Diskusi Karya - CLICK for details

Diskusi Karya III akan diadakan pada pertengahan Mei 2003.

Klik pada sepanduk di atas untuk maklumat lanjut

Sila ambil perhatian bahawa hanya bahan yang diterima pada atau sebelum 25 April 2003 dimuatkan dalam Kavya keluaran Mei 2003. Mana-mana bahan yang diterima selepas tarikh 25 April 2003 hanya dapat dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam Kavya keluaran Jun 2003. Sila baca SYARAT PENGIRIMAN BAHAN untuk maklumat lanjut.

NILA Buka Peluang Kepada Para Ahli Kavyan

Logo majalah NILA

Mulai keluaran ini, Kavya akan turut memuatkan karya ahli Kavyan dan Kelab Kavyan yang tersiar dalam majalah NILA. Majalah Bahasa Malaysia itu terbit setiap 1 dan 15 hari bulan. Saudara yang berminat boleh mengirim karya terus ke alamat NILA atau boleh disalurkan melalui Uthaya Sankar SB yang akan bertindak sebagai "agen sastera". Sila ambil perhatian bahawa karya yang tersiar dalam majalah NILA tidak dibayar honorarium dan/atau royalti. Saudara dinasihatkan supaya mengirim karya asli sahaja. 

Inginkan tulisan saudara dimuatkan dalam surat berita Kavya? Sila kirim melalui e-mel. Tetapi sebelum itu, sila baca maklumat lanjut, syarat dan panduan di >>> SINI

Logo Kelab Kavyan

Klik pada sepanduk di atas untuk maklumat lanjut

easy link - www.hitdie.cjb.net - unsur sastera

Usia Bukan Penghalang ...

Pada usia hampir 50 tahun, kebanyakan wanita kaum India akan memilih untuk berehat di rumah. Anak-anak pula mungkin diharapkan untuk memberi bantuan kewangan. Bagaimanapun, tidak begitu dengan Alice Nayagam yang berumur 48 tahun. Beliau masih mempunyai cita-cita dan impian untuk dikejar. Wanita yang bersemangat waja ini mempunyai matlamat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam bidang yang diceburi. [Baca kisah selanjutnya]

Untuk menjadi ahli e-Kavyan, saudara hanya perlu mengirim e-mel kosong ke alamat [email protected] dan tunggu e-mel yang meminta pengesahan untuk menjadi ahli. Balas e-mel berkenaan dan saudara sudah menjadi ahli e-Kavyan. Saudara juga boleh mendaftar sebagai ahli di laman web.

Dua Acara Baca Puisi Serentak

Pada 26 April 2003, pukul 8:30 malam, berlangsung "Malam Puisi Keamanan" di Universiti Malaya. Pada masa yang sama, "Malam Senandung Seni" diadakan di Dataran Shah Alam. Mana satu yang harus dihadiri? [Baca laporan ringkas]

Pisang Emas Dibawa Berlayar

Masak Sebiji Di Atas Peti

Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003 kepada rakan-rakan dan kenalan. Sayembara kini boleh diakses secara lebih mudah di laman www.sayembara.cjb.net

Saya Bukan Penulis Tamil!

Saudara tentu sahaja berhadapan dengan situasi di mana seorang penulis dilabel sebagai "Penulis Tamil" atau "Penulis India" atau "Penulis Bukan Melayu" secara yang tidak tepat. Malah, saudara sendiri mungkin melakukan kesilapan memberi label yang tidak betul. Jadi, apakah perbezaan antara istilah-istilah ini? [Bacalah]

Dear Kavyan and e-Kavyan members. Write Your Say! Any topic regarding Malaysian Indians. Maximum 200 words. Send by e-mail. Include name and e-mail address. Write in Bahasa Malaysia or English. Read complete updated rules. Tulisan yang disiarkan dalam ruangan Write Your Say! sepanjang 2003 akan diberi cenderamata berupa senaskhah antologi cerpen Vanakam.

Aktiviti Di Bandar Raya Shah Alam

Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah mengedarkan risalah program bulanan sebagai usaha mendapatkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti yang dianjurkan. Berikut antara aktiviti bulan Mei 2003:

11 Mei 2003 - Pertandingan Karaoke di Kompleks Muhibbah, Seksyen 24, Shah Alam

24 & 25 Mei 2003 - Pertandingan Anggerik Bulanan di Kompleks Muhibbah, Seksyen 24, Shah Alam

25 Mei 2003 - Ceramah Keibubapaan oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj di UiTM Shah Alam

25-27 Mei 2003 - Wacana Pengwujudan Bandar Melayu Bestari di Hotel Concorde, Shah Alam

Setiap Sabtu, 5:00 petang-11:00 malam - Shah Alam Walk dan Road Show di Dataran Shah Alam

Setiap Ahad, 7:30 pagi - Senamrobik di Dataran Shah Alam

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi Jabatan Hal Ehwal Awam MBSA melalui talian 03-55222742/43/34/35

easy link - www.jawatankuasa.cjb.net - ajk Kavyan

Warkah dari Chennai

Daripada Retna Devi Balan

        

Hujan sudah lama tiada, kabus hilang bersama Sivarathiri. Kini sang mentari bermaharajalela di ruang angkasa. Sang mentari terpaksa bekerja overtime pada musim ini. Setiap pagi beliau bangun sebelum ayam berkokok dan tidak lena sehingga senja. Lemparan senyum beliau terasa dari pukul 5:45 pagi hinggalah 7:00 malam. Musim karthi ini akan berterusan sehingga 28 Mei 2003. [Baca warkah sepenuhnya]

easy link - www.sasterawan.cjb.net - biodata penulis

Bathma "bangun" selepas lumpuh

Demikian tajuk ruangan Personaliti dalam akhbar Bacaria keluaran 19 April 2003. Sdr Ariffin Yasin telah mewawancara Sdr Bathmawathi Krishnan pada 15 Mac 2003 untuk artikel ini. 

Di bawah tajuk kecil "Minat Bersukan", Bathma antara lain menceritakan pengalaman menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Thailand pada tahun 1996 dan mendapat tempat ketiga. Ternyata Sdr Bathma berjaya "membuktikan orang kurang upaya sepertinya juga boleh berjaya".

Sdr Bathma juga selalu meluangkan masa membaca. Di bawah tajuk kecil "Ceburi Bidang Penulisan", Sdr Ariffin menulis:

Bagi mengisi masa lapang, Bathmavathi berjinak-jinak dalam bidang penulisna setelah mendapat dorongan daripada seorang rakan, Saroja Theavy Balakrishnan yang merupakan salah seorang penulis kaum India yang berjaya.

Buat permulaan, Bathmavathi menulis sebuah cerpen bertajuk "I Love You, Raj" yang dimuatkan dalam antologi cerpen Bahasa Malaysia - Vanakam - yang diselenggarakan oleh Uthaya Sankaar SB. Selain itu, Bathmavathi juga tidak lupa memberi sumbangan dan idea kepada pelajar kurang upaya yang sedang belajar di Universiti Malaya (UM).

[Baca biodata Sdr Bathma]

Kavya, Kavyan dan e-Kavyan mengucapkan Selamat Hari Pekerja (1 Mei 2003), Selamat Hari Ibu (11 Mei 2003), Maulidur Rasul (14 Mei 2003), Hari Wesak (15 Mei 2003) dan Selamat Hari Guru kepada semua. Semoga persahabatan dan persefahaman yang sedia wujud bertambah erat ke arah memantapkan konsep Bangsa Malaysia.

Satira pedas, kuat ...

Nizam Zakaria dalam BlogSpot peribadi beliau di ruang siber pada 18 April 2003 menceritakan bahawa beliau meminati karya-karya penulis Anglophone berbangsa India (atau dari Asia Selatan). Beliau jatuh hati kepada karya-karya Rushdie, Naipaul dan Kureishi kerana mereka menulis tentang pengalaman diaspora bangsa/kaum India yang hidup di luar Benua Kecil India. 

Terdahulu, Sdr Nizam telah menghubungi Uthaya Sankar SB untuk melakukan sedikit wawancara melalui e-mel. Antara topik yang dibicarakan adalah mengenai penulis kaum India di Malaysia, imej kaum India dalam sastera Bahasa Malaysia, matlamat penubuhan Kavyan, proses kreativiti, kemelut penulis muda dan tentu sekali - isu Bahasa Malaysia.

[Baca wawancara Nizam-Uthaya]

Bagi membolehkan maklumat terkini disebarkan secara lebih cepat dan lebih efektif, mulai 1 Januari 2003, What's Up, Writer? telah digabungkan bersama e-Kavyan. Saudara dinasihatkan supaya menjadi ahli e-Kavyan bagi memastikan segala maklumat berkaitan sampai kepada saudara melalui e-mel.

Whirlwind of Lovers Shalini Nayar

These Little Things Shalini Nayar

CLICK HERE TO READ THE POEMS

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih kepada semua pihak yang tidak lupa menjemput wakil dari Kavyan ke segala majlis dan acara yang dianjurkan. Tindakan pihak saudara membuktikan bahawa Kavyan diiktiraf akan kewibawaannya mewakili penulis kaum India di Malaysia.

Kajian Kreatif

Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Penulisan Kreatif Bahasa Malaysia dan Penulis Kaum India Malaysia” pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Kedua anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Peking dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Beijing, China pada 8-15 Oktober 2002. Mulai keluaran Januari 2003, Kavya menyiarkan teks beliau dalam beberapa bahagian. [Klik di sini untuk membacanya]

Kavyan Club di myStar.com.my

Sambil saudara melayari akhbar The Star di ruang siber, sudi-sudikanlah juga melayari Kavyan Club di http://clubs.mystar.com.my/Kavyan 

Bahasa Malaysia belongs to everyone - not to certain race only. If you think this is an outdated issue, think again - and again. Kavyan believes that Bahasa Malaysia belongs to every Malaysian. Most Kavyan members are Bahasa Malaysia writers. Bahasa Malaysia is "our language" and not "their language". But - surprise, surprise - not so long ago, some Malays got angry when a non-Malay recited a Bahasa Malaysia poem on RTM for Aidilfitri. If you have not heard about it, READ ABOUT IT.

Nandri!

Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading 2003. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan.

Monolog Buana Palestina Raja Rajeswari Seetha Raman

Anak Kecil Di Tepi Jalan — Uthaya Sankar SB

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA PUISI DI ATAS

easy link - www.vanakam.cjb.net - antologi Vanakam

Terkenang-kenang ...

Ret dan Sai masih ingat pengalaman mereka berdua dijemput menghadiri pooja sebuah filem pada 7 Mac 2003 di Chennai, Tamil Nadu. Memandangkan Sai hanya sekali pernah menyertai majlis seumpama itu dan Ret pula sekadar mendengar mengenainya, mereka amat berminat untuk turut serta. [Baca pengalaman mereka]

easy link - www.khalayak.cjb.net - pembaca remaja

VignesView

We have heard about Bapa Kemerdekaan and Bapa Pembangunan. Vigneswaran Kannan shares his view about Bapa Teknologi and whom he thinks deserves to be given that title. ... No prize for guessing! [Read his view]

easy link - www.e-kavyan.cjb.net - e-Kavyan

Kucari Kasih Ibu Di Sini

“Mari, nak. Mari emak suapkan nasi.” Begitulah suara kasih seorang wanita menyuap nasi ke mulut 60 kanak-kanak. Tentu ramai yang hairan bagaimana ada 60 anak untuk seorang wanita. Tapi itulah gambaran yang ada di Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Rita, Kapar, Selangor. [Baca lagi]

Bengkel Karyawan Muda dan Bengkel Apresiasi Novel sedang dirancang untuk diadakan pada Mei 2003. Dapatkan maklumat lanjut di Laman Utama Kavyan

Bangunlah Wanita S.G. Prabhawathy

Mencari TuhanNyanaambigai

Engkau Umpama Angin Sre Murugan

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA PUISI DI ATAS

easy link - www.penulis.cjb.net - penulis kaum India

Perjuangan Berterusan

Suara tangisan anak-anak membuatkan hati Chellam sayu. Dia tahu bahawa mereka menangis kerana lapar. Tapi apa yang boleh dia buat? Mana ada duit untuk membeli beras dan barang makanan.

Sambil ditemani suara tangisan anak-anak, Chellam terkenangkan masa silam. Dia lahir dan membesar di estet. Keluarganya susah. Kedua-dua ibu bapa bekerja di estet. Chellam juga terpaksa bekerja keras untuk keluarga.

Baca kisah benar Chellam dan anak-anaknya di >>> sini

Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>>

Kavya & Kavyan Guestbook
Baca Komen
Tulis Komen

Surat berita Kavya diusahakan oleh Kavyan mulai September 1999 untuk diedarkan kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula dimuatkan di laman web. Kavya bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam surat berita ini. BACA PANDUAN LENGKAP © Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278 E-mel: [email protected]  Barcode - Kavya ISSN: 1675 - 4042

Kembali ke Laman Utama Kavya 2003

Hosted by www.Geocities.ws

1